Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #10

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #10

- APA ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI (RBSS)

Bertemu lagi di post #10

Dalam post #10 ini akan cuba saya huraikan APA ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, kerana ramai yang ingin bertanya mengenainya tetapi terasa gusar di hati di sebabkan maseh belum menjadi "ahli" lagi, juga sebagai pengetahuan tambahan kepada ahli-ahli yang baharu sahaja mempelajarinya atau kepada ahli-ahli lama yang tidak mendapat maklumat-maklumat yang tepat sebelumnya ini.

Pertama, RAHSIA BUDI SUCI SEJATI (RBSS) ini bukanlah dari jenis ilmu-ilmu kebathinan, ilmu persilatan, ilmu perubatan/kebomohan, ilmu kuat, ilmu kuat dan sebagainya.,RBSS adalah Suatu Rahsia yang di berikan oleh ALLAH SWT kepada setiap manusia (sila baca post-post yang lalu), dan bagi yang ingin mempelajari RBSS ini ada beberapa perkara penting harus di ambil kira.

Jika sekarang ini anda ADA memiliki/mengamalkan sesuatu Ilmu Kebathinan, atau menggunakan sesuatu "barang" yang di pakai di badan, apabila anda mempelajari RBSS ini, kesemuanya itu akan HILANG dan HAPUS dari anda, ini adalah kerana "CAHAYA BUDI" anda telah Memancar Keluar dari tubuh badan, dan jika ada anasir-anasir luar yang terdiri dari Jin/Syaitan, benda-benda ini tidak boleh dan tidak dapat mendekati diri kita kerana TERASA KEPANASAN dari CAHAYA BUDI itu.

Di dalam Mata Pelajaran RBSS ada Lima (5) Peringkat yang harus kita lalui

1. Peringkat Pertama (Pengisian)

2. Peringkat Merasol

3. Peringkat Dewasa

4. Peringkat Istimewa

5. Peringkat Penutup

Di setiap Peringkat ini anda akan melalui proses-proses peningkatan dari satu BAB ke satu BAB dan untuk melengkapi kesemua Lima (5) Peringkat ini sekurang-kurangnya memerlukan masa dalam satu (1) tahun (akan mengikut Persatuan mana yang anda daftar)

Di setiap Peringkat ada "WANG HADIAH" nya yang ASAS, ianya adalah seperti berikut:-

1. Peringkat Pertama -$21.01

2. Peringkat Merasol - bergantung pada harga makanan (di tetapkan oleh guru)

3. Peringkat Dewasa - $11.00

4. Peringkat Istimewa - tiada Hadiah kerana tidak ternilai harganya

5. Peringkat Penutup - $21.01

Itu adalah WANG HADIAH YANG ASAS dan di setiap Persatuan RBSS akan MENAMBAH NILAI untuk di masukkan KOS-KOS :-

· Pendaftaran Persatuan

· Yuran Bulanan Keahlian

· Hadiah Guru

· Baju Persatuan/Uniform

· Lain-lain mengikut keperluan setiap Persatuan

Untuk pengetahuan semua yang berminat untuk belajar, setiap Persatuan RBSS AKAN berbeza Nilai Kos-Kos Tambahan yang perlu anda keluarkan, oleh itu terpulanglah kepada anda untuk belajar di Persatuan yang mana satu, tetapi Mata Pelajarannya TETAP SAMA iaitu Mengajar RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!

Selalunya, pada peringkat permulaan anda di kehendaki untuk belajar perkara-perkara ASAS mengenai RBSS ini di bawah JADUAL WAKTU yang di tetapkan oleh Persatuan-Persatuan tersebut sehingga anda berjaya menamatkat hingga ke Peringkat PENUTUP.

Ini memang perlu anda lakukan untuk mempelajarinya, jika tidak anda akan ketinggalan banyak mata pelajaran yang di sediakan, perkara ASAS itulah yang akan menjadi PEMACU kepada PENGETAHUAN-PENGETAHUAN yang lebih lanjut lagi.

Dan di peringatkat di sini bahawa, jika anda baharu mempelajari RBSS ini cabaran dari masyarakat akan sama hebatnya dengan pengalaman seorang Saudara Baharu yang memeluk Agama ISLAM, akan banyak cakap-cakap, bantahan-bantahan, sindir-sindiran atau tegur-teguran daripada keluarga, kawan-kawan dan Ilmuan-Ilmuan ISLAM, itu sebabnya anda perlu belajar sebanyak INFO yang mungkin di peringkat permulaan, tanpa INFO yang CUKUP anda akan GAGAL untuk meneruskannya, percayalah cakap saya ini!...

Tetapi jika anda berjaya melepasi cabaran tersebut, anda akan dapat RASAKAN sendiri bertapa indahnya Rahsia Budi Suci Sejati ini dan bertapa luas Ilmu-Ilmu yang tersembunyi di dalamnya..

Berbalik kepada soal Mata Pelajaran yang perlu anda pelajari nanti, di setiap peringkat akan ada penambahan cara-cara mengamalkanya (tidak ada sesuatu ILMU di dunia ini yang tidak ada AMALANnya) dan ianya seperti berikut:-

1. Di Peringkat Pertama anda akan di berikan Penerangan mengenai APA RAHSIA-RAHSIA yang terpendam di dalam RBSS seperti ASAL-USUL, MAKNA pada TULISAN ayat BUDI SUCI SEJATI, Nama-nama JURUSAN, Cara-cara melakukan Jurusan, Cara-cara menggunakan. Pada peringkat ini maksimanya Jurusan yang perlu anda pelajari adalah 30 Jurusan dan minimanya adalah 10 Jurusan, ini akan bergantung kepada kepantasan anda belajar. Harus di ingat Jurusan adalah NADI kepada RBSS ini, jadi perlu di pelajari dengan betul.

2. Di Peringkat Merasol pula (Upacara dalam Kenduri Makan) anda akan di berikan lagi Penerangan tambahan mengenai apakah itu Upacara Merasol dan apakah Rahsia di sebalik Upacara itu serta di tambah cara-cara untuk menggunakan RBSS dengan lebih jelas lagi.

3. Di Peringkat Dewasa pula, anda akan di tambah 20 Jurusan lagi untuk menggenapkan kesemuanya 50 JURUSAN dalam RBSS, cara-cara berjurus, cara-cara mengamalkan dan menggunakannya.

4. Di Perinkat Istimewa pula anda akan di berikan cara-cara tambahan untuk melengkapkan RBSS serta cara-cara menggunakannya di tahap yang lebih canggih dan tinggi lagi

5. Peringkat Penutup pula anda di berikan cara-cara untuk MENUTUP serta cara-cara menggunakannya dengan lebih efektif serta efisen bersesuaian dengan Peringkat ini.

Sayugia di ingatkan bahawa, di dalam ketiga-tiga Persatuan RBSS di Malaysia ini mereka mempraktikkan cara menurunkan mata pelajaran yang mengikut peringkat ini, mengikut kaedah Persatuan masing-masing, sebagai contoh ada Persatuan yang menurunkan Peringkat Merasol/Dewasa dan Istimewa dalam satu upacara, manakala yang lainnya hanya di turunkan SATU PERINGKAT DALAM SATU UPACARA, itu mengikut BUDI BICARA setiap GURU yang mengendalikan Persatuan mereka, tetapi ASASnya TETAP SAMA...

Pada peringkat permulaan mempelajari RBSS ini, saya suka menasihatkan anda supaya lebih memfokuskan diri di dalam mempelajari apa yang di ajarkan di dalam mata-mata pelajaran RBSS ini sahaja, setelah menamatkan lima (5) Peringkat yang di perlukan itu, baharulah anda di galakkan untuk MULA belajar MENGKAJI apa yang terkandung di dalam RBSS ini secara KHUSUS, jika anda melakukan KAJIAN KHUSUS di peringkat awal, anda tidak akan berjaya untuk mempelajarinya dengan secara khusus kelak, kerana di peringkat AWAL anda banyak di perlukan untuk mempelajari gerak-laku JURUSAN, memahami cara-cara melakukan, memahami cara-cara menggunakan selain dari Info-Info ASAS, jika nak main jadi "Professor " atau "Scientist" di peringkat ini anda silap kerana RBSS ini TIDAK DAPAT di pelajari dalam masa sekelip mata sahaja, ia mata pelajaran untuk seumur hidup selagi hayat di kandung badan, itu pun belum tentu kita kan dapat mempelajari kesemua ilmu-ilmu di dalamnya.

Sebagai bekalan untuk belajar, sukalah saya menurunkan tips ini kepada anda semua, jika mahu jadi PENUNTUT RBSS yang BAIK anda perlu ada IKHLAS, anda perlu ada TEKUN dan anda perlu ada SABAR!

IKHLAS untuk menerima dan belajar mata pelajaran RBSS ini walau siapa kedudukan orang yang mengajar kita, maklum jika kita ini berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi atau hartawan / karyawan tetapi yang mengajar kita mengenai RBSS ialah standard "orang kampung" atau office boy!, ingat dalam mempelajari RBSS jangan pandang atau ukur apa pekerjaan orang yang mengajar kita, pandang dan lihat apa yang dia tahu dan yang dia fahami!, selalunya orang-orang yang rendah kedudukan dari segi ekonomi ini sangat tinggi dan sangat kaya dengan keilmuan RBSS daripada orang yang kaya dengan harta atau tinggi jawatan...

TEKUN apabila mula mengamalkannya, terutamanya JURUSAN kerana berJurus adalah satu sumber untuk kita MEMBINA CAHAYA BUDI, seperti kita harus bekerja untuk mendapatkan wang, atau mencaj bateri untuk menambah kuasa elektriknya, jika kita tidak TEKUN menlakukannya maka CAHAYA BUDI kita tidak TERANG dan tidak BERCAHAYA!, jika ianya jadi malap maka serupa jugalah kita dengan orang kebanyakan, tak ada POWER! dan senanglah Iblis/Jin/Syaitan mengganggu kita seperti dahulu.

SABAR ketika kita mempelajari RBSS, Sabar menghadapai segala dugaan dan cabaran yang menimpa kerana dengan mengetahui Rahsia-Rahsia RBSS ini, cabaran dan dugaan daripada ALLAH SWT akan bertambah sebagai UJIAN terhadap KeImanan atau KeYakinan kita terhadapNYA, jika kita hilang Sabar maka kita akan hilang KETEKUNAN, jika Ketekunan sudah pudar maka sudah tidak ada lagi KEIKHLASAN dalam diri kita, jadi bagaimana untuk mendapat KERBERKAHAN dari ALLAH SWT?....

Setelah anda dapat menguasai RBSS ini dengan baik dan stabil, baharulah anda melangkah lebih jauh lagi samaada mahu "mencuba-cuba power" yang ada (tidak salah jika ingin tahu demi untuk menguatkan Keyakinan) tetapi harus berpada-pada, bagi yang ingin mencuba-cuba jadi "DocMoh" jangan cepat "tergoda" dengan "Glamour" atau "Publicity" yang di raih kerana itu boleh merosakkan aqidah kita, buat atau lakukan sesuatu itu dengan landasan yang betul, penuh hemat dan berperaturan jangan buat sesuka hati atau "gasak-buta" sahaja!...

Harus di fahami juga dengan mengetahui dan memiliki RBSS bukan sahaja kita telah MENYEMPURNAKAN TUGAS UTAMA SEBAGAI MANUSIA mencari dan memiliki RAHSIA TUHAN ini tetapi ia lebih daripada itu, tanggungjawapnya adalah untuk membela orang-orang/ kaum-kaum /mahluk-mahluk yang di ZALIMI (bagaimana tu? haah itu kenalah fikir-fikir sendiri...sendiri mau ingaaat!)

Tetapi dari pengamatan saya sendiri, ramai di kalangan ahli-ahli baharu atau senangnya "orang sekarang" apabila sudah mengetahui RBSS, sombongnya bukan lah main lagi seolah-olah dia lah yang kuat dia lah yang hebat dan dia lah yang tahu Rahsia-Rahsia Tuhan itu....sedangkan dia tidak tahu ada ramai lagi yang sudah tahu sudah faham sudah lama lagi belajar daripadanya, orang dulu-dulu kata "sudah makan garam dulu daripadanya", jadi jangan ikut sikap macam itu, ikut rasmi padi makin tunduk makin berisi tapi jangan ikut sikap orang bodoh, makin tunduk makin tak tau!!!!....

Sekian untuk Post #10 ini ...Wassallam!..

Professor BSS


No comments: