Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #39 - AHLAK BERBUDI (RBSS)

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #39 - AHLAK BERBUDI (RBSS)

AHLAK BERBUDI ATAU RUPA BENTUK AHLAK KEPADA ORANG YANG BERBUDI SUCI SEJATI.

Kali ini saya akan menyentuh mengenai bagaimanakah rupa bentuk ahlak-ahlak orang-orang yang mengamalkan Rahsia Budi Suci Sejati jika mereka benar-benar menjiwai, mengadaptasi serta mengaplikasikan RBSS ini di dalam kehidupan seharian mereka, semoga dengan huraian ini akan memberikan suatu garis panduan kepada ahli-ahli yang baharu mahupun yang telah bertaraf "Otai"....

Tetapi sebelum saya menyingkap perkara tersebut, saya ingin mengongsikan peranan Blog RBSS ini di mata umum di mana di peringkat Persatuan-Persatuan RBSS ianya maseh di anggap sebagai "tindakkan keterlaluan" oleh seorang ahli RBSS yang mendedahkan pelbagai rahsia kepada umum dan tidak "menghormati guru dan pihak persatuan"...

Walau apa juga tanggapan yang di berikan terhadap penulisan Blog RBSS ini, TUJUAN PERANAN Blog RBSS ini telah mencapai sasaran yang baharu di mana (apa yang saya di maklumkan) bahawa "huraian-huraian" serta "segala maklumat" yang di ketengahkan melalui Blog RBSS ini telah di gunakan oleh pihak-pihak yang tertentu (termasuk Pusat-Pusat Pengajian Tinggi ISLAM dan Universiti) dari negara-negara tertentu bagi di jadikan sebagai "bahan kajian" oleh pihak pelajar-pelajar mereka dan di bandingkan dengan semua jenis maklumat yang mereka ada (perbandingan Ilmu)...Bagi diri saya, ini adalah satu perkembangan yang amat sihat dan amat menggalakkan untuk memartabatkan Rahsia Budi Suci Sejati pada pandangan UMUM kerana di masa-masa yang lalu, nama Rahsia Budi Suci Sejati di libatkan dengan Ajaran Sesat dan terkeluar dari landasan ISLAM, dan setelah terkeluarnya Blog RBSS ini banyak pihak kini telah mula mengkajinya mengikut perspective yang betul untuk mengetahui kedudukan di mana silapnya pandangan yang mengatakan RBSS ini adalah Ajaran Sesat..DAN juga orang-orang persaorangan di luar sana yang cuba memahami KeIlmuan RBSS mengikut perspective yang di ketengahkan...

Juga kini telah ramai di kalangan ahli-ahli RBSS sendiri mengkaji-selidik segala huraian yang di ketengahkan melalui Blog RBSS ini sebagai bahan perbincangan di kalangan kumpulan-kumpulan mereka dengan cara yang lebih luas lagi kerana Blog RBSS ini menyentuh pelbagai topik-topik berkenaan RBSS di mana ada di antara maklumat-maklumat yang di ketengahkan itu tidak dapat di dengar atau di perolehi melalui kelas-kelas RBSS mereka sekarang atau di masa-masa yang lalu...ini juga suatu perkembangan yang sihat dan memberangsangkan!, dan tujuan Blog RBSS ini sebagai ALTERNATIVE & ADDTIONAL INFORMATIONS GIVER or PROVIDER juga berjaya...INI BUKAN KEJAYAAN peribadi saya tetapi adalah KEJAYAAN GURU-GURU TERDAHULU DAN SEKARANG yang mahukan RBSS ini berada di tahap yang sebenar-benarnya bukan lagi sebagai Ilmu yang di ajar secara gelap atau bersembunyi....(previous notes was edited by Professor BSS)

Berbalik kepada tajuk untuk Post kali ini iaitu AHLAK BERBUDI...

Jika kita berjaya menjiwai apa yang di tuntut oleh amalan ilmu Rahsia Budi Suci Sejati ini ke dalam cara kita menjalani kehidupan seharian, maka nilai-nilai kesucian dan kemurnian RBSS ini akan terbentuk di dalam diri seseorang itu secara perlahan-lahan sehingga ianya memenuhi segala ruang hati dan fikiran mereka iaitu BerBudi dan BerAhlak tinggi.......

Apakah ciri-ciri yang di katakan BerBudi dan BerAhlak Tinggi tersebut?...

Pertama: Seseorang ahli RBSS itu akan mempamerkan sifat dan sikap KESABARAN yang sangat tinggi, tidak mudah di sergah, tidak mudah tunduk kepada sebarang kejahatan, tidak mudah berputus asa menghadapi segala dugaan dan cabaran yang di hadapi serta bijak dan cekap menangani segala masaalah tanpa perlu meminta pertolongan dari orang lain...

Kedua: Seseorang ahli RBSS itu juga akan mempamerkan sifat dan sikap yang sangat MULIA di mana mereka lebih cenderung untuk menolong dan membantu orang-orang yang di dalam kesusahan, di dalam penderitaan dan di dalam kezaliman..mereka akan memberikan bantuan tanpa di minta atau meminta pembalasan atau imbuhan, mereka melakukannya secara ikhlas kerana ALLAH SWT...

Ketiga: Sesorang ahli RBSS itu juga akan mempamerkan sifat dan sifat KESUCIAN HATI yang sangat bersih sehingga tidak ada prasangka buruk terhadap orang lain, tidak ada niat yang buruk terhadap orang lain, tidak ada dengki khianat terhadap orang lain dan tidak membalas apa-apa perbuatan khianat orang lain terhadap dirinya dan menerimanya dengan tenang serta ikhlas...

Keempat: Seseorang ahli RBSS itu juga hanya akan menggunakan segala kekuatan dan kehebatan Ilmu yang di milikinya hanya untuk tujuan-tujuan kebaikan semua pihak di sekelilingnya termasuk keluarga, masyarakat, negeri dan negaranya, mereka ini tidak "makan cabar" atau tidak suka "mencabar orang", mereka hidup penuh dengan kesederhanaan tetapi memiliki keistimewaan yang luarbiasa...

Kelima: Seseorang ahli RBSS itu juga tidak banyak bercakap yang "merepek-repek" di khalayak ramai tetapi lebih banyak berdiam tetapi mesra, mereka hanya bercakap perkara-perkara yang boleh mendatangkan Ilmu dan yang boleh di manfaatkan kebaikannya oleh orang lain, dan jika mengajar RBSS mereka ini adalah orang yang sangat tegas kerana penghormatannya pada keilmuan RBSS itu sangat tinggi di sebabkan pemahamannya yang sangat tajam dan luas.

Mengapa semua itu boleh berlaku???.....

Jawapan itu tidak sukar untuk di jawap kerana jika anda membaca kesemua tulisan mengenai huraian-huraian RBSS dari Post #1 hingga sekarang, anda akan dapati bahawa KeIlmuan RBSS ini mendidik dan mengajar kita segala nilai-nilai tersebut dan di masa yang sama membantu kita untuk membuang sifat-sikap yang buruk melalui proses BERJURUS, di mana proses BerJurus itu pula adalah NADI kepada Pembinaan CAHAYA BUDI itu sendiri seperti phrasa berikut: TUJUAN CIPTA CAHAYA!!!!!!...

Bagaimana pula jika sifat dan sikap buruk itu maseh ada pada diri anda sekarang?, walaupun telah "lama" mengamalkan RBSS ini?.........

Pertama: Anda tidak 100% Ikhlas dalam semua segi, anda tidak 100% Tekun mengamalkan, mengadaptasikan dan mengaplikasikan, dan tidak 100% Sabar di dalam mengamalkan RBSS...itu sebabnya walaupun sudah bertaraf "Senior" atau "Otai" keperibadian anda di tahap yang lama, sama seperti ketika baharu mempelajari RBSS.

Kedua: TUJUAN sebenar anda mempelajari RBSS tidak selari dengan TUJUAN RBSS itu sendiri, berkemungkinan anda mempelajari RBSS hanya untuk kuat dan hebat dari orang lain, atau anda ingin jadi "Tukang Ubat" yang hebat dan terkenal kerana RBSS, atau mungkin anda mempelajari RBSS dan mengamalkan RBSS hanya kerana nama RBSS itu hebat dan kuat sahaja..ataupun anda telah di pesonakan dengan perasaan "Glamour" menjadi orang-orang penting di dalam persatuan, di pejabat dan di kalangan masyarakat...cuba cari dan baiki!.....

Ketiga: Berkemungkinan anda menganggap KeIlmuan RBSS ini sebagai Ilmu biasa sahaja dan tidak menitik beratkan langsung segala INTIPATI di dalamnya...

Begitulah serba sedikit panduan-panduan mengenai huraian AHLAK BERBUDI yang dapat saya siarkan, semoga anda memperoleh sesuatu daripadanya.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)


No comments: