RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #30
SESAT KAH AJARAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ITU?
Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog RBSS ini walau siapa pun anda, segmen pada kali ini adalah dalam bentuk ULANGAN tetapi di tulis dari perspective yang berbeza kerana ramai yang meminta atau menyoal rasionalnya Blog RBSS ini di wujudkan secara meluas di laman web, sedangkan di dalam satu keadaan yang lain ada golongan yang telah mengistiharkan ajaran ini sebagai AJARAN SESAT (seperti JAKIM -Semak di Laman Web JAKIM)
Saya berbalik kepada TUJUAN Blog RBSS ini di wujudkan dan kenapa ianya harus di sebarkan melalaui laman web?
A) Berkenaan Ahli
1. Kerana ramai ahli-ahli RBSS yang kurang mendapat penjelasan mengenai intipati-intipati RBSS dari pelbagai sebab.
2. Kerana tidak keseragaman bePersatuan sehingga menimbulkan kepincangan di dalam pengembangan RBSS secara sihat
3. Kerana ketidakseragaman cara mengajar RBSS dari bentuk memberikan penerangan secara theory atau Lisan, sehingga membuat ramai ahli yang keliru maklumat yang mana satukah yang harus di percayai.
B) Berkenaan FATWA JAKIM
1. Oleh kerana JAKIM mewartakan RBSS sebagai AJARAN SESAT melalui Laman Web rasmi mereka dan dapat di lihat dan di baca oleh semua golongan yang mempuyai access kepada internet, maka cara membuka Blog RBSS ini adalah cara terbaik untuk menjawap kekeliruan yang di timbulkan oleh FATWA JAKIM tersebut.
2. Untuk secara umum memberikan penjelasan kepada umum juga apakah itu asal usul dan sejarah RBSS, bagaimanakah ianya di amalkan, adakah RBSS menyekutukan ALLAH SWT, adakah RBSS menggunakan khidmat khadam-khadam seperti jin/syaitan, wali-wali atau malaikat, apakah sifat-sifat pelajaran RBSS yang harus di ketahui oleh umum..dengan cara demikian sedikit demi sedikit umum akan faham apakah sebenarnya yang di katakan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dari kedudukan yang sebenarnya.
C) Berkenaan Ministry Of Information RBSS (Persatuan)
1. Oleh kerana tidak ada Ministry Of Informations yang di wujudkan secara On-Line oleh Persatuan-persatuan BUDI SUCI SEJATI di Malaysia, sehingga banyak persoalan-persoalan dari masyarakat umum dan golongan ISLAM tidak terjawap dengan umum, maka Blog RBSS ini secara INFORMAL bertugas memberikan khidmat tersebut walupun bukan dari arahan pihak Guru-Guru RBSS yang ada, tetapi ia lebih merupakan iniative individu yang melihat keperluan tersebut dari sudut keperluan semasa...Dan berkemungkinan dengan usaha dari Blog RBSS ini akan dapat menggerakkan Persatuan-Persatuan RBSS yang sedia ada untuk memulakan Program Penerangan mereka mengenai RBSS secara FORMAL dan secara ON-LINE bagi kebaikan semua pihak.
2. Jika mereka (pihak persatuan) dapat melakukan perkara seperti itu, maka masyarakat umum akan merasa lebih YAKIN terhadap penerangan-penerangan yang di siarkan berbanding dengan ulasan dan huraian yang berbentuk Blog seperti yang saya siarkan melalui Blog RBSS ini, tetapi daripada tidak ada tali - akar pun berguna juga!...
3. Jika pihak-pihak Persatuan seperti PBSSM mengambil langkah untuk membuka WEB RASMI dan melakukan seperti apa yang saya lakukan di dalam Blog RBSS ini, iaitu memberikan penerangan-penerangan yang terang dan jelas dari semua sudut dan di tambah dengan maklumat-maklumat lainnya, dan tidak lagi berahsia-rahsia di dalam pengembangan RBSS kepada umum, maka saya akan dengan rela hati dan segera menamatkan Blog RBSS ini demi untuk memusatkan informasi kepada satu sahaja, dan saya akan bertukar tugas sebagai "back-bencher" pula - bukan opposition!
D) Informasi untuk masyarakat Umum
1. Blog RBSS ini juga bertindak memberikan informasi kepada masyarakat umum mengenai apa yang di ajarkan oleh RBSS, apa yang terkandung di dalam RBSS, cara-cara mempelajari, cara-cara mengamali termasuk informasi berkenaan bdang-bidang ilmu yang berkenaan dengannya.
Berbalik kepada persoalan yang di Fatwakan oleh JAKIM yang mengistiharkan BUDI SUCI SEJATI itu AJARAN SESAT, saya suka lah menjelaskan beberapa perkara mengapa ianya terjadi sedemikian rupa, sehingga pendapat umum menaruh sepenuh keyakinan terhadap FATWA tersebut sehingga ke hari ini...
Pertama:
· Apa yang di Fatwakan oleh JAKIM adalah Ajaran BUDI SUCI SEJATI, tetapi BUKAN yang di AJARKAN MELALUI Persatuan-Persatuan Rahsia Budi Suci Sejati daripada tiga (3) Persatuan yang berdaftar secara SAH dengan REGISTRY OF ASSOCIATIONS OF MALAYSIA (Pendaftar Pertubuhan)..Persatuan-Persatuan tersebut adalah 1) Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia - Pimpinan Encik Masri Bin Hj Hashim. 2) Persatuan Latihan Jasmani Budi Suci Sejati Kuala Lumpur - Pimpinan Encik Masron Bin Hj Hashim dan 3) Perguruan Budi Suci Sejati - Pimpinan Hj Masdon Bin Hj Hashim...
· Yang pihak JAKIM wartakan sebagai Ajaran Sesat adalah dari ajaran-ajaran dari individu-individu atau kumpulan yang tidak mendaftarkan pertubuhan mereka secara sah, dan yang mengajar ajaran RBSS tetapi mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan Ajaran ISLAM dan yang bukan yang berkaitan dengan mana-mana Persatuan yang di sebutkan itu dari anak-anak Arwah Hj Hashim Bin Hj Shariff yang mempelopori pengembangan RBSS di Negara Malaysia secara sah.
· Sehingga ke hari ini juga, pihak JAKIM tidak ada membuat sebarang temu-duga berkenaan dengan Ajaran yang di Ajarkan di dalam Persatuan-Persatuan itu apatah lagi untuk mewartakannya sebagai ajaran sesat.
· Dari sudut undang-undang CIVIL dan SYARIAH kesemua Persatuan-Persatuan RBSS yang ada itu adalah SAH DI SISI KEDUA-DUA UNDANG-UNDANG TERSEBUT dan TIDAK ADA APA YANG HARUS DI PERTIKAIKAN...Jika ada golongan yang ingin mencabar KESAHIHANNYA, anda boleh mengemukakan SAMAN atau WRIT kepada kedua-dua jenis Mahkamah tersebut dan menuntut supaya di bubarkan jika bersabit dengan kesalahan yang bertentangan dengan ISLAM dan Undang-Undang Negara...
Kedua:
· Jika benar RBSS ini terkeluar dari Landasan ISLAM dan duduk dalam kategori AJARAN SESAT, dari Alasan dan Dalil-Dalil atau Hukum-Hukum Syarak yang mana ianya terkait atau di kaitkan?. Cuba huraikan!...
· Setahu saya yang tidak tergolong di dalam golongan Ulama ISLAM ataupun mahir dalam ISLAM ini, berpendapat bahawa jika sesuatu Ilmu yang di ajarkan kepada Umat Manusia yang menuntut diri seseorang Umat Manusia itu meminta-minta dari kuasa kayu-kayu, batu-batu, keris-keris, keramat-keramat, wali-wali, jin/syaitan ataupun malaikat-malaikat selain dari ALLAH SWT, baharulah di katakan perbuatan itu SYIRIK iaitu perbuatan yang menyekutukan ALLAH SWT dan belum jatuh Hukum Murtad (pak Ustadz betulkan saya kalau salah!)
· Sedangkan Ajaran di dalam RBSS ini tidak langsung menggunakan, meminta atau bersekutu dengan benda-benda dan apa juga mahluk-mahluk lain kecuali dengan ALLAH SWT (sila semak post mengenai apa itu Rahsia Budi Suci Sejati dan lain-lain), adakah dengan itu RBSS ini SYIRIK atau MURTAD sehingga kita terkeluar dari AJARAN ISLAM?
· Adakah kerana nama BUDI SUCI SEJATI sahaja ianya di katakan SYIRIK dan MURTAD?, SEDANGKAN ada banyak lagi nama-nama yang lain yang tidak ada kena mengena langsung dengan ISLAM atau ILMU KETUHANAN tetapi bercakap dan mengajar berkenaan ILMU TUHAN ILMU ALLAH...
· Sedangkan ILMU itu di maksudkan sebagai Pengetahuan Mengenai Sesuatu yang di wujudkan oleh ALLAH SWT, ISLAM itu panduan dan tunjuk ajar dari ALLAH SWT bagi menentukan segala bentuk perundangan dan peradapan bermasyarakat...
Rumusan mengenai SESAT KAH RAHSIA BUDI SEJATI ITU dari sudut pandangan PROFESSOR BSS.
Rumusan saya agak mudah, anda di luar sana boleh menilaikannya juga dengan mudah....
Pertama:
Rahsia Budi Suci Sejati di ajar berdasarkan CAHAYA di dalam ROH MANUSIA, Cahaya itu meliputi Roh Manusia yang di jadikan oleh ALLAH SWT, jadi tidak ada lain tuhan yang boleh berbuat begitu melainkan ALLAH SWT.
Cahaya yang meliputi Roh manusia itu pula di akui olih golongan ahli-ahli sains dan fizik samaada darfi golongan ISLAM ataupun FILSAFAT (filosofi) yang bukan ISLAM, mereka akui bahawa kerana Cahaya itu lah maka setiap manusia berupaya untuk hidup dan bergerak tanpa memerlukan sokongan dari mahluk-mahluk lainnya.
Di dalam AL-QURAN dan HADITH juga banyak menyebut mengenai CAHAYA tersebut, dan banyak cendiakawan-cendiakawan atau ilmuan-ilmuan ISLAM yang menulis banyak kitab mengenai Cahaya tersebut, jadi tidak ada sebab yang mengatakan bahawa Ajaran yang terdapat di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu SESAT atau AJARAN SESAT yang TERKELUAR DARI ISLAM!!!
Yang terkeluar dari ISLAM (di mana ISLAM itu tersangat luas dan di dalam ILMU KETUHANAN) adalah fikiran-fikiran yang SEMPIT, yang CETEK, yang TERBELENGU dengan satu-satu bidang Ilmu ALLAH sahaja (tidak luas), yang TERKONGKONG hanya dengan sesuatu HUKUM (sedangkan Hukum itu harus di lihat dari sudut yang luas) dan yang PUNYA KEPERCAYAAN BAHAWA MEREKA SAHAJA YANG BETUL -ORANG LAIN TIDAK BETUL...itu yang saya gambarkan (pendapat peribadi saya sahaja) sebagai yang terkeluar dari ISLAM (bukan syirik/murtad atau kafir) yang tidak menurut ilmu-ilmu keISLAMAN yang sebenar....
Kedua:
Jika ada golongan manusia yang menidakkan kewujudan dan kesahihan Rahsia Budi Suci Sejati yang akar tunjang pengajarannya berpandukan dari CAHAYA YANG MELIPUTI ROH yang di anugerahkan oleh ALLAH SWT, maka secara tidak langsung golongan manusia-manusia ini telah MENIDAKKAN KEWUJUDAN ALLAH DI DALAM KEJADIAN MEREKA, kerana TANPA CAHAYA ITU ANDA TIDAK BOLEH BERNAFAS, ANDA TIDAK BOLIH HIDUP DAN ANDA TIDAK BOLIH WUJUD DI DUNIA INI....
Jadi jika anda tidak percayakan itu semua dan tetap dengan Fatwa bahawa RBSS adalah AJARAN SESAT dan TERKELUAR DARI AJARAN ISLAM, tidak ada Fatwa atau Hukum daripada saya mengenai hal sedemikian kerana ITU ADALAH KERJA ALLAH SWT, yang pasti kita wujud dengan CAHAYANya itu, kita berada di Alam Kubur dengan CAHAYANya itu dan kita di bangkitkan juga dengan CAHAYANya itu, akhir sekali kita akan hiup di Alam yang kekal juga dengan CAHAYANya itu, jika anda rasa itu tidak betul atau bida'ah itu adalah hak anda, jika saya kata anda telah mencabar Kekuasaan dan Kebesaran Allah SWT macam mana? boleh di terima? cuba dengar nafas anda sekarang ini - turun naiknya itu....apakah itu yang bernafas???.........nak tahu???...baca Blog RBSS ini dariPost #1 hingga bila-bila ianya di keluarkan...isyaallah anda akan mendapat jawapan yang saya tanya itu....
Sekian dan Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Tuesday January 1, 2008 - 10:41pm (PST)
No comments:
Post a Comment