Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #38 - PESAKIT & PENYAKIT

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #38 - PESAKIT & PENYAKIT

DI SEBALIK RAHSIA PESAKIT DAN PENYAKITNYA

Bertemu lagi di dalam tajuk DI SEBALIK RAHSIA PESAKIT DAN PENYAKITNYA di mana bidang ini amat di minati oleh segolongan besar ahli-ahli RBSS kerana ianya akan mencabar diri seseorang ahli itu dengan cabaran-cabaran yang berkaitan dengan Alam Ghaib dan bagaimana untuk menangani sesuatu jenis penyakit.

Selalunya ahli-ahli yang baru mengisi amat ghairah untuk mencuba bidang ini yang di kenali sebagai bidang perubatan dan ada yang menjadikan bidang ini sebagai pekerjaannya yang kedua (second job), tetapi selalunya pihak guru akan menasihati ahli-ahli yang baharu yang belum Merasol dan belum mengambil Amalan Lam Jalala serta Permohonan jangan melakukan perubatan kerana di khuatiri mereka tidak mampu untuk menanganinya kelak...persoalannya kenapa mesti begitu???.....

Adapun bidang perubatan ini adalah tertakluk kepada Alam Ghaib dan sesuatu mahluk yang ghaib (selalunya), jadi jika ahli-ahli yang belum Merasol bermakna tahap kemampuan mereka adalah terbatas kerana hanya memiliki 10 atau 30 Jurusan sahaja (bergantung kepada seseorang ahli) dan itu akan menyusahkan mereka jika bertembung dengan sesuatu jenis penyakit yang mempunyai pelbagai mahluk-mahluk halus yang tegar, kedua kenapa Amalan Lam Jalala dan Permohonan di haruskan di ambil dahulu, adalah sebagai persiapan sampingan jika mereka itu gagal menangani sesuatu penyakit dengan menggunakan RBSS bersebab dari kurang pnegetahuan mengenai RBSS itu sendiri atau tahap keilmuan RBSS mereka maseh di kategorikan sebagai lemah dan rendah..oleh yang demikian Lam Jalala dan Permohonan adalah sebagai pembantu serta penyelamat kepada keadaan tersebut.

Sayugia di ingatkan di sini bahawa cara mengamalkan dan menggunakan Lam jalala dan Permohonan adalah lebih mudah daripada RBSS, di mana boleh di pelajari dalam masa yang singkat tidak seperti RBSS yang memerlukan masa yang agak panjang...kerana itu pihak guru-guru yang terdahulu dan sekarang tidak menggalakkan ahli-ahli di dalam kategori tersebut menceburi bidang perubatan ini, bukan bermaksud RBSS itu tidak cukup hebat atau tidak cukup kuat daripada Lam Jalala ataupun Permohonan tetapi lebih di khuatiri ahlli-ahli tersebut akan gagal melakukan di dalam tahap tersebut...itu sahaja sebenarnya....


Tetapi di dalam keadaan yang sebenarnya, ramai ahli-ahli dalam kategori tersebut secara senyap-senyap melakukan bidang perubatan tanpa pengetahuan guru-guru kerana perasaan ingin mencuba mereka amat kuat...sebenarnya itu tidak menjadi masaalah sekiranya mereka memiliki pengetahuan yang cukup mengenai bidang perubatan dan selok-beloknya atau di iringi oleh ahli-ahli yang berpengalaman..

Dalam bidang perubatan yang khusus merawat pesakit ini kita sebagai ahli harus terlebih dahulu tahu apakah yang menyebabkan seseorang peakit itu jatuh sakit, adakah ianya jatuh sakit secara tiba-tiba atau penyakitnya timbul secara perlahan-lahan, kita juga harus mengambil tahu hal-hal seperti siapa yang sakit tersebut, kanak-kanakkah, orang dewasakah, lelakikah, perempuankah serta serba sedikit sejarah kesihatan pesakit dan ahli keluarga mereka...maklumat-maklumat seperti ini sebenarnya akan dapat membantu kita di dalam proses merawat mereka atau di dalam bidang kedoktoran di panggil "medical history", kemudian kita pula harus menyiasat kenapa mereka itu jatuh sakit dan apakah punca-puncanya (syntoms diagnosis) dan kemudian memikirkan bagaimanakah cara-cara untuk merawat mereka.

Di dalam mencari maklumat sejarah perubatan pesakit dan keluarga (medical history), kita harus terlebih dahulu menemu-bual ahli-ahli keluarga pesakit dan dari situ kita memulakan untuk mencari punca penyakit (syntoms diagnosis) melalui pelbagai cara, bagi yang tidak memiliki panca indera, kebanyakan mereka menggunakan "gerak scan/radar" dan di dalam proses ini kita harus bertanya sendiri dan cari jawapan-jawapan sendiri mengenai apa yang kita perlu tahu, di ingatkan di sini bahawa ketepatan "gerak scan/radar" ini amat bergantung dari satu ahli ke satu ahli yang lain kerana Ilmu Gerak berpandukan kepada keperibadian seseorang, jika seseorang ahli itu "banyak bueh" atau suka cakap bohong maka "gerak scan/radar" mereka tidak 100% tepat, dan selalunya di dalam proses ini kita memerlukan 2-3 orang "ahli gerak" bagi mendapatkan jawapan yang tepat...tetapi jika 2-3 orang ahli gerak itu "kaki bueh", maka semua dapatan mereka tidak boleh pakai! (kena bueh juga)..oleh itu kita harus berhati-hati di dalam soal "scanning" penyakit ini kerana itu akan menentukan keberhasilan kerja-kerja perwatan kita kelak...

Setelah kedua-dua proses tersebut di lakukan kita perlu pula menentukan apakah jenis "ubat-ubatan" untuk di berikan kepada pesakit bagi memastikan mereka itu sembuh berterusan, "ubat-ubatan" yang saya maksudkan di sini adalah bagaimana kita harus "membuat penyembuhan" terhadap penyakit mereka itu setelah "proses membuang penyakit" di lakukan...ini adalah salah satu bab yang sangat kritikal dan yang sangat mencabar bagi seseorang ahli kerana mereka harus tahu bagaimana untuk "memberikan ubat-ubat" tersebut, jika yang ada Permohonan, mereka hanya perlu buat Permohonan sahaja tetapi bagi yang tidak memiliki Permohonan bagaimana pula???...itulah cabarannya jika hanya menggunakan RBSS, kita perlu tahu "selok-belok rahsia-rahsia di dalam jurusan" yang boleh di jadikan sebagai ubat di dalam proses penyembuhan, jika tidak tahu maka pesakit itu akan datang penyakitnya semula (bentan atau relaps)...<>


Apa yang saya huraikan di atas adalah proses-proses asas yang perlu kita tahu di dalam menangani pesakit tetapi ada lagi beberapa perkara yang perlu anda tahu dan perlu anda tentukan sebelum menerima atau sanggup menerima untuk merawat seseorang pesakit, yang pertama anda perlu tanya dan cari samaada anda dengan kemampuan yang anda ada itu (power) mampu untuk menyelesaikan penyakit tersebut, kita kena jujur pada diri sendiri jika "terasa" tidak mampu lebih baik jangan di teruskan dan jika jawapannya mampu, maka anda perlu periksa lagi perkara berikut seperti:-

Benarkah orang itu sakit?, adakah mereka tidak menipu?, sakit biasa kah atau gangguan mahluk halus?, mahluk halus dari jenis apa?, berapa banyak?, di dalam atau luar tubuh?, jika di luar dimana mereka?, jika di dalam tubuh di mana mereka itu duduk?, dalam bentuk apa mereka sekarang?, bentuk asal kah atau sudah berubah kepada bentuk lain? dan soalan-soalan yang berkaitan dengan itu...proses ini hanya tertakluk kepada ahli-ahli yang tidak atau belum memiliki panca indera atau yang maseh bergantung kepada gerak kerana mereka maseh belum boleh "melihat" keadaan sebenar..

Tetapi kepada ahli-ahli yang "Professional" atau yang telah mencapai taraf memiliki panca indera mereka tidak perlukan segala proses-proses seperti yang saya huraikan di atas, cukup hanya dengan "melihat" si pesakit, mereka akan "tahu segalanya"...dan tahap "keprofesionalan" mereka juga ada bertingkat-tingkat mengikut taraf, seperti peringkat "profesional umum" (biasa), mereka maseh lagi perlu menjalankan proses menemu-duga ahli keluarga pesakit bagi mengestabliskan syntom penyakit tetapi kepada yang berada di taraf "profesional expert" pula, mereka ini selalunya memiliki "TV Vision" di mana mereka dapat "melihat" apa yang mereka ingin lihat mengenai pesakit dan penyakit tersebut tanpa perlu bertanyakan sesiapa dan melalui "TV Vision" (bukan cable vision atau astro ye!) tersebut mereka mendapat gambaran yang sebanar...taraf ini memang ada di miliki oleh segelintir ahli-ahli RBSS tetapi bilangannya amat kecil kerana untuk mencapai taraf tersebut bukanlah mudah, ianya memerlukan kerja keras dan ketekunan mengamalkan RBSS secara berterusan...bukan jenis tenggelam timbul atau macam biskut oreo sekejab ada sekejap tak ada!.....

Saya ada satu lagi maklumat tambahan mengenai Pesakit dan Penyakit, tetapi ini terpulang kepada individu samaada untuk menerima maklumat tersebut ataupun tidak, tidak ada paksaan di sini kerana ianya berbentuk sebagai "general information" sahaja...dan bergantung 100% kepada budi bicara anda!...

Ini menyentuh sedikit mengenai Qada' dan Qadar, di dalamnya ada maklumat yang menyebut bahawa setiap penyakit yang di timpakan kepada seseorang manusia itu adalah salah satu proses pengampunan atau proses pembalasan dari ALLAH SWT kepada manusia tersebut, di dalam kedua-dua proses pengampunan dan pembalasan dari dosa-dosa mereka, ALLAH SWT telah tetapkan berapa lamakah tempoh seseorang itu harus sakit (dalam Qada') dan bila atau macam mana ia akan sembuh (dalam Qadar)...

Jadi di situ mesti ada "tempoh atau jangka-waktu" yang tertentu untuk mereka itu menderita kesakitan, jadi kita harus tahu dan mengambil tahu akan hal tersebut samaada untuk membantu ataupun tidak merawat penyakit mereka, kerana ALLAH SWT itu Maha Bijaksana dan Maha Pembalas dan Maha Pengampun, jadi jika kita berjaya merawat pesakit tersebut walhal di dalam tempoh pembalasan mereka itu belum habis atau tamat, maka si pesakit "akan berhutang" dengan ALLAH SWT akan "dosa-dosa" yang sepatutnya terhapus melalui pembalasan penderitaan kesakitan semasa mereka itu hidup dan hutang tersebut akan di bawa ke hadapan (carry forward) pada waktu yang lain atau di jalankan semasa di dalam Alam Kubur selepas mereka itu mati..

Dalam kontek ini, sebenarnya apa yang ingin kita lakukan (perubatan) mestilah dengan ilmu pengetahuan, kita juga perlu tahu hal-hal tersebut sebagai langkah "tidak mencampuri urusan Tuhan" dan jika kita mahu juga membantu maka kita perlu bertanya kepada ALLAH SWT samaada tempohnya untuk sakit itu boleh di pendekkan dan di berikan rawatan penyembuhan, jika kita menerima jawapannya boleh maka kita teruskan tetapi jika jawapannya mengatakan "jangan atau tidak boleh" maka seharusnya kita jangan lakukan...

Tetapi di dalam menangani masaalah di dalam Qada' dan Qadar tersebut, kita maseh boleh lagi menolong mereka yang sakit ini. walaupun kita telah di beritahu oleh ALLAH SWT bahawa mereka harus juga menjalani hukuman tersebut dan tidak boleh di tolong pada masa itu, jadi jika kita benar-benar ikhlas dan yakin terhadap apa yang kita ada ini (RBSS), apa yang perlu kita lakukan BUKAN MERAWAT tetapi MEMINTA PENGAMPUNAN DARI ALLAH SWT UNTUK DIRI PESAKIT BERLANDASKAN ATAU BERSANDARKAN ATAU BERCAGARKAN DIRI KITA YANG MEMILIKI "RAHSIA-KU" ITU"...maksudnya disini kita memohon keampunan dari ALLAH SWT untuk diri pesakit atas kewibawaan diri kita yang telah memiliki Rahsia Budi Suci Sejati ini, di sinilah letaknya KERAMAH RBSS di mana ALLAH SWT akan memperkenankan permintaan kita seperti para Wali-Wali ALLAH memohon untuk kita....itu adalah KEKUATAN LUAR BIASA RBSS di dalam soal ini....di situlah KETINGGIAN MARTABAT RBSS DI SISI ALLAH SWT yang menyamai martabat para Waliullah dan para malaikat!....dengan proses itu maka penyakit si pesakit di ampunkan lalu ianya sembuh dari penyakit tersebut...(telah banyak saya berjumpa kes-kes seperti ini dan itulah yang selalu saya lakukan dan saya lihat KERAMAH RBSS di situ!-Alhamdulillah)

Akan tetapi, di dalam proses memohon keampunan bagi diri pesakit biarlah di dalam peradapan memohon doa kepada ALLAH SWT dengan cara yang betul, diri biarlah bersih dan suci, niat semestinya harus ikhlas seikhlasnya, tujuan hati mesti juga di hapuskan dari niat-niat yang tidak betul, sewaktu berdoa kita hati menundukkan hati dan segala perasaan kita hanya kepada ALLAH SWT...Insya'allah makbul!....(bukan guna Permohonan!-semata-mata doa ikhlas dari kita untuk pesakit)

Selepas itu, jika pesakit telah sembuh kita harus "maklumkan" perkara tersebut kepada pesakit dan nasihatkan ia supaya melakukan "Taubat dan memohon Keampunan" daripada ALLAH SWT....itu sahaja.

Itulah yang di katakan bahawa Mahluk Manusia itu di ciptakan dengan di sertakan segala Ilmu Pengetahuan ALLAH dan menggunakan AKAL dengan ILMU sebaik yang mungkin, bukan dengan cara "gasak-buta" sahaja kerana merasakan apa yang di miliki ini tersangat hebat dan kuat!....kalau kita sendiri jatuh sakit macam mana?...mesti ada banyak dosa!.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: