Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #9

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #9

- SEJARAH 3

Dalam Post #9 ini kita menyambung kembali perihal sejarah kewujudan Rahsia Budi Suci Sejati (RBSS).

Di dalam post #6 dan #7 telah di perkatakan sejarah awalan bagaimana ALLAH SWT memberikan "RahsiaNya" itu kepada Mahluk Manusia yang bernama ADAM, dan pada post kali ini akan di perkatakan pula bagaimana mahluk-mahluk manusia selepas Nabi Allah Adam mendapat RahsiaNya itu.

Oleh kerana Nabi Allah Adam di cipta tanpa Ibu Bapa dan Hawa pula tercipta daripada Tulang Dada Adam sendiri, maka ALLAH SWT mewariskan "RahsiaNya" itu kepada manusia-manusia seterusnya melalui Perkahwinan Adam dan Hawa. Hasil dari perkongsian hidup kedua-duanya maka di wujudkan zuriat-zuriat daripada kaedah persemadian hadas, dan dari air mani kedua-dua Adam (kaum lelaki) dan Hawa itu ALLAH SWT memprosesnya sehingga menjadi segumpal darah di dalam rahim Hawa (kaum wanita).

Proses untuk membentuk JANIN manusia yang lengkap itu mengambil masa selama lebih empat (4) bulan di dalam rahim, dan pada usia Janin itu mencapai empat (4) bulan dan dua puluh lima (25) hari baharulah ALLAH SWT memasukkan ROH pada setiap Janin tersebut, pada peringkat ini di antara Jasad dan Roh sudah lengkap sebagai seorang mahluk manusia tetapi harus melalui proses pembesaran di dalam rahim sehingga sembilan (9) bulan sepuluh (10) hari, setelah genap jangkamasa tersebut maka akan lahirlah mahluk manusia itu ke dunia ini dan bermulalah proses kehidupannya sehingga tempoh untuk Roh itu tinggal di dalam Jasad tamat tempohnya.

Apa yang ingin saya sentuh di sini adalah, sebelum peristiwa Roh di masukkan ke dalam Janin yang maseh berada di dalam rahim seorang ibu itu berlaku, ada satu lagi proses yang di lalui oleh para-para Roh di Alam Azali dan prosesnya seperti berikut..

Sebelum setiap Roh di masukkan ke dalam rahim seseorang ibu, ALLAH SWT telah "menemu-duga setiap Roh" untuk di beri pilihan samaada Roh-Roh itu bersetuju atau pun tidak dengan "ketetapan" yang ALLAH SWT siapkan untuk mereka jika di hidupkan di dalam Dunia ini, perkara-perkara yang di dalam pilihan tersebut menyentuh beberapa perkara yang pokok,


· Siapa akan menjadi ibubapa kita

· Siapa akan menjadi saudara kandung dan saudara mara kita

· Siapa yang akan menjadi keturunan anak cucu cicit kita

· Siapa nama kita

· Apa bangsa kita

· Apa Agama kita

· Bagaimana rezeki kita

· Berapa lama hidup kita

· Kemana kita akan kembali

· Dan ada pelbagai lagi pilihan yang di beri dan di beritahu

Jika setiap Roh "bersetuju" dengan segala "terma-terma dan syarat-syarat"" yang di ajukan, maka Roh itu akan di masukkan ke dalam Janin di dalam perut-perut ibu yang mereka (roh-roh) itu pilih dan persetujui..

Dari peristiwa tersebut, apa yang boleh kita fahami di sini ialah bahawasanya kehidupan yang kita lalui sekarang, kehidupan yang kita kecapi sekarang, kehidupan yang sedang kita hadapi sekarang adalah "PILIHAN KITA SENDIRI", termasuk perkara untuk mengetahui Rahsia Budi Suci Sejati, kita telah "di beritahu" semasa di Alam Azali lagi, oleh kerana itu ALLAH SWT sangat-sangat melarang setiap INSAN MANUSIA daripada Mengeluh/Meratap/Menyesali Nasib-Nasib yang kurang baik yang menimpa diri mereka KERANA kita telah di beritahu dan bersetuju daripada "awal" lagi.

Peristiwa di Alam Azali juga telah mengajar dan memberitahu kita bahawa komunikasi di antara kita Roh Manusia dengan Penciptanya telah terjalin dan wujud di Alam Azali lagi, kita juga di beritahu apakah rahsia-rahsia besar yang harus kita cari sewaktu di hidupkan di Alam Bumi ini, di dalam Firman-FirmanNya ALLAH SWT telah banyak menyebut dan mengingatkan kita (mahluk manusia) supaya mencari dan mempelajari "RahsiaKu" itu semasa kita maseh berada di dalam Jasad lagi, kerana ALLAH SWT menjanjikan "Imbuhan" yang sangat besar jika kita dapat mencari dan mengetahuinya semasa kita (Roh) hidup di dalam Jasad.

Apakah maksud "Imbuhan" yang di janjikan oleh ALLAH SWT itu, Imbuhan itu adalah dalam bentuk "KEUPAYAAN dan KEISTIMEWAAN" yang ada di dalam Rahsia Budi Suci Sejati ini, jika kita berjaya mengetahuinya, berjaya mempelajarinya, berjaya mengamalkannya nescaya kita akan dapat menggunakan segala "keupayaan dan keistimewaan" di dalam Rahsia Budi Suci Sejati, ini adalah kerana di dalam RBSS ini ada "terlalu banyak" rahsia-rahsia untuk menjadi lebih Berupaya lebih Istimewa dari manusia-manusia lain yang tidak dapat mengetahuinya.

Itu lah sebabnya Amalan/Ilmu/Pelajaran Rahsia Budi Suci Sejati ini BUKAN ciptaan manusia, bukan rekaan guru-guru RBSS terdahulu, ia di kurniakan khusus untuk Mahluk Manusia bagi melindungi mereka semasa hidup di Bumi ini, adalah memang jahil dan bodoh bagi seseorang yang telah mengetahui dan mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati ini kemudian mereka MENGABAIKANnya begitu sahaja dan sebenarnya orang-orang seperti ini adalah tergolong di dalam orang-orang yang MENGANIAYA DIRI SENDIRI dan orang-orang yang RUGI (ada FirmanNya di dalam Surah Al-Baqarah - "cari sendiri")


Itu juga sebab utamanya setiap Rahsia Budi Suci Sejati yang telah di ketahui telah di miliki dan yang telah di amali oleh setiap mahluk manusia itu TIDAK BOLEH DI CABUT KELUAR dengan apa cara sekali pun atau dengan apa-apa jenis Ilmu lain di dalam Dunia ini, kepada yang tidak atau yang belum mengetahui akan Rahsia Budi Suci Sejati ini, Rahsia itu tetap berada di dalam Roh mereka tetapi TIDAK DAPAT DI GUNAKAN oleh mereka sehinggalah mereka berusaha mempelajarinya.

Oleh kerana "RahsiaKu" di rahsiakan oleh ALLAH SWT maka setiap Roh yang bahru di lahirkan AKAN MENANGIS, tangisan itu adalah kerana Roh-Roh itu tidak dapat MELIHAT lagi pada CAHAYA RAHSIAKU itu di sebabkan ALLAH SWT telah "menutup pandangan atau penglihatan" mereka (Hijab) dan kini menjadi tugas dan tanggungjawap mereka untuk mencari dan mempelajarinya, itulah tugas utama seorang Mahluk Manusia.

Kepada Ilmuan-Ilmuan ISLAM yang membaca Blog ini, sayugia di ingatkan bahawa Rahsia Budi Suci Sejati ini BUKANlah satu Agama Baharu, Mazhab Baharu, Ilmu Baharu atau apa-apa yang di katakan atau di klasifikasikan sebagai sesuatu yang baharu, dari SEJARAHnya ia bermula daripada Kejadian ALLAH SWT itu sendiri sehinggalah kepada Hari Yang Kekal, jika di pelajari segala urutan kewujudan RahsiaKu itu, AKAN kita dapati bahawasanya ianya wujud lebih Awal daripada "Nur Muhammad", lebih Awal dari Al-Quran, lebih Awal dari kejadian semua Mahluk ciptaan ALLAH SWT.

Di dalam post yang lalu telah saya terangkan bahawa ISLAM itu BUKAN HANYA suatu Agama/Ugama TETAPI ia merupakan PANDUAN HIDUP, SEJARAH SILAM, SEJARAH MASA HADAPAN, manakala ILMU KETUHANAN pula adalah merangkum SEGALA-GALANYA dari kewujudan Tuhan Yang Maha Esa kepada segala-gala yang di ciptakanNya, dan Rahsia Budi Suci Sejati itu adalah DUDUK di dalam ILMU KETUHANAN...

Oleh kerana ianya duduk di dalam ILMU KETUHANAN, adalah SULIT untuk mempelajarinya dari sudut Ilmu Fiqah/Fiqeh atau Syarak, juga SULIT untuk mengenalinya dari sudut Ilmu Tauhid/Usuluddin kerana kedua-dua cabang Ilmu tersebut memerlukan DALIL-DALIL dan mengikuti peraturan HUKUM, di mana DALIL dan HUKUM adalah tertakluk di dalam Hukum AKAL Manusia, manakala Hukum Akal itu adalah TERBATAS KEMAMPUANnya untuk MEMAHAMI ILMU KETUHANAN.

Untuk mempelajari ILMU KETUHANAN kita perlukan Bantuan dari ALLAH, Kurnia dari ALLAH, Rahmat dari ALLAH, Rahim dari ALLAH, Rahman dari ALLAH dan CAHAYA dari ALLAH, tanpa itu semua kita yang berada dan yang terkurung di dalam Jasad ini TIDAK AKAN BERJAYA untuk mengetahui segala ILMU-ILMU KETUHANAN ini...

Harus juga di ingat, setiap Bantuan/Kurniaan/Rahmat/Rahman dan Cahaya dari ALLAH SWT untuk mengetahui akan Rahsia-Rahsia Ilmu-Ilmu Ketuhanan itu TIDAK datang kepada orang-orang ISLAM sahaja, ia boleh ALLAH berikan kepada orang-orang yang bukan ISLAM, kepada penentang-penentang ISLAM, cuba lihat pada hari ini siapakah pakar-pakar sains, pakar-pakar matematik, pakar-pakar reka-cipta, pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar negara?...kebanyakannya adalah orang-orang yang BUKAN ISLAM! kenapa jadi begitu? itu adalah kerana "PERJANJIAN YANG BERLAKU DI ALAM AZALI LAGI DI ANTARA ALLAH SWT DENGAN PARA ROH"..


APA YANG PENTING DI SINI, kita tidak boleh sewenang-wenangnya Melabel atau Mengecap seseorang itu yang tidak ISLAM sebagai KAFIR kerana istilah KAFIR itu adalah untuk orang-orang yang di beritahu mengenai ISLAM tetapi menolak dan tidak mahu menerima ajaranya itu baharu di katakan KAFIR, sedangkan di dalam NALURI kita yang di katakan ISLAM ini juga terdapat KEKAFIRAN untuk menerima sesuatu yang di berikan oleh ALLAH SWT, terutamanya mengenai RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, seperti sudah tahu tetapi di abaikan di tinggalkan, sedangkan ITULAH jembatan SIRATAL-MUSTAKIM kita kearahNya.....Sila rujuk kepada Surah AL-FATEHA, di dalam AYAT ini ALLAH SWT memberi petujuk bahawa kita di larang keras untuk meminta daripada "batu-batu, kayu-kayu, wali-wali, jin-syaitan, malaikat-malaikat dan dari apa juga MELAINKAN DARI ALLAH"

Nabi Muhammada SAW pernah bersabda "daripada 73 golongan hanya 1 sahaja golongan yang benar-benar berjaya mengikut ajaranku", persoalannya siapakah yang baki 72 golongan tersebut???....siapakah mereka? apakah mahzab mereka?, apakah kepercayaan mereka? apakah amalan mereka? sehingga SUSAH SANGAT untuk MENURUTI AJARAN NABI dan RASUL kita itu???????...................

Banyak juga cakap-cakap dari Ilmuan ISLAM yang meminta kita kembali kepada AL-QURAN dan HADITH tetapi adakah Para Ilmuan tersebut ADA MENYEBUT dengan JELAS bagaimana caranya dan apa yang harus kita lakukan dengan tepat???...MAN LAM YAZUK MAN LAM YAKRIF - Barang siapa yang belum merasai ia belum mengetahui.....kerana TIDAK SEMESTINYA orang yang berIMAN itu ia berAMAL dan TIDAK semestinya orang yang berAMAL itu ia berIMAN.

Cuba kita lihat senario masyarakat yang di katakan ISLAM di Bumi ini, ada berbagai-bagai bentuk dan rupa, berbagai-bagai imej yang di katakan ISLAM yang mereka bawa, jika di Malaysia atau negara-negara Nusantara, ada yang berketurunan Melayu/Cina tetapi berimejkan orang-orang India atau Pakistan seperti berjanggut tpanjang tidak bermisai dan berjubah bagi yang percaya kepada Ajaran Tabligh, Syiah, Maliki atau Hambali, ada yang berimejkan orang Arab bagi yang percaya kepada Ajaran Wahabi-Saudi, persoalannya adakah itu di tuntut dalam ISLAM atau ada dalam ISLAM?????

Apakah WAJAH atau KETERAMPILAN ISLAM yang sebenar??? itulah yang di katakan mahluk manusia itu mudah terpengaruh dan di pengaruhi oleh apa juga yang DI PERCAYAINYA kerana TIDAK BERJAYA MENGETAHUI akan RAHSIA-RAHSIA ALLAH!. Ini belum lagi saya memperkatakan bagaimanakah Iblis/Jin/Syaitan itu "Bekerja" menyesatkan/menghancurkan/memporak-perandakan IMAN manusia, mungkin di lain post akan saya tulis perkara tersebut dan untuk itu sekian untuk post kali ini...

Bagi ahli-ahli RBSS semua, yang saya kemukakan di atas adalah kena mengena dengan mata pelajaran RBSS dan saya bukan merepek yang bukan-bukan, ini bukan syarahan Agama kita sebenarnya sedang memperkatakan salah satu dari berjuta-juta bidang Ilmu Ketuhanan!

Wassallam

Professor BSS

No comments: