Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #37 - IBLIS DAN ANDA

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #37 - IBLIS DAN ANDA

IBLIS DAN ANDA YANG BerRBSS!

Post yang ke #37 ini adalah lanjutan kepada Post yang ke #36 dan Post yang ke #29, di mana sumber maklumatnya akan saya rangkum menjadi satu sumber maklumat sahaja dan supaya anda mudah memahaminya.

Adapun di dalam Post #36, saya menyeru sekelian ahli-ahli RBSS yang ada terutamanya yang memegang kuasa di dalam pentadbiran persatuan-persatuan RBSS agar memulakan tindakkan untuk menyatu-padukan Jemaah Guru-Guru RBSS kembali bersatu, sungguh pun pendedahan perkara ini di media internet sedikit sebanyak amat mengaibkan banyak pihak dan yang terutamanya kesan terhadap "nama dan amalan Rahsia Budi Suci Sejati" itu sendiri..

Di dalam banyak posts saya banyak menerangkan bahawa dengan berRBSS kita akan dapat menghindarkan diri kita dari segala godaan iblis/syaitan (yang pelbagai) melalui kekuatan Cahaya Budi yang kita miliki, tetapi jika kita membaca perkara-perkara yang mempamerkan sesuatu sikap tidak kesepakatan dan perpecahan di dalam persatuan RBSS dan keharmonian di kalangan ahli-ahli RBSS itu, di sini kita akan dapat melihat bahawa "apa yang kita ada ini (Cahaya Budi) tidak dapat membendung gejala-gejala godaan dan gangguan iblis/syaitan", sedangkan itulah yang kita laung-laungkan, yang kita megah-megahkan, yang kita kembangkan dan yang kita pertahankan...tetapi kenapa perkara-perkara seperti itu maseh juga berlaku dan mesti juga kita di biarkan???????????.

Jadi di mana salah kita dan di mana silap kita yang memiliki Rahsia Budi Suci Sejati ini???, itu sebabnya saya menulis secara khusus di dalam Post #29 (Adaptasi & Aplikasi), di mana tidak ada atau tidak cukup PENGHAYATAN di dalam memiliki RBSS ini, sebabnya ramai orang "melihat" RBSS ini sebagai "suatu alat" untuk mempertahankan diri daripada segala perbuatan zalim dan khianat yang datangnya dalam bentuk rupa manusia atau manusia sahaja, kita tidak melihat atau berfikir bahawa sebenar-benarnya ALLAH SWT itu mencipta CAHAYA BUDI itu untuk Mahluk Manusia supaya dapat menghindarkan diri kita (manusia) dari segala perbuatan zalim dan khianat yang di lakukan oleh iblis/jin/syaitan!!!!!, itulah yang kita lupai, itulah yang kita tidak pelajari, itulah yang kita tidak mahu mengerti dan itulah yang tidak di ajari!!!......

Cuba lihat di sekeliling persekitaran persatuan-persatuan RBSS anda, apakah yang sedang berlaku???, ada ke tidak di antara ahli sesama ahli ada sikap bermusuhan, sikap iri hati, sikap dengki hati, sikap megah diri, sikap riak dan takbur, sikap lupa diri, sikap mementingkan diri sendiri, sikap curiga mencurigai pada sesama sendiri dan sikap-sikap yang sewaktu dengannya itu???...jangan bohong...jawapannya sudah tentu ada!!!...SEBAB?...Kerana mereka TIDAK FAHAM DAN TIDAK MENGERTI APA ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!!!....GAGAL MEMAHAMI!..

Saya macam terdengar bunyi kata-kata "orang-orang persatuan dan segelintir ahli " terhadap seruan saya agar menyatupadukan Jemaah guru, yang kata "alaah dia cakap aje senang, dia kat luar ape tau, duduklah dalam sini baru tau!", dan "alaah professor bss konon, cakap memanglah pandai cubalah buat sendiri!", dan "alaah dia tu (prof.bss) apa tau macamlah pandai sangat!"...begitulah "kata-kata" yang saya "dengar sendiri" mengenai seruan tersebut...bagi saya kata-kata itu tidak menjadi masaalah kepada saya tetapi adalah menjadi masaalah kepada yang berkata, kerana mereka tidak faham di dalam lingkungan apa sekarang mereka berada!, mereka sebenarnya terperangkap di dalam lingkungan hasutan/godaan iblis/syaitan yang tidak mahu seruan saya itu di dengari, di ambil peduli dan di ambil tindakkan, jadi iblis menaikkan kebencian anda kepada saya (prof.bss), jika kebencian itu timbul maka anda tidak akan berbuat apa-apa, jika anda tidak buat apa-apa maka permasaalahan itu berterusanlah!....ada kefahaman di situ?...Yang lebih sinis pun ada "alaah dia dah membelakangkan guru, sekarang dia suruh kita pulak nak lawan guru"...ini lagi extreme dari hasutan iblis, pemikiranya hampir-hampir 80% bersamaan dengan kehendak iblis!..kenapa saya berani cakap begitu..kerana orang seperti ini langsung tidak bersinar Cahaya Budinya, tidak dapat memahami langsung beratusan ribu tulisan kata-kata saya yang mengajak para ahli supaya kembali kepada landasan RBSS sebenar!...kalau kata faham makna kembali ke landasan RBSS sebenar, kita akan tahu apa itu peranan IBLIS/JIN/SYAITAN!...

Sememangnya ketika mula mempelajari RBSS kita tidak di beritahu oleh sesiapa bahawa dugaan dan cabaran utama kita memiliki dan mangamali Rahsia Budi Suci Sejati adalah GANGGUAN DAN GODAAN IBLIS/SYAITAN, cuba anda fikir jika ALLAH SWT hanya memberikan CAHAYA BUDI untuk menghindarkan kita (manusia) daripada perbuatan zalaim dan khianat sesama kita, bermakna Mahluk Manusia itu adalah ciptaan yang sangat ZALIM dan BUAS sehingga memerlukan "perlindungan atau protection", sudah tentu tidak begitu makud ALLAH itu, jadi apa?, kerana ALLAH SWT telah mengetahui bahawasanya IBLIS akan bertungkus lumus untuk menjahamankan mahluk manusia walau dengan apa cara sekalipun di sebabkan dendam kesumat terhadap ADAM!, dan kerana iitu ALLAH SWT mengurniakan CAHAYA BUDI sebagai perlindungan dari ancaman IBLIS!, kenapa itu yang tidak mahu kita fahami???

Cuba buka lagi minda anda, cara iblis merosakkan, mengganggu dan menggoda mahluk manusia itu dengan cara apa???

Iblis akan gunakan apa yang kita ada, apa yang kita pandai, apa yang kita tahu, apa yang kita kuat, apa yang kita dapat, apa yang kita sayang, apa yang kita suka, apa yang kita benci, apa yang kita ada sebagai alat untuk menjahamankan diri kita sendiri....tanpa memerlukan apa-apa alat bantuan tambahan daripada iblis sendiri....

Sebagai contoh:-

1) Jika anda tidak suka dan bencikan saya kerana menulis Blog RBSS yang sedikit sebanyak merosakkan kewibawaan anda, iblis akan gunakan "perasaan benci dan tak suka itu" yang wujud di dalam sanubari anda itu dengan mengembangkannya menjadi "satu tindakkan" memerangi saya dengan berbagai cara, seperti menghasut orang lain supaya jangan mempercayai saya, jangan buka dan baca blog saya, jangan hubungi saya...dan mengatur orang-orang anda supaya memporak-perandakan saya dan blog saya dengan menghantar message-message yang bercorak dan bermaksud kedengkian sehingga kedengkian itu menjadi besar dan menutup/melupai apa juga cabang ilmu yang baik yang tertera di dalam blog ini..(ini contoh sahajaaaa - jangan makan cili!)

2) Jika anda kuat dari segi fizikal, anda akan di hasut supaya membuli orang-orang lain yang lemah fizikalnya dan membuat orang yang lemah itu marah kepada anda dan melakukan sesuatu di luar jangkaan.

3) Jika anda pandai (dalam sesuatu bidang) anda akan di hasut supaya menggunakan kepandaian anda itu untuk memperbodoh-bodohkan orang lain, sehingga orang lain akan bertindak dan menentang anda dan terjadilah peperangan.

4) Jika anda suka akan seseorang itu, maka iblis akan cuba membuat orang itu benci pula kepada anda dengan harapan anda kecewa dan anda mula mencari cara untuk membuat orang itu suka kembali kepada anda - jumpa bomoh ke!...

5) Jika anda dapat sesuatu yang sangat berharga atau istimewa yang orang lain tidak dapat atau tidak ada, iblis akan buat orang lain merasa dengki dan membuat kedengkian kepada anda dengan mencurinya dari anda.

6) Jika anda seorang guru ( tidak kira apa) iblis akan menimbulkan rasa iri hati dari guru-guru yang lain dan merosakkan nama baik anda.

7) Jika anda memiliki RBSS, iblis akan menghancurkan segala niat baik anda dan menghasut orang-orang sekeliling memberikan masaalah kepada anda dalam pelbagai bentuk dugaan dan godaan dan anda di hasut supaya berkelakuan bertentangan dengan tujuan RBSS.

8) Jika anda seorang Ilmuan ISLAM, iblis akan goda anda untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ISLAM dan jika anda sebagai pemberi Fatwa, fikiran anda akan di ganggu agar Fatwa tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada Umat ISLAM sebaliknya memihak kepada IBLIS....(banyak ye kes-kes sebegini!)

Begitulah iblis berperanan untuk menjahanamkan mahluk manusia, tetapi kenapa kita yang mengetahui akan RAHSIA-KU itu tidak peka terhadap perkara ini???, di dalam RBSS tidak di ajarkan ke?, tau kita terlalu berpegang yang RBSS tidak ada pantang???

Jika anda telah dapat serba sedikit memahami apa yang cuba saya terangkan sekarang, jangan rasa jangan fikir yang seruan saya di dalam Post #35 & ke #36 itu sebagai mengarut atau angan-angan...Kita bercakap mengenai kesucian RBSS kemurnian RBSS kesinambungan RBSS...jangan hanya pandai berkata bahawa aku tahu apa itu MAKAM BUDI aku tahu apa itu MAKAM SUCI dan aku tahu apa itu MAKAM SEJATI...JIKA TELAH TAHU MENGAPA MASEH BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI?, sambil duduk goyang kaki sebaris dengan kerusi iblis meyaksikan tayangan!....di mana letaknya pemahaman itu???...JANJI ALLAH - KITA AKAN KE SYURGA TETAPI JANJI IBLIS - KITA KE NERAKA BERSAMANYA......

Jadi sebelum sesuatu yang berlaku keterlaluan, cubalah hayati kembali apa itu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, adaptasikanlah dan aplikasikanlah RBSS di dalam kehidupan diri anda....peka terhadap apa yang berlaku dan kenapa ianya berlaku, jangan biarkan hidup anda di sinari oleh cahaya iblis!...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: