Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #13

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #13

- DI SEBALIK 3 WARNA RBSS

Dalam Post #13 ini saya akan memperkatakan 3 Lambang Warna yang terdapat di dalam RBSS

Sebenarnya 3 Lambang Warna iaitu Warna MERAH, Warna KUNING dan Warna PUTIH bukanlah termasuk di dalam INTIPATI UTAMA RBSS, akan tetapi ketiga-tiga (3) warna tersebut mempunyai rahsia-rahsia nya yang tersendiri di mana akan saya huraikannya kemudian.

Jika di lihat kepada LOGO Persatuan-Persatuan RBSS di Malaysia akan kita dapati tiga (3) warna tersebut mewajahi LOGO tersebut, warna Merah mewarnai latar belakang tulisan, warna Kuning mewarnai 50 piramid yang membentuk seperti cahaya dan warna Putih mewarnai tulisan jawi Budi Suci Sejati.

Tetapi apakah yang bermaksud di sebalik tiga (3) warna tersebut dan apakah yang boleh kita pelajari, yang boleh kita contohi dan yang boleh kita fahami???....

WARNA MERAH

Warna Merah mewakili sikap KEBERANIAN mempertahankan Hak, Diri, Harta Benda, Kampung, Negeri dan Negara daripada sebarang Penindasan dan Kezaliman, kita di tuntut supaya BERANI untuk menentang kepada sebarang bentuk kezaliman, tetapi bukan dengan cara yang melulu atau membabi-buta sahaja.

WARNA KUNING

Warna Kuning pula mewakili sikap KEMULIAN di dalam melakukan sebarang tugas samaada untuk mempertahankan Hak atau apu juga bentuk pertolongan yang akan di berikan kepada orang-orang yang memerlukannya, kita di galakkan membuat seberapa AMAL JARIAH sebanyak yang boleh, selain menaikkan Martabat diri kita sendiri perlakuan tersebut akan membuahkan banyak PAHALA sebagai bekalan kita di hari Akhirat.

Warna PUTIH

Warna Putih mewakili sikap KEBERSIHAN HATI dan JIWA terhadap semua Niat dan Perbuatan, tidak boleh untuk menyimpan Niat yang buruk atau buruk sangka kepada orang lain atau pun menyimpan sebarang dendam kepada orang lain, kita di galakkan supaya menjadi seorang yang sangat PEMAAF kepada orang lain kerana ciri-ciri inilah yang di perlukan di dalam atau MATLAMAT RBSS.

KENAPA IANYA HARUS BEGITU?

Ini adalah kerana di dalam CAHAYA BUDI itu sendiri TERDIRI daripada Tiga (3) CAHAYA, iaitu CAHAYA MERAH, CAHAYA KUNING dan CAHAYA PUTIH.

Kemungkinan besar perkara ini TIDAK DI KETAHUI RAMAI tetapi itu lah HAKIKAT yang sebenar-benarnya, kerana di dalam setiap TINDAKKAN yang menggunakan JURUSAN RBSS pengCahayaan yang keluar akan berubah warnanya mengikut Jurusan apa yang kita pakai dan kepada siapa yang kita tujukan, atau dengan maksud lain, ia akan berubah warna mengikut keperluan Tindakkan kita.

Warna-warna yang keluar dari mana-mana Jurusan itu pula akan BERFUNGSI seperti Perosak/Pembunuh/Pembinasa, Pelega/Penyaman/Penenang/Pemulih, Penyembuh/Pembuat/Pembaik dan lain-lain lagi kepada sasaran atau sesuatu yang kita akan lakukan dengan Jurusan-Jurusan kita itu.

Kerana itu juga lah Lambang Warna tersebut tersangat penting di dalam mengenal apa itu Rahsia Budi Suci Sejati, sesorang ahli RBSS yang telah "MATANG" akan menonjolkan "ciri-ciri atau keperibadian tersebut", dan kepada ciri-ciri yang bertentangan pula itu bermakna mereka-mereka itu BELUM SAMPAI ke tahap atau ke Martabat sebenar RBSS ini. (sudahkah anda mencapainya?)

Di dalam post yang lalu saya pernah huraikan bahawa dengan mengamalkan RBSS in secara Ikhlas, Tekun dan Sabar akan merubah keperibadian yang buruk kepada yang baik-baik, ini telah terbukti bukan sahaja di kalangan sahabat handai tetapi saya juga telah merasakannya sendiri dan tidak mustahil ianya akan berlaku keatas diri anda!

Ini cakap-cakap kosong sahaja sebagai mencari ruang jawapan untuk anda sekelian, sekiranya anda sekarang di klasifikasikanlah sebagai seorang ahli RBSS yang sudah cukup pandai (belum matang) yang sudah boleh berdikari menggunakan RBSS ini, jika anda ingin membantu orang yang sakit (contoh di ganggu mahluk halus atau terkena sihir) mahukah anda menolong?, jika anda tolong adakah anda akan menetapkan harga perkhidmatan? (service charge)

Jika tidak jawapan anda maka anda tergolong di dalam Martabat yang Mulia dan Suci hati, dan Imbuhan dari ALLAH SWT akan bergunung-gunung menanti anda kelak..Tetapi jika jawapan anda 'YA', maka anda maseh jauh lagi dari Martabat tersebut dan ini juga menunjukkan anda kurang memahami apa itu TUJUAN sebenar RBSS.

Saya bukan berkata perbuatan mengambil service charge itu salah atau berdosa, tetapi saya bercakap melalui KONTEK tujuan RBSS dari sudut ILMU KETUHANAN, jika anda ingin meneruskan perbuatan itu juga, tidak mengapa kerana itu HAK anda dari kontek Hak...

Pengalaman saya sendiri telah "Mengajar" saya mengenai perkara tersebut, pada mulanya saya juga meletakkan harga pada setiap perkhidmatan yang saya beri tetapi lama kelamaan sikap itu telah di "TEGAH" oleh Naluri saya sendiri semasa merungkai-rungkai intipati RBSS ini dan ALLAH telah "Menunjukkan" kepada saya bertapa "salahnya" perbuatan itu dan apakah akibatnya di hari muka (akhirat), dan apakah yang ALLAH tunjukkan kepada saya biarlah ia menjadi rahsia hidup saya, tetapi yang pasti ALLAH SWT sendiri tidak menyukai perkara seperti itu, kita terpaksa merenung kembali bahawasanya Cahaya Budi dari ALLAH SWT yang di kurniakan kepada kita itu adalah dalam bentuk KURNIA atau PERCUMA dari KHALIK kepada MAHLUK..Jika kita JUAL kepandaian kita itu bermakna kita telah menjual HAK ALLAH...fikir-fikirkanlah, saya tidak memaksa anda supaya mengikut jejak langkah saya ini, yang penting anda pelajarilah sesuatu daripada perkara itu!....

Kerana perkara sebeginilah saya membantah dan menyanggah pihak Perguruan Budi Suci Sejati Selangor yang "mengiklankan perkhidmatan" mengubat orang di lawan web mereka sehingga ke Afrika Selatan, ini adalah kerana sudah terang-terangan perlakuan seperti itu BERCANGGAH dengan Tujuan Rahsia Budi Suci Sejati seperti yang saya huraikan di dalam Warna-Warna tersebut (Maaf kepada Perguruan Budi Suci Sejati kerana menyiarkan perkara ini)

Saya tidak kata kita tidak boleh mengambil wang dari orang yang sakit yang kita ubati, jika mereka benar-benar IKHLAS untuk memberi adalah wajib kita terima sebagai tanda balasan kita juga IKHLAS menerima dan memberi, dan setelah kita terima pemberian Ikhlas tersebut terpulanglah kepada kita samaada untuk menggunakannya sendiri, menyedekahkan kembali kepada mereka atau di sedekahkan kepada orang-orang atau institusi-institusi yang memerlukan bantuan kewangan, tetapi sebaik-baiknya jangan "Meletak Harga Perkhidmatan".

Itulah yang saya katakan, perkara Rahsia Budi Suci Sejati ini adalah sangat Sensitive Subject nya, tersilap haribulan akan ada sahaja sanggahan atau bantahan dari orang-orang yang tidak sependapat dengan kita, tetapi ambil sikap WARNA MERAH, kita kena BERANI membetulkan sesuatu yang di fikirkan kurang tepat atau yang bertentangan dengan Tujuan Rahsia Budi Suci Sejati ini.

Jika anda amati dari awal post sudah berapa kali kah saya menegur individu-induvidu dan institusi-institusi di Negara Malaysia ini, itu bukan bermakna saya ini ingin menunjuk-nunjuk hebat atau nak jadi Hero, tetapi itu adalah sebahagian dari tuntutan tanggungjawap moral saya untuk mempertahankan kewibawaan Rahsia Agung ini iaitu Rahsia Budi Suci Sejati...

Harap maaf kepada yang tersinggung!

Wassallam

Professor BSS

No comments: