Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #34

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #34

ADAKAH MEMPELAJARI ILMU TAREKAT OLEH AHLI-AHLI RBSS ITU MEMBUATKAN ANDA MAJU ATAU MUNDUR?

Dalam post kali ini saya ingin menyentuh perkara yang melibatkan sesetengah ahli RBSS (mungkin telah ramai) yang mengalih perhatian mereka kepada mempelajari ILMU TAREKAT dengan tujuan untuk mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan mereka mengenai Rahsia Budi Suci Sejati.

Walaupun Ilmu Tarekat ini adalah di kedudukan ketiga (3) di dalam hirakinya (Syariat/Hakikat/Tarekat/Makrifat) dan bukan sesuatu Ilmu yang salah, tetapi sebagai ahli RBSS jika anda menceburi dan mengamali Ilmu Tarekat ini, bermakna anda telah MUNDUR SETAPAK KEBELAKANG...KENAPA?...

Seperti yang semua maklum, Rahsia Budi Suci Sejati adalah tergolong di dalam ILMU MAKRIFAT dari segi Amalannya, segi Pengamalannya dan segi Tujuan Amalannya, di mana cara-cara pengamalan RBSS adalah YANG TERHALUS daripada Ilmu-Ilmu Tarekat, Hakikat dan Syariat...

Jika kita (ahli RBSS) mempelajari selok belok Ilmu Tarekat dengan tujuan untuk meraih Ilmu-Ilmu Pengetahuan yang wujud di dalamnya, itu tidak mendatangkan apa-apa masaalah tetapi jika kita mempelajarinya dengan menjadikannya sebagai satu Amalan Utama maka itulah yang menyebabkan kemunduran dari segi pelajaran dan amalan, di ibaratkan anda belajar dari tingkatan Enam (6) berbalik ke Tingkatan Lima (5).

Saya bukan berkata Ilmu Tarekat itu salah, Ilmu Tarekat itu mundur, Ilmu tarekat itu tidak sesuai tetapi apa yang saya tekankan di sini ialah kesalah-fahaman mengenai RBSS itu sendiri yang menyebabkan mereka pergi ke bawah mempelajari Ilmu Tarekat, di mana HAKIKAT sebenarnya mereka sudah dan telah berada di satu peringkat yang tertinggi di dalam bidang ILMU KETUHANAN..

Sebagai contoh:-

Ada seorang sahabat saya yang bertanyakan kepada saya yang ia ingin mengikuti pelajaran Ilmu Tarekat kerana inginkan lebih maklumat mengenai ILMU KETUHANAN setelah sekian lama mempelajari RBSS (15 tahun), nasihat saya kepada beliau mudah sahaja, jika kamu ingin belajar kerana untuk menimba ilmu, silakan dan teruskan niat itu lalu beliau terus menceburi bidang Tarekat tersebut dan tidak lagi bertemu untuk empat (4) tahun!, di takdirkan oleh TUHAN kami bertemu kembali akhirnya, kami meneruskan perbualan dan perbincangan mengenai apa yang dipelajari oleh beliau sewaktu belajar Ilmu Tarekat di samping beliau menunjukkan buku-buku mengenai mata pelajaran Tarekat kepada saya...

Apa yang saya tidak ketahui ialah, rupa-rupanya beliau bukan belajar Ilmu Tarekat tersebut untuk mengetahui ilmu-ilmunya sahaja tetapi terus menjadi seorang Jemaah Ahli Ilmu Tarekat untuk selama 4 tahun!

Jadi apakah hasil perbincangan dari pertemuan tersebut?...

Daripada apa yang dapat saya simpulkan, di dalam Ilmu tarekat itu seseorang Jemaah di ajar nilai-nilai pengabdian kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan melakukan amalan-amalan yang memfokuskan kepada kebersihan hati dan jiwa di samping memperkuatkan amal ibadah berpandukan kumpulan zikir-zikir dan wirid-wirid lisan yang berterusan supaya dari seorang insan menjadi seorang ehsan..itu sesuatu yang teramat baik untuk menjadi umat ISLAM yang Soleh dan Soleha dan mata pelajarannya tidak berjauhan dengan amalan-amalan Ilmu Tassawuf di mana zikir-zikir dan wirid-wirid adalah tunjang amalan mereka...

Apa yang saya cuba huraikan di sini?

