Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #94 - THE BRAINSTORMER #39

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #94 - THE BRAINSTORMER #39

ISI POKOK BADAN - APA MAKSUD KEPERLUAN MELAKUKANNYA

Persoalan ini banyak di timbulkan oleh para pembaca kerana mendapati ianya kurang di berikan penjelasan yang lebih luas dan menimbulkan banyak kemuskilan di dalam melakukannya...walaupun pernah di sentuh di dalam post #12 tetapi berkemungkinan penjelasan yang terdahulu tidak mencapai kepada kefahaman yang di kehendaki.

Sebelum saya melakukan penjelasan yang selanjutnya, saya ingin membawa fikiran anda kepada perkara yang di lakukan oleh kita pada setiap hari iaitu, pada setiap hari terutamanya selepas mandi pagi, kita akan mengenakan pakaian sebelum keluar rumah untuk melakukan apa juga tugas dan pekerjaan yang di lakukan.

Pekerjaan mengenakan pakaian ini bersesuaian dengan tuntutan ISLAM agar setiap umat manusia menutup AURATnya dengan pakaian, dan perintah ini di turuti sehingga ke hari ini kerana ia telah membuktikan bahawa mengenakan pakaian itu dapat memberikan faedah dan manfaat seperti menghindar diri dari sebarang keadaan cuaca yang panas atau sejuk, menghindarkan diri dari terkena kotoran sekitaran secara langsung pada kulit badan, menutup Aurat dari di lihat oleh manusia lain bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak di ingini seperti membangkitkan nafsu keberahian jantina yang boleh mengundang kepada perbuatan rogol, cabul kehormatan, sumbang mahram dan berbagai lagi yang bersangkutan...maksud yang lebih jelas ialah mengenakan pakaian menghindarkan diri kita dari perbuatan yang tidak di kehendaki oleh ISLAM

Konsep mengenakan pakaian ini adalah sama pengertiannya dengan istilah ISI POKOK BADAN, kerana Isi pokok Badan merupakan satu perlakuan/pekerjaan yang MENGGANTIKAN KeCahayaan dengan PenCahayaan yang baharu pada setiap hari bagi tujuan MENGEMAS-KINIkan POWER atau TENAGA yang telah di gunakan sehari sebelumnya itu.

Kedua, dengan Isi Pokok Badan kita akan menyiapkan diri dengan POWER yang telah di kemas-kini bagi TUJUAN BERTINDAK pada sebarang masa yang kita perlukan, di mana pengisian Isi pokok Badan ini BUKAN BERMAKSUD POWER RBSS kita tidak melindungi diri kita KERANA apa yang kita miliki dari PENGISIAN YANG PERTAMA lagi, kita telah 24-7 di lindungi oleh Cahaya tersebut...dan ini adalah sesuatu yang PASTI.


Ketiga, Isi Pokok Badan juga memberikan maksud bahawa dengan memperbaharui PENCAHAYAAN pada setiap hari itu akan membolehkan diri kita untuk mendapatkan perubahan kepada peningkatan martabat-martabat di dalam RBSS kerana perbuatan Isi Pokok Badan ini juga merupakan PERMINTAAN kita di setiap hari agar di selamatkan daripada segala bahaya (lahir & bathin) dan memperingatkan diri kita kepada siapa kita yang sebenarnya.

Berbalik kepada yang lebih utama ialah perkataan POKOK BADAN, di mana ia bermaksud kepada ROH yang menghuni tubuh, jadi perlakuan MENGISI POKOK BADAN itu adalah mengisi ROH dengan PENCAHAYAAN yang di alih dari tahap BERDIAM kepada tahap BERSEDIA UNTUK BERTINDAK melalui 50 JURUSAN yang ada...tanpa PERSEDIAAN yang di lakukan pada setiap hari itu maka apa yang kita amalkan ini tidak dapat di gunakan sepenuhnya jika sesuatu keadaan darurat memaksa.

Di dalam post yang lalu juga pernah di huraikan bahawa PRINSIP RBSS yang ke 5 ini ada hubung-kaitnya dengan RUKUN ISLAM yang ke 5 juga iaitu Mengerjakan Haji di Mekkah, di mana perbuatan mengerjakan Haji itu adalah sebagai PELENGKAP kepada sifat KEYAKINAN diri kita terhadap apa yang di anjurkan oleh ISLAM dan banyak keistimewaan yang wujud di dalam mengerjakan Haji ini.

Ini adalah bersamaan dengan Isi Pokok Badan, di mana ianya juga sebagai PELENGKAP kepada kesemua PRINSIP yang ada serta memperkukuh KEYAKINAN melalui proses Isi pokok Badan....tanpa Isi pokok Badan juga akan menjejas kesinambungan peningkatan Martabat diri seseorang ahli RBSS apabila POWER mereka tidak dapat di gunakan untuk bertindak sewaktu kita memerlukannya.

Bagi yang ingin mengetahui bagaimana keadaan AURA PenCahayaan Budi itu yang meliputi tubuh, kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kerana masaalah Cahaya ini sangat di rahsiakan oleh ALLAH SWT, kecuali kepada penglihatan mahluk-mahluk seperti Malaikat, Iblis/Jin/Syaitan, Binatang dan Unggas dan untuk manusia biasa kita perlu menggunakan sejenis kamera yang di namakan "Kirlion Camera" bagi tugas mengambil gambar LAPISAN AURA kita yang pelbagai warna tersebut, atau hanya orang-orang yang Kasyaf Mata Hati sahaja yang beroleh keiatimewaan untuk melihat Lapisan Aura yang sebenar.

Yang lebih penting ialah dengan selalu Mengisi Pokok Badan pada setiap hari itu, akan membuat diri kita terjaga daripada melakukan sesuatu yang di luar jangkaan dan yang bertentangan dengan kehendak ISLAM....seperti pakaian yang menghindar kotoran dari terus terkena pada kulit badan kita......

ISI POKOK BADAN juga merupakan satu proses memperingatkan diri kita supaya tidak bersifat angkuh kerana kita akan sentiasa sadar bahawa apa yang kita miliki ini adalah satu PINJAMAN dari HAQ ALLAH SWT dan kerana itu jugalah segala TINDAKKAN yang di lakukan akan terjadi secara serta-merta atau on the spot, di mana ianya amat berbeza dengan konsep BERDOA yang di ajar melalui ISLAM serta konsep memohon sesuatu permintaan melalui PERMOHONAN....berDoa adalah HAQ MANUSIA tetapi Isi Pokok Badan dengan CAHAYA itu HAQ ALLAH SWT yang telah di otomatikkan TINDAKKAN supaya jadi menurut kebijaksanaan seseorang ahli RBSS, semakin tinggi pengetahuannya maka semakin berkesan Tindakkannya, ini berbeza dengan konsep berDoa dalam ISLAM dan konsep memohon dalam PERMOHONAN yang terpaksa menunggu KELULUSAN dari ALLAH SWT sebelum di makbulkan dan akan mengikut martabat insan...semakin banyak amal ibadahnya maka semakin makbul doa mereka...


Untuk TINDAKKAN, ALLAH SWT telah memberikan kemakbulannya dari awal yakni sebelum sesuatu TINDAKKAN itu di lakukan kerana ianya tertakluk kepada HAQ ALLAH dan HAQ ALLAH ini tidak perlu proses BERDOA minta di makbulkan, dan itu jugalah sebabnya di dalam Hukum RBSS tidak ada BATAS-BATAS UNDANG-UNDANG seperti dalam ISLAM tetapi sebagai seorang ISLAM kita perlu pula untuk MEMBATASKANnya sendiri menurut Hukum dalam ISLAM supaya apa yang kita TINDAKKAN itu tidak menyalahi Undang-Undang ISLAM....

MENGISI POKOK BADAN juga tidak tertakluk kepada soal HADAS BESAR atau HADAS KECIL, ia boleh di lakukan dalam keadaan dan tempat apa sekalipun atau tidak ada istilah KOTOR ATAU BERSIH...kerana konsep PENCAHAYAANnya itu terletak pada ROH dan BUKAN pada JASAD...di mana ROH itu sentiasa SUCI dan BERSIH sepanjang masa tanpa di kotori oleh kotoran yang wujud dalam dunia manusia...

Anda fikirkanlah....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday March 2, 2008 - 02:50pm (PST)

No comments: