Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #96 - THE BRAINSTORMER #41

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #96 - THE BRAINSTORMER #41

MEDICATIONAL RBSS Part Two - OPERATIONS - ATAU PERUBATAN RBSS Bhgn Dua - PEMBEDAHAN

Dalam kajian rambang yang saya lakukan terhadap ahli-ahli RBSS sepanjang zaman sehingga ke hari ini, saya maseh belum terjumpa atau di beritahu lagi mengenai ada ahli-ahli RBSS yang ada di serata tempat samaada dari murid-murid keturunan Arwah Bapak Hj Hashim dan dari Wakil-Wakil Guru dari zaman Arwah Bapak Hj Hashim ataupun dari guru-guru yang lain yang mempraktikkan suatu jenis perubatan menggunakan RBSS dengan kadar 100% RBSS di dalam percubaan merawat penyakit kepada pesakit-pesakit. (jika ada pun, berkemungkinan ianya di lakukan secara rahsia dan terkecuali dari golongan ahli-ahli saya sendiri)

PERUBATAN yang saya maksudkan adalah PEMBEDAHAN (operations) terhadap diri pesakit seperti yang di lakukan oleh para Doktor-Doktor perubatan sains moden di pusat-pusat perubatan seluruh dunia...yang ada contoh adalah di lakukan oleh para pengubat-pengubat yang menggunakan kaedah dari jenis keilmuan Sifat 20 atau sejenis dengan Ilmu Lam Jalala, seperti yang di gelar sebagai "Pembedahan Bathin".

Pembedahan Bathin ini pula ada pelbagai jenis dan kaedah menurut jenis-jenis keilmuan yang mereka anuti, samaada yang boleh melakukannya secara nyata iaitu pembedahannya boleh di lihat oleh sesiapa atas kesan pembedahan itu seperti berdarah, potongan atau hirisan pada kulit tubuh dan sebagainya...dan yang lagi satu adalah melakukan pembedahan kebathinan yang tidak boleh di lihat oleh sesiapa (invisible).

Tetapi apa yang ingin saya sebut di sini ialah kemampuan keilmuan RBSS ini juga memiliki kebolehan seperti kaedah Pembedahan Bathin ilmu-ilmu kebathinan yang lain tetapi ianya berbeza di dalam perlaksanaannya kerana apa yang di miliki oleh RBSS adalah lebih canggih serta lebih berupaya daripada kaedah Pembedahan Bathin yang lain.

Akan tetapi, melalui Pembedahan yang di lakukan dengan menggunakan cara RBSS ini kita TIDAK BOLEH mengeluarkan sesuatu BENDA seperti Batu, Kayu, Besi, Daging, Urat, Darah, Tumor dan pa juga berbentuk benda-benda dari dalam tubuh pesakit seperti yang boleh di lakukan oleh Perubatan Keilmuan Sifat 20 atau kaedah jenis Lam Jalala KERANA Sifat RBSS itu adalah berbentuk Cahaya dan terletak di dalam ROH manakala perubatan pembedahan kaedah Sifat 20 dan jenis Lam Jalala pula terletak pada Jasad yang terbentuk dari empat elemen Air Api Angin dan Tanah di mana ianyna tergolong di dalam kekuatan Zat dan Sifat.

Jadi Pembedahan yang di lakukan menggunakan RBSS ini berbentuk tidak boleh di lihat oleh sesiapa kecuali oleh si pelakunya sahaja atau ahli-ahli yang bermata kasyaf sahaja, kesan ketika melakukan Pembedahan tersebut juga dapat di rasakan oleh para pesakit seperti rasa di potong atau di belah di mana-mana bahagian tubuh berkenaan tetapi tanpa ada rasa sakit.

Perbezaan Pembedahan menggunakan kaedah RBSS ini juga lebi menjurus kepada proses pembersihan diri pesakit daripada Virus-Virus penyakit yang berkeliaran di dalam tubuh para pesakit melalui sistem pendarahan dalam tubuh mereka seperti yang di kuasai oleh 75% Air atau cecair, pelaku Pembedahan oleh ahli RBSS ini hanya melakukan Pembedahan kepada organ-organ yang mengalami sebarang kerosakkan di sebabkan virus-virus samaada yang di terbitkan oleh Iblis/Syaitan atau yang di datangkan oleh ALLAH SWT.

Memang benar dengan kaedah CABUT/BUANG sudah memadai bagi mengeluarkan sebarang ANASIR PENYAKIT dengan menggunakan RBSS tetapi kaedah PEMBEDAHAN yang di lakukan itu pula adalah merupakan suatu jenis perubatan yang lebih menyeluruh lebih teliti dan menuntut kepekaan si pelaku di dalam proses perlaksanaannya, di mana untuk sampai ke tahap ini, si pelaku iaitu ahli RBSS sekurang-kurangnya harus bermata kasayaf atau yang telah boleh melihat ke dalam tubuh (seperti x-rays eyes).

Dengan x-rays eyes ini mereka boleh melihat di manakah sesuatu penyakit itu terkumpul dan dalam rupa bentuk apakah sesuatu penyakit itu wujud samaada yang di terbitkan oleh Iblis/Syaitan atau yang di datangkan oleh ALLAH SWT, proses jenis Pembedahan ini pula hanya sesuai kepada jenis-jenis penyakit yang telah menyerang sistem pertahanan diri manusia melalui organ-organ dalaman mereka seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, usus, perut, otak, urat saraf dan pendarahan...kerana sesuatu penyakit itu tidak kira dari mana asal datangnya akan berbentuk virus serta akan merosakkan organ-organ dalaman manusia bagi menyakitkan diri mereka (kaedahnya sama).

Selalunya, dalam kes-kes yang melibatkan penyakit yang telah menyerang organ-organ dalaman, pihak ahli-ahli RBSS akan menasihatkan si pesakit untuk menerima rawatan di hospital-hospital kerana mereka merasakan itu telah terkeluar dari bidang perubatan mereka, dan mereka hanya menumpukan kepada pembuangan anasir-anasir mahluk halus sahaja...

Takrifan seperti ini dalah tidak bertepatan dengan konsep keilmuan yang ada di dalam RBSS kerana di dalam RBSS itu sememangnya telah ada ilmu pengetahuan yang melibatkan Pembedahan bagi merawat Internal Organs hanya ianya tidak di ketahui oleh umum (ahli-ahli RBSS)

Akan tetapi, selain dari harus memiliki kekasyafan mata atau x-rays eyes, seseorang ahli itu juga harus memiliki tahap KEYAKINAN yang Super Tinggi kerana Pembedahan cara RBSS ini adalah di dalam konsep KEMAKRIFATAN di mana ianya memerlukan seseorang ahli RBSS itu berada di tahap atau martabat tersebut sebelum berupaya melakukan pembedahan jenis ini.

Sebagai penjelasan umum, melalui proses Pembedahan RBSS ini seseorang pelaku atau Pembedah itu boleh melakukan pelbagai cara seperti memotong/membelah tubuh tanpa darah, mematikan virus yang memakan organ-organ dalaman, mencernakan dan melancarkan perjalanan darah, menutup dan menggantikan organ-organ yang telah di rosakkan oleh virus dan apa juga yang di lihat perlu di lakukan HANYA dengan menggunakan PENCAHAYAAN atau dengan lain kata ialah hanya menggunakan CAHAYA!

Tidak seperti kaedah Sifat 20 dan Lam Jalala yang MENGHARUSKAN seseorang Pembedah untuk memakrifatkan sesuatu benda atau alat seperti pisau, parang, gergaji, benang, jarum, gunting dan sebagainya menurut konsep perubatan moden!...

Di mana dalam konsep Pembedahan menggunakan RBSS adalah 100% CAHAYA yang tidak ada rupa bentuk sesuatu benda seperti yang di haruskan oleh pengamal Sifat 20 atau jenis Lam Jalala...Pembedahan cara RBSS ini jika boleh di bandingkan dengan pembedahan sains moden adalah mirip kepada pembedahan menggunakan LASER atau Laser operations tetapi bezanya ialah selepas pembedahan laser sesorang pesakit harus menjalani proses jahitan terhadap belahan yang di lakukan pada tubuh pesakit dengan kaedah lama iaitu jahitan menggunakan benang dan jarum TETAPI cara Pembedahan RBSS ini tidak perlu proses jahitan kerana pembelahan yang di lakukan boleh di tutup segera melalui PenCahayaan juga.

Kepada yang belum pernah mencuba atau yang belum mengatahui kaedah ini, anda boleh mencubanya terlebih dahulu semasa sesi "Permainan Gerak" (ini di bolehkan kerana tujuannya adalah untuk belajar - bukan minta nombor ekor!) dan melalui proses itu anda boleh mencuba kaedah-kaedah yang saya sebutkan itu secara sedikit demi sedikit sehingga dapat menimbulkan kefahaman dari perlakuan yang anda lakukan, melalui proses itu juga anda akan dapat menerbitkan kebolehan x-rays eyes juga secara perlahan-lahan sehingga ketahap yang membolehkan anda melihat keseluruhannya.

Hanya yang perlu anda pastikan dengan teliti di dalam proses Pembedahan cara RBSS ialah jangan ada belahan atau lubang yang tidak di tutup selepas di bedah kerana jika terlupa untuk di tutup akan mendatangkam kemudaratan kepada pesakit di mana mereka akan sakit tidak sembuh-sembuh (kerana maeh cedera di bedah)

Dan yang uniknya menggunakan PenCahayaan Bedah cara RBSS ini ialah walaupun Cahaya yang seperti sinaran laser itu menembusi keseluruhan tubuh manusia tetapi ia tidak akan mencederakan apa-apa bahagian yang tidak ada kena-mengena dengan sesuatu penyakit, maksudnya ia hanya akan berkesan kepada tempat-tempat yang di tujukan khas sahaja sasarannya....

Kesan dari Pembedahan cara RBSS ini juga adalah Immediate atau Segera, si pesakit akan dapat merasakan Kesembuhannya selepas di bedah dan yang seterusnya dapat di pastikan menerusi pemantauan yang berterusan di antara pesakit dan Doktor Bedah (ahli) itu sendiri jika sesuatu penyakit itu sangat kronik dan telah mengakibatkan pelbagai kerosakkan teruk pada diri pesakit...

NASIHAT

Nasihat saya kepada yang baharu ingin mencuba-cuba kaedah ini terhadap pesakit anda, JANGAN MENGAMBIL RISIKO TINGGI jika seseorang pesakit itu dalam keadaan yang KRONIK kerana KEBERSANAN dari Pembedahan ini AMAT bergantung kepada TAHAP KEYAKINAN dan KEBOLEHAN anda sendiri...jika maseh 50-50 lebih baik jangan di teruskan cara pembedahan tersebut dan sarankan pesakit mendapatkan rawatan di Hospital dengan segera, jika tidak ini akan membahayakan nyawa pesakit tersebut!...cukuplah anda membuang anasir-ansir yang menyebabkan mereka itu sakit sahaja.

Menurut pengalaman saya sendiri yang telah menggunakan kaedah Pembedahan cara RBSS ini lebih dari 25 tahun yang lalu, kadar kesembuhannya adalah 98% di mana 2% tidak berjaya kerana AJAL sudah tiba terhadap pesakit!...

Harus juga di ingat bahawa TIDAK SEMUA PENYAKIT MEMERLUKAN PEMBEDAHAN CARA RBSS, jadi anda harus BIJAK menilai sendiri adalah ianya perlu di lakukan ataupun tidak, jangan ikut suka-suka hati sahaja kerana jika itu di lakukan maka ia akan memudaratkan si pesakit...

Jangan cuba jika tidak pasti....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday March 4, 2008 - 11:12am (PST)


No comments: