RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #33
MENGENAL PERBEZAAN SESUATU ILMU MENURUT SUDUT ILMU KETUHANAN - TERMASUK ILMU-ILMU DARI AGAMA LAIN.
Tajuk di atas ini sebenarnya sangat berat untuk di ketengahkan kerana tidak ramai manusia dapat mengetahui atau memahaminya secara rasional, itu bersebab kebanyakan manusia hanya berpandukan hukum akal di mana hukum akal ada batas-batas ilmu pengetahuannya (ada saya sentuh di post yang lalu). Memandangkan tajuk tersebut di minta oleh para pembaca untuk saya sentuh melalui Blog RBSS ini, maka saya dengan senang hati menyiarkan artikel ini untuk di jadikan renungan, bahan kajian serta panduan untuk memahami isu tersebut.
Sayugia di ingatkan bahawa, apa yang di tulis dan di ketengahkan bukanlah sesuatu yang Mutlak (keterbatasan ruang & waktu) kerana manusia tertakluk kepada KeRedhaan & Pengurniaan ALLAH SWT untuk memahami sesuatu IlmuNya, maka jalan yang lebih selamat adalah membuat kajian dan rujukan terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mempercayainya....(sebaik-baiknya belajar secara sistematik dari pusat-pusat ilmu tersebut)
Berbalik kepada "Cara untuk Mengenal Perbezaan Seseuatu ILMU menurut sudut ILMU KETUHANAN" yang termasuk ilmu-ilmu yang di guna-pakai oleh Penganut-Penganut Agama Hindu, Buddha, Tao, Shaolin dan yang lain-lain, di mana mereka menggunakan "TENAGA DALAMAN" untuk menggerakkan "sesuatu pukulan dalaman - inner energy" untuk melakukan pukulan jarak-jauh...
Bagi yang melakukan nya berAgama ISLAM perkara itu tidak menghairankan sangat, tetapi jika perkara tersebut dapat dilakukan dan di kuasai oleh Penganut-Penganut Agama lain pula bagaimana pula?
Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau sesuatu yang baharu, ini adalah kerana mereka semua itu adalah dari jenis "Mahluk Manusia", Mahluk Manusia dari keturunan manusia pertama yang di cipta oleh ALLAH SWT iaitu Nabi Besar ADAM A.S, maka janji ALLAH bagi setiap manusia itu di sertakan dengan "segala ilmu pengetahuan yang ada" mengenai apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..., jadi di sini perkara manusia dari Agama lain dapat menggunakan "inner energy" bukan mustahil kerana ianya sememangya di anugerahkan oleh ALLAH SWT..
Yang menjadi persoalannya sekarang ialah bagaimana ianya boleh berlaku, menurut soalan penghantar email yang meminta perkara ini di huraikan menyatakan bahawa ALLAH hanya MeRedhakan Agama ISLAM sedangkan mereka dari golongan bukan ISLAM tetapi dapat menguasai Ilmu tersebut?
Sebelum saya bekerja memulakan penjelasan lanjut, saya ingin mengajak kembali para pembaca sekelian kembali kepada DEFINASI Agama ISLAM, ianya adalah sperti berikut:- (sebenarnya telah saya sentuh di post yang lalu)
· ISLAM yang di turunkan oleh ALLAH SWT kepada Umat Manusia bermula sebelum Mahluk Manusia itu di ciptakan lagi, ianya bermula daripada Penciptaan ALLAH SWT yang Pertama iaitu NUR MUHAMMAD.
· Melalui NUR MUHAMMAD ini baharulah ALLAH SWT mencipta Benda-Benda dan Mahluk-Mahluk yang lain mengikut keperluannya.
· Jadi ISLAM yang di sampaikan melalui Nabi Muhammad SAW itu pula adalah berbentuk Penduan-Panduan untuk bagaimana hidup bermasyarakat yang turun menurun serta berhubung kait sesama sendiri, di dalam Panduan-Panduan itu lah termaktub pelbagai Hukum dan Peraturan, juga mengajar Manusia bagaimana untuk Menyembah TUHAN YANG ESA serta Panduan-Panduan hidup sebelum, kini dan yang akan datang....
· Jadi melalui Nabi yang terakhir ALLAH SWT MeRedhakan Agama ISLAM sebagai SATU sahaja Agama yang di terima pakai dan memansuhkan Agama-Agama yang sebelum, melalui Agama ISLAM kesinambungan kehidupan akan sampai ke HARI YANG KEKAL..
Jika kita memahami DEFINASI ISLAM tersebut, kita sudah boleh memahami bahawa Umat Manusia yang tidak mendapat HIDAYAH ISLAM bukan bermakna mereka tertakluk kepada TIDAK MENDAPAT segala KEISTIMEWAAN sebagai Mahluk Manusia, mereka (yang bukan ISLAM) hanya tidak mendapat JANJI-JANJI ALLAH untuk HARI AKHIRAT sahaja, manakala selainnya itu seperti soal rezeki, harta benda, keturunan, hak untuk hidup, hak untuk menggunakan KeIstimewaan sebagai Mahluk Manusia tidak tercuit langsung tetapi ianya tetap ada batas-batasannya.
Sedangkan ada Umat ISLAM yang berAgama ISLAM tidak mendapat apa juga KeIstimewaan sebagai seorang Mahluk Manusia seperti pengetahuan untuk menggunakan "inner power" mereka dan di luar jangkauan pengetahuan mereka langsung. (sila rujuk kepada post #32). Ini di sebabkan ALLAH SWT itu "Memilih siapa-siapa yang di kehendaki olehNya sahaja".
Baik, kita berbalik kepada maksud "Inner-Power" di dalam diri Manusia, dari sudut sains mereka mengatakan bahawa diri manusia itu di selaputi oleh "Satu Tenaga yang berbentuk Cahaya/Haba/Warna" dan ianya berlapis-lapis, melalui cahaya itulah sesorang manusia beroleh keupayaan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, seperti "pukulan jarak jauh, spiritual healing, aura & aromatheraphy dan sebagainya". Ilmu sebegini bukan lah Rahsia lagi pada zaman ini kerana telah ramai bijak-pandai dan para ilmuan mengemukakan hasil dapatan mereka kepada umum serta di guna pakai bukan sahaja oleh orang-orang persaorangan, pertubuhan-pertubuhan bela diri, keagamaan tetapi oleh Doktor-Doktor di mana-mana Hospital bagi tujuan merwat pesakit dan penyakit!
"Inner-Power" yang di guna-pakai oleh orang-orang kebanyakan itu sebenarnya bersumberkan dari "CAHAYA" yang ALLAH SWT "di pinjamkan dan di serapkan" kedalam ROH MANUSIA, jika dari sudut KeIlmuan Usuluddin ia di katakan dari sumber ZAT dan SIFAT dari kejadian ALLAH SWT itu sendiri (jiga telah saya sentuh di post yang lalu)..Melalui ZAT dan SIFAT ini lah seseorang manusia beroleh sesuatu Kebolehan yang luar biasa jika mereka mendalami Ilmu tersebut, Ilmu ini tidak semestinya hanya boleh di pelajari dalam Agama ISLAM sahaja, ia merupakan dalam Ilmu Kemanusiaan, jadi semua manusia boleh mengekses kepada Ilmu tersebut tanpa mengira bangsa atau agama.
Hanya Ilmu Kemanusiaan itu tidak menjawap atau menerangkan dengan jelas dari manakah ASAL USUL Inner Power tersebut kepada umum kerana mereka juga tidak mencapai ke tahap itu kerana mereka di luar ISLAM...(itulah kelebihan kita menganut ISLAM!), malah kekuatan dari inner power mereka juga tidak sehebat kekuatan yang ASLI (juga kerana mereka bukan ISLAM) dan segala KeItimewaan-KeIstimewaan yang mereka ada juga terbatas dan tidak seragam menurut indexnya, oleh kerana itu di dalam dunia ini kita boleh melihat ada ramai orang boleh melakukan sesuatu kebolehan yang luarbiasa dengan kebolehan yang berlainan di antara satu dengan yang lain...
Jika kita belajar mengenai inner power ini, kita juga boleh melakukannya kerana yang perlu adalah untuk kita tahu di mana punca kuasa itu, bagaimana untuk menggerakkannya dan bagaimana untuk menggunakannya sahaja, jadi setiap sesuatu jenis amalan akan berlainan cara-cara menggunakannya kerana tertakluk kepada siapa yang "menemui kaedah" tersebut, seperti pihak Shaolin Temple - mereka ada cara dan peraturannya yang tersendiri, Agama Hindu juga dengan kaedahnya sendiri seperti Ilmu Chakranya (di Malaysia ada Chakra Alam), Agama Tao juga punya kaedah yang berbeza, Human Aura dan Aroma juga dengan cara mereka untuk menggerakkan inner energy tersebut dan ini termasuklah juga dengan ILMU-LAIN yang terdapat di dalam AMALAN TAMBAHAN contohnya seperti LAM JALALA dan ATOM, ilmu ilmu tersebut duduk di dalam kekuatan ZAT dan SIFAT tetapi bukan duduk di dalam ROH, manakala ZAT dan SIFAT tidak berfungsi jika tidak ada ROH, dan ROH pula tidak berfungsi jika tidak ada CAHAYA, dan Cahaya itu pula yang terdapat di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI.
Tetapi bagi manusia-manusia yang GAGAL untuk menemui "inner power" tersebut, mereka akan berpaling kepada meminta "bantuan" dari Mahluk-Mahluk lain seperti Iblis dan Jin, Keramat-Keramat, Batu-Batu/Kayu-kayu/Keris-Keris, Wali-Wali atau Malaikat (itu kaedah mereka yang tidak tahu dan faham mengenai ALLAH) sebagai langkah untuk menguatkan diri mereka dan menjaga diri mereka....
Jadi Apa yang boleh di fahami di sini adalah , IBU bagi segala kekuatan di dalam diri Mahluk Manusia itu adalah CAHAYA BUDI di susul oleh CAHAYA ZAT dan SIFAT yang datangnya dari NUR MUHAMAD, Manakala Cahaya Budi terletak pada Roh, Cahaya Zat dan Sifat terletak di dalam tubuh, jadi itulah kesinambungan Rangkaian Cahaya-Cahaya tersebut pada diri Mahluk manusia...tidak habis di situ juga, IBU kepada CAHAYA BUDI adalah CAHAYA ALLAH yakni TUHAN YANG MAHA ESA....
Sebagai orang-orang yang telah mengetahui akan Rahsia Budi Suci Sejati (kepada yang belum mengetahui-belajarlah) kita di galakkan bukan hanya setakat untuk mengetahui apa yang terdapat di dalam Mata Pelajaran RBSS itu sahaja, kita harus dan di galakkan untuk meneroka dan meneliti bagaimana orang lain menggerakkan "Inner Power" mereka dengan begitu mudah, sedangkan kita kadang kala "terkial-kial" untuk melakukannya, maksud saya ialah cara-cara menggunakan RBSS di dalam keadaan "biasa/tenang" yang tidak tertakluk di dalam keadaan "kecemasan/gawat" atau dalam suasana yang "HOT" sahaja...Banyak yang boleh di pelajari dari orang-orang lain dan kita yang mengetahui yang "lebih Agung" ini akan mudah mengadaptasikannya mengikut "tenaga RBSS" yang ada...itulah yang akan membezakan martabat anda di dalam RBSS, bukan jawatan dalam persatuan, bukan jawatan di dalam pekerjaan, bukan jawatan sebagai guru dan sebagainya itu..
Sebenarnya setiap ahli RBSS berkemampuan melakukan perkara-perkara atau sesuatu tindakkan yang luar biasa jika mereka berani meneroka lebih jauh lagi dan berada di dalam tahap yang sebenar RBSS bukan bergantung kepada Amalan-Amalan Tambahan untuk memperhebatkan RBSS mereka (maaf kepada semua guru-guru RBSS)..saya berkata begini kerana telah ramai di antara ahli-ahli yang dahulu belajar bersama-sama saya belajar cara-cara "inner energy" bangsa asing, mereka lebih mantap di dalam RBSS kerana telah tahu cara-cara mengadaptasikan dan mengaplikasikan RBSS dengan diri mereka sendiri..yang kita cari selepas belajar RBSS ialah bagaimana untuk mengadaptasikan dan mengaplikasikan (sila rujuk kepada post itu) bagi memaksimakan kebolehan kita sebagai seorang manusia yang BerRBSS...
Oleh itu jangan tertakluk dengan pemikiran yang kuno atau ortodok, yang membataskan kita untuk menuntut sesuatu ilmu pengetahuan, sedangkan apa yang sedang anda baca melalui penulisan Blog Rahsia Budi Suci Sejati dari saya ini pun sebahagian besarnya (almost 90%) adalah dari pencarian dan pengkajian saya melalui pelbagai cara dan sumber-sumber, yang saya pelajari dari Guru-Guru RBSS ialah Initipati ASAS pelajaran itu sahaja...jika anda singkap kembali dan merumus kembali penulisan saya setakat ini, berapa jauhkah telah saya pergi mengkaji?, berapa banyakkah yang telah saya ketahui, adakah dengan tidak bersekutu dengan mana-mana persatuan RBSS serta Guru-Guru telah membuatkan saya lari dari landasan RBSS?, terpesong haluan RBSS? atau terkeluar dari landasan ISLAM????...Anda buat penilaian sendiri.....
Bukan maksud saya menyuruh anda untuk meninggalkan persatuan dan guru, saya memberikan maksud bahawa kita harus belajar di atas kaki sendiri, berusaha sendiri tetapi dengan menggunakan kaedah belajar yang betul dan di dalam landasan...kita berguru untuk mempelajari ASAS sesuatu jenis ILMU, setelah itu adalah tanggungjawap kita sendiri untuk mengembangkan Ilmu tersebut dan bukan tanggungjawap guru lagi...Sehingga ke hari ini juga pun saya maseh menghormati Guru-Guru yang pernah saya mengajar saya mengenai RBSS, seperti Arwah Wak Maksom, Arwah Bapak, Arwah Ibu, Abang Masri dan Abang Masron!..,walaupun saya sudah boleh berdikari dan bergerak sendiri, tetapi mereka tetap Guru-Guru saya sehingga bila-bila...ibarat mereka telah beri kepada saya sebatang pancing....
Begitu jugalah yang di harapkan kepada semua ahli-ahli RBSS yang lain, jangan harapkan Guru-Guru atau orang lain untuk mengingatkan apa yang kita ada ini, itu HAK anda sendiri untuk di pertanggungjawapkan...
Sekarang ini pun saya, walaupun sudah berjauhan dengan persatuan dan ahli-ahli RBSS, saya maseh memperjuangkan Rahsia Budi Suci Sejati mengikut cara saya sendiri, yang pernah saya tegur kepada mana-mana Persatuan RBSS atau terkena kepada Guru-Guru RBSS itu, bukan dengan niat atau maksud saya tidak suka atau membenci anda, niat dan teguran itu adalah membina, membina ketegasan, membina kewibawaan, membina keteguhan, membina keyakinan dan membina kesinambungan RBSS di muka Bumi ini...saya tidak ada niat yang jahat atau pun yang buruk.....
Ada juga say terdengar dan di beritahu bahawa ada para ahli dan Guru-Guru yang kuathir saya akan menulis tanpa batasan, kepada Guru-Guru dan Ahli-Ahli RBSS semua, walaupun apa yang saya tulis itu nampak bebas tetapi RAHSIA TETAP SAYA RAHSIAKAN, bagi saya... saya maseh belum menyentuh soal Rahsia yang di Rahsiakan itu, kerana RAHSIA itu bukan untuk UMUM hanya untuk Orang-Orang yang telah Memiliki RAHSIA BUDI SUCI SEJATIsahaja......
Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Friday January 4, 2008 - 12:49am (PST)
No comments:
Post a Comment