Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #91 - THE BRAINSTORMER #36

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #91 - THE BRAINSTORMER #36

RBSS MEMBERS ARE NOT FOOLD PROOF - ATAU AHLI RBSS BUKAN TIDAK BOLEH DI TIPU

Dalam banyak-banyak hal yang pernah di rungkai melalui blog RBSS ini, saya berpendapat bahawa tajuk pada kali ini adalah yang paling menarik serta ianya tidak di sadari oleh semua ahli-ahli RBSS kerana tidak berprofil tinggi atau sesuatu yang tanpak remeh serta tidak membahayakan diri seseorang ahli RBSS dari segi ancaman keselamatan diri.

PENIPUAN adalah sesuatu PERBUATAN yang di lakukan oleh seseorang terhadap diri kita dengan pelbagai maksud dan tujuan bagi mendapatkan apa juga perhatian, pertolongan, simpati dan apa juga jenis bantuan samada dengan tujuan yang ikhlas ataupun yang tidak ikhlas...ianya juga boleh di lakukan oleh seseorang ahli itu sendiri terhadap orang lain.

Maksudnya

PenCahayaan Cahaya Budi pada diri setiap manusia TIDAK AKAN MELINDUNGI perbuatan TIPU dari seseorang yang lain kepada diri kita atas dasar TIDAK MEMBAHAYAKAN atau BUKAN dari dalam segi BAHAYA.

Kerana sesuatu PENIPUAN yang di terima adalah berbentuk sesuatu jenis Pertolongan dari segi Tenaga, Wang Ringgit, Harta Benda, Cinta, Perasaan atau sesuatu yang berlandaskan PERASAAN...oleh yang demikian PENIPUAN jenis ini akan mudah berlaku terhadap ahli RBSS di dalam apa juga keadaan kerana kepekaan mereka untuk membantu orang-orang yang di dalam kesusahan..

Hanya yang menentukan Hukum kepada yang MENIPU kita hanyalah ALLAH SWT kerana DIA sahaja yang Maha Mengetahui segalanya...jadi janganlah terlalu gusar jika itu berlaku ke atas diri anda sekarang...

Tetapi jika sesuatu jenis PENIPUAN itu di lakar dan di rancang untuk merosakkan dan akan membahayakan keselamatan diri kita seperti mengadakan perjalanan yang boleh meragut nyawa kita maka pencahayan Cahaya Budi itu akan tetap melindungi diri kita dan kita akan terselamat dari Penipuan jenis ini.


Harus di ingat, melalui sumber kewarnaan yang wujud di dalam RBSS telah di serapkan etika kesucian dan kemurnian ahlak, juga di dalam amalan berjurus telah diterapkan proses pembersihan hati dari sifat-sifat yang keji maka janganlah kita melakukan perkara MENIPU terhadap orang lain hanya semata-mata inginkan kemewahan sekelip mata tanpa mahu lakukan sebarang usaha yang halal...

Juga janganlah kita terlalu kecewa jika Penipuan tersebut telah menghilangkan beberapa bahagian wang dan harta benda kita kerana ALLAH SWT itu adalah Maha Pemberi Rezeki serta Maha Berkuasa terhadap sesuatu.

Kerana jika di kaji dari pelbagai sudut, seseorang Penipu hanya akan menipu apabila terdesak untuk mendapatkan sesuatu bagi menyelamatkan diri mereka tanpa memikirkan kemampuan atau kesan-kesan dari tindakkan yang mereka lakukan terhadap diri kita...Penipu dari jenis ini bukan Penipu Professional.

Bagi Penipu Professional yang kerja utamanya hanya MENIPU, maka penipuan dari jenis ini akan dapat di kesan atau di rasa oleh kita apabila mereka cuba ke atas diri kita, perasaan "rasa" itulah dinding keselamatan (defender wall) yang wujud melalui Cahaya Budi dan jika terkena pun kita maseh terselamat dari kategori BAHAYA.

Bagi ahli RBSS yang menjadi Penipu Professional juga adalah dari jenis yang berbahaya kerana mereka memiliki kebolehan yang sediaada dari Rahsia-Rahsia RBSS, tetapi kerja-kerja mereka ini tidak akan berpanjangan kerana mereka akan menemui dan menerima pembalasan dari ALLAH SWT dengan kadar segera di sebabkan menyalah-gunakan segala keistimewaan yang ada melalui RBSS.

Akan tetapi

Bagi seseorang ahli RBSS yang sangat tinggi kemartabatannya, mereka pada tahap ini amat sukar di tipu kerana pencahayaan Cahaya Budi mereka sangat menyerlah sehingga orang yang ingin menipunya terasa takut atau malu untuk melakukan kerja penipuan itu terhadap mereka...jika pada tahap martabat ini mereka tertipu juga itu bermakna mereka itu pula rela dan dalam kerelaan di tipu kerana ingin menolong yang maksudnya mereka tahu seseorang itu menipu untuk sesuatu kebaikan tanpa membeonhgkar rahsia penipu tersebut!...inilah keperibadian yang di katakan sangat tinggi kemartabatannya di dalam RBSS.

Anda fikirkan bagaimana penipu di tipu....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Wednesday February 27, 2008 - 11:43am (PST)


No comments: