Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #45- MAHLUK JIN DI CIPTA DARI APA?

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #45- MAHLUK JIN DI CIPTA DARI APA?

PERSOALAN MAHLUK JIN DI CIPTA DARI BAHAN APA?

Tajuk ini juga adalah Tajuk Pilihan dari pembaca Blog RBSS ini agar ianya dapat di kupas menurut perspective yang lebih luas lagi....walaupun telah di sebut di dalam Post yang lalu (Post # 16)..tetapi tidak mengapa saya akan menjelaskannya lagi....

Di dalam AL-QURAN, HADITH dan KITAB-KITAB ISLAM telah banyak memperkatakan mengenai Mahluk Jin ini, dari bahan apakah ianya di jadikan, bagaimanakah sifat dan kelakuan kaum jin, apakah makanan mereka dan bagaimana keturunan mereka serta apakah pegangan keagamaan mereka?..banyak maklumat-maklumat seperti itu..

Tetapi, pada kali ini saya menyentuhnya dari perspective yang berbeza agar ianya dapat di fahami dan menguatkankan lagi segala maklumat-maklumat seperti yang sedia ada itu....

Mahluk Jin di jadikan dari Bahan Api tetapi bukan dari kelas Api yang ada di dunia ini seperti Api Mancis, Lighter, Api Rokok, Api Dapur Gas, Api yang membakar kayu atau hutan atau apa-apa jenis Api yang wujud di atas muka Bumi ini...Api yang di ambil untuk mencipta Mahluk Jin adalah dari Jenis Api yang ASAL dari penciptaan ALLAH SWT, bermakna kelas Api tersebut lebih tinggi kedudukannya dari api-api yang ada di muka Bumi ini..

Oleh kerana Mahluk Jin di jadikan dari bahan API, maka makanannya juga seperti bahan kejadiannya juga iaitu ASAP, Asap yang di maksudkan bukanlah kepulan-kepulan Asap yang biasa kita lihat tetapi zat-zat yang wujud di dalam asap-asap tersebut...

Apakah zat-zat yang wujud di dalam Asap yang di "makan" oleh mahluk Jin???....

Zat-Zat yang di "makan" oleh Mahluk Jin melalui Asap, jika di kaji dari segi scientific ia akan merujuk kepada unsur atau bahan "Karbon-Dioksida" (Carbon-Dioxide), di mana bahan ini di keluarkan oleh bahan api yang terbakar dan udara-udara yang di keluarkan oleh Mahluk Manusia serta Haiwan...Di mana Oxygens yang di sedut oleh Mahluk Manusia dan Haiwan apabila di lepaskan keluar ianya menjadi Karbon-Dioksida...

Di sinilah KeBijaksanaan ALLAH SWT untuk "Re-Cycle" bahan Karbon-Dioksida itu yang menjadi "hampas" kepada manusia dan Haiwan lalu di manfaatkan kepada mahluk Jin dan Tumbuh-tumbuhan!...dan di dalam kedua-duanya itu (Oxygens & Carbon-Dioxide) terdapat segala kekuatan ZAT dan SIFAT-Nya...seperti yang di terangkan di dalam Post yang lalu, segala Mahluk ALLAH SWT memerlukan kekuatan ZAT dan SIFAT ALLAH SWT untuk HIDUP...

Kerana memahami keperluan Mahluk Jin ini memerlukan "ASAP", maka orang-orang yang terdahulu yang gemar mempergunakan Mahluk-Mahluk Jin ini sebagai Khadam mereka, akan membakar "Kemenyan atau Setanggi" bagi "memanggil" Mahluk Jin agar datang membantu mereka..Jin itu datang kerana terdapat "makanan" untuk mereka, sama seperti jika kita ingin memberikan ayam makan!

Cuba lihat di sekeliling anda, di mana ada jiran-jiran yang berlainan agama ada meletakkan alat-alat pemujaan untuk 'tuhan-tuhan" mereka, mesti ada unsur-unsur api dan asap!..maknanya kaum jin itu tersangat suka kepada asap kerana ianya adalah sumber makanan...

Cuba juga lihat di mana ada pertunjukkan Silat atau Kuda Kepang di mana sebelum sesuatu permainan di mulakan, seseorang akan membaca mentera sambil membakar kemenyan!, maksud di sebalik perbuatan itu juga menjurus kepada "memberi makanan" kepada mahluk jin samaada berharap agar jangan di ganggu permainan mereka ataupun meminta mereka (jin) itu datang kepada mereka agar dapat membantu mereka melakukan perkara-perkara yang luarbiasa...

Begitu juga dengan perbuatan lazim para Bomoh-Bomoh/Pawang-Pawang atau Dukun-Dukun yang akan membakar Kemenyan apabila memulakan sesuatu perubatan atau ingin membuat sesuatu pertolongan kepada pelanggan...semuanya ada ASAP!...jika di tanya mereka akan menafikan mereka bersekongkol dengan mahluk jin tetapi perbuatan "mengasap" itu mencerminkan perbuatan "memberi makan jin" jadi mana yang betul????...Malaikat tidak suka pada ASAP!...

Itu juga sebabnya, jika ada rumah, bangunan, kenderaan atau hutan terbakar, apinya akan cepat merebak, kenapa?...kerana mahluk jin mahukan "asap" dan akan "menggalakkan" benda-benda tersebut terbakar...jadi para ahli-ahli Bomba, anda tahu dengan siapa anda melawan api sekarang!....

Kerana "Karbon-Dioksida" yang banyak terdapat di Angkasa-Raya maka mahluk Jin ini boleh terdapat dan hidup di mana-mana sahaja Planet-Planet dan Ruang ciptaan ALLAH SWT...yang ada di Bumi adalah dari SUSUNAN dari ALLAH SWT agar dapat di seimbangkan penggunaan Oxygens dan Carbon-Dioxides di antara mahluk manusia/haiwan dengan mahluk jin dengan tumbuh-tumbuhan...perfect usage!...

Mahluk Jin ini juga bukan terbatas kepada yang hidup melata di Bumi, di lautan dan di angkasa raya sahaja, ia ada pelbagai-bagai jenis, pelbagai-bagai bentuk rupa, pelbagai-bagai tugas, pelbagai-bagai taraf keilmuan, taraf teknologi dari yang sebodoh-bodohnya sehinggalah kepada yang paling cerdik...

Yang pasti mereka tak makan nasi seperti kita!.....pada manusia dan haiwan mereka (jin) hanya "menyedut zat-zat" jika ada kesempatan bukan makan menelan kita hidup-hidup....macam lintah! (tapi lintah hanya sedut darah)...itu sebabnya jika ada orang yang "di serap" oleh jin, mereka akan jadi lemah dan kurang daya, sebabnya...zat-zat mereka sudah di sedut oleh jin....

Wassallam!

Professor BSS (profesor_bss@yahoo.com)

Tuesday January 15, 2008 - 10:50pm (PST)


No comments: