Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #95 - THE BRAINSTORMER #40

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #95 - THE BRAINSTORMER #40

MEDICATIONAL RBSS - ATAU PERUBATAN RBSS - APA YANG HARUS DI KETAHUI?

Rahsia Budi Suci Sejati mengandungi Seni Perubatan untuk menyembuhkan sebarang penyakit dan berupaya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang di datangkan oleh ALLAH SWT dan juga Iblis/Syaitan kepada diri manusia melalui KeRahsian yang wujud di dalam ajaran ini, perkara-perkara lain telah di rungkai melalui post-post #38,58,63 tetapi pada kali ini saya mengajak anda untuk menelaah beberapa perkara yang berkaitan dengan Seni Perubatan dalam RBSS ini...

Ini di sebabkan ramai yang bertanya mengenai cara-cara dan tata tertip untuk di gunakan bagi memulakan sesuatu rawatan menggunakan amalan RBSS, melalui soalan-soalan yang di kemukakan dapat di fahami bahawa ramai yang maseh keliru mengenai selok belok di dalam Seni Perubatan RBSS ini kerana kurang memahami secara terperinci mengenai KeIlmuan RBSS yang sebenarnya...

Huraian mengenai Seni Perubatan RBSS ini adalah di rungkai DARI SUDUT KEILMUAN RBSS dan BUKAN dari SUDUT AGAMA atau dari sudut ILMU PERMOHONAN....oleh yang demikian saya mengharapkan para pembaca dapat memahami konsep ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian, kajian atau ulang-kaji terhadap apa yang akan di rungkai melalui post kali ini....

TATA TERTIP

Sebagai seorang yang telah memiliki RBSS yang menuruti segala keperluan di dalam Lima (5) PRINSIP RBSS iaitu 1) Keyakinan 2) Jurusan 3) Pernafasan 4) Makrifat 5) Isi Pokok Badan dengan baik dan sempurna di dalam kehidupan sehariannya (taat melakukan), maka di dalam proses melakukan sesi perubatan bagi merawat orang-orang yang sakit TIDAK ADA TATA-TERTIP yang tertentu untuk di lakukan sebelum kerja-kerja merawat di jalankan.

Maksud TIDAK ADA TATA-TERTIP di perlukan adalah BERDASARKAN kepada KETAATAN mengamalkan RBSS menurut Prinsipnya, jadi jika itu berjalan dengan sempurna maka mereka tidak tertakluk kepada sebarang tata-tertip.

TETAPI jika seseorang ahli RBSS itu dari jenis yang tenggelam timbul cara pengamalan RBSSnya atau yang tidak konsisten maka mereka harus terlebih dahulu untuk Mengisi Pokok Badan (sekurang-kurangnya) bagi mewujudkan pembaharuan kepada TENAGA sebelum melakukan sesi rawatan...


JIKA seseorang ahli RBSS itu pula telah "lama" tidak BerJurus dan Mengisi Pokok Badan, sebaik-baiknya mereka melakukan proses BerJurus terlebih dahulu bagi menambah segala TENAGA yang telah merudum atau yang telah mahu padam KeCahayaannya...jika tidak proses perawatan yang akan di lakukan akan menemui jalan buntu serta akan membahayakan diri sendiri serta pesakit yang akan di rawat itu.

CARA-CARA

Melalui Seni Perubatan menggunakan RBSS, Cara-Cara menggunakannya adalah TIDAK TERBATAS atau DI BATASKAN OLEH SESUATU PERKARA kerana di dalam KeRahsian RBSS tidak ada ISTILAH BATASAN.

Di mana ada yang berkata seperti sebelum memulakan rawatan terhadap pesakit, rumah si pesakit harus di shield dahulu, orang ramai di kehendaki tidak melihat atau di halang berada di ruang perubatan, kena berjurus dahulu, kena isi pokok badan dahulu, kena menggunakan PERMOHONAN dan sebagainya....Sebenarnya jika mereka (ahli RBSS) dalam kategori TAAT Mengamalkan RBSS dengan sebenar-benarnya seperti bukan dalam kategori "part-time" RBSS atau "on-off" RBSS, mereka tidak perlu takut kepada apa-apa juga pun KERANA jika di amalkan dengan BETUL maka TAHAP KEYAKINAN akan naik sepenuhnya di dalam Jiwa Raga sehingga YAKIN itu berada di dalam Lindungan ALLAH SWT tanpa ada lagi was-was atau keraguan dalam diri atau Iman atau kepercayaan terhadap TUHAN!

Jadi, jika tahap KEYAKINAN yang tinggi itu telah TERBINA maka di dalam sesi perubatan mereka TIDAK ADA lagi rasa was-was, rasa takut, rasa gementar, rasa berbelah bagi terhadap apa yang ingin di lakukan serta TIDAK TAKUT kepada sebarang MAHLUK seperti Iblis/Syaitan/Jin dan tidak memerlukan apa juga SHIELD ketika melakukan sesi rawatan pesakit KERANA mereka TELAH 1000% YAKIN bahawa apa yang mereka miliki itu adalah CUKUP SELAMAT dan TIDAK AKAN terganggu oleh sebarang ancaman!...apatah lagi untuk kelam-kabut untuk berjurus dan mengisi pokok badan bagi mengembalikan TENAGA kerana mereka telah secara TETAP dan BERJADUAL melakukan segala AMALAN menurut PRINSIP RBSS!....

Hanya ahli-ahli yang "setengah masak" sahaja yang akan merasa was-was, rasa ragu, rasa khuatir dan terpaksa melakukan perbagai kaedah seperti membuat shield sewaktu sesi perubatan di jalankan, perbuatan melakukan shield ini adalah tanda-tanda tahap KEYAKINAN mereka sangat rendah dan tipis, termasuk perbuatan kelam-kabut berjurus dan mengisi pokok badan sebelum datang membuat rawatan kepada pesakit!

APA MAKSUD HUJAH-HUJAH TERSEBUT

Apa yang saya hujahkan di dua bab di atas ADALAH KERANA jika di singkap kembali kepada keilmuan PENYAKIT dan PESAKIT, ianya datang dari dua (2) sumber, yang pertama di datangkan oleh ALLAH SWT kepada diri seseorang dan yang kedua datangnya dari Iblis/Syaitan (rujuk kepada post #38).

Jika di datang oleh ALLAH SWT, kita telah tahu bagaimanakah untuk menanganinya (caranya) dan jika melalu Iblis/Syaitan juga kita telah juga tahu caranya, jadi apa yang perlu kita lakukan ialah BERTINDAK MENGIKUT KEPERLUAN dan KEADAAN pesakit.

Jika penyakitnya dari ALLAH SWT maka kita sesuaikan jenis-jenis perubatannya dengan kehendak ALLAH SWT dan jika penyakitnya di sebabkan Iblis/Syaitan maka kita bertindaklah mengikut melalui cara-cara menangani mahluk tersebut....jadi apa yang perlu kita takut atau khuatir atau was-waskan????.....

Dan sewaktu menjalankan sesi perubatan tersebut pula, kita adalah seperti kenderaan pacuan empat roda "off road" yang tidak terbatas dengan jenis jalan raya yang ingin di lalui, kita hanya perlu melihat apakah jenis penyakit yang di hidapi pesakit dan membuat rawatan yang di fikirkan di perlukan sahaja bukan dengan sesuatu cara atau prosedur yang tetap seperti yang di lakukan oleh kebanyak ahli RBSS, maksudnya jika ingin melakukan perubatan mereka harus menurut prosedur dari A - Z!....itu bukan cara di dalam Seni Perubatan menggunakan RBSS! tetapi dari keIlmuan yang lain seperti Ilmu Permohonan dan sebagainya.

Menggunakan RBSS ketika sesi perubatan menurut keilmuan RBSS ini juga adalah mudah dan ringkas iaitu seperti 1) Kesan 2) Cabut/Buang 3) Sembuhkan...mudahkan?

Jadi maksud KESAN itu ialah kita PERIKSA dengan segala kebolehan dan segala keistimewaan yang di miliki untuk menentukan PENYAKIT jenis apa yang di hidapi oleh pesakit, samaada dengan menggunakan GERAK, RASA atau LIHAT dengan MATA HATI...

Kedua CABUT/BUANG bermaksud kita MENCABUT atau MEMBUANG segala ANASIR-ANASIR PENYAKIT yang ada samaada dari jenis VIRUS yang di datang oleh ALLAH SWT atau VIRUS yang di jelmakan oleh Iblis/Syaitan...harus di ingat bahawa kedua-dua jenis VIRUS itu adalah BERBEZA jenis MAHLUKnya, di mana yang di datangkan oleh ALLAH SWT lebih kepada mahluk yang BUKAN berupa atau dari jenis JIN dan yang di datangkan oleh Iblis/Syaitan adalah dari mahluk dari jenis JIN (rujuk post #16,36,37,45)

Ketiga SEMBUHKAN bermaksud setelah kita mengeluarkan ANASIR-ANASIR penyakit dari tubuh pesakit maka langkah selanjutnya ialah untuk melakukan PENYEMBUHAN atau seperti memberikan ubat ke dalam diri pesakit, Ubat yang akan MENYEMBUHKAN pesakit itu menurut keilmuan RBSS adalah 100% terletak di dalam 50 JURUSAN yang ada BUKAN melalui Jampi Serapah, Ayat-Ayat tertentu AL-QURAN atau menggunakan PERMOHONAN (rujuk post #58)

Jika kesemua yang di sebutkan anda miliki dan aplikasikan maka TIDAK ADA SEBAB anda akan gagal di dalam sesi rawatan yang di jalankan walaupun di TAKDIRKAN si pesakit itu akan MATI dalam tempoh terdekat, dalam QADA'nya si pesakit itu akan mati tetapi dalam QADARnya ia akan mati selepas di sembuhkan menggunakan apa yang kita lakukan, ini berlaku dalam banyak kes-kes perubatan menggunakan RBSS...maksudnya si pesakit itu tetap sembuh melalui proses perubatan yang di lakukan!.

Mengenai perkara SHIELD sewaktu sesi perubatan ingin di jalankan, adakah ianya PERLU???....

Jawapannya di dalam fikiran anda sendiri, jika anda rasa kekuatan TENAGA yang anda miliki itu tidak kuat, tidak cukup tenaga, tidak hebat maka anda terpaksalah membuatnya bagi mengurangkan segala gangguan yang bakal di terima.


TETAPI dari SUDUT sebenar RBSS itu semua TIDAK PERLU dan TIDAK BERMAKNA langsung KERANA jika anda TELAH merasa tidak kuat, tidak cukup tenaga dan tidak hebat maka SHIELD yang anda BUAT itu TIDAK AKAN KUAT,TIDAK AKAN CUKUP TENAGA dan TIDAK AKAN HEBAT JUGA!!!...kerana segalanya BERPUNCA dari KEYAKINAN yang ada pada DIRI sendiri...Jadi adakah maseh perlu kita melakukannya???....

Harus di fajami kembali bahawa dengan memperhebatkan segala Tenaga atau PenCahayaan Cahaya Budi melalui proses berjurus maka PenCahayaan Cahaya Budi itu akan MENJADI LUAS melingkari tubuh kita dan keluasannya pula akan bergantung kepada keseringan amalan berjurus di lakukan oleh individu, dengan maksud lainnya setiap individu akan memiliki keluasan Cahaya Budi yang berbeza di antara satu dengan yang lain.

Oleh itu kita juga harus fahami bahawa segala MAHLUK tidak kira SIAPA dan APA JENISnya TIDAK AKAN DAPAT merosakkan, mengapa-apakan, mencederakan, menjahanamkan diri kita yang penuh dengan PenCahayaan Cahaya Budi itu dalam semua ERTIKATA KEZALIMAN!...jadi apa yang perlu kita TAKUTI???....

Ya Memang benar di sekeliling kita di penuhi oleh Mahluk-Mahluk Halus dari pelbagai jenis dan keturunan pada setiap masa dan setiap keadaan TETAPI mereka itu semua ADALAH BEBAS untuk MENDEKATI DIRI KITA pada sebarang masa ASALKAN mereka datang atau lalu berdekatan diri kita TANPA SEBARANG NIAT YANG BURUK atau dengan NIAT YANG ZALIM...itulah ASAS di dalam KAWALAN KESELAMATAN RBSS!...kerana siapa YANG ZALIM dia KENA!...jadi apa yang perlu kita takut???....

Oleh yang demikian, sebagai seorang yang memiliki KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati kita harus berbalik kepada ASAS INTIPATI RBSS, hanya dengan cara itu sahaja yang dapat MENGHINDARKAN DIRI KITA DARIPADA SEGALA PERBUATAN ZALIM dan KHIANAT kerana itu adalah JANJI ALLAH SWT kepada Mahluk Manusia dan itulah KURNIA yang sangat BESAR yang di berikan oleh ALLAH SWT yang tidak di miliki oleh Mahluk-Mahluk yang lain.

Ramai yang berpaling kepada keilmuan yang lain untuk mendapatkan perlindungan dari gangguan mahluk jin/syaitan walaupun telah memiliki RBSS sedangkan apa yang telah mereka miliki itu adalah yang terunggul dari segala yang unggul....banyak berlaku kes-kes seperti ini di kalangan ahli-ahli RBSS walau di mana juga mereka berada atau siapa guru-guru mereka...sebabnya???...........

SEBABNYA

Apabila belajar mereka tidak di ajar dan apabila di ajar mereka tidak faham dan apabila tidak faham mereka malas menuntut dan apabila tidak di tuntut mereka jadi begitulah!!!....tak kenal diri....

RUMUSAN

Oleh kerana sebab-sebab yang di rungkai seperti di ataslah yang mendorong saya menyeru sekelian pejuang-pejuang yang katanya memperjuangkan RBSS untuk mengkaji semula sistem pembelajaran dan penyampaian maklumat intipati Rahsia Budi Suci Sejati ini dari kaedah atau sistem sekarang kepada kaedah atau sistem yang lebih teratur lebih terperinci dan yang lebih informatives, kerana jika tidak di mulakan dari sekarang maka permasaalahan seperti yang di sebutkan akan berlanjutan sehingga bila-bila dan akan berlaku sepanjang zaman.

Apa yang perlu di lakukan ialah memberikan pelajaran yang menanamkan KEFAHAMAN mengenai segala KERAHSIAN RBSS ini dengan sepenuhnya menurut KONSEP RBSS itu sendiri yang TIDAK DI CAMPUR-ADUKKAN dengan mata pelajaran dari AMALAN-AMALAN TAMBAHAN yang lain.

Kerana jika yang ASAS ini tidak KUKUH maka akan LEMAHlah segala KEILMUAN yang di miliki oleh setiap ahli RBSS itu...ramai yang berkata mereka MEMPERJUANGKAN RBSS tetapi pa yang mereka PERJUANGKAN???....

Jika benar dan ikhlas ingin MEMPERJUANGKAN RBSS menurut KEWIBAWAAN INSTITUSI RBSS itu sendiri, anda harus BERANI dan SANGGUP memberikan segala TUNJUK-AJAR dan MAKLUMAT yang bersangkutan dengan RBSS pada setiap orang yang mempelajari RBSS tidak kira di mana mereka itu menuntut keilmuan ini, sudah tidak RELEVAN lagi konsep MERAHSIAKAN KEILMUAN RBSS kepada ahli-ahli, sudah tidak RELEVAN lagi konsep menurunkan maklumat hanya kepada ahli-ahli yang TERPILIH sahaja dan sudah tidak RELEVAN lagi konsep memberikan keistimewaan belajar hanya kepada ahli-ahli yang padai "bodek-bodek guru" sahaja, jika kita benar-benar IKHLAS untuk MENURUNKAN KEILMUAN RBSS kita TIDAK HARUS PILIH KASEH PILIH BULU kita HARUS buat penurunan KeIlmuan RBSS ini SECARA ADIL dan SAKSAMA seperti yang di tuntut oleh RBSS itu sendiri.

Jika maseh ada sebarang KERAGUAN terhadap sebarang ahli di dalam keanggotaan Persatuan yang anda uruskan sekarang maka itu bermakna INTIPATI AJARAN RBSS ini anda KETEPIKAN dan anda ABAIKAN dan TIDAK MENGIKUT NILAI-NILAI PRINSIP dalam RBSS....sepatutnya dengan BerRBSS segala SIFAT SYAK WASANGKA atau ANGGAPAN BURUK terhadap sesiapa seharusnya SUDAH TIDAK ADA PADA DIRI LAGI, yang ada adalah SIFAT KESIRATULARAHIMan yang tinggi terhadap sesiapa di mana di situlah terletaknya BUDI PEKERTI yang terbit dari PencCahayaan Cahaya Budi!.....

Jika anda maseh tergolong seperti demikian maka apa yang anda amalkan melalui proses JURUSAN tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap diri anda sendiri, samalah seperti seorang Muslim yang giat beribadah tetapi di masa yang sama giat melakukan maksiat!...

Fikirkanlah...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday March 4, 2008 - 09:37am (PST)


No comments: