Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 229

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 229 - THINK OF #1 - TECHNOLOGY RBSS - 01

THINK OF #1 - TECHNOLOGY RBSS - 01

Saya suka untuk membawa anda semua untuk berbalik kepada TECHNOLOGY RBSS ini kerana dari pemerhatian saya, ramai yang kurang faham atau tidak faham langsung mengenai perkara ini....

Ini mungkin bersebab, di dalam sudut pemikiran anda berfikir bahawasanya KEILMUAN ini iaitu KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI maseh tertakluk di dalam KEILMUAN TAUHID, FIQAH atau pun TASSAWUF, di mana segala huraian dan terma-terma nya mengguna-pakai ungkapan-ungkapan di dalam Bahasa Arab sepertimana kita biasa mendengarnya atau membaca melalui Kitab-Kitab Agama Islam....

Sebelum itu...lebih baik saya menjelaskan perkataan Technology ini terlebih dahulu, supaya anda mendapat gambaran yang cukup jelas, sebelum kita memperpanjangkan rungkaian seterusnya...

Perkataan TECHNOLOGY...

Adalah dari Dua (2) perkataan yang memiliki maksud yang berbeza dan di cantumkan menjadi satu perkataan bagi maksud yang satu...

  1. TECHNIQUE = Teknik atau Cara-Cara untuk melakukan sesuatu
  2. LOGICAL = Logik atau yang masuk atau di terima oleh Akal Fikiran

Dan jika di cantumkan ia menjadi perkataan TECHNOLOGICAL....Yang bermaksud, Teknik atau cara-cara yang di guna-pakai adalah menurut penerimaan akal fikiran kita, kerana sesuatu cara yang di guna-pakai itu mencerminkan perbuatan yang menurut kejadian sesuatu subjek...

Jadi TECHNOLOGY, adalah singkatan dari perkataan TECHNOLOGICAL, untuk menggambarkan sesuatu Teknik atau Cara-Cara untuk sesuatu tujuan...dan ini tidak terkecuali di dalam PENG-APLIKASI-AN segala TINDAKKAN yang wujud didalam KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati...

Kerana...di dalam ILMU ada TECHNOLOGY nya, dan di dalam TECHNOLOGY akan ada ILMU nya....semuanya akan menjurus kepada hal-hal pengaplikasian sesuatu Technology tersebut...

Oleh itu...di manakah letaknya bahagian TECHNOLOGY di dalam RBSS???....

Inilah subjek yang kurang di fahami oleh kebanyakan ahli atau umum.., kerana mereka terkeliru sejak dari awal mereka mempelajari keilmuan ini..., ini bukan salah sesiapa dan bukan juga kesalahan di pihak Guru-Guru...

Harus di fahami bahawa, pihak yang bertanggungjawap untuk mengembangkan keilmuan ini seperti Guru-Guru, mereka sebenarnya bukan mewarisi untuk mengajar anda apa yang harus anda lakukan dengan ILMU ini, tetapi anda lah yang harus belajar untuk bagaimana mencari Technology RBSS ini boleh di guna-pakai dengan melakukan pelbagai usaha dan pelbagai uji-kaji yang di jalankan sendiri, kerana di dalam hal-hal pengaplikasian, kita yang seharusnya berusaha dan bukan hanya menunggu belas ehsan dari pihak lain bagi mengajar kita cara-cara menggunakan Technology yang sediaada wujud ini...

Persoalan di manakah letaknya TECHNOLOGY RBSS ini adalah seperti berikut:-

TECHNOLOGY RBSS terletak di dalam APPLICATION atau APLIKASI, yang juga menjadi TERAS RAHSIA di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....seperti yang saya sentuh di dalam KOMENTAR PROFESSOR #22...

Kerana itu lah kita harus memperhalusi segala hal yang bersangkutan dengan APLIKASI supaya kita beroleh TECHNOLOGY yang seiring dengan masa kini, bukan terkongkong dengan Technology zaman silam yang pernah di gunak-pakai oleh orang-orang yang terdahulu...

Melalui TECHNOLOGY jugalah yang menyebabkan Peng-Aplikasi-an RBSS tidak menggunakan kaedah JAMPI-SERAPAH, Doa-Doa, Wirid-Wirid, Zikir-Zikir dan apa juga yang berbentuk DOA supaya apa yang akan kita lakukan itu MENJADI...

Ini membawa maksud bahawa, melalui sesuatu Peng-Aplikasi-an RBSS, kita sebenarnya telah YAKIN bahawa segala yang akan di lakukan itu adalah suatu TEKNIK yang betul bagi melaksanakan sesuatu tindakkan, dan tidak lagi bersandarkan INSYAALLAH (jika di izinkan oleh Tuhan)....sila rujuk pada posting tersebut!

Untuk sampai ketahap Peng-Aplikasi-an TECHNOLOGY ini, kita seharusnya telah melewati perkara-perkara ASAS yang lain, dan telah MEMBINA ASAS-ASAS tersebut di dalam KEYAKINAN tanpa sebarang KERAGUAN...

Dan perkara-perkara ASAS tersebut adalah seperti berikut:-

  • Perihal Sejarah kebangkitan RBSS
  • Perihal Asal Usul RBSS
  • Perihal PRINSIP RBSS
  • Perihal ADAPTASI atau PENJIWAAN RBSS
  • Perihal APLIKASI atau PENGGUNAAN
  • Perihal KEFAHAMAN apa itu RBSS

Perkara yang di sebutkan di atas, adalah asas-asas bagi membentuk diri seseorang untuk bagaimana MEYAKINI KEILMUAN RBSS ini secara menyeluruh, sehingga setiap pengamalnya akan dapat MERASAI segala apa yang tersirat dan tersurat......

Dengan cara yang demikian, setiap ahli itu akan dapat menerobos hal-hal TECHNOLOGY APPLICATIONS secara TOTAL dan tanpa RAGU-RAGU, kerana telah membina KEYAKINAN dari asas-asas yang telah di tetapkan....

Perkara ASAS yang saya sebutkan di atas, sebenarnya ia menjadi TERAS di dalam membentuk kepribadian seseorang ahli RBSS, jika perkara tersebut GAGAL di terapkan kepada seseorang ahli, maka akan pincanglah dan akan goyahlah pembentukkan KEYAKINAN didalam diri seseorang ahli itu....dan ini akan mengakibatkan seseorang ahli itu putus-harap dan kurang bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di dalam ilmu ini....

Perkara ini, ramai yang mengakui bahawa mereka kurang di beri segala maklumat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawap, seperti pihak Guru-Guru dan Persatuan RBSS yang sediaada...dan sebab yang sering saya utarakan ialah KETIADAAN KESERAGAMAN ILMU BERTULIS untuk di guna-pakai ketika mengajar ahli-ahli baharu, dari zaman dahulu hinggalah ke zaman sekarang....

Tetapi, dengan wujudnya Blog RBSS ini...telah ramai yang mula mendapat manfaat daripada segala INFORMATIONS yang di muatkan di dalamnya, sehingga para ahli diseluruh Nusantara menganggapnya sebagai ENCYCLOPAEDIA RBSS....walaupun ianya bukan bercorak COMPREHENSIVE!!!!....

Berbalik kepada hal TECHNOLOGY RBSS ini pula, melalui segmen THINK OF ini, akan di perkatakan hal-hal yang dikatakan Apa itu Aplikasi Technology RBSS serta contoh-contoh yang boleh di kemukakan supaya para ahli akan dapat gambaran sejelas yang mungkin, semoga segmen yang baharu ini akan benar-benar dapat mengisi kekosongan pengetahuan yang di kehendaki oleh semua pihak....

You THINK IT OF.....

Professor BSS

professor_bss@yahoo.com

Tags: | Edit Tags
Tuesday February 10, 2009 - 08:57am (PST) Edit | Delete | Permanent Link | 0 Comments

No comments: