Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI Post #32

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI Post #32

SERUPA TAPI TAK SAMA

Saya menyambung ulasan mengenai ANGGAPAN bahawa RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ITU ADALAH AJARAN SESAT.

Pernahkah anda pergi ke pasar-pasar malam atau pasar lambak di merata negara?, di sana anda akan temui berbagai barangan di jual dengan harga yang murah kepada pengunjung, ini termasuklah barangan yang dari jenis berjenama, umpamanya seluar jeans Levi's, jam tangan Rolex, Omega, Dunhill, barangan kulit seperti beg-beg tangan dan lain-lain lagi..barangan ini di jual murah kerana ianya adalah buatan TIRUAN dari pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawap untuk meraih keuntungan segera...

Jika kita teliti mutu buatan barangan tiruan tersebut adalah jauh lebih rendah dari harga barangan yang asli, kepada barangan dari jenis jam tangan perbezaannya adalah sangat ketara kerana yang asli selalunya dari keluli khas dan berat, yang tiruan dari keluli murah dan ringan serta tidak tahan lama...berlainan sedikit dengan seluar jeans seperti Levi's kerana perbezaannya kurang ketara kerana ianya adalah fabrik tetapi dapat juga di bezakan di antara yang asli dan yang tiruan, pokoknya kita perlu menelitinya dahulu...

Inilah yang berlaku kepada RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang di anggap sebagai sesat itu, perkara ini bukan satu FENOMENA yang baru, sebelum tahun 1977 (tahun saya mula belajar RBSS) pun pernah saya dengar ianya sesat sehingga ke hari ini...jadi sebelum saya berkata lanjut mengenainya, saya ingin menyambung perihal yang asli dan yang tiruan itu dahulu...

Di dalam masyarakat melayu nusantara termasuk di Negara-Negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina (sekarang terdapat juga di US, Holland, German, Vietnam, Kemboja) ada terdapat pelbagai jenis-jenis ilmu kebathinan yang di kembangkan oleh masyarakat melayu nusantara dengan berbagai-bagai nama seperti:- (contoh sahaja)

Kebathinan-Kebathinan atau Perguruan (maaf kerana menukil nama-nama ini)

· Tapak Suci

· Wali Suci

· Budi Suci

· Kalimah Suci

· Budi Suci Sejati (yg ini bagaimana?)

· Al Haq

· Nasrul Haq

Ini yang seakan-akan sama dengan RBSS kerana ada juga jurus-jurus tertentu di dalamnya, senarai tersebut adalah senarai yang tidak di kemaskini kerana saya telah lama tidak bercampur dengan mereka, berkemungkinan ada lagi yang bertambah...

Kerana nama-nama amalan kebathinan tersebut berdekatan dengan nama Rahsia Budi Suci Sejati serta terdapat langkah-langkah jurus di dalam pengajarannya, maka ramai yang tersalah anggapan bahawa Rahsia Budi Suci Sejati ini adalah ilmu-ilmu yang sama dengan amalan kebathinan tersebut.

Seperti perumpamaan membeli barangan berjenama di pasar-pasar malam atau lambak, kita harus MENELITI DAHULU MUTUnya sebelum membeli, melainkanlah jika yang tiruan yang kita inginkan!, begitu juga peradapan yang harus di lakukan sewaktu untuk meneliti sesuatu ilmu atau amalan, kita kena meneliti dahulu bagaimana sesuatu amalan atau ilmu itu di amalkan, kita boleh bertanya terlebih dahulu kepada guru-guru yang mengajar dan setelah pasti maka buatlah keputusan sendiri samaada ingin belajar ataupun tidak..

Untuk pengetahuan umum (bukan ahli RBSS), perbezaan di antara RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dengan Amalan-Ajaran Kebathinan yang lain adalah seperti berikut:-

A) Dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI AKAN DI AJAR

1. Akan di ajar sebanyak 50 JURUSAN

2. Setiap gerak-langkah Jurusan ada nama-nama tersendiri

3. Setiap Jurusan ada sasaran Makrifatnya (lembaga hitam manusia)

4. Setiap Jurusan menggunakan Pernafasan (dari mulut keluar di hidung)

5. 2 jenis ayat sahaja 1) Kalimah Syahadah 2) Bismillah..

B) Dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI

· Ada 5 Peringkat Pengambilan (PengIsian/Merasol/Dewasa/Istimewa/Penutup)

· Ada 5 Prinsip Pelajaran (Keyakinan/Jurusan/Pernafasan/Makrifat/Isi Pokok Badan)

· Ada Tujuan Pelajaran (Menghindar dari segala perbuatan zalim dan khianat)

· Ada Satu Pantang (Sifat Riak Takbur)

C) Dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - TIDAK ADA DI AJAR

1. Kurang dari 30 Jurusan

2. Wirid-Wirid

3. Zikir-Zikir

4. Seru-Seru

5. Pertapaan atau bertapa

D) Dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI JUGA TIDAK ADA

· Ijab Kabul ketika menerima amalan dari guru (seperti berjabat tangan dengan guru)

· Pulut Kuning

· Telur Kuning

· Ayam Panggang

· Jampi Mentera

Jika anda di luar sana ADA MENJUMPAI PERKARA (C) DAN (D) maka ITU BUKAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, itu adalah dari amalan-ajaran ilmu-ilmu kebathinan yang ada berbagai-bagai jenis...

Di dalam Amalan-Ajaran Ilmu-Ilmu Kebathinan yang ada menerapkan JURUSAN, adalah di ingatkan bahawa Jurusan mereka TIDAK ADA NAMA-NAMA TERTENTU, TIDAK ADA MAKRIFAT TERTENTU DAN CARA MENYEDUT MASUK DAN KELUAR PERNAFASAN juga tidak sama dengan Rahsia Budi Suci Sejati, menurut sejarah ilmu-ilmu kebahtinan tersebut mendapat gerak langkah jurusan-jurusan itu adalah kerana guru-guru mereka yang terdahulu pernah belajar Rahsia Budi Suci Sejati tetapi tidak tamat mempelajarinya lalu jurusan tersebut di terap ke dalam amalan mereka tanpa mengikuti peraturan sebenarnya.. (Ini Sejarah Benar)

Di dalam amalan-ajaran ilmu kebathinan juga, anda terpaksa mengikuti pantang-pantang amalan seperti tidak boleh meninggalkan solat, berwirid, berzikir dan beramal pada hari-hari tertentu untuk mendapatkan keafdalan keilmuan, membaca doa-doa tertentu dan tidak di terangkan dengan jelas bagaimana amalan itu mendapat "Power atau Kuasanya", jika di terangkan juga susunan susur galurnya menemui jalan buntu kerana sememangnya tidak ada kepastian...ini berbeza dengan Rahsia Budi Suci Sejati, jika anda mempelajarinya anda akan temui penjelasan yang terang, jitu serta ada pengakhirannya...tidak ada jalan buntu...

Melalui pengalaman saya sendiri sewaktu mula-mula bergiat aktif dan selalu bercampur gaul dengan pelajar-pelajar ilmu-ilmu kebathinan, satu perkara yang saya minta apabila di cabar untuk berlawan siapa kuat dan ilmu siapa yang benar serta perkasa...saya minta lawan cabut ilmu!, maknanya ilmu siapa yang boleh di cabut keluar sehingga kosong, maka dia yang kalah..Di sini selalunya saya memberikan peluang pihak lawan yang mencabut dahulu dan apa yang berlaku ketika mereka ingin mencabut RBSS dari saya?, dengan satu rentapan dari mereka, mereka terpelanting terbang sejauh 20 - 30 meter dari tempat mereka berdiri....nasib mereka baik kerana selamat (kerana saya tidak niatkan apa-apa)

Apabila tiba giliran saya untuk mencabut, mereka terpegun dan tertanya-tanya "sudah ke belum?", apabila saya kata "sudah" mereka lagi tidak percaya kerana mereka tidak nampak cara saya bertindak!, untuk menyakinkan mereka bahawa ilmu mereka sudah tiada, saya sarankan mereka cuba menggunakan ilmu tersebut tetapi tidak menjadi lagi...akhirnya orang-orang yang pernah berlawan cara ini dengan saya, mempelajari RBSS sehingga ke hari ini....

Apa maksud dari cerita tersebut ialah bahawa apabila anda mengetahui dan memiliki Rahsia Budi Suci Sejati, tidak akan ada manusia yang boleh mencabutnya dari anda melainkan ALLAH SWT....

Fikir-Fikirkan perkara itu...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday January 2, 2008 - 11:53pm (PST)


No comments: