Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #44- ADAKAH RBSS BERASAL DARI HINDU ATAU BUDDHA?

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #44- ADAKAH RBSS BERASAL DARI HINDU ATAU BUDDHA?

PERSOALAN MENGENAI ADAKAH RAHSIA BUDI SUCI SEJATI INI BERASAL DARI HINDU ATAU BUDDHA SEPERTI YANG DI ANGGAP OLEH SEGELINTIR ORANG-ORANG.

Tajuk di atas adalah berbentuk Tajuk Pilihan kerana ianya datang dari soalan para pembaca Blog RBSS yang ingin penjelasan yang lebih jelas serta terperinci walaupun di dalam Post yang lalu saya telah menyentuh mengenai perkara tersebut...Tetapi demi untuk kefahaman ramai orang saya akan mengulasnya dari perspective yang lain agar ianya mudah di fahami ramai...

Menurut sejarah, pengajaran agama Hindu dan Buddha telah wujud sebelum kedatangan Agama ISLAM yang di lengkapkan oleh ALLAH SWT melalui Nabi dan Rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW!

Manakala agama Hindu telah wujud lebih dari 7000 tahun sebelum ISLAM yang mula di pelopori oleh orang-orang dari Benua India, agama Hindu ini lebih menjurus kepada pemujaan kepada Dewa-Dewa iaitu orang-orang yang terdahulu dari kaum mereka tetapi telah mati dengan meninggalkan kesan-kesan pengajaran dan sejarah yang sangat kuat dan kukuh bagi kaum mereka, sehingga orang-orang itu di anggap sebagai "Tuhan" untuk meminta atau mendapatkan sesuatu hajat...etika ini berterusan sehingga pada hari ini dan terdapat pengajarannya di seluruh dunia, dan di Asia Tenggara pengaruh Hindu ini maseh lagi terdapat di Negara Indonesia (Bali umpamanya)

Dari pengajaran agama Hindu ini wujud pula suatu agama baharu yang di namakan sebagai agama Buddha tetapi menerapkan sedikit perbezaan di dalam penyembahan mereka, mereka lebih menjurus untuk menyembah "Buddha" iaitu orang yang mempelopori agama tersebut dan bukan menyembah "dewa-dewa" seperti Hindu..agama Buddha juga berasal dari Benua India dan di luaskan ke negara-negara lain seperti China, Vietnam, Kemboja, Burma, Laos, Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura dan ke lain-lain benua..

Jika di lihat "TuhanTuhan" Hindu dan "Tuhan" Buddha akan dapat di lihat perbezaan mereka, di mana di dalam Hindu ada banyak "Tuhan" manakala di dalam Buddha hanya satu "Tuhan"...tetapi asasnya tetap sama mereka itu "menyembah seseorang yang telah mati tetapi di anggap mempuyai sesuatu kuasa"...jadi cara-cara penyembahan atau pemujaan di cipta oleh kaum itu sebagai menghormati "Tuhan-Tuhan" itu...


Oleh kerana kedua-dua agama tersebut tersebar luas di kepulauan Nusantara seperti di Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina, Kemboja, Vietnam, Burma, Laos sebelum kedatangan ISLAM dan di anuti oleh kebanyakan orang-orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, maka segala terma-terma dan adat-adat pemujaan serta penyembahan adalah di dalam Bahasa tersebut....seperti perkataan "Dewata" yang membawa maksud "Tuhan Yang Agung", perkataan ini di guna-pakai oleh orang-orang Indonesia samaada dari agama Hindu, Buddha atau Islam bagi merujuk TUHAN masing-masing...

Jadi apa yang dapat di fahami di sini adalah ungkapan-ungkapan merujuk kepada maksud ssiapa "Tuhan" mereka atas dasar bangsa bukan atas dasar kepercayaan keagamaan..bagi yang Hindu akan merujuk kepada "dewa-dewa" mereka, yang Buddha akan merujuk kepada "Buddha" dan yang ISLAM dan Kristien akan merujuk kepada ALLAH SWT sebagai TUHAN mereka...

Oleh yang demikian bahasa yang di kembangkan oleh agama Hindu dan Buddha serta yang Kristien adalah sama di gunakan oleh orang-orang yang menyebarkan Agama ISLAM di Nusantara kerana Bahasa Melayu adalah suatu Bahasa Serantau pada ketika itu...

Tidak menghairankan jika nama dan ajaran Rahsia Budi Suci Sejati ini di kaitkan oleh kedua-dua cabang agama Hindu dan Buddha tersebut kerana menggunakan sebutan-sebutan di dalam Bahasa Melayu yang seakan-akan sama pengertiannya (pada sebutan) tetapi membawa maksud yang berlainan sebenarnya....

Dan apabila ISLAM datang ke rantau Nusantara, yang memeluk agama ISLAM ini adalah orang-orang dari keturunan Melayu (termasuk rumpunnya) yang telah menganuti samaada agama Hindu ataupun Buddha, jadi perbezaan bertutur adalah sama kerana tuturan itu mencerminkan bangsa bukan mencerminkan keagamaan atau sesuatu kepercayaan...

Jika ada orang yang maseh mengaitkan Rahsia Budi Suci Sejati ini dengan Hindu atau Buddha, maka kaitan itu bersangkutan di dalam kontek BAHASA, seperti "Buddha Suci" yang mengangungkan Buddha sebagai Tuhan mereka, jadi adakah di dalam kontek kepercayaan RBSS itu mengagungkan Buddha?....sudah tentu tidak jawapannya kerana di dalam kontek ketuhanan ianya berbeza dengan apa yang di percayai oleh penganut Buddha dengan apa yang di percayai oleh pengamal-pengamal RBSS!...

Mentelah lagi, pada zaman ini maseh lagi terdapat rumpun Melayu yang maseh memegang anutan kepercayaan terhadap agama Hindu dan Buddha seperti yang terdapat secara meluas di Indonesia, rupa melayu, pakaian serupa melayu, adat kebudayaan seperti melayu amnya tetapi kepercayaan agama sahaja yang berbeza..jika di sebut kepada golongan ini apa itu Rahsia Budi Suci Sejati, sudah tentu mereka akan menjawap dengan kefahaman menurut jalan bahasa melayu mereka yang di dasarkan dari kepercayaan Hindu atau Buddha mereka itu sendiri...bukan dari sudut RBSS...

Bukan setakat Hindu ataupun Buddha sahaja, jika di rujuk kepada golongan Kristien pun RBSS akan di versikan menurut kepada kepercayaan keagamaan mereka, sedangkan di dalam "kepercayaan" di dalam ISLAM pun ada 73 kepercayaan!...macam mana?....

Yang pasti di sini, melalui apa yang dapat di lihat mengenai "Tuhan-Tuhan" yang di percayai oleh golongan Hindu dan Buddha adalah dari Mahluk yang bukan dari golongan Manusia atau pun Malaikat.....!!! (kerana saya pernah lihat sendiri!)...

Bagi pendapat saya, orang-orang yang mengatakan bahawa Rahsia Budi Suci Sejati ini berasal dari agama Hindu atau pun Buddha Suci adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang tidak mendapat penerangan yang lengkap mengenai Apakah sebenarnya itu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI.....mereka tidak ada bahan-bahan rujukan atau di mana harus merujuk untuk mendapatkan keterangan...itu sahaja....

Jadi sekali lagi Blog RBSS ini dapat memainkan peranan sebagai tempat untuk merujuk mengenai persoalan mengenai KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati, bukan terhadap para pengkaji-pengkaji Agama sahaja tetapi kepada Ahli-Ahli RBSS itu sendiri...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday January 15, 2008 - 09:53pm (PST)


No comments: