Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #92 - THE BRAINSTORMER #37

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #92 - THE BRAINSTORMER #37

AGAIN THE QUESTIONS RAISED BY PUTING BELIUNG - SEKALI LAGI PERSOALAN YANG DI BANGKITKAN OLEH PUTING BELIUNG

Saya dapati PUTING BELIUNG mempunyai pemerhatian yang sangat luas dan tajam mengenai perkembangan RBSS pada ketika ini, keperhatinan Puting Beliung adalah bersesuaian dengan apa yang saya perkatakan di dalam Blog RBSS ini dan bagi kepentingan semua ahli tidak kira siapa guru mereka, ikutilah penjelasan yang ingin saya huraikan ini...

Persoalan PUTING BELIUNG adalah seperti berikut yang saya salin daripada blog beliau:-

Assalammualaikum prof.

Terima kaseh kerana menjawab susulan soalan saya. Kalau tak keberatan di bawa ini ada lima soalan yang saya ingin sangat prof memberi pandangan .

1) Sejak tahun 1958 apabila rbss di sebar luas ke malaysia dari singapura,berapa banyak kah ahli ahli yang telah di ijazah menjadi wakil?.

2)Apa kah kedudukkan mereka sekarang dan prof ada tak berjumpa dengan mereka?.

3)Bagaimana dengan ribuan ahli yang di-isi oleh wakil guru semasa arwah haji hassim maseh hidup.

4)Apa pendapat prof berkenaan ahli ahli yang maseh aktif di bawah naungan wakil wakil guru ini?.

5)Kalau tak silap saya ,di singapura maseh ramai ahli ahli yang aktif dan bergerak sendirian / kumpulan walaupun mereka ini tidak dalam naungan mana mana persatuan dari malaysia. Soalan saya ,bagaimana hendak menyatukan mereka di-satu bumbung dan tiada lagi berkeliaran dengan membawa diri masing masing?.

Semenjak tahun 1958 sehingga kini sememangnya ada beberapa Wakil Guru yang telah di ijazahkan oleh Arwah Bapak Hj Hashim (maaf nama-nama mereka tidak dapat di siarkan atas sebab-sebab tertentu) dan mereka berada di Malaysia dan Singapura...tetapi setelah Arwah Bapak meninggal dunia maka pihak Jemaah Guru yang ada selepas itu telah mengambil satu langkah drastik dengan tidak MENGIKTIRAF kesemua Wakil-Wakil Guru yang pernah di Ijazahkan oleh Arwah Bapak Hj Hashim.

Langkah tidak MENGIKTIRAF mereka oleh Jemaah Guru-Guru selepas era Arwah Bapak BUKAN BERDASARKAN mereka-mereka itu TELAH MENYELEWENG DARI PENGAJARAN RBSS TETAPI ATAS SEBAB-SEBAB PERJANJIAN ATAU AKAD IJAZAH YANG TIDAK DI TEPATI oleh Wakil-Wakil Guru tersebut, dengan tidak menepati AKAD IJAZAH WAKIL maka gugurlah taraf perWAKILan mereka daripada Jemaah Guru-Guru yang ada sekarang, dan itu bermakna Jemaah Guru-Guru sekarang TIDAK BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP APA YANG MEREKA (Bekas Wakil) LAKUKAN DI DALAM PENGEMBANGAN RBSS MELALUI USAHA MEREKA.

TIDAK PENGIKTIRAFAN mereka sebagai Wakil Guru adalah dari sudut PENTADBIRAN & PENGURUSAN di bawah naungan PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI dan BUKAN tidak meniktiraf apa yang mereka miliki iaitu keilmuan RBSS serta pengembangan yang mereka lakukan terhadap ahli-ahli mereka.

Dalam erti kata lain, PENGGUGURAN sebagai Wakil Guru di lakukan atas dasar TIDAK MENEPATI SYARAT-SYARAT AKAD SEWAKTU DI IJAZAHKAN SEBAGAI WAKIL GURU dan dengan itu mereka di takrifkan sebagai TIDAK MENEPATI JANJI-JANJI di dalam AKAD.

Mengenai murid-murid yang di ajarkan oleh (bekas) Wakil-Wakil Guru tersebut, selagi pengajaran mengenai RBSS ini di turunkan dan di ajar dengan tepat dan sempurna serta tidak di ubah suai dari Intipati sebenar RBSS maka kesemua murid-murid yang belajar melalui mereka adalah di takrifkan sebagai menerima ajaran yang betul dan tidak menyimpang dari yang sebenar...AKAN TETAPI jika apa yang di ajarkan oleh (bekas) Wakil-Wakil tersebut di ubah suai serta di campur adukkan dengan sesuatu yang lain sehingga seseorang murid itu menjadi keliru maka segala pengajaran yang di sampaikan adalah di anggap tidak betul menurut konsep pelajaran RBSS.

Untuk mengetahui samaada RBSS itu di ajar dengan betul atau pun salah, anda harus meneliti bagaimana segala PRINSIP-PRINSIP yang terdapat di dalam INTIPATI RBSS di ajar dan di turunkan terutamanya berkenaan Prinsip kedua iaitu JURUSAN, cara ISI POKOK BADAN dan segala UPACARA Penurunan PERINGKAT di lakukan....(rujuk post #10,11,12)

Kepada murid-murid daripada Wakil-Wakil Guru yang telah tidak di iktiraf oleh Jemaah Guru-Guru Persatuan Budi Suci Sejati yang menerima ajaran mereka dari dahulu sehingga sekarang, jika ingin memastikan segala ajaran yang di terima dan di amalkan adalah betul atau salah, anda merujuklah kepada ahli-ahli RBSS dari Persatuan Budi Suci Sejati yang ada atau terus berjumpa dengan Guru-Guru yang ada kerana BUKAN semua (bekas) Wakil Guru tersebut menjalankan penurunan keilmuan RBSS ini dengan betul dan adalah tanggungjawap anda sendiri untuk memastikan samaada apa yang anda miliki sekarang adalah menurut apa yang sepatutnya...

Penjelasan saya ini bukan bermaksud untuk mempertikaikan apa yang anda pelajari dari mereka, kerana dari apa yang saya terima semenjak Blog RBSS ini di siarkan ada ajaran dari (bekas) wakil guru tersebut telah lari dari Intipati RBSS sebenar, ini berdasarkan email-email pertanyaan secara peribadi yang saya terima, tetapi ada juga yang menerima 100% sama dengan yang di ajarkan oleh Warisan Guru dari Arwah Bapak Hj Hashim!...jadi perkara ini sangat rumit serta subjective...penentuannya adalah dari anda sendiri (murid dari bekas-bekas wakil guru)

Atau anda boleh membuat penilaian sendiri dengan meneliti segala huraian dan penjelasan mengenai keilmuan RBSS melalui Blog RBSS ini atau anda boleh menghantar email kepada saya untuk di teliti persoalan yang anda miliki seperti yang di lakukan oleh beberapa individu..

Apa yang penting di sini adalah anda mendapat pengajaran yang benar-benar betul sejajar dengan Intipati keilmuan RBSS bukan untuk mempertikaikan dengan siapa anda belajar atau siapa guru anda, semua manusia membuat kesilapan dan kita tidak mahu setiap kesilapan itu tidak di perbetulkan kerana jika tidak di perbetulkan maka ianya akan menjadi ajaran turun menurun dengan kadar yang tidak betul!...

Kesimpulannya di sini adalah, yang di boleh di pertikaikan bukanlah individu yang menurunkan keilmuan RBSS tetapi apakah keilmuan RBSS itu di turunkan dengan betul oleh individu tersebut!...jadi sebagai pengamal Rahsia Budi Suci Sejati, anda berhak untuk menentukan apa yang anda yakini itu berada di dalam landasan yang tepat dan jika di dapati kurang tepat maka anda harus membuat pembetulan dengan menemui Guru-Guru yang dapat memperbetulkannya, kerana kita sekarang ini bercakap mengenai HAQ MANUSIA dari RAHSIA ALLAH SWT bukan bercakap mengenai mana-mana individu!...

Saya juga bukan memberikan maksud bahawa yang bukan guru-guru dari jemaah guru yang ada itu memberikan ajaran yang tidak betul atau salah, tetapi saya memperkatakan haq anda sebagai penuntut amalan RBSS ini biarlah mendapatkannya dengan cara dan pengajaran yang betul serta tidak lari dari yang sebenarnya..

Jika ingin mempertikaikan perbuatan yang tidak betul...banyak!, sedangkan ahli-ahli dari jemaah guru yang ada juga banyak melakukan perkara-perkara yang salah dari TUJUAN RBSS!

Kepada ahli-ahli dari Negara Singapura, walaupun anda semua tidak boleh di daftar sebagai ahli mana-mana Persatuan RBSS di Negara Malaysia atas sebab-sebab perundangan Persatuan atau R.O.A, anda maseh lagi boleh berguru dengan jemaah guru-guru yang ada seperti yang berlaku sekian lama, cuma apa yang ingin saya tegur di sini ialah cara atau pendekatan Persatuan yang tidak jelas memperuntukkan hak mereka (ahli Singapura) yang bukan menjadi ahli persatuan kerana bukan warga negara Malaysia tetapi di layan mengikut undang-undang persatuan sedangkan mereka tidak tertakluk di dalam undang-undang kerana bukan ahli yang sah menurut undang-undang...faham ke tu???...

Maksudnya, seharusnya ahli-ahli dari warga Singapura di TAKRIF sebagai AHLI BERSEKUTU PERSATUAN DI MALAYSIA dan di peruntukkan SYARAT-SYARAT yang berbeza dengan ahli-ahli persatuan warga Malaysia, sebagai warga asing mereka harus di di berikan HAK yang berlainan seperti pembayaran YURAN, kerana sebagai warga asing pihak persatuan TIDAK WAJIB MEMUNGUT YURAN dari mereka atas dasar warga asing!, jadi janganlah kerana mereka tidak membayar YURAN, mereka tertakluk kepada undang-undang persatuan yang menetapkan mengeluarkan sebarang keahlian yang tidak membayar YURAN sepanjang 3 bulan dan di nafikan HAK untuk belajar!...

Cari pendekatan yang lain yang lebih sesuai dan bertepatan dengan undang-undang pertubuhan persatuan Malaysia (R.O.A) untuk menanngani ahli-ahli warga Singapura ini, mengikut fakta yang ada keahlian dari rakyat Singapura yang belajar RBSS adalah jumlahnya lebih ramai dari rakyat Johor yang mempelajari RBSS!...saya tidak rasa ahli-ahli Singapura itu lokek dengan wang ringgit, jika YURAN di gantikan dengan DERMA IKHLAS, saya rasa mereka tidak keberatan untuk menderma demi untuk mempelajari ILMU ini!...dan berikan mereka kebebasan untuk datang berjumpa guru tanpa sekatan atau tertakluk kepada jadual persatuan yang di khaskan kepada rakyat Malaysia...

Memang benar di dalam RBSS tidak ada pilih bangsa atau warga negara untuk belajar TETAPI di antara ahli-ahli Singapura dan ahli-ahli Malaysia ADALAH TERPISAH DENGAN UNDANG-UNDANG NEGARA MASING-MASING, kesesuaian untuk menangani mereka harus di kaji semula oleh pihak Persatuan dan Guru-Guru yang ada, kita harus berpijak di Bumi yang nyata.

Jika pihak-pihak Persatuan Budi Suci Sejati di Malaysia, terutamanya yang berada di Johor bersedia melakar suatu jenis keahlian yang baru bagi ahli-ahli rakyat Singapura, saya yakin mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan kerana mereka sangat hauskan ilmu ini...

Jadi anda fikir-fikirkan perkara itu!..........

Wassalam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Thursday February 28, 2008 - 06:58pm (PST)


No comments: