RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #12
- PRINSIP RBSS
Dalam Post #12 ini saya ingin sesuaikan dengan Post #11 kerana kedua-duanya itu sangat berkaitan.
RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ada LIMA (5) PRINSIP nya
1. KEYAKINAN
2. JURUSAN
3. PERNAFASAN
4. MAKRIFAT
5. ISI POKOK BADAN
Kesemua Prinsip-Prinsip ini JUGA bukan rekaan dari mana-mana guru RBSS yang sebelumnya dari segi INTIPATI kelima-lima Prinsip, tetapi berkemungkinan ianya pernah DI OLAH dari segi BAHASA PENYAMPAIANnya. Kerana sememangnya ia di bawa oleh Mubaligh-Mubaligh Arab yang mengembangkan ISLAM di rantau Nusantara ini.
Di dalam Blog ini saya bukan hendak mengajar kembali apa yang telah anda pelajari dari mana-mana guru atau Persatuan RBSS, tetapi akan saya cuba cungkil apakah makna-makna yang terselindung di dalam pengertiannya. Sebagai penulis yang ingin memberikan ALTERNATIVE INFORMATIONS saya perlu menulis dari perspective (sudut) yang berlainan semoga apa yang anda pelajari selama ini akan lebih jelas dan terang.
KEYAKINAN
Sebenarnya dari post #1 lagi telah saya tekankan perkara KEYAKINAN iaitu kita harus YAKIN bahawasanya CAHAYA BUDI itu adalah datangnya dari ALLAH SWT, dan YAKIN bahawa ALLAH itu yang mencipta kita serta mengurniakan RAHSIANYA itu di dalam Roh kita. Itu dari segi Pokok yang membawa maksud PERCAYA yang terbit di dalam IMAN.
Tanpa KEYAKINAN ini, segala KUASA atau POWER yang di terbitkan melalui proses BERJURUS itu tidak akan berfungsi kerana landasannya adalah harus yakin, selalunya di dalam peringkat permulaan belajar masaalah ini sering berlaku di kalangan ahli-ahli RBSS di sebabkan kekurangan INFO mengenai RBSS atau pengajarannya tidak sampai kepada mereka oleh pengajar-pengajar atau ahli-ahli seperti ini takut pada diri sendiri, takut untuk melihat yang "miracle" atau luar biasa, atau mereka MALAS belajar.
Kesemuanya itu akan memainkan peranan di dalam perkembangan dari dalam diri seseorang ahli RBSS, itulah sebabnya untuk MERASAKAN RBSS kita memerlukan MASA, memerlukan LATIHAN, memerlukan KAJIAN dan memerlukan TUNJUK AJAR dari yang lebih berpengalaman. (Bab belajar dari orang yang berpengalaman ini harus di perhatikan agar jangan sampai ajaran-ajaran yang kurang baik di terima pakai - rujuk kepada post di bahagian MUKADIMAH)
JURUSAN
Jurusan adalah Prinsip #2 di dalam RBSS dan di dalam JURUSAN ada terkandung 50 JURUSAN yang merupakan pergerakan-pergerakan tubuh badan yang di sertai oleh segala Panca Indera seperti MATA/TELINGA/MULUT/HIDUNG/TANGAN dan KAKI.
Jika di kaji kembali kepada peristiwa ISRAQ MIKRAQ Nabi Muhammad SAW, akan kita ketahui bahawasanya ALLAH SWT telah "memberikan" Nabi Besar kita itu 50 kali cara sembahyang (rujuk kepada Ilmuan ISLAM untuk mengetahui dengan lebih lanjut), tetapi ALLAH SWT tidak mengatakan yang 50 itu adalah "waktu" tetapi itulah hakikatnya angka tersebut menyebut 50!
Kerana keperhatinan para Nabi-Nabi yang lain terhadap Umat Muhammad dari umat-umat di akhir zaman, mereka menggalakkan Nabi Muhammad SAW supaya meminta di kurang jumlah tersebut, dan mengikut peristiwa itu Nabi Muhammad SAW telah meminta sebanyak 5 kali, dan akhirnya Nabi menerima yang terakhir dengan SHOLAH 5 WAKTU DALAM SEHARI.
Ironinya di sini, yang Sholah 5 Waktu itu hanyalah "Simplified" atau "Olahan" dari yang asal 50 kali (ingat itu bukan waktu) dan apa yang di lakukan oleh ahli RBSS adalah yang ASAL 50 kali terebut. Jika Nabi Muhammad SAW menerima yang 50 kali maka sehingga ke hari ini semua umat ISLAM akan melakukannya dan bukan di kategorikan sebagai RAHSIA lagi.
Oleh kerana Sholah 5 Waktu itu adalah OLAHAN dari yang 50, maka ALLAH SWT telah menukar IMBUHANnya daripada dalam bentuk CAHAYA kepada bentuk PAHALA untuk SHOLAH, dan CAHAYA kekal untuk CAHAYA BUDI.
Di sebabkan perkara itulah, jika kita menunaikan Sholat 5 waktu sehari, Sholah itu tidak mendatangkan apa-apa kepada TENAGA BUDI, begitu juga sebaliknya jika kita BERJURUS ia tidak akan mengumpul PAHALA dari SHOLAH (harus faham mengenai itu!) Akan tetapi jika kita mendirikan Sholat kita boleh menggunakan Tenaga Budi itu untuk melindungi diri kita daripada gangguan Iblis dan Syaitan, itulah salah satu kelebihannya RBSS.
Dan di dalam segala Pergerakan Jurusan yang kita lakukan itu pula dengan terang dan jelas hubung-kaitnya Jurusan itu dengan Pergerakan di dalam Sholah, hanya orang-orang yang peka terhadapnya sahaja akan dapat mengesan segala hubung-kaitnya itu, dan jika anda seorang yang rajin menelaah AL-QURAN, anda akan dapati pada setiap JURUSAN itu ada terkandung AYAT-AYAT dari 30 JUZ AL-QURAN! (mungkin di lain post akan saya cuba rungkaikan)
PERNAFASAN
Prinsip #3 dalam RBSS ini telah saya sentuh di post yang lalu (sila semak kembali) di mana PERNAFASAN ini adalah TUNJANG KEKUATAN MANUSIA dan IKATAN DIANTARA ROH dan JASAD.
Tanpa Nafaz di dalam Jurusan, CAHAYA BUDI yang ingin kita bina itu tidak akan berlaku begitu juga dengan setiap Tindakkan menggunakan Jurusan-Jurusan RBSS, seburuk-buruk manusia atau secacat mana juga pun tubuh badan seseorang manusia, ALLAH SWT tetap tidak mengganggu dua (2) lubang hidung, ia tetap ada untuk di gunakan untuk BERNAFAS!, sebab utamanya sama juga kerana kita perlukan OXIGEN(udara) yang mengandungi ZAT dan SIFAT NYA itu.
MAKRIFAT
Prinsip #4 ini pula menjurus kepada SASARAN, TUJUAN atau MATLAMAT ketika kita melakukan sesuatu perkara, jika di dalam Berjurus kita perlukan Makrifat sebuah Lembaga Manusia yang Hitam tetapi tidak Menyerupai Sesiapa sebagai sasaran di hadapan kita, itu ketika berjurus, TUJUAN kita melakukan Berjurus pula adalah untuk MEMBINA CAHAYA, dan MATLAMAT kita memiliki RBSS ini adalah untuk menuju kepada TUHAN YANG PALING KEKAL.
Di situ kita fahami bahawa RBSS membawa kita menyeberangi Jembatan SIRATAL MUSTAKIM tanpa RAGU-RAGU kerana kita terhindar dari perbuatan menyembah atau meminta dari lain-lain tuhan selain ALLAH!, kerana tidak ada unsur-unsur penyembahan kepada yang lain-lain di dalam Ajaran RBSS ini. Itu di katakan Makrifah!
ISI POKOK BADAN
Prinsip #5 ini mensyaratkan setiap ahli RBSS agar "Mengisi Pokok Badan" sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam sehari, ini seumpama "Melaraskan peluru senjata-api agar dalam keadaan yang siap-siaga", jika tidak di laras semula bermakana kita menggunakan "Tenaga Semalam", proses ini seumpama proses "Defragmentation" bagi Komputer!
Dalam istilah Isi POKOK Badan ini ada cakap-cakap yang mempertikaikan mengapa kita (sebagai ahli RBSS) harus mengisi POKOK BADAN yang tidak jelas apakah bendanya itu. Jawapannya begini, menurut istilah Iman Al-Ghazali di dalam Kitabnya "POKOK BADAN" itu merujuk kepada "ROH DI DALAM TUBUH BADAN" kita, jadi apabila kita "Mengisi Pokok Badan" itu bermakna kita "Mengisi" Roh kita dengan bekalan CAHAYA BUDI yang BAHARU pada setiap hari. Ini di klasifikasikan sebagai suatu "Kata Ganti" juga sebagaimana dengan nama BUDI SUCI SEJATI mendapat namanya...
Sebagai mengembangkan daya Ilmu berkenaan dengan Prinsip-Prinsip RBSS ini, saya suka juga lah untuk membuat beberapa Comparation atau Perbandingan di antara Prinsip RBSS dengan Rukun ISLAM yang 5 itu. Kemungkinnan di situ anda akan mendapat ilham bagai hubung-kaitnya RBSS dengan ISLAM.
Dalam Rukun ISLAM ada 5 Perkara:-
1. MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH - ini mensyariatkan kita agar Percaya dan Yakin terhadap ALLAH SWT sama seperti Prinsip #1 RBSS
2. SHOLAH 5 WAKTU DALAM SEHARI - ini bersamaan dengan BERJURUS di dalam Prinsip RBSS, cuma bezanya SHOLAH 5 WAKTU itu adalah "Simplified dari 50 Kali"
3. BERPUASA DI BULAN RAMADHAN - ini bersamaan dengan PERNAFASAN di dalam Prinsip RBSS kerana NAFAS itu menuntut ZAT dan SIFAT yang mengajar kita agar peka terhadap kejadian diri yang tanpa Zat dan Sifat kita tidak berdaya, begitu dengan tujuan berpuasa.
4. MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH - ini bersamaan dengan Prinsip #4 RBSS iaitu MAKFIFAT, Makrifat adalah TUJUAN/SASARAN atau MATLAMAT, Zakat Fitrah mempunyai Tujuan/Sasaran dan Matlamat yang sama dengan RBSS.
5. FARDHU HAJI - ini juga bersamaan dengan Prinsip #5 RBSS ISI POKOK BADAN, di mana menunaikan Farhu Haji di Mekah itu adalah bermaksud "Meminta Keredhaan ALLAH SWT agar segala Amal Ibadah kita di terima dan Segala Dosa-Dosa kita di Hapuskan" dan kita di perbaharui dengan Buku Catatan yang Baharu..
Oleh yang demikian, sebenar-benarnya tidak akan ada sebarang pertikaian di antara ISLAM dan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI jika kita mempelajarinya dengan teliti dan bersungguh-sunguh kerana APA YANG ADA DI DALAM ISLAM ADA DI DALAM RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan APA YANG TERSEMBUNYI DI DALAM RAHSIA BUDI SEJATI TERSEMAT AJARAN-AJARAN ISLAM!.....
Jadi...sehingga ke Post #12 ini kita telah memperkatakan hanya satu perkara POKOK sahaja sebenarnya iaitu "Mengestablishkan" masaalah "KEYAKINAN" mengenai APA ITU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI walaupun telah berjela-jela menulis berbagai perkara! Itu sebab saya katakan di awal-awal lagi, bukan senang untuk mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati ini apakah lagi untuk memahaminya secara keseluruhan...Tetapi tidak mengapa, saya akan membantu anda di dalam memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam RBSS ini, itu pun jika di izinkan oleh TUHAN umur saya panjang lagi....
Cukup buat post #12 ini dan akan saya sambung di lain-lain posts!
Wassallam
Professor BSS
No comments:
Post a Comment