Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #46 - MEMILIKI RBSS MENYUSAHKAN?

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #46
- MEMILIKI RBSS MENYUSAHKAN?

ADAKAH DENGAN MENGAMALKAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI MENYUSAHKAN?, DAN TERLAMPAU BANYAK DUGAAN?.

PERSOALAN tersebut telah banyak di dengar melalui temubual dengan "bekas-bekas" ahli RBSS yang telah tidak mahu mengamalkannya setelah gagal untuk mengharungi cabaran-cabaran yang di tempuhi pada peringkat permulaan mengamalkan.

Jumlah ahli-ahli sedemikian tidaklah besar akan tetapi permasaalahan yang di timbulkan oleh mereka ini tidak di jawap atau di selesaikan dengan cara yang bersesuaian sehingga mereka ini mengambil keputusan untuk "meninggalkan RBSS" dari dalam hidup. Jadi mengapakah perkara sedemikian terjadi?, adakah kita harus membiarkannya terus menerus berlaku?...dan setiap 10 orang yang baharu mempelajari RBSS, akan ada sekurang-kurangnya 1 orang yang tidak mahu meneruskannya lagi..

Jika tidak di ambil perhatian terhadap permasaalahan ini, kewibawaan dan martabat Rahsia Budi Suci Sejati akan tercemar dengan dakwaan bahawa ianya "Menyusahkan dari Menyenangkan", jadi marilah kita sama-sama merenungi perkara tersebut...

Apakah bentuk-bentuk rungutan yang di suarakan oleh golongan tersebut, sehingga tidak mahu lagi mengamalkan RBSS???................

(Sedutan keluhan mereka - dalam bahasa yang di keluarkan)

· Semenjak aku bawak BSS hidup aku jadi tambah susahlah - banyak masaalah timbul

· Sejak aku amal BSS - aku selalu bergaduh dengan isteri dan keluarga

· Aku rasa amalan ni "panas"lah - banyak yang tak suka

· Rumahtangga aku jadi kucar-kacirlah bila isteri aku tahu aku belajar ilmu ini, aku selalu bergaduh

· Anak-anak aku jadi liarlah semenjak belajar BSS

· Rezeki aku seriklah

· Ada orang cakap amalan aku ni panas, selalu yang panas ilmu setan

· Aku tak ada time nak juruslah

· Aku tak boleh nak jurus kat rumahlah, keluarga tak bagi amal kat rumah

· Jiran-jiran aku komplen bising bila aku jurus

· Aku tak ada tempat nak juruslah

· Suami tak bagi jurus - ilmu mengarut main hembus-hembus nafas

· Emak Bapak tak bagi belajar lagi-ni ilmu sesat

· Ustadz aku kata tak payah amal ilmu-ilmu yang tak tahu ujung pangkal - buat sembahyang dan amal ibadah lagi terjamin

· Bila aku amal BSS aku jadi sakitlah

· Ada bomoh cakap aku ada ilmu panas kena buang kalau tak buang aku jadi sakit teruk

· Doktor tak bagi aku aktif nanti sakit jantung aku jadi teruk (refer pada berjurus)

· Aku selalu sakit-sakit macam mana nak amal (jurus)

· Semenjak aku bawak BSS macam-macam gangguan mahluk halus ganggu aku

· Makin aku berjurus makin banyak gangguan kat rumah aku

· Aku dah jumpa amalan lain yang lebih baik dan lagi senang nak bawak (amal)

· Aku sekarang dah belajar Ilmu Tarekat lagi baik dunia dapat akhirat pun dapat

· I ni ahli korperat camne nak amal - takde timelah i selalu busy

· I tak pikir BSS ni boleh buat i jadi kaya - bisnies jadi boom, i da tengok takde perubahan pada bisnes i pun -susah pulak tu nak amalkan (jurus)

· Ape lah cik, BSS ni tak power pun kenapa pakai tak jalan-buat malu ngan kawan-kawan je (budak belasan tahun)

· Bapak tak ajar pun - suruh jurus je - jurus tu ape

· I kat oversea susah sikit nak bawaklah - you no, jiran-jiran semua mat saleh takkan i nak kasi diorang dengar hembus-hembus nafas camtu-diorang tanya apa i nak jawap

· Takpelah biar husband i je yang bawak, dia kan ade (isteri BSS)

· I ni housewifelah banyak kerje nak buat kat rumah - takde time nak buat (jurus)

· Takde orang nak ajarlah - nak gi kelas jauh

· Malaslah nak gi kelas - datang suruh jurus-jurus-jurus pastu main gerak - pastu balik, tiap-tiap kelas camtu boringlah...takde belajar lain ke

Dan ada bermacam-macam lagi alasan-alasan yang boleh kita dengar daripada mereka, pokoknya di sini mereka dalam golongan itu sememangnya tidak mahu mengamalkannya lagi, hati mereka sudah muktamad, keputusan sudah bulat dan fikiran sudah tertutup untuk meneruskannya lagi...KENAPA?...

Ada banyak jawapan untuk kesemua permasaalahan tersebut, jadi kita perlu melihat dari sudut siapa yang menyuarakannya, dari situ kita perlu mengkaji sejarah pembelajarannya mengenai RBSS ini...kerana jika kita telah memberikan mereka-mereka ini segala maklumat mengenai Intipati berkenaan RBSS dan mereka dapat memahamkan dengan jelas maka untuk mereka memberikan alasan seperti di atas adalah tipis, kerana mereka sudah cukup jelas apa itu RBSS...tetapi jika mereka kekurangan maklumat dan tunjuk ajar mengenai RBSS dari pembimbing mereka, sehingga segala Intipati mengenai keilmuan RBSS tidak di sampaikan secara menyeluruh dan membuat mereka bercelaru, tidak faham serta tidak jelas...begitulah jadinya nanti...

Di sini ada dua perkara utama yang perlu di lihat:-

Pertama:- Bagaimana segala Intipati Maklumat RBSS di sampaikan kepada ahli

Kedua:- Siapa yang yang menjadi Penyampai Maklumat tersebut

Jika Intipati Maklumat tidak di sampaikan dengan cara yang betul, cara yang sempurna, cara yang lengkap serta tidak bersistematik, maka para ahli yang mempelajarinya juga tidak dapat mengikutinya dengan sempurna, jika ini berlaku bermakna taraf pemahaman ahli-ahli tersebut tidak dapat di naikkan apatah lagi untuk menguatkan keyakinan mereka.

Begitu juga halnya dengan Penyampai Maklumat, jika Penyampai-Penyampai Maklumat ini kurang di berikan maklumat, maka mereka juga tidak dapat menyampaikan Intipati maklumat RBSS dengan sempurna, atau sikap Penyampai maklumat yang tidak mahu menyalurkan maklumat kerana pelbagai sebab-sebab peribadi, juga akan menghasilkan ahli-ahli yang "setengah-masak"!...

Atau ada juga yang menyerahkan tugas Penyampaian maklumat kepada ahli-ahli yang "membawa atau merekomenkan" ahli baharu untuk 100% mengajar, seperti kawan-kawan mereka, ibubapa mereka, abang kakak mereka sedangkan golongan ini juga belum "cukup bertauliah" untuk mengajar...ini juga menjadi penyebab "kerosakkan" keyakinan kepada ahli-ahli baharu...

Apa yang saya lihat sekarang ialah, kita sudah sampai kepada tahap yang sangat memerlukan satu kaedah Penyampaian Intipati Maklumat Rahsia Budi Suci Sejati secara tersusun, secara seragam, secara bertingkat dan secara telus.

Dan bidang-bidang keilmuan di dalam RBSS harus pula di susun mengikut bidang keilmuannya yang tersendiri seperti Ilmu cara-cara bertindak/cara bertempur/cara mengamal/cara menghindarkan gangguan, Ilmu Asal Usul RBSS, Ilmu Asal Usul Sejarah Perkembangan RBSS, Ilmu Ketuhanan, Ilmu Alam Ghaib, Ilmu Perbandingan Ilmu, Ilmu RBSS dengan ISLAM dan yang berkaitan dengannya....

Ianya harus disusun sebegitu rupa agar setaiap ahli yang mempelajari RBSS ini tidak perlu lagi membuat kajian-kajian sendiri yang belum tentu mendapat jawapan yang sebenarnya dari sudut keilmuan RBSS itu sendiri. Ramai yang mengatakan itu sudah di suarakan dan di sarankan tetapi ianya sukar di laksanakan (itu pandangan mereka)

Sememangnya perkara ini sukar, tetapi kita harus memandang ke hadapan untuk masa 10, 20, 50 atau 100 tahun dari sekarang, jika usaha mengumpul segala maklumat akan mengambil masa 15-20 tahun, maka pada tahun 2023 atau tahun 2028 matlamat untuk mengajar secara sistematik dapat di laksanakan.

Sepatutnya sekarang harus di mulakan pengumpulan-pengumpulan segala jenis maklumat keilmuan RBSS, kerana pada hari ini kita ada pelbagai jenis ahli-ahli yang pakar di dalam bidang masing-masing seperti yang pakar komputer, pakar pentadbir, pakar ekonomi, pakar sejarah, pakar ISLAM, pakar Agama, pakar Al-Quran, Ahli Tahfiz, pakar perubatan moden, pakar perubatan alternative, pakar binatang, pakar jin, pakar malaikat dan macam-macam kepakaran lagi...orang-orang seperti ini harus di gembeling segala ilmu pengetahuan mereka dan di dokumentasikan untuk di jadikan sebagai subjek pembelajaran RBSS pada masa hadapan...

Jika jenis-jenis keilmuan lain boleh berbuat demikian mengapa RBSS tidak boleh?, cuba lihat keilmuan yang memiliki KeRahsian Kemanusian yang tinggi seperti Ilmu REIKI, CHAKRA, AURA ENERGY, SHAO-LIN dan lain-lain dapat di dokumentasikan dengan teliti dan dapat di ajar dan di sampaikan kepada setiap penuntut-penuntutnya dengan jelas dan teratur, mereka telah memulakan usaha ini bermula ratusan tahun yang lalu, malah ada yang jenis yang baharu di antara 20-30 tahun yang lalu...Kenapa mereka lakukan begitu?, kerana mahu melihat KeIlmuan tersebut dapat di pelajari dengan keseragaman serta bertepatan dengan Intipati keilmuan itu sendiri di samping tidak mahu melihat ilmu itu pupus sedikit demi sedikit di telan zaman.

Ada yang berhujah bahawa RBSS ini terlalu RAHSIA, Ya memang benar tetapi ADA banyak yang di dalam kategori Rahsia Umum di dalamnya, kenapa tidak boleh di dokumentasikan?...Jadi dokumenkan perkara yang bebrbentuk Rahsia Umum dan hanya "Highlight"kan RAHSIA UTAMA tetapi penerangannya hanya di sampaikan secara lisan oleh guru-guru bertauliah di dalam kelas umpamnya....jadi kesinambungan kelimuannya berterusan hingga ke akhir zaman, tidak akan putus, tidak akan hilang atau tersekat-sekat sumber maklumatnya.

Itu sebabnya juga, para ahli fikir dan para pakar sains dahulu kala mendokumentasikan dapatan mereka dengan harapan generasi yang akan datang akan dapat menyambung serta memperbaiki lagi dapatan-dapatan yang mereka temui itu dan di gunakan oleh manusia sejagat, itulah jenis pandangan dan pendapat kearah pembangunan keilmuan untuk generasi yang akan datang, bukan untuk diri mereka pada hari ini sahaja...

Mungkin pada hari ini akan ada ramai ahli-ahli yang mengaku ada membuat dokumentasi mengenai RBSS secara peribadi dan di gunakan untuk keperluan sendiri serta di kalangan keluarga sendiri, tetapi itu berbentuk peribadi dan setiap individu akan berlainan mendokumentasikan keilmuan RBSS ini mengikut pendedahan pembelajaran mereka sendiri atau mengikut jenis-jenis pengkajian mereka sendiri, tidak ada keseragaman di antara satu sama yang lain...ini juga boleh menjerumuskan keilmuan RBSS itu kearah ketidak-tentuan asas maklumatnya...

Jika di ambil dari sejarah RBSS di kembangkan dari tahun 1958 sehingga kini tahun 2008, bermakna sudah 50 tahun ianya di kembangkan dan sudah ratusan ribu manusia telah mempelajarinya, tetapi adakah mereka-mereka ini mendapat pengajaran yang sama, maklumat yang sama atau ajaran yang sama???..............

Cuba fikir apa yang berlaku di Melaka...itu adalah akibat atau kesan dari ketidakseragaman maklumat mengenai RBSS, jika perbendaharaan Ilmu RBSS itu tidak lengkap, tidak tepat dan tidak seragam...maka penurunan pengajarannya juga akan menjadi tidak betul dan menimbulkan banyak pertikaian, sedangkan kita bercakap mengenai Ilmu Haq, Ilmu Tuhan dan Ilmu Agung....boleh ke kita duduk diam sambil melihat perkara seperti itu berlaku di sana sini tanpa seseorang mengambil langkah positif membetulkan keadaan?????......dengan alasan "mereka bukan ahli persatuan kita!", "ketua mereka bukan ahli kita!", "Ketua mereka dah lama di pecat!" atau "itu di luar bidang kuasa kita!".....

Harus di ketahui bahawa di dalam ISLAM ada perkataan Syirik (perbuatan menyekutukan), ada perkataan Murtad (terkeluar dari landasan) tetapi di dalam ISLAM tidak menggunakan perkataan "DI PECAT" untuk penganutnya, tetapi di dalam RBSS ada yang menggunakan perkataan "DI PECAT", Di Pecat dari apa?, dari keanggotaan Persatuan RBSS atau dari Amalan RBSS???, jika di pecat dari keanggotaan Persatuan RBSS memang tepat dan relevan tetapi jika di kata DI PECAT dari Amalan RBSS...relevan tak?, kerana setahu saya yang bodoh ini, tidak ada seorang manusia pun yang layak mengatakan kita (ahli yang memiliki RBSS) boleh di pecat dari mengamalkan amalan RBSS ini dalam kontek apa juga pun, kerana RBSS itu milik ALLAH SWT yang "Di Pinjamkan" kepada Mahluk Manusia, bukan dari Guru-Guru RBSS atau mana-mana Persatuan RBSS!...hanya diri kita sendiri yang boleh "memecat" amalan RBSS ini dari diri kita....

Kerana bagi saya, setiap ahli yang di kategorikan sebagai "Menyeleweng" dari landasan RBSS dengan "Menyekutukan" amalan RBSS mereka dengan Ilmu-Ilmu yang lain (tidak di dalam rumpun Ilmu yang di sahkan melalui Jemaah RBSS), mereka di istilahkan sebagai Menyeleweng...tetapi apabila di "bedah-siasat" hati sanubari "orang-orang tersebut", hakikat keyakinan mereka terhadap RBSS sangat tinggi dan menebal serupa dengan kita juga, tetapi malangnya mereka-mereka ini mendapat "kurang maklumat" terhadap keilmuan RBSS dan itu menyebabkan mereka menokok-tambah dengan ilmu-ilmu yang lain dengan harapan mereka akan lebih mantap dan kuat...dimana kita mengukur "kesalahan" orang-orang sebegini?....

Jadi, jika pada hari ini akan ada ramai ahli-ahli RBSS satu demi satu meninggalkan pegangan amalan RBSS ini dengan memberikan alasan-alasan seperti yang saya sebutkan di atas, mereka sebenarnya "tidak bersalah", tetapi mereka adalah "mangsa keadaan" yang di lakukan oleh kita sendiri...ialah!...kerana penyampaian intipati maklumat RBSS tidak sampai kepada mereka dalam arti kata yang sebenar-benarnya....

Cuba semak kembali Post saya yang ke 16, ke 27, ke 36...ia lebih menjurus kepada tugas-tugas Iblis dan Syaitan untuk menggagalkan segala usaha kita agar RBSS ini terus berkembang dan di ketahui dan di miliki oleh ramai Mahluk Manusia, adakah dengan mengetahui perkara itu kita harus terus menerus tunduk kepada mereka???.Kerana di sebalik segala alasan-alasan yang di berikan oleh para ahli-ahli yang telah "meninggalkan RBSS" itu ada "Penasihat" di belakang mereka itu...

Sebenarnya segala godaan. segala dugaan dan segala cabaran yang di tempuh oleh setiap ahli RBSS ketika baharu mengamali dan baharu meyakini RBSS adalah berbentuk sementara, mereka berada di ambang antara ruang yang kukuh degan ruang yang lemah, jika mereka gigih meneruskan amalan RBSS walaupun getir, mereka akan sampai ke dalam ruang yang kukuh itu tetapi jika mereka lemah semangat dan mudah di perdayakan kerana kekurangan butir-butir mengenai RBSS maka mereka akan jatuh ke dalam ruang yang lemah...

Jadi nasehat saya kepada ahli-ahli RBSS atau kepada sesiapa sahaja yang berhajat mempelajari RBSS, jangan mudah tergugat dengan semua itu kerana dalam apa juga bidang pun ada dugaan dan cabarannya, seperti menjawat jawatan baharu di tempat baharu mesti ada halangan-halangan yang perlu di atasi, tetapi pekerjaan kita tidak pandang sebagai ilmu, kita pandang sebagai satu sember rezeki jadi halangan yang berbentuk dugaan itu kita tempuhi dengan yakin kerana imbuhan kewangannya jelas dan nyata, berbeza dengan halangan dan dugaan di dalam mengamalkan RBSS!....

Itu sebabnya di dalam ASAS mata pelajaran RBSS ini KEYAKINAN adalah tunjang utamanya, Keyakinan itu adalah dalam bentuk Ilmu YAKIN, bagaimana kita harus Yakin terhadap RBSS jika maklumatnya kurang di berikan atau tidak seragam?...tepuk dada tanya selera...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: