Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #36

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #36

PERANAN IBLIS TERHADAP AHLI RBSS - APA YANG PERLU KITA KETAHUI

Ini adalah satu tajuk yang berkaitan dengan Post Alam Ghaib - Iblis/Jin tetapi berbentuk lanjutan dari apa yang pernah di huraikan dahulu.

Saya tidak akan mengulang asal-usul Iblis dan asa-usul RBSS (anda di kehendaki merujuk kembali kepada post yang lalu), kerana saya akan terus menulis mengenai bagaimana Iblis menggunakan kebijaksanaanya untuk mempengaruhi orang-orang yang telah berRBSS.

Ada pun dari segi statistik, iblis tidak mempunyai keistimewaan dan keupayaan untuk menandingi manusia-manusia yang telah berRBSS kerana tidak dapat untuk "meresapkan" anasir-anasir kerosakkan ke dalam diri manusia secara mudah, tetapi oleh kerana manusia juga di ciptakan ada mempunyai unsur-unsur kesyaitanan atau keiblisan, maka ini telah mempermudahkan kerja-kerja iblis terhadap ahli RBSS.

Bagi seseorang ahli RBSS yang "cukup matang" yang telah sampai ketahap "sebenar RBSS" atau telah sampai ke tahap yang "tertinggi", adalah amat sukar bagi iblis untuk memesongkan akidah orang-orang sebegini, tetapi kita perlu tahu di sini bahawa yang "cukup matang", yang telah sampai ke tahap yang "tertinggi" itu hanyalah berbentuk seorang atau individu, bukan merangkum ahli keluarganya, anak-isterinya, kawan-kawanya, masyarakatnya atau kaumnya...

Oleh yang demikian untuk "merosakkan" ahli yang sedemikian iblis hanya perlu menghantar askar-askarnya (kaum jin) untuk membuat "onak" melalui "orang-orang di sekeliling" ahli tersebut, seperti ister/suami, anak-anak, ibubapa, kawan-kawan, masyarakat atau kaumnya. Dengan mempengaruhi orang di sekililingnya maka ahli RBSS tersebut akan tertekan untuk melakukan kesilapan-kesilapan yang tidak seharusnya ia lakukan kerana desakan yang amat sangat...Jika tahap keyakinan dirinya berkurangan dan lemah maka ia akan terjerumus ke lembah kerosakkan yang amat sangat sehingga sukar untuk ia bangkit semula dan membetulkan keadaan.

Perkara ini boleh berlaku di dalam kalangan ahli-ahli RBSS yang berkumpulan ataupun bersaorangan, kerana iblis tidak menetapkan syarat bagaimana mereka melakukan onah terhadap mereka, jika kita berkumpulan dan dalam satu kumpulan, mereka (iblis) juga akan membesarkan unit penggempur mereka sehingga misi mereka itu berjaya, dan jika kita bersaorangan maka akan kuranglah penggunaan askar-askarnya itu terhadap kita tetapi yang di hantar akan bersesuaian dengan tahap seseorang ahli RBSS itu.

Contohnya di dalam Persatuan RBSS, iblis akan berusaha "mendekati" ahli-ahli yang "kurang kuat" dan yang ada "sifat dengki dan iri hati" untuk di jadikan salah seorang dari askar-askar mereka, tujuan iblis amat mudah iaitu ingin melihat sesuatu perpaduan di dalam keanggotaan persatuan RBSS menjadi huru-hara, kocar-kacir, goyah dan tidak tentu hala sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli-ahli lalu mengundurkan diri dari arus persatuan..jika persatuan itu musnah itu bermakna perkembangan RBSS terbantut, dan jika terbantut bermakna tidak ramai manusia yang mempelajarinya, jika tidak ramai yang dapat mempelajarinya itu bermakna ramai manusia tidak ada perlindungan yang kuat terhadap gangguan dan godaan iblis!..

Begitu juga dengan ahli-ahli yang terlalu "Ambitious" (ghairah) di dalam persatuan, yang mahukan nama, pangkat dan kuasa yang lebih...orang-orang seperti ini akan di dekati oleh iblis bagi meneruskan kerja-kerja mereka untuk memecah-belahkan perpaduan ahli-ahli RBSS (sudah banyak berlaku di banyak zaman)...itu mereka tidak sadari peranan iblis di sebalik tindak tanduk diri mereka, sepertimana yang berlaku terhadap diri saya dahulu di mana kesemua ahli jawatan kuasa persatuan sebulat suara menuntut pihak jemaah guru agar mengeluarkan atau menghalang saya dari membuat teguran-teguran terhadap segala urusan mereka, sehingga saya di bersarakan pada tahun 1988. Pada waktu itu saya akur terhadap kemampuan saya untuk memberikan tentangan lalu saya menyepi buat sementara bagi melihat perkembangan yang tidak ingin saya lihat....

Di takdirkan oleh Tuhan, apa yang saya bantah dan apa yang saya sanggah pada dan sebelumum tahun 1988 berlaku satu persatu di depan mata, kesatuan ahli-ahli runtuh sedikit demi sedikit, projek persatuan bagi menjalankan perniagaan bas persiaran mula merudum sedikit demi sedikit dan terus terkubur, ahli-ahli yang bertungkus lumus bagi menjayakan projek tersebut hanya mampu menggelengkan kepala dan menggigit jari..Dahulu saya membantah kerana saya telah lihat ia tidak akan mudah berjaya kerana pelbagai sebab dan fakta-fakta yang wujud pada ketika itu, seperti tidak ada "expertise" yang meneraju syarikat, tidak ada "pengalaman" dan kebanyakannya adalah sumbangan dari para ahli..setelah saya di singkirkan mereka meneruskan usaha tersebut, saya hanya dapat melihat dari jauh kerana tidak mampu untuk melawan takdir, saya melihat di belakang "idea" tersebut ada "sesuatu benda" yang mempengaruhi hati dan fikiran mereka dan itulah iblis yang saya maksudkan....(kepada siapa yang kata mengenali siapa Professor BSS - anda tahu apa yang saya maksudkan ini)

Dalam masa yang sama juga saya mendapat petunjuk (sekitar 1985 - dan ada 5 ahli yang mengetahuinya) bahawa kesepakatan Jemaah Guru akan runtuh dan akan berpecah selepas pemergian Arwah Ibu dan itu juga telah berlaku dan anda telah ketahui perkara tersebut pada hari ini, perpecahan itu sememangnya telah di lakar oleh iblis bagi memastikan kesatuan dan perpaduan RBSS tidak sekuat dulu, tidak sehebat dulu dan tidak secemerlang dulu...kini anda lihat kesan-kesannya terhadap murid-murid RBSS ini, ada berpuak-puak dan berkelompok-berkelompok mengikut serpihan dari perpecahan tersebut, malah ada yang "membuka kedai sendiri" di mana-mana kononnya mereka mengajar RBSS yang benar dan yang sebetulnya, tetapi hakikat sebenarnya tidak begitu...

Dan di dalam Blog RBSS ini biarlah saya kongsikan bersama anda apa yang telah saya (kami) tahu pada 1985 dahulu itu (daripada petunjuk tersebut), ketahuilah bahawa Jemaah Guru yang berpecah itu akan dapat di satukan, akan dapat di gabungkan dan akan dapat kembalikan perpaduan mereka pada (itu saya tidak tahu..) tetapi atas berkat kerjasama dan usaha KESEMUA AHLI-AHLI YANG MASEH HIDUP, andalah yang menjadi PENENTUnya, andalah yang akan menjadi PENGHUBUNGnya kepada kejayaan itu, sepertimana yang saya tuliskan di post yang ke #35. memang ini bukan satu kerja mudah TETAPI jika KESEMUA JAWATAN-KUASA PERSATUAN menggerakkan KESEMUA PARA AHLI-AHLI MEREKA DI SELURUH TANAH AIR TERMASUK SINGAPURA, maka GABUNGAN TERSEBUT akan MEMBINA SATU TENAGA bagi melunturkan TENAGA IBLIS DAN KUNCU-KUNCUNYA, dan pada waktu itu JEMAAH GURU AKAN AKUR KEPADA ANDA DEMI MASA HADAPAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI....

Mereka (Jemaah Guru) juga sedar apa yang saya ulaskan ini, mereka tahu dan berpengatahuan mengenai perkara ini, sebagai panduan anda para ahli-ahli jawatan kuasa persatuan termasuk ketua-ketua, anda harus mendapatkan persetujuan Jemaah Guru yang Sulung kerana beliau adalah tapak pemegang kuasa selepas Arwah Ibu, jika beliau boleh memaafkan yang kedua dan yang ketiga, maka urusan yang lain menjadi mudah..kedua anda perlu meyakinkan Jemaah Guru yang ketiga kerana beliau mempunyai pendapatnya sendiri, jika kedua-dua ini dapat di yakinkan, dapat di sepakatkan untuk bersatu kembali...insya'alah Jemaah Guru yang kedua akan menurut dengan senang hati tanpa soal....ya tanpa soal!.....(100% pasti)

Kemudian sarankan kepada Jemaah Guru-Guru tersebut, selepas di satukan kesemua Persatuan yang ada menjadi satu, mereka semua harus menggunakan satu (1) sahaja Gelaran, gelaran untuk ketiga-tiganya sekali iaitu MAHAGURU-MAHAGURU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI tidak kurang dan tidak lebih (supaya sama rata -sama martabat), dan di bentuk satu MAJLIS PENASIHAT JEMAAH GURU-GURU NASIONAL di peringkat NEGARA bagi menasihatkan JEMAAH GURU mengenai segala urusan Persatuan dan keahlian...berikankah mereka ini (para jemaah) keringanan di dalam menjalankan beban mengembangkan RBSS, pihak Penasihat Jemaah Guru Nasinal harus mengambil alih tugas-tugas itu daripada jemaah secara sistematik...jangan berfikiran NEGATIVE, kita mesti bersikap POSITIVE dan YAKIN 100% ianya boleh di laksanakan, ingat pesanan saya bahawa kita menentang Iblis sekarang bukan menentang sesama kita..

Duduk dan bincangkan perkara ini sesama anda sekelian, cuba hubungi rakan sejawatan anda di lain-lain Persatuan RBSS, buka dialog mengenainya, lakarkan strategi-strategi yang boleh di guna-pakai dan dapatkan sokongan kesemua ahli-ahli di dalam naungan persatuan-persatuan tersebut...pasti boleh di jayakan!...jika anda kurang percaya apa yang saya katakan ini, gunakanlah segala keistimewaan yang anda masing-masing ada, samaada panca indera ataupun melaui gerak, periksa dan kaji samaada apa yang saya sebut ini benar dan boleh di laksanakan ataupun tidak....percaya cakap saya ini...semuanya akan kata benar dan boleh di laksanakan!!!...

Itulah dia "SPECIAL MISSION" saya mewujudkan Blog RBSS ini, yang berbentuk serampang 3 mata, pertama mengejutkan anda terhadap apa itu RBSS, kedua bertindak bagi memecahkan kebuntuan kerana "blocking iblis" dan ketiga bersatu dan bekersama untuk menyatukan Jemaah Guru-Guru yang di sayangi ini (tak tahulah kalau anda tidak sayang!).....

Sebaik-baik peluang ADALAH PADA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 50 TAHUN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI INI...jangan lepaskan peluan ini, jika anda semua GAGAL menjalankan PERANAN maka kekuatan iblis yang mahukan perpaduan ini gagal di laksanakan BERJAYA..Ingat kita di cipta oleh ALLAH SWT sebagai mahluk manusia yang lebih BerIlmu dari iblis, iblis hanya di kurniakan kebijaksanaan dan kita ada ILMU ALLAH kita ADA RAHSIA ALLAH itu, maka buatlah sekarang dan bertindaklah sekarang....jangan fikir-fikir siapa saya ini, itu sudah tidak perlu lagi yang pasti TUGAS PENTING INI MENANTI ANDA...jika anda gagal melakukannya sekarang, jangan di persalahkan saya atau sesiapa juga kerana anda adalah THE RIGHT PERSONS TO DO THE JOB NOW!......

Untuk menyambut Ulang Tahun Ke #5o Tahun, buat secara mega (di stadium tertutup ke) dan siarkan di dalam akhbar jemputan kepada semua ahli-ahli yang maseh hidup akan majlis tersebut sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal. (berapa sen aje kos iklannya tu) tetapi yang pasti Jemaah Guru MESTI DI SATUKAN TERLEBIH DAHULU dan kemudian buat sambutan Ulang Tahun tersebut bagi meraikan kedua-duanya sekali....(Al-Fateha buat Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Mohd Shariff dan Arwah Ibu Siti Rawwiyah Binti Samen)...

Jika Arab Palestine dan Israel boleh di dudukkan semeja di dalam rundingan, mengapa Jemaah Guru yang mengajar ILMU AGUNG ini tidak boleh di semejakan atau di satukan????.....sedangkan mereka bukan dari Ajaran-Ajaran yang berbentuk Kebathinan atau Persilatan....fikir-fikirkanlah di situ dan buatlah sesuatu....Gunakan kesemua bentuk informasi dari dalam BLOG RBSS ini untuk mengumpulkan segala kekuatan anda itu...INSYA'ALLAH BERJAYA.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: