Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #40 - ANAK-ANAK DAN WANIT

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #40 - ANAK-ANAK DAN WANITA

ANAK-ANAK DAN WANITA DI DALAM ARUS PERKEMBANGAN RBSS - DI MANAKAH KEDUDUKAN MEREKA?

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1hb Muharam 1429 yang jatuh pada hari ini Khamis bersamaan 10hb january 2008, semoga kesemua umat manusia beroleh kesejahteraan dan kesihatan untuk mengharungi kehidupan seterusnya......dan khususnya kepada anda semua yang mengikuti Blog RBSS ini!.

Saya memilih topik ini memandangkan kedua-dua golongan tersebut tidak mendapat peluang yang luas untuk mempelajari RBSS samaada tidak di benarkan atau tidak di galakkan oleh para ibu-bapa dan para suami-suami mereka, sehingga kedua-dua golongan tersebut beranggapan bahawa RBSS ini hanya untuk para ibu-bapa dan suami-suami sahaja...

Ada banyak sebab yang menyumbang kepada "larangan" tersebut oleh para ibu-bapa dan suami, pertama mereka khuatir anak-anak atau isteri-isteri mereka itu akan "lawan towkeh" atau menjadi "sama taraf" dengan mereka, kedua mereka juga tidak mahu tanggungjawap anak-anak dan para isteri "terganggu" dengan pelajaran RBSS yang akan menyebabkan pelbagai masaalah lain di dalam rumahtangga mereka..

Ini adalah satu pandangan atau pendapat yang kurang tepat dan tidak harus di galakkan..sebabnya?, pertama mereka (ibu-bapa dan suami) telah "menidakkan hak" anak-anak dan para isteri terhadap "hak" mereka sebagai mahluk manusia dengan menghalang merea dari mempelajari RBSS, kedua mereka juga sebenarnya tidak memahami dengan jelas apakah sebenarnya itu Rahsia Budi Suci Sejati...

Jika mereka benar-benar faham apakah itu sebenarnya RBSS maka mereka akan menggalakkan anak-anak dan isteri mereka mempelajari RBSS kerana akan banyak kebaikan-kebaikan terhadap kehidupan mereka sekeluarga, seperti sekeluarga terhindar dari segala perbuatan zalim dan khianat, gangguan mahluk halus (jin/syaitan), dan anak-anak dan para isteri jika mempelajarinya boleh berdikari menjaga keselamatan diri mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada kita yang sering tiada di rumah.

Para isteri yang menjadi ibu pula akan dapat melakukan sendiri sebarang "tindakkan" jika berlaku sesuatu keatas keselamatan keluarganya sendiri apabila para suami tiada di rumah, seperti ancaman dari pencuri/perompak/penyamun/perogol/pembuli dan sebagainya...jadi tidak payahlah bagi pihak isteri dan anak-anak merasa takut apabila di tinggal ketika para suami keluar mencari rezeki...


Anak-anak juga tidak kira lelaki atau yang perempuan, jika mereka di ajarkan mengenai RBSS mereka akan dapat menjaga keselamatan diri mereka sendiri sewaktu pergi ke sekolah mahupun ke tempat kerja masing-masing, mereka juga akan terhindar dari melakukan gejala-gejala yang tidak di ingini seperti menagih dadah, menjadi bohjan/bohsia, mangsa perkosaan dan yang sebagainya itu kerana telah di ajar mengenai nilai-nilai RBSS di dalam diri mereka, dan jika mereka mengamalkannya dengan baik maka Tenaga Budi yang mereka cipta itu akan melindungi mereka lahir dan bathin.

Apa yang mereka perlukan adalah galakkan serta tunjuk ajar yang sempurna mengenai apa itu Rahsia Budi Suci Sejati mengikut peringkat usia mereka, kita jangan menganggap bahawa anak-anak dan isteri itu sudah cukup di bawah pengawasan kita yang telah berRBSS ini, sebenarnya itu tidak mencukupi. walaupun kita dengan berRBSS ianya belum cukup dan belum mampu untuk mengawasi diri manusia lain walaupaun darah daging kita sendiri kerana keterbatasan kepekaan kita terhadap semua perkara di dalam satu masa...

Mempelajari RBSS pada usia yang seawal mungkin adalah di galakkan kerana akan membawa kesan-kesan yang sangat baik untuk jangkamasa panjang, dengan syarat kita harus terus menerus menggalakkan mereka mengamalkan dan di beri penerangan demi penerangan mengikut peredaran usia mereka, dan akhirnya mereka dari jenis ini akan menjadi ahli-ahli RBSS yang sejati...

Sebagai ibu-bapa yang berRBSS, kita juga harus menunjukkan contoh yang baik seperti mengamalkan berjurus selalu dan mengisi pokok badan pada setiap hari, perlakuan sebegini akan menyemarakkan semangat anak-anak untuk terus menerus mengamalkanya juga bukan kerana terikut-ikut tetapi "akan merasa" kepentingan RBSS di dalam diri mereka sendiri.

Begitu juga terhadap para isteri yang bergelar ibu-ibu, mereka ini harus di beri perhatian bagi mempelajari RBSS, jika mereka itu faham sepenuhnya mengenai RBSS, maka akan mudahlah ibu-ibu ini untuk mendidik dan mengajar anak-anak mereka di rumah sewaktu para suami tiada...dan ini akan memudahkan tanggungjawap pihak suami itu sendiri di samping keselamatan rumahtangganya terjamin.

Inilah menjadi sebab-sebab yang utama kurangnya penglibatan anak-anak yang di bawah umur dan golongan wanita-wanita dan para ibu mempelajari RBSS di kelas-kelas bimbingan anjuran persatuan-persatuan RBSS iaitu tiada galakkan dan sokongan kepada mereka...Dan pihak yang bertanggungjawap yang menganjurkan kelas-kelas bimbingan itu juga harus mengambil langkah untuk menyediakan sesi-sesi pelajaran khusus untuk golongan-golongan ini kerana mereka (golongan ini) memerlukan tunjuk-ajar yang berbeza serta berlainan dari segi penggunaan dengan golongan yang utama (majoriti)

Ini juga menyumbang kepada ketidak-relaan para ibu-bapa dan para suami untuk menggalakkan anak-anak serta para isteri belajar dan bergiat di dalam kelas-kelas bimbingan, terutama kepada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun..mereka ini perlukan suatu tunjuk ajar yang berlainan yang khusus untuk menangani masaalah di dalam usia mereka sendiri dan semestinya mereka di dalam golongan ini tidak akan faham atau selsesa jika bercampur dengan orang-orang yang lebih dewasa...pihak-pihak persatuan harus memandang perkara ini sama berat dengan hal-hal pengajaran kepada orang-orang dewasa, kerana jika kita abaikan golongan yang sedemikian maka kesinambungan RBSS akan tersekat dan tidak dapat berjalan dengan sempurna...

Sebaik-baiknya, anak-anak yang di bawah umur 20 -21 tahun harus di bahagikan mengikut kumpulan umur bagi mengajar mereka, seperti dari 5 -10 tahun, dari 11 - 15 tahun dan dari 16 - 21 tahun, jadi jika di lakukan begitu, mereka akan lebih mudah memahami kerana korikulum pelajaran telah di pecahkan mengikut usia dan juga memudahkan tenaga pengajar untuk mengajar tanpa perlu berfikir mengenai sasaran pendengar (target listener)..ini adalah kerana kanak-kanak yang di dalam golongan umur 5 - 10 tahun akan berbeza pendapat, berbeza pemahaman dan berbeza kehendak dengan yang berusia diantara 11 - 15 tahun dan yang seterusnya itu...

Itu sebabnya saya lebih cenderung kepada mengajar RBSS secara bersistematik berdasarkan golongan dan peringkat umur kerana cara yang demikian akan membuahkan hasil yang lebih berkesan dari segi penyampaian maklumat dan memberi pemahaman yang lebig baik mengikut kumpulan.

Kita harus beraleh dari SISTEM MENGAJAR Ilmu RBSS dari sistem dahulu-kala kepada satu sistem yang lebih moden yang lebih efektif dan yang lebih efisen, kita perlu memberi perhatian dari usia yang rendah, itu sebabnya di mana-mana Negara di dunia ini jika setiap pemerintah ingin menukar sesuatu korikulum pelajaran mereka, mereka akan memulakannya dari peringkat yang paling rendah usianya, kerana dalam usia yang rendah itulah tersemat kemudahan untuk menyerap apa juga mata pelajaran yang kita ingin ajarkan, jadi kita kena ikut sistem yang terbukti sangat berkesan ini...(terpulang kepada pihak persatuan - saya hanya memberikan saranan!)

Jika kita tidak melakukan sesuatu pada hari ini, apa yang akan dapat kita lihat pada masa hadapan adalah akan ramai manusia yang tidak akan tahu dan yang tidak akan mengerti apakah itu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI...semakin lama akan semakin pupus, dan di situlah relevannya dan rasionalnya berkenaan saranan saya yang mengusulkan kita mempunyai AKADEMI RBSS!...

Kerana AKADEMI berbentuk seperti sistem persekolahan, samaada seperti sekolah agama atau sekular swasta/kerajaan, ia memberikan pembelajaran sesuatu bidang Ilmu dengan cara yang bersistem serta berterusan juga dapat di kawal keseragaman maklumat Ilmu, bukan dalam bentuk sekarang yang di kendalikan oleh jawatankuasa sesuatu persatuan di mana keanggotaannya silih berganti dan tidak dapat di tentukan kemahiran mereka di dalam sudut pengajaran...kerana mereka tertakluk kepada tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan persatuan bukan mengajar, dan jika di kata ada AJKK pelajaran pun, mereka ini juga sering silih berganti dan tidak selalunya mahir di dalam teknik-teknik mengajar, bukan mereka berilmu tetapi kurang ilmu untuk mengajar kerana tidak ada didikan itu bagi mereka...

Jadi selagi masaalah-masaalah yang sedia ada ini belum dapat di atasi maka golongan kanak-kanak dan wanita akan terus menerus terabai dan di abaikan......di sini jangan cerita soal modal ke, soal tenaga kerja, soal sambutan ke yang penting ialah persediaan untuk memberikan khidmat tersebut dan keyakinan boleh buat ke tidak?..itu sahaja....yang lain akan berlaku mengikut keperluannya....

Wasaallam!

Professor BSS (prpfessor_bss@yahoo.com)


No comments: