Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #93 - THE BRAINSTORMER #38

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #93 - THE BRAINSTORMER #38

KNOWING OWNSELF - MENGENAL DIRI

MENGENAL DIRI yang akan di perkatakan ini adalah berdasarkan beberapa pertanyaan dari para pembaca yang inginkan penjelasan mengenai maksud tersebut tetapi para penanya membawa persoalan tersebut dari dalam sudut agama.

Saya bukanlah seorang Expertise di dalam agama seperti ULAMA tetapi apa yang akan saya huraikan ini adalah berdasarkan soalan tersebut yang di rungkai melalui sudut RBSS kerana ianya sangat bersesuaian dengan tujuan dan halatuju Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini di wujudkan terutamanya kepada ahli-ahli RBSS yang inginkan penjelasan.

Jika persoalan tersebut di rungkai dari sudut keagamaan maka ia akan melibatkan banyak rangkaian keilmuan di dalam ISLAM untuk menghuraikannya dan akan banyak terma-terma dalam Bahasa Arab atau Bahasa AL-QURAN di gunakan seperti yang terhadap di dalam keilmuan TAUHID dan TASSAWUF...dan ini tidak akan memihak kepada orang-orang yang tidak berada di dalam jurusan tersebut.

Baik, melalui keilmuan Tauhid jika kita ingin belajar perkara MENGENAL DIRI akan banyak perkara yang perlu kita pelajari dan di galakkan supaya mengikuti pelajarannya dari peringkat permulaan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kefahaman sebelum menganjakkan diri kepada mata pelajaran yang lebih sulit melalui keilmuan keTasawufannya, dan perkara ini kurang di mampui oleh segelintir orang kerana sebab-sebab yang tertentu di mana bukan bermakna mereka itu tidak suka akan cara tersebut mahupun malas belajar, tetapi atas dasar keasasan keagamaan mereka yang kurang mendapat didikan dari awal usia, maka untuk mempelajarinya di waktu usia yang lanjut telah menerbitkan rasa kurang selesa kerana khuatir di pandang serong oleh segelintir masyarakat...pendeknya ada rasa malu!

Akan tetapi, melalui pembelajaran KeRahsian Rahsia Budi Suci Sejati ini seseorang itu tidak mengira dari asas apa mereka berdiri di dalam keagamaan ISLAM, akan mudah memahami huraian yang di ketengahkan melalui sudut huraian RBSS kerana ianya sangat mudah di pelajari dan di fahami, dan bukan membawa maksud cara yang di gunakan melalui RBSS itu menggunakan jalan pintas atau short-cut tetapi ianya di hurai dari sudut keRBSSan itu sendiri...

Mengenal Diri dari sudut RBSS ini bermula dari soal PERNAFASAN seperti yang terdapat di dalam Prinsip ke-3 RBSS, di mana Pernafasan yang di lakukan oleh ahli RBSS akan menjelaskan apakah yang mereka lakukan di dalam Proses Pernafasan tersebut yang akan mengaitkan di antara ROH dan JASAD.(rujukpost#10,11,12,13,30,39,43,48,49,51,52,60,61,64), dan dari situ kita akan dapat merungkai rahsia-rahsia selanjutnya mengenai siapa mahluk manusia dan apakah tugas dan tanggungjawapnya terhadap TUHAN YANG MAHA ESA.

Melalui pertanyaan demi pertanyaan yang di terima bersangkutan dengan masaalah MENGENAL DIRI tersebut, saya dapati ramai pihak penanya tertakluk fikiran mereka terhadap segala syarat dan perundangan yang wujud di dalam keilmuan Tauhid atau Tassawuf sehingga mereka kurang berani untuk berfikir di luar dari sudut keilmuan tersebut dan ini telah mengakibatkan pemikiran mereka terbatas kepada apa yang ada di dalam lingkaran keilmuan tersebut sahaja, kegagalan untuk berfikir keluar dari lingkaran itu telah menyebabkan banyak persoalan timbul dan sukar untuk menemui jawapanya.

Sebagai pengetahuan umum, segala apa yang di susun di dalam keilmuan TAUHID dan TASSAWUF adalah di susun bidang-bidang ilmu pengetahuannya oleh manusia dari cerdik pandai zaman terdahulu dengan hasrat untuk mempermudahkan orang ramai mempelajarinya tanpa perlu membuat kajian dan rujukan sendiri daripada Firman-Firman ALLAH SWT yang di turunkan melalui AL-QURAN dan yang di sebarkan oleh Nabi Muhammad SAW...

Mereka (cerdik pandai tersebut) menyusun sesuatu jenis keilmuan itu seperti Ilmu Tauhid dan Tassawuf berdasarkan fakta-fakta yang di timba melalui Pemahaman, Penelitian, Pengkajian, Pemikiran mereka sendiri yang di susun menurut apa yang mereka fikirkan sangat perlu di ketahui secara umum untuk kebaikan umum dari kontek keilmuan tersebut dan BUKAN dari sudut kemanusian yang terbatas melalui AKAL FIKIRAN, maka hasilnya ada yang boleh memahami dengan mudah dan ada yang kurang memahami dan ada yang terus tidak dapat memahaminya huraian di dalam keilmuan tersebut...ini adalah kerana sesuatu itu di terjemah melalui huraian mengikut susur galur dari satu titik kepada tebaran yang luas.

Jika seseorang itu meninggalkan salah satu dari garisan tebarannya, maka mereka akan tertinggal sesuatu fakta dan itu akan mengkaburi penjelasan sesuatu maklumat yang ingin di sampaikan, maksudnya ianya di hurai dengan menggunakan banyak fakta-fakta hanya untuk menjelaskan satu titik!, dan ini banyak mengelirukan pemikiran orang-orang yang berfikiran sederhana atau yang kurang cerdik, akhirnya mereka tidak memahami maksud yang ingin di sampaikan...tetapi bukan maksud saya untuk mengatakan apa yang di lakukan di dalam penghurian Tauhid dan Tassawuf itu tidak bagus atau tidak menepati tujuan atau terlalu sukar untuk di pelajari...ianya hanya memberikan gambaran bagaimana keilmuan itu di susun mengikut keperluannya.

Melalui mata pelajaran RBSS, selalunya seseorang itu akan di terangkan kerahsiannnya mengenai susur galur penurunan AL-QURAN melalui Lima (5) rahsia...

Pertama: AL-QURAN diisi berdasarkan dengan 30 Juzuk

Kedua: 30 Juzuk itu berdasarkan dari Surah AL-FATEHAH

Ketiga: Surah AL-FATEHA itu berdasarkan dari Ayat BISMILLAH.....

Keempat: Ayat BISMILLAH....itu berdasarkan dari Ayat/Perkataan ALLAH

Kelima: Ayat/Perkataan ALLAH itu berdasarkan dari sebutan Rahsia di dalam Nafas

Melalui proses penerangan tersebut, seseorang itu akan di jelaskan satu persatu mengapa ALLAH SWT itu mencipta sesuatu, dan jika di hurai mengenai siapa mahluk manusia dan siapa penciptanya, kita tidak dapat lari dari Lima (5) perkara di atas dan kelima-limanya boleh di pelajari dari yang pertama hingga yang kelima urutannya atau bermula dari yang kelima hingga ke yang pertama urutannya, kerana di mana ia bermula dan di situ ia akan berakhir, itulah keunikan di dalam kerahsian ini.

Dari sudut keagamaan, mereka selalunya belajar dari yang Pertama (1) hingga Kelima (5) dan jika dari sudut RBSS mereka akan belajar dari yang Kelima (5) hingga Pertama (1), tetapi kedua-duanya memberikan penjelasan yang sama tanpa ada yang berkurangan sedikit juga pun...

TETAPI jika di mulakan dari yang Pertama maka KeRahsian ALLAH SWT itu akan hanya di temui di Penghujung keilmuan setalah bertahun-tahun mempelajarinya dari awal permulaan...Manakala yang memulakan dari yang Kelima bermakna mereka mengetahui KeRahsianNya terlebih dahulu dan baharu kemudian mempelajari susur galur pecahan keilmuan itu sehingga kepada wujudnya AL-QURAN...itulah bezanya mempelajari Agama dengan mempelajari RBSS...yang satu dari pangkal dan yang satu lagi dari hujungnya!.

Maksud yang lebih jelas, mempelajari RBSS adalah mempelajari RAHSIA UTAMA sebenar yang tersembunyi pada diri Manusia terlebih dahulu daripada perkara-perkara sejarah (umum) yang lain, dan mempelajari Agama adalah mempelajari susur galur keseluruhan sejarah (umum) dan kemudian baharulah kepada RAHSIA UTAMA sebenar manusia...itulah sebabnya dengan mempelajari RBSS, kita dengan mudah akan dapat memahami perkara-perkara yang lain KERANA telah mengetahui RAHSIA UTAMA sebenar terlebih dahulu, di mana RAHSIA UTAMA itu telah membuka segala pintu-pintu KeRahsiaan yang lain dalam sudut pandangan yang lebih mudah jadinya....

Oleh yang demikian, pelajarilah keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini dengan teliti kerana ia akan menyingkap segala KeRahsiaan segala KeILMUAN KETUHANAN yang terRahsia itu di dalam Perlindungan PenCahayaan Cahaya Yang Meliputi ROH, dan Cahaya ini akan MELINDUNGI segala pencapaian keilmuan yang lainnya daripada gangguan Iblis/Jin/Syaitan, manakala dengan tiadanya Perlindungan PenCahayaan Cahaya Yang Meliputi ROH di dalam Pengkajian AL-QURAN akan terdedah kepada gangguan Iblis/Jin/Syaitan dan itu akan menjerumuskan kita kepada KeKufuran, KeSyirikan, KeMurtadan dan segala macam KeIlmuan yang telah di racuni KeSahihannya oleh Iblis/Jin/Syaitan yang mahukan setiap Mahluk Manusia dari keturunan ADAM mengikuti jejak langkah mereka ke dalam API NERAKA!....

Itulah sebabnya ALLAH SWT memerintahkan setiap Mahluk Manusia yang di lahirkan melalui Perut Ibu mereka agar mencari dan mengetahui akan RAHSIANya itu terlebih dahulu sebelum belajar mengetahui apa-apa yang terkandung di dalam KeIlmuan KeTuhananNya...Ini membawa maksud agar kita akan selamat di Dunia dan di Akhirat seperti yang di kehendaki olehNya.....dan seperti PERJANJIAN di antara ROH dan TUHANnya di zaman AZALI.

Ini adalah seperti proses membina bangunan yang ada dua (2) kaedah, yang pertama Bina dan Reka (Build and Design) dan yang kedua Reka dan bina (Design and Build)...yang manakah yang lebih afdal???..........

Anda fikir-fikirkan itu sendiri!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Friday February 29, 2008 - 03:25pm (PST)

No comments: