Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #42 - PERIHAL ROH HAIWAN & CAHAYA

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #42 - PERIHAL ROH HAIWAN & CAHAYA

PERIHAL ROH HAIWAN: ADAKAH BERSAMAAN DENGAN ROH MANUSIA MEMPUNYAI CAHAYA?..

Pada Post #42 ini adalah Penerangan kepada soalan yang di ajukan oleh seseorang penghantar "mail" yang mahukan soalannya di jawap melalui Jawapan Post kerana beliau mahu ramai orang membacanya dan dapat bersama-sama berfikir secara mendalam mengenai perkara tersebut.

Soalannya: (lebih kurang begini) "setiap manusia mempunyai Roh dan kebanyakan orang hanya tahu manusia hanya ada 1 Roh sahaja, tetapi roh manusia ada lebih dari 1 seperti Roh Hywani, Roh Kudus, Roh Rohani dan yang menjadi teras adalah Roh Idhofi - jadi bagaimana dengan Haiwan?, adakah haiwan mempunyai Roh dan Cahaya seperti manusia, yang sama menggunakan Nafas sebagai penghubung di antara Roh dan Jasad?" <>....

Apa yang dapat saya fahami dari soalan tersebut, adakah Haiwan memiliki jenis Roh yang sama seperti Roh untuk mahluk Manusia yang memiliki Cahaya dan mempunyai ikatan roh dan nafas yang sama.....

Terlebih dahulu ingin saya tegaskan bahawa JAWAPAN yang akan saya berikan tidak menggunakan ungkapan-ungkapan Bahasa Arab atau Bahasa AL-QURAN, kerana sebenarnya Jawapan untuk persoalan tersebut lebih sesuai di jelaskan oleh ILMUAN USULUDDIN (Ilmu TAUHID) kerana melalui Ilmu tersebut akan ada Terma-Terma Bahasa AL-QURANnya seperti soalan yang di ajukan..kedua, jawapan yang akan di berikan kepada soalan tersebut adalah dalam kontek umum sebagai garis pandu kepada para ahli-ahli RBSS sebagai dasar membuat perbezaan, dan saya menggalakkan anda supaya merujuk kepada ILMUAN USULUDDIN atau merujuk kepada Kitab-Kitab TAUHID bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut!....

Ada pun Haiwan yang hidup di muka Bumi ada pelbagai jenis dan rupa bentuk, ada yang tidak bernafas menggunakan hidung atau mulut tetapi melalui kulit atau tubuh dan ada yang bernafas menggunakan hidung atau mulut seperti manusia...(akan mengikut jenis dan kelompok "pekerjaan" mereka), dan kesemua jenis Haiwan adalah berasal atau di ciptakan oleh ALLAH SWT daripada AIR sama seperti TUMBUH-TUMBUHAN.

Ada yang percaya atau beranggapan bahawa Haiwan tidak mempunyai ROH seperti Mahluk Manusia tetapi pada hakikat sebenarnya kesemua jenis Haiwan tersebut mempunyai Roh juga seperti mahluk Manusia (termasuk lain-lain mahluk ciptaan ALLAH SWT), akan tetapi penciptaan Roh Haiwan adalah tidak sama unsur-unsur penciptaannya seperti yang ada seperti Roh Mahluk Manusia...

Roh Haiwan juga tidak sama penciptaan unsur-unsurnya dengan Roh para manusia yang memiliki "Cahaya" dan "Rahsia-Ku" itu, kerana Roh Haiwan di jadikan hanya untuk mereka hidup dan menjalankan kehidupan seperti yang di kehendaki oleh ALLAH SWT....di dalam lain perkataan Roh Haiwan hanya di "program" untuk melakukan "kerja-kerja" di dalam bentuk mereka itu wujud dan di wujudkan, seperti cacing yang bekerja bagi membantu putaran eko-sistem kesuburan tanah untuk keperluan tumbuh-tumbuhan, Haiwan yang berkaki dua (2) atau empat (4) ada yang di jadikan sebagai sumber makanan bagi mahluk Manusia dan untuk melengkapkan putaran eko-sistem perhutanan di muka Bumi ini...(Nota: Kesemua Roh ciptaan ALLAH SWT adalah dalam bentuk Cahaya, yang berbeza adalah kefungsiannya sahaja)

Roh Haiwan juga tidak di programkan atau tidak di berikan "AKAL FIKIRAN" di mana mereka "di kurangkan" unsur Cahaya bagi kemampuan untuk berfikir, oleh kerana itu kesemua Haiwan hidup di dalam putaran yang telah di tetapkan oleh ALLAH SWT, tidak seperti mahluk Manusia yang di berikan CahayaNya bagi memiliki KeIlmuan mengenai sesuatu dan boleh berfikir mengenai sesuatu dan boleh menilaikan sesuatu...

Jadi di sini, Roh Haiwan di cipta hanya untuk mereka itu hidup bagi menjalankan kewajiban mereka seperti untuk makan, minum, mengembangkan zuriat dan kebolehan mempertahankan diri sendiri...di mana AKAL FIKIRAN mereka di tukar kepada bentuk NALURI untuk melakukan sesuatu...di mana Naluri ini tidak berbentuk Cahaya seperti AKAL Manusia yang di sertakan dengan ILMU PENGETAHUAN...tetapi Haiwan tetap memiliki NAFSU seperti Mahluk Manusia....

Mengenai Haiwan yang bernafas melalui hidung atau mulut seperti Mahluk Manusia, ikatan Roh Haiwan tersebut dengan Jasad mereka adalah bersamaan dengan Roh Mahluk Manusia yang di selaraskan melalui Pernafasan...harus di ketahui di sini fungsi pernafasan Hiawan yang bernafas juga adalah dalam bentuk "Zikir" memuji kebesaran ALLAH SWT, malah ianya tidak tertakluk kepada yang Haiwan yang bernafas melalui hidung dan mulut sahaja, malah yang bernafas melalui kulit atau tubuh....mereka "di programkan" supaya "berzikir" memuji Tuhan mereka yang Maha Agung!....cuma bezanya dengan mahluk Manusia, Roh Haiwan tidak memiliki Cahaya dan Zikir mereka juga tidak "Mencipta Cahaya" hanya berfungsi sebagai "Memuji dan Ingat" kepada ALLAH SWT sahaja.......

Kesemua jenis Haiwan dan Tumbuh-Tumbuhan, walaupun mereka tidak di beri keistimewaan memiliki "CahayaNya" dalam bentuk AKAL FIKIRAN tetapi mereka tetap di berikan segala kekuatan Zat dan Sifat ALLAH SWT sebagai Mahluk-Mahluk CiptaanNya seperti mahluk-mahluk yang lain.... dan kerana sebab tersebut rata-rata Haiwan memerlukan Udara - Oxygens untuk hidup seperti Mahluk Manusia di mana di dalam Udara - Oxygens itu terdapat kekuatan Zat dan SifatNya pula...

Berbalik kepada Roh Manusia yang ada pelbagai jenis itu pula seperti Roh Hywani, Roh Kudus, Roh Rohani dan Roh Idhofi itu pula, jika di fahami dalam kontek yang lebih luas ia bukan membawa maksud bahawa Roh manusia itu ada 4, 3, 2, atau 1 tetapi Roh Manusia itu adalah berbentuk sebuah atau satu "institusi" yang memiliki "pelbagai fungsi menurut tugas-tugasnya", dan melalui "fungsi-fungsi" tersebutlah maka ia di istilahkan sebagai roh hywani, roh kudus, roh rohani dan roh idhofi...jika kita "dapat melihat rupa bentuk" Roh Manusia itu juga sebenarnya ianya "bertaburan" tetapi tetap berada di dalam "lingkarannya" yang tersendiri dan mempunyai pelbagai warna cahaya, ianya adalah sama seperti "taburan" planet-planet di Cekerawala atau Universe tetapi dalam satu kelompok, bersatu dan tidak bercampur dengan sesuatu yang lain....

Di dalam Science Islam (Al-Quran & Science) juga telah menjumpai bukti-bukti persamaan di antara "taburan cekerawala dengan taburan Roh Manusia" di mana ALLAH SWT menggunakan KONSEP yang sama di dalam penciptaan UNIVERSE dengan penciptaan Roh Manusia itu sendiri.... Itulah sebabnya ALLAH SWT banyak menyebut di dalam AL-QURAN bahawa ALLAH memberi banyak PERUMPAMAAN MENGENAI SESUATU PERKARA. Hanya kita manusia sahaja tidak mahu membuka minda untuk mengetahui mengenai perkara-perkara tersebut...

Itu juga sebabnya, pada setiap post saya ada menyelitkan sesuatu gambar yang berkenaan sesuatu kejadian ciptaan ALLAH SWT seperti kedudukan Cahaya pada Manusia, Bumi, Cekerawala, Planet-Planet, Janin, dan Keajaiban-Keajaiban ALLAH SWT yang lain untuk di jadikan sebagai Pencetus Minda kepada para pembaca Blog RBSS ini, pada setiap gambar-gambar yang di selitkan (ada juga gambar betul dan gambar dalam bentuk lakaran) itu terpapar pelbagai KeRahsiaan ALLAH SWT yang perlu kita singkap Ilmu Pengetahuan yang ada, jadi gambar-gambar tersebut bukanlah sebagai gambar-gambar hiasan untuk menghiasi post-post yang di siarkan, ia memberi maksud yang lebih daripada itu....

Dan itu juga sebabnya semua jenis Haiwan samaada yang buas atau yang berbisa tidak akan menyerang manusia tanpa sebab, pertama mereka menyerang untuk mempertahankan diri jika keselamatan diri mereka terancam atau kedua mereka menyerang manusia jika merasa manusia itu adalah sumber makanan bagi mereka...kerana binatang bertindak mengikut NALURI seperti yang saya sebutkan di atas tadi....

Bagi haiwan-haiwan yang hidup di dalam air pula, konsep mereka itu di ciptakan dan hidup tetap sama seperti yang hidup di daratan tetapi cara mereka mendapatkan Udara-Oxygens sahaja berbeza, tetapi pokoknya tetap sama memerlukan Udara-Oxygen yang mempunyai unsur-unsur Zat dan SifatNya....

Dan kesemua Mahluk Haiwan dan Mahluk Manusia berhubung-kait pula dengan penciptaan Tumbuh-Tumbuhan, di mana tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai "pembersih carbon dioksida" yang di keluarkan oleh Haiwan dan Manusia dengan menyedut dan menggunakannya sebagai sumber dan proses kehidupan lalu melepaskan "Oxygens" untuk kegunaan Haiwan dan Manusia sahaja, manakala mahluk jin tidak menggunakan Oxygen tetapi Carbon-Dioxide sama seperti pokok, dan itu juga sebabnya kaum jin suka kepada asap seperti asap kemenyan dan setanggi!.......dan lebih banyak yang hidup di luar ruang angkasa-raya muka Bumi ini dan di planet-planet lain sebab di sana tidak ada Oxygens!....

Jadi, kesimpulan dari persoalan mengenai adakah Roh Haiwan yang bernafas itu mempunyai atau memiliki Cahaya seperti Roh manusia, dan adakah ikatan nafas dan rohnya sama seperti roh manusia telah di berikan huraian dari satu perspektif yang lain (yang bukan jawapan dari sudut Agama- tetapi dalam bentuk sciences) akan tetapi membawa maksud penerangan yang juga jelas tetapi jika inginkan kepastian yang lebih mendalam anda harus merujuk kepada para ILMUAN USULUDDIN jika ingin mengetahui terma-terma yang menggunakan Bahasa Arab!...

Di sini juga telah secara tidak langsung telah menjawap Theory Kaum Falsafah yang mengatakan Manusia itu berasal dari Binatang (beruk/monyet) tidak berasas!...kerana haiwan memiliki asal usul kejadian Roh yang berbeza dengan Roh manusia.....
Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya tidak akan menyentuh penghuraian mengenai NAFAS di dalam kontek kejadian, penciptaan dan fungsi-fungsinya melalui blog RBSS ini, anda terpaksa merujuk kepada pihak Guru-Guru RBSS untuk mengetahuinya lebih lanjut....

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Sunday January 13, 2008 - 04:21pm (PST)

No comments: