Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #11

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #11

- APA DI SEBALIK NAMA BUDI SUCI SEJATI

Jumpa lagi!

Post #11 ini saya ingin memperkatakan APA DI SEBALIK NAMA BUDI SUCI SEJATI

Saya tahu ramai yang tertunggu-tunggu artikel mengenai tajuk ini daripada saya, kerana jika di baca di bahagian MUKADIMAH anda akan mengagak dan mengharapkan lebih daripada yang anda sudah tahu daripada Blog khusus ini.

Tetapi, saya tidak lokek ilmu kerana ilmu ini anugerah Tuhan dan milik ALLAH SWT dan bukan milik saya seorang sahaja, sebenarnya begini apa-apa yang saya terangkan, yang saya tuliskan, yang saya rungkaikan mengenai Rahsia-Rahsia yang tersemat mengenai RBSS ini kepada anda menggunakan IT MEDIA yang dapat di baca di seluruh Dunia ini, jika sesuatu itu BUKAN REZEKI atau HAK anda maka sepatah haramlah anda tidak akan faham atau tidak dapat anda miliki.

Kerana di dalam Surah An-Nur Ayat 35 itu sudah menerangkan bahawa "ALLAH hanya memberikan sesuatu CAHAYA itu kepada orang-orang yang di kehendakiNya sahaja", maksud dari Ayat itu menerangkan dengan jelas, jika saya dapat mengupas segala Rahsia dan di tulis di dalam Media Internet ini, jika anda yang membacanya TIDAK DI KEHENDAKI OLEH ALLAH SWT untuk memahaminya, ibarat seperti "masuk angin keluar asap" sahaja lah nampaknya, jadi saya tidak khuatir untuk kehilangan sesuatu ilmu dan tidak menganggap sebagai kehilangan, hukum Tuhan ada menjelaskan jika saya beri kamu sepuluh (10) ilmu maka Tuhan akan menggantikan saya seratus (100) ilmu yang lain, sebagaimana SEDEKAH juga, jika saya penyapkan sahaja ilmu-ilmu itu maka tidak berkembanglah akan segala keilmuan ALLAH SWT di muka Bumi ini, jadi jangan jadi orang KEDEKUT ILMU!...

Sebelum saya menuju kepada penjelasan kepada Apa yang ADA pada nama BUDI SUCI SEJATI, sukalah saya untuk menghuraikan DEFINASI yang di katakan ILMU dari sudut KETUHANAN.

ILMU dari sudut Ketuhanan adalah sesuatu Ilmu Pengetahuan mengenai segala urusan Tuhan yang Maha Esa yang di kurniakan kepada sekelian MahlukNya tanpa mengira apakah jenis-jenis Mahluk itu.


Kepada Mahluk Manusia, Tuhan menurunkan sesuatu Ilmu itu melalui ILHAM bagi Umat Manusia biasa dan WAHYU bagi yang bertaraf NABI dan RASUL, setiap ILHAM yang di beri kepada Mahluk Manusia itu pula adalah berbentuk CAHAYA atau NUR yang tempat penerimaannya di dalam diri manusia itu terletak di kawasan DAHI (forehead) manusia, di mana jika di kaji secara scientific di dalam bahagian DAHI depan itulah tempat OTAK manusia MENGFUNGSIKAN AKAL FIKIRAN atau tempat untuk memikirkan dan memahamkan sesuatu, di sebabkan itulah ALLAH di dalam FirmanNya selalu berkata ungkapan yang bermakna "NUR atau CAHAYA", di sini kita dapat fahami bahawa "NUR atau CAHAYA" itu adalah Ilmu yang mempunyai unsur-unsur sesuatu pengajaran dari ALLAH. Harap-harap anda semua dapat memahami rungkaian ini...Jadi kalau tak ada CAHAYA tak adalah ILMU!...

Berbalik kepada Ayat BUDI SUCI SEJATI, di post sebelumnya saya ada menulis bahawa tiga (3) patah perkataan ini adalah "Kata Ganti" terhadap suatu Ilmu yang di turunkan oleh ALLAH SWT untuk manusia tetapi di beri ganti nama SUPAYA TIDAK BERCANGGAH dengan pengembangan ISLAM yang di bawa ke merata NUSANTARA pada ketika itu.

Di dalam kontek penyebutan ayat dalam bahasa, perkataan BUDI itu bermaksud sesuatu perbuatan baik, yang mulia dan yang suci dari perlakuan diri seseorang, itu dari kontek huraian dalam bahasa Melayu Nusantara, tetapi BUDI yang di ambil sebagai kata Ganti ini di cedok dari perkataan ARAB iaitu "Ubudiyati" yang membawa maksud "Yang memperhambakan diri" kepada Tuhan Yang Maha Esa..Kenapa BUDI?, kerana BUDI itu menggantikan perkataan CAHAYA di mana Cahaya itu pula merupakan suatu Ilmu yang di miliki oleh ALLAH SWT untuk mahluk manusia, dan di dalam Ilmu itu pula tersemat pelbagai kaedah dan kegunaan yang tiada batasannya, jadi dalam kontek ISLAM jika kita MAHLUK maka kita harus memperhambakan diri kepada KHALIK, jadi perkataan BUDI itu di guna-pakai sebagai nama menggantikan Ilmu Ketuhanan ini.

Apa pula definasi Ilmu Ketuhanan yang saya sebutkan itu?. Ilmu Ketuhanan itu adalah dari Kalimah LAILAHAILLALLAH, itulah yang Permulaan yang itulah juga yang Penghabisan "TIADA LAIN TUHAN SELAIN ALLAH"...Maksudnya dari ALLAH semuanya di jadikan dan kepada ALLAH juga semuanya kembali...Itu sebabnya makna BUDI di dalam RBSS membawa maksud "Suatu Cahaya yang menerangi di dalam ROH kita"....

SUCI pula menggambarkan sesuatu yang bersih, yang tidak tercemar, sesuatu yamg murni di mana segala kebersihan segala kemurnian yang tidak tercemar itu sangat kukuh kejadiannya seperti kukuhnya KEIMANAN seseorang hamba kepada Tuhannya, Iman ini pula jika ianya terbentuk maka ia akan berdiri kukuh seperti sebuah mahligai atau bangunan yang besar, dan di sinilah di dalam nama RBSS SUCI membawa maksud "Sebuah Mahligai yang Indah lagi Kukuh di dalam ROH kita"...

Manakala SEJATI pula membawa maksud "TULIN dan ASLI" atau dalam lain perkataan bahawasanya Ilmu RBSS ini BUKAN LAH CIPTAAN DARI MANUSIA...itu dari kontek bahasa tetapi dari kontek pengamalan RBSS ini pula membawa maksud bahawa jika kita memiliki RAHSIA itu maka kita KEKAL di dalam CAHAYANYA dan tidak memerlukan apa-apa yang lain selain dari CAHAYANYA....

Begitulah makna dan maksud yang tersemat di dalam ungkapan BUDI SUCI SEJATI yang selama ini berkembang di muka bumi ini, harus juga di ketahui ramai bahawa di negara-negara lain yang tidak menggunakan bahasa Melayu, nama BUDI SUCI SEJATI ini di sebut di dalam bahasa yang mereka fahami dan yang mereka gunakan, kerana Ilmu ALLAH itu tidak berbentuk dalam bahasa tetapi berbentuk CAHAYA dan Cahaya itu pula boleh membentuk bahasa.

Di sini saya terkilan sedikit kerana ada anak-anak muda kita dari keturunan Melayu ISLAM yang membuka satu website sembang-kenal (dating sites) dengan menggunakan nama BUDI SUCI SEJATI, pada kasarnya mereka mempersendakan Ilmu sebenar RBSS ini tetapi hakikatnya mereka itu tidak tahu menahu apakah itu yang di sebut BUDI SUCI SEJATI, walaupun dunia pada hari ini bebas untuk semua orang menggunakan apa juga nama tetapi saya berharap agar orang-orang yang berkenaan akan dapat menukar nama website mereka itu kepada nama yang lain demi menghormati RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini yang terkandung pelbagai Rahsia Ilmu-Ilmu Ketuhanan iaitu ALLAH SWT.

Harus di ingat kembali bahawasanya TANPA ZAT dan SIFAT NYA kita tidak dapat bergerak atau pun bernyawa dan dapat menikmati semua nikmat di muka BUMI ini...Kepada mana-mana Pegawai atau oOrang-Orang Kepercayaan di dalam Persatuan RBSS yang menyombong diri ketika memegang kuasa pada ketika ini, harap-harap dapatlah MEMAHAMI apa itu yang terkandung di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, janganlah di kemudian hari menjadi bahan bakar di dalam Neraka!

Saya bukan dari jurusan Syariah ISLAM untuk memperkatakan HUKUM dalam ISLAM tetapi saya memperkatakan Ilmu yang terdapat di dalam Rahsia Budi Suci Sejati TETAPI jika di amat-amati perjalanan dan tujuannya adalah sama dengan TUNTUTAN dalam ISLAM, sebenar-benarnya ia sememangnya SAMA dan di turunkan di ciptakan dari TUHAN yang sama, cuma pendekatannya sahaja yang berbeza, kenapa begitu? Cuba anda fikirkan dari zaman Nabi Allah Adam sehingga ke zaman Nabi Nuh, apakah Agama yang mereka pegang dari ajaran Nabi Alah Adam sebagai PANDUAN HIDUP,SEJARAH SILAM DAN SEJARAH MASA HADAPAN??????......................ILMU KETUHANAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!....

Sekian buat post #11 kali ini...Wassallam

Professor BSS

No comments: