Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #47

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #47

APA YANG BOLEH KITA RAIH DENGAN MEMPELAJARI ILMU-ILMU KEMANUSIAN YANG LAIN SEBAGAI SEORANG AHLI RBSS?

Ini adalah Tajuk Pilihan dari para pembaca Blog RBSS yang inginkan penjelasan mengenai kerelevenan mempelajari Ilmu-Ilmu Kemanusian yang lebih menjurus kepada bidang-bidang Kerohanian dan Biology Kemanusiaan...

Ini sebenarnya adalah salah satu tajuk atau topik yang sememangnya ada di dalam senarai untuk di ketengahkan kepada umum, samaada yang berRBSS ataupun yang bukan ahli RBSS tetapi ingin mempelajari RBSS pada masa hadapan, juga kepada pembaca secara umum...

Di dalam Post-Post yang lalu saya hanya menukil beberapa nama-nama keilmuan dari jurusan tersebut sebagai perumpamaan sahaja, tetapi di dalam post ini akan cuba saya rungkai keilmuannya melalui sudut penggunaan RBSS semoga akan lebih ramai lagi yang sedang berkecimpung di dalam bidang tersebut atau yang baharu ingin mencuba mempelajari bidang-bidang keilmuan tersebut...

Pertama, saya menggalakkan anda supaya mempelajari apa juga ilmu-ilmu yang berbentuk kemanusian yang ada (jik termampu melakukan) kerana di sebalik keilmuan-keilmuan tersebut akan ada perkara-perkara yang boleh di adaptasikan di dalam penggunaan RBSS kita sendiri.

Contohnya:- Seperti REIKI - Natural Healing yang di pelopori oleh Dr. USUI SHIKI RYOHO (saya cuma menukil keilmuan nya sahaja untuk di jadikan teladan).

Di dalam keilmuan Reiki ini, mereka menggunakan Internal Energy Forces untuk menyembuhkan sebarang kesakitan yang ada pada tubuh, di mana sebelum proses penggunaan Internal Energy Forces itu, seseorang murid di ajar bagaimana untuk mengaplikasikan segala Tenaga Dalaman yang ada pada diri manusia (sendiri) dan cara-cara untuk "Mengaktifkan Tenaga" tersebut menurut perintah kita.

Jika tahap dapat "mengawal dan memerintah tenaga" itu dapat di lakukan oleh seseorang murid Reiki, maka mereka akan dapat "meyalurkan" segala tenaga yang ada untuk tujuan-tujuan pengubatan terhadap diri sendiri ataupun kepada diri orang lain.

Apa yang dapat saya lihat di sini bahawa, pelopor ilmu Reiki ini pertama ianya bukan seorang ISLAM, bukan berbangsa Melayu tetapi berbangsa Jepun dan beragama Kristien tetapi beliau dapat memahami dan memecahkan "code" bagaimana untuk "mengawal dan memerintah segala tenaga" yang manusia miliki dengan cara-cara yang beliau ajarkan..

Ianya amat mudah iaitu hanya dengan pemfokusan dan penyatuan segala Akal Fikiran dengan Tubuh Badan serta Perasaan melalui satu proses "Meditation" yang mudah, di mana bentuk meditation itu lebih kepada proses mengaktifkan segala tenaga (Internal Energy Forces) dengan latihan mengerakkannya ke arah mana yang kita perlukan ianya bergerak...latihan-latihannya memakan sedikit masa sehingga kita berjaya "mengawal dan memerintah tenaga" tersebut...itu sahaja tidak ada jampi mentera atau serapah yang bukan-bukan...dan hasilnya anda berkemampuan untuk menyembuhkan kesakitan pada diri sesiapa pun dengan hanya satu sentuhan....(ini yang di katakan oleh Penganut Agama Kristien - Mukjizat Nabi Isa as yang boleh menyembuhkan penyakit dengan satu sentuhan!- dan dari peristiwa ini keilmuan Reiki ini wujud)

Apa yang boleh kita pelajari melalui proses penyembuhan dengan cara Reiki ini?....

Yang jelas dan yang pasti ialah Dr Usui Shiki Ryoho itu tidak tahu apa itu Cahaya Budi dan Cahya-Cahaya yang lain di dalam penciptaan Roh dan Mahluk Manusia apatah lagi mengenai AL-QURAN dan ISLAM, tetapi berkat keinginannya yang amat sangat untuk mengetahui bagaimanakah Nabi Isa as melakukan perubatan dengan satu sentuhan, maka semangat ingin tahunya telah membuat ia bersungguh-sungguh mencari dan belajar dari pelbagai sudut ilmu yang lain sehingga dia di berikan ilmu pengetahuan itu oleh ALLAH SWT tetapi dengan hakikat yang berbeza atau daru sudut yang berbeza mengenai RahsiaNya itu, ALLAH SWT mengurniakan beliau mengenai cara-cara (methode) untuk "mengawal dan memerintah tenaga" tanpa di beritahu apakah di sebalik "tenaga" itu sendiri...itu dari sudut KeTuhanan...

Tetapi jika kita melihat dari sudut keilmuan RBSS, kenapa kita tidak boleh melakukan apa yang murid-murid Reiki lakukan di dalam proses "mengawal dan memerintah tenaga" itu?...

Jawapan daripada saya mengatakan sudah tentu boleh!, kerana kita memiliki RAHSIA yang sebenar, kita mengetahui CAHAYA-CAHAYA sebenar dan kita menggunakan TENAGA-TENAGA sebenar...tetapi jika saya menyuruh anda lakukannya sekarang sudah tentu tidak akan berjaya...soalannya mengapa???...kerana cara kita "mengaktifkan Tenaga" dengan cara Reiki mengaktifkannya berbeza, kita "Mengaktifkan Tenaga" melalui proses KeRohanian manakala cara Reiki mengaktifkannya melalui proses KeJasmanian!!!...

Jadi di sini, kita perlu mempelajari cara mengaktifkan mengikut cara KeJasmanian yang terdapat di dalam Reiki dan di gabungkan dengan TENAGA yang di aktifkan melalui proses KeRohanian maka jadilah ianya satu proses yang baharu, yang membina lebih banyak TENAGA dari kedua-dua kekuatan Rohani dan Jasmani dan cuba bayangkan kekuatan yang terbit daripadanya itu........

Jika di lihat dari sudut Ilmu Usuluddin, cara-cara Reiki itu adalah suatu cara untuk menggerakkan segala kekuatan Zat dan Sifat yang di miliki oleh seseorang Mahluk Manusia tanpa mengira bangsa dan agama termasuk mahluk-mahluk yang lain dari ciptaan ALLAH SWT..jadi dengan kaedah yang betul maka setiap murid Reiki akan dapat menguasainya tanpa sebarang masaalah ataupun kesan sampingan...

Harus di ingat di sini bahawa segala kekuatan Cahaya Budi yang ada pada diri kita ini adalah mengatasi segala kekuatan lain yang di miliki oleh tubuh badan manusia, ini membawa maksud bahawa jika apa pun amalan-amalan lain yang menerbitkan sebarang kekuatan "Tenaga" kepada diri kita, segala tenaga-tenaga tersebut tidak akan berfungsi langsung semasa kita "Mengaktifkan Tenaga RBSS"....

Ini juga membawa makna bahawa apa juga yang sedang atau yang cuba kita gunakan untuk bertindak, contohnya ingin menggunakan tenaga Reiki, Lam Jalala, Atom dan yang lain-lain tergolong di dalam Amalan Tambahan/Sampingan, selagi RBSS tidak di aktifkan pada masa tersebut bermakna tenaga dari ilmu-ilmu itu berkuatkuasa...tetapi sebaik-baik tenaga RBSS teraktif semasa kita menggunakan ilmu-ilmu tersebut, dengan kadar serta-merta tenaganya bertukar kepada tenaga RBSS! (ramai yang tidak mengetahui mengenai fakta ini), tetapi hanya tenaganya sahaja yang bertukar bukan kaedahnya bertukar....maksudnya kaedah maseh Reiki tetapi tenaga RBSS....

Jadi disini, kita harus faham kedudukan sesuatu tenaga dengan lebih jelas supaya apa yang kita yakini itu berada di landasan yang betul, begitu juga ketika di dalam permainan Gerak Tempur...seseorang ahli itu meniatkan menggunakan Lam Jalala tetapi dalam masa yang sama ia "mengaktifkan RBSS" maka tenaga yang keluar membuat pukulan itu adalah bukan tenaga dari Lam tetapi dari RBSS...kerana di dalam RBSS ada kesemuanya.....ini yang saya sebut di dalam Post #5 (Amalan Tambahan), bagi ahli RBSS yang bijak mereka akan tahu bila menggunakan RBSS dan bila menggunakan ilmu-ilmu yang lain semasa bertindak!...betul atau tidak jangan bertanya kepada saya, anda buat kajian mengenainya sendiri....

Ini tertakluk juga kepada jenis-jenis keilmuan Kemanusiaan yang lain seperti Chakra, Aura Energy, Spiritual Healing, Colour Energy dan yang seumpama itu...boleh di pelajari sebagai penambahan ilmu pengetahuan tetapi semasa bertindak harus bijak menggunakan yang mana satu yang anda AKTIFKAN!...

Di dalam pemburuan saya secara peribadi di dalam menuntut Ilmu-Ilmu Kemanusian yang berteraskan ILMU KETUHANAN, saya menemui pelbagai kaedah-kaedah rawatan alternatif yang telah di ubah suai dan di gabungkan menjadi satu dari pelbagai jenis keilmuan kemanusiaan yang ada di mana teras atau tunjangnya maseh mengutamakan tenaga dan kekuatan RBSS dan cabang keilmuan tersebut saya namakan sebagai "COMBITEX TREATMENT" iaitu kombinasi dari pelbagai jenis keilmuan kemanusiaan tetapi di lakukan dalam satu masa, dari ilmu-ilmu seperti Reiki/Acupunture/Reflexology/Traditional Massage/Aura/Spiritual Healing/Modern Sciences dan Ilmu Ketuhanan berserta RBSS..... (maaf ini bukan iklan terhadap ilmu tersebut- hanya memberikan contoh) yang menjurus kepada pemulihan kejasmanian dan kerohanian secara serentak...ianya mudah tetapi berkesan!...buku mengenai telah saya mulakan dari tahun 1985 dan siap pada tahun 1995 (secara manual-tulisan tangan lagi) dan sekarang di dalam proses membukukan secara computerised...mungkin atau tidak ianya di pasarkan...

Sekali lagi saya katakan, ini bukan iklan penjualan tetapi apa yang saya cuba ketengahkan ialah kita harus berfikiran positive di dalam mempelajari sesuatu bidang ilmu sehingga kita beroleh kefahaman yang mendalam mengenai ILMU KETUHANAN yang tidak ada penghujungnya ini...jika kita sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu, tidak kira pa juga pun, pasti ianya dapat di lakukan dan masa hanya menjadi penentunya....
Ingat di dalam menuntut Ilmu di ibaratkan menanam pohon buah-buahan yang mana buahnya hanya dapat di rasa pada masa hadapan bukan pada hari ini, kalau nak makan pada hari ini juga, beli aje di pasar-pasar!....

Wassallam!

Wednesday January 16, 2008 - 07:18pm (PST)


No comments: