Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #35

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #35

ADAT & ADAB BERGURU DAN LAPISAN ILMU

Pada Post #35 ini saya tertarik untuk memperkatakan mengenai Adat & Adab Berguru serta mengenai sesuatu lapisan Ilmu yang bersangkutan dengan Rahsia Budi Suci Sejati, di mana Tajuk Artikel kali ini adalah sehubungan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap kewujudan Blog RBSS ini di Media Internet.

Apa yang cuba saya huraikan di sini adalah berkenaan segolongan orang-orang yang membaca Blog RBSS ini yang datangnya dari pelajar/penuntut RBSS dengan satu tujuan yang berbeza dengan pandangan umum (majoriti), di mana mereka lupa (atau terlupa) bahawa penulisan sesuatu Blog adalah sesuatu pandangan yang berbentuk PERIBADI DAN PERSENDIRIAN yang tidak mewakili mana-mana Pertubuhan atau Organisasi, Blog RBSS ini juga dari mula di siarkan telah berkali-kali menekankan bahawa pihak Penulis tidak mewakili mana-mana Persatuan atau Pertubuhan yang berkaitan dengan RBSS di mana-mana Negara juga pun, dan jika di semak kembali saya telah beberapa kali menegaskan perkara tersebut..

Yang amat menyedihkan di sini adalah mengenai SIKAP dan TUJUAN mereka menerima kewujudan Blog RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini sebagai satu ANCAMAN DAN GANGGUAN TERHADAP PERTUBUHAN ATAU ORGANISASI MEREKA yang di tunjukkan melalui email-email kepada saya (professor-bss@yahoo.com) walaupun tidak secara "direct messages" tetapi ianya dapat di fahami oleh kanak-kanak.

Yang "menyedihkan" dalam maksud saya adalah mereka cuba "mencari dan mengesan siapa saya" dengan TUJUAN agar saya menghentikan penulisan Blog RBSS yang telah sedikit sebanyak "mengganggu ketenteraman" pertubuhan atau organisasi mereka TANPA mengambil kira apakah "kesan-kesan baik" terhadap pertubuhan atau organisasi mereka yang telah di raih melalui penulisan Blog RBSS ini, juga kesan-kesan POSITIVE terhadap semua yang memiliki Rahsia Budi Suci Sejati secara TOTAL!

Di dalam Post-Post yang terdahulu telah saya singkapkan bahawa di dalam mempelajari sesuatu KeIlmuan terutamanya mengenai RBSS, apa yang perlu kita ikuti adalah "Peradapan-Peradapan di dalam membuat sesuatu kajian" yang memerlukan kita "melihat sesuatu FAKTA itu daripada SUDUT SESUATU FAKTA ITU WUJUD", bermakna ia tidak membataskan kepada "SIAPA YANG MENGELUARKAN sesuatu FAKTA tetapi "APA YANG DI KELUARKAN", INI ADALAH KERANA di dalam SESUATU YANG DI ANGGAP BURUK AKAN ADA BAIKNYA dan DALAM SESUATU YANG DI ANGGAP BAIK TERSELIT KEBURUKANNYA.

Peradapan MENUNTUT harus ADA DAHULU di dalam diri kita, di mana Peradapan-Peradapan Menuntut itu menggariskan dengan jelas APA YANG PERLU KITA KETAHUI, BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI, DI MANA HARUS DI DAPATI, DARI SUMBER APA HARUS DI KAJI-TELITI, bukan dengan garisan SIAPA DIA ITU, CARI YANG BAIK JANGAN YANG TIDAK BAIK!...itu membataskan kita untuk mencari sesuatu FAKTA ILMU kerana kita yang MEMBATASKANNYA SENDIRI...

Seperti satu contoh yang ingin saya kongsikan bersama di sini, di mana ianya amat baik untuk di jadikan renungan kita bersama, pernah pada satu waktu dahulu saya di nasihati oleh seorang yang sedang "tergolek mabuk" di kaki lima supaya "jangan jalan terus, abang belok kiri" tanpa memberikan apa-apa butir yang lain mungkin kerana sedang mabuk arak, dan memandangkan keadaan beliau yang sedang "tergolek mabuk", saya tidak mengambil nasihat itu lalu berjalan terus tanpa membelok ke kiri seperti yang di beritahu, tetapi saya terpaksa berpatah balik kerana di penghujung jalan terus itu telah di tutup untuk kerja-kerja pembetongan!, dan ketika bertembung kembali dengan "si pemabuk" itu beliau berteriak!,.. "wa maboook tapi wa tak cakap bohoooong"....itulah yang kedengaran di sertakan dengan hilai ketawanya...

Apa yang boleh di pelajari di sini ialah, pertama walupun keadaan orang tersebut di dalam keadaan mabuk, ini tidak menjejaskan "intergiritinya" sebagai seorang yang bersifat jujur, kedua beliau bercakap melalui "pengalamannya sendiri" kerana kemungkinan beliau telah berjalan melalui jalan itu dan menemui sekatan oleh kerja-kerja pembetongan, dan cara beliau memberikan nasihat adalah berdasarkan pengalaman dan bukan dalam bentuk keperibadian siapa dia itu...oleh kerana saya memandangnya dalam bentuk keperibadian, maka saya tidak mengendahkan nasihat baik beliau dan akhirnya saya tersekat!...

Jadi contoh cerita "SI PEMABUK" itu adalah bersamaan dengan TUJUAN orang-orang yang lebih MEMENTINGKAN SIAPA SAYA PENULIS BLOG RBSS ini DARIPADA APA YANG DI TULIS OLEH SAYA....sedangkan APA YANG DI TULIS itu ada terkandung dan penuh dengan pelbagai jenis panduan, singkapan, teladan, contoh-contoh dan keIlmuan yang baik-baik daripada yang tidak baik, kedua jika Blog RBSS ini mengandungi unsur-unsur sesuatu maklumat keIlmuan yang meragukan, yang memesongkan, yang tidak berasas, yang tidak berlandaskan ILMU RBSS yang sebenar, jika itu yang berlaku bermakna jangka hayat Blog RBSS ini tidak sempat berpanjangan kerana ada BERJUTA-JUTA PARA ILMUAN ISLAM DI LUAR SANA YANG TURUT MEMBACA BLOG RBSS INI dan sudah tentu saya di sanggah dan di tegah sambil di ambil tindakkan oleh pihak yang berwajib!

Kerana itu pada kali ini saya memilih Tajuk ADAT & ADAB BERGURU DAN LAPISAN ILMU...KENAPA????........

Di alam ADAT BERGURU, kita adalah MURID dan harus menghormati GURU, tidak kira di mana kita menuntut sesuatu ILMU itu, di sekolah rendah, di sekolah menengah, di sekolah tinggi, di universiti, di pesantren dan sebagainya, yang pertama ialah harus ada sikap menghormati GURU!

Kedua, ADAB BERGURU di sini memberikan maksud supaya kita mengikuti batas-batas sebagai anak murid ketika menuntut dengan GURU, bukan ikut sesuka hati tanpa sebarang batasan dan kita harus tahu cara-cara menuntut sesuatu ILMU, di mana seorang GURU merupakan "satu institusi" yang "memiliki sesuatu pengetahuan" yang kita belum miliki, dan tugas kita sebagai murid adalah mempelajari "ilmu pengetahuan" itu dari GURU tersebut tanpa PERLU TAHU APA KEPERIBADIAN seseorang GURU itu. Kerana seorang GURU juga TERTAKLUK kepada norma-norma dan etika-etika untuk menjadi seorang GURU dan berfungsi sebagai "institusi" yang menurunkan ilmu pengetahuan!.

Ada banyak contoh-contoh yang saya lihat sendiri melalui pengalaman-pengalaman yang lalu di mana saya melihat sendiri "perlakuan guru-guru di luar masa mengajar" melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan apa yang di ajarnya pada murid-muridnya, tidak kiralah dari keilmuan jenis apa, mesti ada golongan guru yang sedemikian wujud sehingga ke hari ini, dan jika kita hanya ingin belajar dari guru-guru yang "sangat bersih", mungkin dalam seribu kita hanya akan jumpa satu!....KENAPA???, kerana mereka juga manusia seperti kita juga yang mempunyai NAFSU!....

Dan di dalam ADAT & ADAB BERGURU juga tidak membataskan seseorang MURID untuk terus tunduk dan mengikuti seseorang guru sepanjang hidup, kita mesti ada tanda NOKTAH di mana harus kita tamatkan sesuatu pengajian dan harus beralih ke tahap pembelajaran seterusnya, itulah sebabnya peradapan menuntut ilmu oleh masyarakat Barat di bahagi-bahagikan mengikut umur, kurikulum pelajaran dan mewujudkan institusi pengajian yang bertingkatan supaya seseorang pelajar dapat menerima keilmuan mata pelajaran melalui guru-guru yang berbeza-beza yang mengajar mata pelajaran yang berbeza KERANA bukan SEMUA GURU BOLEH MEMILIKI SEMUA ILMU PENGETAHUAN DALAM SATU-SATU MASA..Dan setiap orang boleh menjadi GURU apabila mereka berjaya menguasai Ilmu-Ilmu yang di pelajari....

Sikap TAKSUB hanya kepada seorang GURU adalah perkara yang tidak di galakkan, pertama ianya akan menjerumuskan AQIDAH kita ke arah "Menyekutukan ALLAH SWT", kedua keilmuan kita tidak akan bertambah dengan belajar dari seorang guru sahaja.....kerana di dalam sesuatu ILMU ada banyak LAPISAN-LAPISAN ILMU PENGETAHUANNYA...

LAPISAN SESUATU ILMU.

Pada UMUMnya setiap ILMU ada lapisan-lapisan maklumat yang wujud di dalamnya, tidak kiralah apa jenis keilmuan tersebut mesti ada lapis-lapis itu, dan ini tidak terkecuali dengan RBSS, apa yang anda pelajari mengenai RBSS melalui Pust-Pusat yang mengajarkan RBSS seperti yang wujud pada hari ini adalah berbentuk ASAS, di mana jika di istilahkan sebagai Lapisan Ilmu, maka anda hanya di ajar beberapa lapis yang perlu sahaja, mungkin 1 lapis, mungkin 2 lapis atau 3 lapis sahaja, sedangkan Ilmu berkenaan RBSS ini ada banyak lapis-lapisannya...

Kerana banyak lapisannya, maka tidak ramai yang tahu atau mengerti adakah sesuatu ilmu yang di dapati dari Pusat-Pusat RBSS tersebut sudah cukup atau memadai di ajarkan ilmu pengetahuannya, bagi yang taksub maka mereka beranggapan itu sudah cukup dan sudah tamat pengajian keilmuan mereka...itu adalah silap tafsiran!, kerana RBSS tidak ada penamat di dalam mempelajari INITIPATInya, jika di sebut ASAS-ASAS Mata Pelajaran mungkin benar tetapi untuk lapisan keilmuannya ada banyak lagi yang tidak dapat di huraikan oleh mereka-mereka yang berada di Pusat-Pusat tersebut!

Kerana itulah Blog RBSS ini di wujudkan sebagai PENCETUS MINDA, sebagai ALTERNATIVE INFORMATIONS dan sebagai ADDITIONAL INFORMATIONS kepada semua ahli RBSS tetapi BUKAN SEBAGAI ALAT PEMBELAJARAN UNTUK MENGGANTIKAN GURU ANDA! atau BUKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MELAWAN GURU ANDA!, di situ anda harus faham kewujudan Blog RBSS ini, saya katakan begitu kerana ada segelintir ahli-ahli RBSS yang menggunakan FAKTA-FAKTA DI DALAM BLOG RBSS INI untuk MENUNTUT DAN MEMAKSA DURU-GURU MEREKA supaya menurunkan atau mengajar apa yang saya sebut di dalam Blog RBSS ini TANPA menyelidiki KEUPAYAAN dan KEARIFAN GURU mereka terlebih dahulu...

Apa yang saya tahu berkemungkinan guru-guru anda belum tahu, dan apa yang guru-guru anda tahu juga belum tentu saya tahu, ini adalah kerana pembelajaran sesuatu Ilmu itu BERTERUSAN dan pengkajian di antara Guru-Guru anda dengan pengkajian saya sekarang mungkin sudah berlainan tujuan, jadi apa "dapatan" saya akan berbeza dengan "dapatan" mereka (ini dalam kontek pengkajian), kerana mereka itu bertaraf guru manakala saya sebagai seorang insan yang tidak bertaraf guru, selalunya seorang guru akan terus mengkaji perkara-perkara yang boleh di manfaatkan kepada semua anak-anak muridnya secara TOTAL, manakala seorang ahli RBSS akan mengkaji perkara-perkara yang boleh di manfaatkan pada dirinya, bukan untuk guru atau orang lain...itu bezanya...

Manakala apa yang saya rungkai dan apa yang saya tulis adalah dari seorang individu kepada individu yang lain, bukan sebagai seorang guru kepada anak muridnya!, itu anda kena faham...dan apa yang saya tulis itu tidak mencerminkan pendapat atau ilmu guru atau mencerminkan sesuatu sikap persatuan tetapi bercorak peribadi dan keindividuan......

Manakala kupasan lapisan kelilmuan mengenai RBSS yang saya ketengahkan di dalam Blog RBSS ini juga berBEZA SUDUTnya dari apa yang anda pelajari di dalam Pusat-Pusat pelajaran yang di anjurkan oleh Persatuan-Persatuan BSS anda (views from different Angle)

Jadi, saya tidak menjadi hairan jika ada Guru-Guru RBSS yang marah, melenting atau tidak boleh menerima kewujudan Blog RBSS ini kerana cara anda membawa perkara (isu) ini ke pengetahuan mereka tidak tepat dan tidak dengan tujuan yang betul, anda membawa kepada mereka sebagai satu tekanan untuk mendapatkan apa yang mereka tidak berikan tau anda fikir mereka sembunyikan, anda tidak menggunakan sikap yang berdiplomasi dan pro-active di sini, jika saya pun guru, saya juga akan menolaknya mentah-mentah!, kerana anda mempamerkan tekanan....sepatutnya anda (murid) harus mengajak para guru-guru tersebut berbincang di dalam suasana yang tenang sebagai seorang murid dengan guru bukan sebagai sekumpulan ahli jawatankuasa persatuan yang memiliki kuasa untuk memberikan tekanan kepada guru!...itu adalah silap anda dan bukan silap saya atau Blog RBSS ini...Saya teramat kenal dan arif dengan sikap Guru anda DI PBSSM itu, sebenarnya dia bukan marahkan saya atau Blog ini, tetapi dia (guru) marahkan sikap anda semua yang tidak menghormati dia sebagai guru anda, guru yang telah menurunkan ilmu dan yang telah bersusah payah mengajar anda apa itu RBSS, bukan saya!....hanya kerana Blog RBSS ini wujud dan menerangkan apa-apa yang anda tidak ketahui, anda semua sudah mula "mendurhakai guru anda" dengan membawa guru anda ke "meja rundingan", cuba tanya diri anda sendiri "betulkah cara itu?"...

Saya bukan kata saya yang betul atau anda yang salah, tetapi jika anda menjadi seorang Guru RBSS anda akan dapati bahawa Penulisan saya mengenai RBSS melalui Blog RBSS ini ADALAH MENGIKUT LANDASAN DI DALAM ETIKA PEMBELAJARAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!, di mana KERAHSIAN TETAP MENJADI RAHSIA dan apa yang di pamerkan adalah berbentuk RAHSIA UMUM...disini anda kena pelajari apakah KERAHSIAN RBSS dengan RAHSIA UMUM RBSS, di mana KERAHSIAN RBSS hanya di ajar kepada PEMILIK ILMU RBSS manakala RAHSIA UMUM RBSS boleh di beritahu kepada UMUM....jika itu anda ketahui selok beloknya maka akan mudahlah anda berhadapan dengan semua orang dari semua golongan!...Insya'allah!!!....(perkataan pertama selepas 34 posts!)

Kepada yang menyeru saya agar kembali kepada pangkuan Persatuan supaya boleh lebih aktif memainkan peranan membina Persatuan saya ucapkan jutaan rasa terima kaseh, bukan saya tidak suka atau tidak sudi tetapi tanya pada diri anda sendiri pelawaan itu, adakah sumbangan anda itu kepada PERSATUAN RBSS mencukupi dan memadai???, cuba fikirkan sendiri perpecahan yang berlaku di kalangan JEMAAH GURU, apakah tidakkan anda semua (yang maseh di dalam persatuan), apa kah langkah-langkah positive anda untuk membawa mereka kembali bersatu?, pernahkah anda (ahli jawatankuasa) menghubungi rakan sejawat anda di bawah Jemaah Guru yang lain supaya di adakan "dialog" untuk menggabungkan mereka kembali seperti dahulu?, sudahkah anda lakukan?, jika sudah kenapa tidak membuahkan hasil?, kenapa tidak di terus-meneruskan berusaha agar tujuan itu menjadi kenyataan, jika usaha yang pertama gagal???, itukan lebih baik daripada mengajak saya kembali kepangkuan persatuan!...dimana era saya telah berakhir dan anda sebagai generasi yang baharu harus memikul tanggungjawap tersebut menggantikan orang-orang yang lama seperti saya...saya berusaha dengan cara saya di luar persatuan kerana bersesuaian dengan peranan saya sebagai orang awam yang melihat permasaalahan itu berlaku tanpa sebarang usaha...

Jika semua AHLI-AHLI PERSATUAN RBSS di negara Malaysia ini bersatu hati dan bergabung tenaga dan sebulat suara, menyuarakan kepada KETIGA-TIGA JEMAAH GURU tersebut mengenai PENGGABUNGAN ITU, saya 1000% YAKIN mereka (jemaah GURU) akan AKUR kepada anda semua (percayalah cakap saya ini) dan anda akan dapat melihat mereka akan bersatu semula...Kenapa saya berkata begitu???...Hukum menjadi GURU adalah kerana MURID, TANPA MURID TIDAK ADA GURU, TANPA GURU MAKA TIDAK ADA MURID!!!, CUBALAH USAHAKAN LAGI APA YANG SAYA SEBUTKAN ITU.....

INGAT! Tahun ini tahun 2008 adalah TAHUN KE 50 RAHSIA BUDI SUCI SEJATI di ASAKAN OLEH Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Moh Shariff, gunakanlah peluang untuk menyambut ULANG TAHUN KE 50 ini sebagai permulaan yang akan membawa para Jemaah Guru itu kembali bersatu!!!...Soalannya BERANI KAH ANDA DAN SANGGUPKAH ANDA???....

Wassllam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday January 6, 2008 - 04:44pm (PST) Permanent Link | 0 Comments


No comments: