Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #41 - KOMENTAR PROFESSOR

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #41 - KOMENTAR PROFESSOR

PERIHAL TANGGAPAN-TANGGAPAN YANG DI KEMUKAKAN.

Saya ingin memberikan nasehat kepada para ahli-ahli RBSS walau di mana jua anda berada, siapa pun diri anda atau dari persatuan RBSS mana pun anda, saya menyeru dan mengharapkan agar lebih bersikap berhati-hati dan lebih bersopan ketika mengajukan pendapat atau pun memberikan sebarang komen terhadap Blog RBSS ini...Persoalannya KENAPA???, saya takut ke? atau saya saya tidak suka di tegur???....bukan begitu..

Ini adalah jawapan dari saya:- Blog Rahsia Budi Suci Sejati (RBSS) ini dapat di baca oleh semua pelayar-pelayar internet, tidak mengira bangsa, tidak mengira agama, tidak mengira apapun kedudukan mereka, asalkan mereka itu semua boleh memahami Bahasa Melayu, mereka akan membacanya, jadi setiap komen dan kata-kata anda akan dapat mereka baca kerana saya tidak MEMBATASKANnya (to be seen by Public) supaya mencerminkan konsep keterbukaan blog RBSS ini kepada UMUM, keterbukaan ini MESTILAH di gunakan dengan cara yang sebaik-baiknya, bukan untuk melepaskan geram, rasa marah, rasa benci dan sebagainya itu dengan cara yang tidak betul...di dalam email tidak mengapa (saya terima) tetapi bukan melalui "Post Comment" atau "Mail Post".

Harus juga di ingat dan di fahami bahawa APA YANG DI PERKATAKAN DI DALAM BLOG RBSS INI ADALAH BERKENAAN SUATU CABANG ILMU KETUHANAN IAITU ILMU ALLAH...jika kita tidak mencerminkan siapa ahlak dan diri kita yang mengamalkan RBSS mengikut ahlak dan keperibadian yang di tuntut oleh RBSS ini, maka UMUM akan berpandangan serong dan akan membuat andaian yang tidak tepat terhadap TUJUAN AMALAN RBSS ini (kerana penggunaan kata-kata yang kasar)...jika benar ingin menunjukkan rasa geram, rasa marah dan rasa benci terhadap saya atau Blog RBSS ini, saya sudah sediakan satu email address yang khusus dan di tulis pada pengakhiran tulisan pada setiap post (professor_bss@yahoo.com), gunakan cara tersebut untuk meluahkan apa sahaja yang anda tidak suka, saya tetap akan membaca dan membalas setiap email anda itu...dan sekiranya cara menghantar email juga kurang memuaskan hati anda yang sangat geram dan marah itu, anda boleh meminta untuk berjumpa dengan saya secara peribadi..hanya dengan hantarkan email kepada saya mengenai niat anda tersebut!....

Saya juga akan "CENSOR" dan "PADAM" komen-komen yang di fikir boleh membangkitkan kekeliruan dari umum atau komen-komen yang tidak mencerminkan keahlakkan keperibadian ahli Rahsia Budi Suci Sejati (selalunya pembaca UMUM memberikan komen atau email dengan cara yang lebih sopan dan beretika) atau yang saya rasa bertentangan dengan apa yang di ajarkan oleh RBSS dn ISLAM....

Saya juga ingin mengingatkan kesemua ahli-ahli RBSS bahawa saya (professor bss) bukan sedang berkempen untuk mendapatkan sokongan ramai untk menjadi seorang GURU RBSS atau ingin membuka sendiri pusat pengajaran RBSS atau untuk menjadi/menggantikan guru-guru sediaada anda....di mana Slogan Blog RBSS saya ini adalah sebagai ALTERNATIVE & ADDITIONAL INFORMATIONS PROVIDER AND BRAINSTORMING (Pemberi Maklumat dari Sudut yang Berbeza serta sebagai Pencetus Minda)....Jadi JANGAN DI-POLITIK-KAN maksud dan tujuan Blog RBSS ini di tulis!....

Berkenaan dengan tanggapan bahawa saya telah "membocorkan segala rahsia RBSS sehingga satu dunia boleh baca", itu adalah persepsi anda sahaja dan jika anda dapat mengikuti keseluruhan penulisan Blog RBSS ini dengan lebih teliti serta dengan sifat keilmuan, anda akan dapat rasakan bahawa saya hanya menulis perkara yang berbentuk umum dan hanya sekitar 5% (ini saya kata) yang di katakan rahsia sahaja, yang saya ketengahkan (bermakna bagi diri saya ada lagi 95%)..jika anda merasakan yang 5% itu menyamai 100% apa yang anda ketahui, saya tidak dapat berbuat apa-apa selain mendoakan anda agar akan dapat menembusi dinding-dinding rahsia-rahsia ALLAH SWT itu dengan lebih luas lagi melalui bantuan dari ALLAH jua....(maaf kepada "MuridBSS" yang menghantar komen)

Sememangnya penulisan yang berbentuk Blog adalah penulisan-penulisan dari pandangan serta pendapat peribadi seseorang BLOGGER (sila semak Yahoo 360 Policy) yang tidak mencerminkan pandangan sesuatu kaum, sesuatu golongan atau pun sesuatu pertubuhan...jadi ia bersifat terbuka dan terbuka kepada sanggahan serta pembetulan dari masyarakat yang membacanya mengikut persepsi pemikiran diri masing-masing tetapi di dalam mengenengahkan bantahan ataupun bantahan pendapat kita tertakluk di dalam etika kemasyarakatan dunia, jika bangsa-bangsa lain boleh beretika dan bersopan di dalam penyampaian bantahan mengapa kita yang berbangsa Melayu serta ISLAM dan BerRBSS tidak boleh???....(ini kena rujuk kepada Post #36/#37 dan #39)

Saya juga suka untuk mengulangi kembali apa yang telah saya terangkan di dalam Post #7 di mana "pengangkatan gelaran" saya sebagai "Professor BSS" bukan mencerminkan atau bukan dari sudut hiraki keguruan di dalam pengembangan RBSS di rantau ini, saya menggunakan perkataan "Professor BSS" sebagai "NICKNAME" bagi seorang BLOGGER di internet agar Blog RBSS saya ini akan lebih menarik perhatian umum (ahli RBSS) kerana di dalam sejarah tidak ada orang yang menggunakan pangkat "Professor" ketika mengajar RBSS!, itu "GIMMICK" untuk meraih tumpuan sebagai Blogger sahaja, agar saya di kesan dan di baca blog saya ini, maklum duni pada hari ini memerlukan sesuatu "tarikan" bagi mendapatkan perhatian di dalam internet...jika anda mentafsirkan bahawa saya mengangkat diri sebagai Professor BSS di dalam Pengajaran dan Pengembangan RBSS ini, anda telah silap mentafsir! anda telah silap mengangap! dan anda kurang arif mengenai "selok belok" menjadi Blogger!....

Dan ketika saya berfikir untuk menggunakan Nickname Professor BSS, saya juga telah mengkaji kesan buruk baiknya menggunakan Nickname tersebut, juga saya harus memainkan peranan selayaknya dengan taraf keprofesoran agar tidak memalukan orang-orang yang memegang gelaran tersebut di mana-mana universiti di dunia ini...jadi di dalam soal ini saya kena menjaga nama baik Rahsia Budi Suci Sejati serta nama baik taraf Professor itu sendiri...jika saya tidak mampu melakukannya pada peringkat permulaannya dahulu, sudah tentu saya telah menggunakan Nickname yang lain!....

Jadi di sini tidak ada soal atau isu yang saya ingin atau berhajat untuk berada lebih tinggi dari taraf guru-guru yang ada kerana guru tetap guru, sesiapa yang pernah mengajar kita apa yang tidak pernah kita tahu samaada yang baik atau yang buruk, mereka tetap guru kita walaupun yang mengajar kita itu berusia 5 tahun!....Apakan lagi untuk membelakangkan guru....

Apa yang dapat saya ulas di sini berkenaan berbagai tanggapan mengenai penggunaan Nickname Professor BSS itu adalah dari sudut mana anda berfikir melihatnya dan sudut itulah yang menjadi penentu tanggapan anda itu, begitu juga terhadap penyampaian-penyampaian maklumat mengenai RBSS melalui penulisan di Blog RBSS ini, juga amat bergantung dari sudut mana anda berfikir dan melihatnya, dari sudut seorang pelajar ke, sudut seorang penuntut ke, sudut seorang pengkaji ke, sudut seorang yang sangat ariff RBSS ke, sudut orang persatuan ke, sudut seorang guru ke atau dari sudut keAgamaan ke (Tauhid/Fiqah/Tassawuf) atau juga dari sudut pandangan orang-orang awam dan kerajaan!....semuanya akan memberikan maksud dan jawapan yang berbeza-beza mengikut kefahaman dan tujuan kepentingan masing-masing!....ini sebenarnya tertakluk kepada ALIRAN KEFAHAMAN....

Dan jangan tersalah anggapan juga bahawa Blog RBSS ini berbentuk Forum RBSS kerana ianya belum di jadikan begitu, di mana Blog adalah tempat seseorang memberikan pendapat dan pandangan peribadi manakala Forum mengajak umum untuk berbincang secara aktif melalui cara "debate" di mana Blog RBSS ini belum lagi sampai ke peringkat tersebut. Mungkin pada masa akan datang saya akan menukarnya pula kepada bentuk Forum!.....(sebenarnya telah banyak Forum-Forum yang membincangkan mengenai RBSS di dalam internet!-anda cari sahaja melalui search engine)

Saya juga ingin menyeru kepada ahli-ahli RBSS yang mempunyai perbezaan pendapat mengenai Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini, agar dapat membuka Blog mereka sendiri dan memberikan segala hujah-hujah yang konkrit serta berinformatif kepada semua pembaca mengenai apa juga yang di rasakan perlu di ketahui oleh umum atau para ahli RBSS sebagai salah satu lagi pilihan untuk mendapatkan Alternative Informations mengenai RBSS, bukan dengan tindakkan yang kurang manis di dengar atau sekadar berani merungut di belakang tabir...jika anda rasa pendapat dan sesuatu keilmuan anda itu benar dan akan memberikan manfaat kepada siapa juga, keluarkan pendapat anda itu kepada umum...saya akan menyokong anda walaupun anda bukan penyokong Blog RBSS saya ini, maksudnya anda boleh "mengiklankan" Blog anda dengan menjadi "My Friend" Blog RBSS ini, dengan cara itu anda mudah di ketahui oleh umum dan para pengikut Blog RBSS ini, juga kerana pengikut Blog RBSS ini telah mendekati angka 4000 viewers....(dari 6/12/2007 hingga 11/01/2008)

Sekarang kita telah memasuki alaf baharu di dalam memperkatakan keIlmuan RBSS, jadi kita harus gunakan pendekatan yang terkini serta canggih di dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang berbentuk umum (common) tetapi anda sendiri harus memahami etika-etika penulisan dan bentuk-bentuk batasan yang wujud mengenai RBSS (limitation)...tidak semestinya di dalam suasana yang tertutup atau di dalam kelas-kelas sahaja (kecuali pelajaran asas-asas RBSS harus di pelajari dari guru terlebih dahulu)

Saya juga melalui penulisan-penulisan sesuatu maklumat tidak memberikan tunjuk-ajar mengenai sesuatu "Tindakkan" secara telus kerana Blog RBSS ini bercorak bukan untuk menggantikan tugas guru-guru RBSS yang ada....kecuali melalui email-email (itu pun bergantung kepada kesahihan penanya)

Di harap dengan apa yang saya jelaskan ini anda akan dapat pengertian yang lebih jelas daripada penjelasan-penjelasan yang sebelumnya, tidak mustahil bagi saya untuk menulis perkara ini pada masa hadapan kerana bukan semua pembaca baharu (fresh reader) membaca Blog RBSS ini dari post yang pertama!...kerana ada yang membaca hanya memilih tajuk yang mereka minat sahaja, sedangkan Blog RBSS ini berhubung-kait dari post yang pertama...(di situ menunjukkan tidak ada sifat tekun...macam novel ada jalan ceritanya)

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: