RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #31
SENARAI BUKU-BUKU RUJUKAN & ULASAN
Saya di atas permintaan ramai ingin menyenaraikan senarai Buku-Buku dan Kitab-Kitab yang pernah saya rujuk ketika membuat pengkajian mengenai RBSS...
Tetapi (Ini Adalah AMARAN) jangan sesekali mudah terpengaruh dengan sesuatu yang di huraikan oleh Penulis-Penulis Buku-Buku tersebut begitu sahaja, atau cuba mengikuti apa-apa cara berzikir di dalamnya tanpa mengetahui hujung pangkalnya, kerana jika kita tersilap maka kita boleh menjadi sesat di dalam pengamalan....(cari guru yang betul)
1. AL-QUR'ANUL KARIM - Al-Quran dan terjemahannya oleh Prof.H.Mahmud Yunus (1938)
2. AQIDAH ISLAM (Ilmu Tauhid) - Oleh Sayid Sabiq (Guru Besar Universiti Al-Azhar - 1974)
3. KUNCI MEMAHAMI ILMU TASSAWUF - Oleh Dr Mustafa Zahri
4. ILYA ULUMUDDIN - Oleh Al Ghazali
5. PERKEMBANGAN TASSAWUF DARI ABAD KE ABAD - Oleh Prof.HAMKA
6. PENGANTAR ILMU TAREKAT - Oleh Abu Bakar Acheh
7. SERIBU WASIAT TERAKHIR - Oleh Dr Syekh H. Jalaludin
8. PEDOMAN HIDUP PERIBADI MENURUT ISLAM - Oleh DR H.Khairuddin Yunus
9. MENUJU PENGERTIAN ISLAM - Oleh S. Abul Alaa Maududi
10. RISALAH TAUHID - Oleh Syekh Muhamad Abduh
11. PENGANTAR THEOLOGY ISLAM - Oleh A.Hanafi M.A
12. TAFSIR IBNU KATSIR - Oleh Ismail Ibnu Katsir
13. TAFSIR MAHASINU TAKWIL - Oleh Al Qasimy
14. TAFSIR AL-JAMI AHKAM AL-QURAN - Oleh Al Quthuby
15. FATHAL BARY (TASSAWUF DAN USULUDDIN) - Oleh Ibnu Hajar Al Asqallany
16. ILMU TASSAWUF - Oleh H.Z Ariffin Abbas
17. SINAR KEEMASAN - Oleh Dr Syekh H.Jalaluddin
18. KIMYAUS-SAADAH - Oleh Al Ghazali
19. KISAH MENCARI TUHAN - Oleh Syekh Nadim Al Jisri
20. SHAHIHU AL BUHARY - Oleh Ismail Al Buhary
21. SYARHU SHAHIHU MUSLIM - Oleh Imam Annawawy
22. AL-FURQAN FI TAFSIRI AL QURAN - Oleh Al Qutuby
23. AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA-Oleh Yayasan Penterjemah / Pentafsir Al-Quran.
Itu adalah sebahagian Buku-Buku (ada banyak jenis lagi) yang boleh di buat rujukan di dalam pengkajian mencari maklumat-maklumat RBSS, harus di ingatkan bahawa kesemua Buku-Buku tersebut di tulis menurut cabang KeIlmuannya dan bukan terus mengenai RBSS!, jadi kita harus bijak untuk mencari di mana maklumat yang ada mengenai RBSS atau yang berkaitan dengan RBSS yang boleh di guna-pakai...(waktu itu kebanyakan Buku-Buku dan Kitab-Kitab di pelopori oleh penterjemah-penterjemah dari Negara Indonesia- kerana dari Malaysia amat kurang sekali)
Begitu juga dengan Tafsiran AL-QURAN, Pentafsrian ada dua (2) sistemnya:-
Yang pertama:- Al-QURAN di terjemah dari segi BAHASA AL-QURAN kepada Bahasa-Bahasa lainnya, ini di katakan sebagai "Direct Translation" sahaja, terjemahan seperti ini adalah "Clean & Plain" dari segi bentuk maksud-maksud dari Bahasa AL-QURAN.
Yang kedua:- AL-QURAN di terjemah dari segi BAHASA AL-QURAN kepada Bahasa-Bahasa lainnya DAN di selitkan dengan PEGHURAIAN MAKNA-MAKNAnya sekali menurut perspective penterjemah (selalunya yang pakar Al-Quran), ini di katakan "Direct Translations And Intrepretaions"
Oleh yang demikian, jika merujuk kepada Tafsiran AL-QURAN kita harus meneliti Tafsiran yang bagaimana AL-QURAN itu di lakukan, kerana TANPA "Intrepretations"nya maka intipati yang tersirat di dalam Ayat-Ayat AL-QURAN tidak dapat kita ketahui, itu sebabnya saya banyak menukil Ayat-Ayat AL-QURAN melalui makna yang telah di 'intrepretation"kan bukan dari "direct translations"...itulah sebabnya nukilan saya mengenai sesuatu Ayat Al-Quran di "tegur" oleh saudara "Gila_Batu" kerana tafsiran yang kurang tepat dan mengelirukan! (maaf gila-batu) kerana ianya dari maksud yang lebih dalam dan bukan dari maksud di terjemahkan...
Umpama ungkapan "i 'm hungary" (maaf guna bahasa inggeris - arab tak pandai sangat takut salah kot), jika di "direct translation"kan kepada bahasa Melayu, ia bermaksud "saya lapar", dan ungkapan dari maksud "saya lapar" itu jika di terjemahkan maksud tujuannya pula akan membawa maksud seperti "belum makan atau tiada makanan atau mahu makan" dan jika di kaji kebelakang peristiwa "saya lapar" itu pula akan membawa maksud bahawa orang yang lapar itu, tidak makan pada hari itu di waktu makan dan di sebabkan oleh pelbagai sebab, dan jika di kaji kehadapan ia akan memberitahu kita bahawa orang yang lapar itu mahu makan dan sedang mencari makanan yang ingin di makan...(faham ke ni?)
Begitulah pengterjemahan dan pengistilahan di dalam menafsir intipati AL-QURAN oleh penterjemah-penterjamah handalan, jadi jika kita mengkaji sendirian maka kita harus mengetahui "selok-belok" asas penterjemahan AL-QURAN demi memudahkan kita menganalisa sesuatu Ayat AL-QURAN
Begitu juga Buku-Buku dan Kitab-Kitab yang di terjemahkan oleh sesuatu Bangsa, tidak banyak sedikit ianya akan lari dari maksud sebenar kerana tidak ada kesesuaian Bahasa yang di gunakan, lebih-lebih lagi Bahasa Melayu yang kurang perbendaharaan kata-kata, di mana kini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah banyak menggunakan Bahasa-Bahasa Inggeris dan Arab ke dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, jadi lebih baik kita belajar Bahasa Arab atau faham Bahasa Arab kerana kita boleh menterjemahkannya sendiri...(kalau tak pandai jugak - cari orang-orang yang pandai bagi membantu kita!)
Mengenai "Tafsiran pengistilahan" (maksud yang lebih dalam) selalunya di hubung-kait dengan penjelasan-penjelasan dari Nabi Muhammad SAW (yang di rujuk sebagai Hadith Nabi) mengenai kenapa sesuatu Ayat AL-QURAN itu di turunkan oleh ALLAH SWT dan peristiwa-peristiwa yang berlaku..
Itu sebabnya jika kita membaca dan meneliti AL-QURAN, Ayat-Ayatnya tidak berjela-jela seperti cerpen dan novel karangan manusia, ianya "simple" tetapi membawa "maksud" yang mendalam, di situ kita tidak lihat sesuatu ILMU di perkatakan dengan susunan seperti encyclopedia tetapi menurut sesuatu peristiwa..melalui penerangan Nabi Muhammad SAW baharulah ianya di susun dan di terjemahkan maksud-maksudnya menurut kearifan seseorang dan kemudiannya di susun pula untuk di jadikan sesuatu cabang ILMU seperti ILMU TAUHID, ILMU FIQAH dan ILMU TASSAWUF dan di guna-pakai sehingga ke hari ini...
Tetapi oleh kerana mahluk manusia itu di cipta menjadi mahluk yang BerILMU PENGETAHUAN, maka manusia telah "MENCANAI INTIPATI AL-QURAN" sehingga menerbitkan pelbagai lagi jenis-jenis ILMU yang lain seperti ILMU SAINS, ILMU MATEMATIK, ILMU PERUBATAN, ILMU FIZIK, ILMU KIMIA, ILMU BIOLOGI ALAM, ILMU BIOLOGI KEMANUSIAN, ILMU PERNIAGAAN, ILMU PENTADBIRAN, ILMU KEMASYARAKATAN, ILMU TUMBUH-TUMBUHAN, ILMU BUMI, ILMU FALAQ, ILMU EKONOMI, ILMU KESIHATAN, ILMU KEJURUTERAAN dan yang sebagainya....
Begitulah susahnya untuk membuat pengkajian mengenai RBSS ini, kena banyak membaca, kena banyak merujuk, kena banyak berbincang, kena banyak bertanya dan kena banyak tahu apa-apa juga jenis keilmuan yang ada (kalau mampu), dan kerana sebab itu juga para guru-guru RBSS yang terdahulu dan di masa kini "mengasingkan" pendidikan RBSS dengan pendidikan berkenaan dengan Agama ISLAM bagi mengelakkan dari membuat tafsiran-tafsiran yang terpesong dari maksud sebenar, sedangkan graduan-graduan Universiti-Universiti ISLAM pun takut membuat sebarang tafsiran kerana tidak mengikut jurusan keahlian mata pelajaran yang mereka ambil...
Sebagai contoh, apa bezanya syarahan dari Datuk Fadzilah Kamsah dengan syarahan Datuk Hassan Din???, sudah tentu ada perbezaannya menurut keahlian masing-masing di dalam ILMU ALLAH ini, jika dua tokoh Agama ini berbeza keahlian keilmuannya tetapi berdakwah di jalan yang sama iaitu ISLAM, bagaimana pula ingin kita bezakan syarahan di antara (umpamanya) Encik Masri ke atau Encik Masron ke atau Encik Masdon ke, dengan syarahan Datuk Fadzilah Kamsah atau Datuk Hassan Din???, sudah tentu juga berbeza kerana berlainan keahlian (kepakaran bidang), boleh ke Datuk Fadzilah Kamsah atau Datuk Hassan Din kata Encik Masri ke, Encik Masron ke atau Encik Masdon itu salah??? boleh ke??? atau Encik Masri, Encik Masron atau Encik Masdon kata Datuk Fadzilah Kamsah dan Datuk Hassan Din salah???...juga sudah tentu tidak boleh, kerana keahlian (kepakaran) mereka berbeza, keilmuan mereka berbeza, Datuk Fadzilah dan Datuk Hassan ARIF mengenai ISLAM menurut sudut KEAGAMAAN manakala Encik Masri, Encik Masron dan Encik Masdon ARIF mengenai RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dari PERSPECTIVE yang berlainan dalam ILMU KETUHANAN DAN ISLAM...
Apa yang cuba saya maksudkan adalah bahawa, kita (manusia ISLAM) tidak boleh menghukum Kefahaman Ilmu sesuatu golongan itu salah, itu sesat atau terkeluar dari landasan ISLAM kerana kita kurang ARIF mengenainya, kerana kita tidak tahu mengenainya, kita tidak mengkaji mengenainya, BUKAN hanya sekadar berlandaskan HUKUM SYARAK semata-mata, HUKUM AKAL semata-mata, sedangkan dalam ajaran ISLAM jika ingin menjatuhkan hukuman pun ada banyak peraturan yang perlu di patuhi seperti ada saksi-saksi, ada pengakuan, ada juri, ada peguam dan ada hakimnya...Jadi di sini dari Mahkamah Syariah, Hakim mana, Juri mana dan saksi mana yang menjatuhkan hukuman bahawa RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ITU ADALAH AJARAN SESAT dan TERKELUAR DARI ISLAM???............MUFTI-MUFTI?, JAKIM?, MAJLIS FATWA NEGARA?....atau MENTERI? atau PERDANA MENTERI?.....
Jikalau saya sendiri mengkaji dan mencari segala keilmuan yang bersangkutan dengan RBSS melalui rujukan dari Buku-Buku dan Kitab-Kitab seperti yang saya senaraikan di atas, adakah penjelasan dan huraian saya itu TERKELUAR DARI ISLAM dan boleh di tafsirkan sebagai AJARAN SESAT???, Adakah Buku-Buku dan Kitab-Kitab tersebut di tulis atau di karang oleh penganut Agama Buddha, Agama Hindu, Agama Kristien, Agama Yahudi atau golongan Atheis (free thinker)???
Atau jika memulakan sesuatu amalan ilmu dengan KALIMAH SYAHADAH kita jadi Syirik dan Murtad??? (kerana itu asas RBSS) bukan ISLAM???, sedangkan penganut Agama ISLAM hanya melakukan ucapan KALIMAH SYAHADAH sebanyak 5 kali sehari ketika menunaikan Sholat, tetapi ahli-ahli RBSS melakukan ucapan KALIMAH SYAHADAH lebih dari 5 kali sehari kerana pertama mereka itu ISLAM dan menunaikan Sholat, di tambah dengan Pengisian Pokok Badan yang memerlukan KALIMAH SYAHADAH sekurang-kurangnya 1 kali sehari dan di tambah dengan BerJurus yang juga memerlukan ucapan KALIMAH SYAHADAH, itu bukan ISLAM, SESAT dan terikut AJARAN SESAT????
Bagi diri saya, segala fakta-fakta telah menunjukkan dengan jelas bahawasanya RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini TIDAK SESAT atau MENYESATKAN, RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini BUKAN AJARAN SESAT, BUKAN DI LUAR ISLAM TETAPI DI DALAM ISLAM dan DI DALAM ILMU KETUHANAN YANG HAKIKI....
Tetapi itu semua terpulang kepada individu, seperti mana yang saya tulis di Post-Post yang awal, kerana semuanya ini tertakluk kepada kehendak ALLAH SWT seperti mana yang terdapat melalui:-
SURAH AN-NUR Ayat ke 35 yang bermaksud:-
"ALLAH memberi cahaya langit dan bumi, umpama cahayaNya kepada orang beriman, seperti lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas, gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilauan di langit. Pelita itu di nyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di timur dan tiada pula di barat, hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada di sentuh api. Cahaya berdamping sesama cahaya. ALLAH menunjuki orang yang di kehendakiNya kepada cahayaNya itu. ALLAH menunjukan beberapa perumpamaan bagi manusia, dan ALLAH mengetahui setiap sesuatu" - petikan terjemahan dari Tafsir AL-QURAN oleh Prof.H.Mahmud Yunus (21 mei 1938)
Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
No comments:
Post a Comment