Tetapi, tahukah anda bahawa jenis amalan-amalan tersebut bukan sahaja membuat anda belajar ke belakang tetapi telah menghambat kemajuan KeIlmuan Makrifat anda sebagai orang yang telah mencapai ketahap mengetahui RAHSIA -KU itu...dimana di dalam ILMU MAKRIFAT segala peradapan-peradapan berzikir di lakukan dengan cara yang sehalus-halusnya, di mana kita tidak lagi menggunakan zikir atau wirid lisan terhadap ALLAH SWT, di mana konsep Zikir Halus atau Zikru-Sirri atau Zikir Rahsia itu telah diterapkan dan wujud di dalam pengamalan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI.

Apa yang kita lakukan di dalam 50 Jurusan itu telah merangkum apa yang kita lakukan di dalam zikir-zikir lisan (bukan ibadah sholat) dengan sepenuhnya, jika di dalam Ilmu Tarekat dan Tassawuf zikir-zikir lisan itu berfungsi untuk membersihkan hati dan jiwa daripada sifat-sifat yang terkeji dan untuk mewujudkan sifat-sifat yang terpuji dan untuk mengajar kita agar sentiasa mengingati TUHAN, maka itu semua telah dan sudah terdapat di dalam Jurusan dan amalan RBSS!

Jika anda kembali kepada pelajaran RBSS, apakah yang di katakan berjurus?, apa itu jurusan?, apa itu pernafasan dalam berjurus? dan apa itu nafas?, anda kan tahu jawapannya kenapa saya katakan dengan mengamalkan Ilmu Tarekat anda mundur ke belakang...(saya minta maaf kerana tidak dapat menghuraikan apa itu nafas mengikut kontek RBSS di Media ini-sebaik-baiknya jika anda kurang pasti, rujuklah kepada Guru-Guru RBSS yang ada)

Itulah sebabnya, jika kita tidak dapat merungkai apa itu RBSS maka pencarian kita akan menemui jalan buntu dan perhatian kita akan beralih kepada yang lain, di mana sebenar-benarnya anda sudah berada di landasan yang betul sebelum itu...

Berbalik kepada pertemuan dengan sahabat saya itu, akhirnya beliau mengakui bahawa selama 4 tahun kemajuanya di dalam RBSS terkebelakang di sebabkan "terpengaruh dan di pengaruhi" untuk mengikuti amalan Ilmu Tarekat, di mana asal tujuannya adalah hanya untuk mempelajari untuk mencari maklumat-maklumat ilmu yang beliau cari, tetapi berakhir dengan menjadi Jemaah. Dari segi PAHALA AMALAN beliau tidak rugi apa-apa malah beliau mungkin telah menambah banyak Pahala-Pahala sewaktu mengamalkannya..

Yang saya lihat di sini adalah mengenai "TERPENGARUH", jika Keyakinannya mengenai RBSS itu Kuat dan Kukuh, beliau tidak dapat di pengaruhi tetapi oleh kerana Keyakinannya kurang dan lemah maka kerana itu beliau mudah di pengaruhi dan terpengaruh...Di dalam post yang awal telah saya terangkan, kita boleh mempelajari apa juga bidang atau cabang ilmu-ilmu yang ada untuk mendapatkan informasi-informasi mengenai ILMU KETUHANAN tetapi jangan sampai terpengaruh sehingga menjadi salah seorang daripada mereka....jika itu berlaku tahap KEMERDEKAAN anda di dalam RBSS maseh jauh lagi....

Itu jugalah sebabya jika semua orang memiliki RBSS dan mencapai tahap Kemerdekaan (bermaksud bebas dari sebarang pengaruh atau jajahan), maka dunia ini akan menjadi aman damai, akan tiada dengki khianat, akan tiada permusuhan sesama umat manusia, akan tiada tamak haloba, akan tiada iri hati, akan tiada peperangan, akan tiada di perlukan undang-undang negara, undang-undang negeri, undang-undang masyarakat, undang-undang keluarga, undang-undang diri dan sebagainya, kerana semua telah tahu mana yang buruk mana yang baik, mana yang boleh di lakukan dan mana yang tidak boleh di lakukan....itulah Rahsia Budi Suci Sejati jika di ikut landasan yang sebenar-benarnya....Asasnya bermula dengan BERJURUS!..apa itu JURUS? kita kembali kepada TANGGUNGJAWAP YANG ASAL sebelum turunnya SHOLAT 5 WAKTU SEHARI!.....

Tapi ada orang kata itu BIDA'AH tu Prof!....Siapa kah manusia pertama yang tahu dan siapa orangnya?, jawapannya mudah....Orang Pertama ialah Nabi Besar ADAM AS juga sebagai Mahluk Manusia Pertama di cipta dan yang kedua ialah Nabi Muhammad SAW di mana ROHnya adalah ciptaan Pertama ALLAH SWT iaitu NUR MUHAMMAD dan juga sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir kepada Umat Manusia!!!....kalau itu tidak betul maka tidak betul lah huraian saya.....

Ada juga segelintir ahli-ahli RBSS yang tidak puas mencari Ilmu RBSS di Malaysia kerana pelbagai sebab, mereka pergi mencari Guru-Guru RBSS di Negara Indonesia dengan harapan untuk mendapatkan yang lebih baik dan yang lebih hebat dari di Malaysia...itu juga di kategorikan sebagai kerja "orang bodoh" atau "kerja orang bingung" kerana di sana sudah kurang yang benar-benar 100% RBSS, di mana kebanyakannya sudah di campur-adukkan dengan pelbagai amalan lain kerana pengaruh-pengaruh kaum Ulama yang menidakkan kewujudan RBSS dan kecenderungan manusia kepada kehebatan dunia...(yang ada boleh di kira dengan jari), jika kurang percaya anda bolih pergi kesana dan carilah yang 100% RBSS!...(sebenar jika ingin mendalami RBSS tidak payah pergi jauh-jauh - di tempat anda berdiri pun sudah cukup segalanya- melainkanlah jika di perantauan yang tiada orang yang ISLAM!)

Harus juga di ketahui yang di Malaysia ini pun bukan 100% di ajar RBSS, (BSS itu memang yang 100% TULIN dan ASLI) tetapi maksud saya RBSS yang di ajar itu di sertakan dengan AMALAN-AMALAN TAMBAHAN seperti LAM JALALA, PERMOHONAN, ATOM dan sebagainya di mana proses mempelajari RBSS terpaksa di kongsi masa dengan ilmu-ilmu tambahan yang lain, jadi itu menuntut kesabaran dan tumpuan yang jitu dari anak-anak murid.

Seperkara lagi ialah, kecenderungan Tenaga Pengajar kurang memberikan tumpuan kepada mata pelajaran RBSS sewaktu mengajar juga telah menjejas minat beberapa golongan yang tidak berminat untuk mempelajari Amalan-Amalan Tambahan yang lain kerana beranggapan bahawa BUKAN ITU YANG MEREKA CARI DAN BUKAN ITU YANG MEREKA MAHUKAN, apakah nasib golongan seperti ini???....Adakah mahu di biarkan?, atau mahu di ketepikan?, atau di paksa mengikut peraturan?....jika itu yang anda lakukan, anda akan lihat golongan ini akan menyusur ketepi dan meninggalkan persatuan atau pun kelas...

Seperti mana yang berlaku terhadap Blog RBSS ini, jika para pembaca merasakan saya lebih cenderung kepada hal-hal yang berbentuk KETUHANAN dan pembentukkan KEROHANIAN, maka mereka tidak lagi membuka atau membaca Blog ini kerana bukan itu yang mereka cari, mungkin mereka cari huraian atau tunjuk ajar mengenai cara-cara pertempuran, cara-cara membuat orang, cara-cara menganiaya orang, cara-cara hendak jadi kuat, hendak jadi hebat dan sepertinya itu...kalau saya ketepikan golongan itu, Blog RBSS ini tidak mengalami apa-apa kerugian kerana ia berbentuk ALTERNATIVE INFORMATIONS dan bukan tempat utama mereka belajar RBSS, berbeza dengan persatuan yang menganjurkan kelas-kelas bimbingan seperti yang anda jalankan, jika perkara itu berlaku itu bukan salah pada pelajar tetapi pada korikulum pelajaran, itu harus di nilai-kaji buruk dan baiknya dari sudut perkembangan RBSS dan bukan dari sudut ilmu-ilmu Tambahan itu....(hope you can take it in positive ways)

Berbalik kepada nasib sahabat saya itu, akhirnya beliau kembali menumpukan perhatian dan mengamalkan RBSS sehingga ke hari ini.....tanpa di ganggu gugat lagi!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Bersambung di lain tajuk!...

Friday January 4, 2008 - 03:47pm (PST)

No comments: