Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #14

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #14

- REVIEWS - Posts #1 to # 13

Bertemu lagi di dalam Post #14

Post kali ini kita buat "Review" sedikit kepada perkara-perkara yang kita telah baca dari Post #1 bahagian Mukadimah hingga ke Post #13 yang menyentuh soal warna, sebelum saya melanjutkan penulisan kepada persoalan-persoalan yang lebih serius dan yang lebih mencabar minda kita semua.

Dari post #1 hingga ke post #13, saya dapati ramai yang berminat untuk membaca Blog RAHSIA BUDI SUCI SEJATI (RBSS) ini kerana pelbagai sebab dan tujuan, ada golongan yang benar-benar mahukan maklumat-maklumat sebegini kerana baharu mempelajari RBSS, ada golongan yang agak lama sedikit dan golongan ini menggunakan Blog RBSS ini sebagai "comparation informations" terhadap apa yang telah mereka pelajari, dapati, alami dan rasai..,dan ada golongan yang "memerhati dan memantau Blog RBSS" kerana ada "kepentingan" terhadap organisasi-organisasi yang mereka wakili, dan ada golongan dari Persatuan Ilmu-Ilmu yang lain di seluruh dunia menggunakan Blog RBSS ini sebagai "garis-pandu" bagi memperbaiki imej mereka di dalam pengembangan ilmu-ilmu mereka..Juga "pantauan" dari orang-orang RBSS "Otai" yang tidak mahu saya "membuka terlalu banyak rahsia-rahsia" mengenai RBSS.

Ada juga guru-guru dari persatuan-persatuan RBSS sedia ada yang "merasa cemas" terhadap penulisan Blog RBSS ini, mereka agak kurang senang jika ada perkara-perkara yang saya "utarakan" akan menjejas operasi setiap persatuan mereka, juga kerana melalui Blog RBSS ini telah "menerbitkan pelbagai persoalan" dari kalangan pengamal RBSS, dan mereka terpaksa "bekerja keras" sedikit untuk menjawap kerana penerbitan Blog ini.

Dari pandangan saya itu adalah sesuatu yang perkembangan sehat!, rasanya sudah sampai masanya kita "membuka banyak rahsia-rahsia" RBSS ini kepada semua ahli, dengan cara yang demikian perkembangan RBSS akan berkembang dengan lebih pesat dan lebih berkualiti lagi di generasi yang akan datang (ini pendapat saya sahaja!)

Berbalik kepada penulisan Blog RBSS ini dari post #1 - #13, jika anda semua amat-amati segala maklumat dan penerangan yang terkandung ADALAH condong kearah "kerohanian" yang lebih banyak menyentuh soal-soal TUJUAN dan MATLAMAT , di mana penulisan Blog RBSS telah banyak "mengecewakan" golongan-golongan yang cenderong kepada bidang-bidang Perubatan/Kebomohan, Persilatan/Kebathinan, Ilmu Kuat/Tempur dan sebagainya yang tidak kepada pembentukan kerohanian.

Anda pembaca yang Budiman!, sebagaimana yang kita tahu Rahsia Budi Suci Sejati ini ia boleh buat apa sahaja seperti yang pernah saya tuliskan di dalam post-post yang lalu, ia bergantung kepada NIAT atau NAWAITU kita, kalau kita suka kuat, akan kuatlah kita, kita suka perubatan maka akan hebatlah kita di dalam bidang itu dan yang lain-lain lagi..Untuk saya menulis perkara-perkara seperti itu, saya rasa tidak perlu kerana ilmu-ilmu sedemikian akan ada ramai orang yang sanggup mengajarnya, tidak payah guna buku atau masuk kelas-kelas, di beri tips sedikit sahaja..booom di menjadi!, jadi apa? jadilah jahaat!....

Dari feedback yang saya terima, saya merasa bersyukur kerana maseh ramai lagi ahli-ahli RBSS di Malaysia khususnya yang maseh "memegang" RBSS ini di dalam hidup mereka, syabas kepada yang berjaya "merasai" apa itu Rahsia Budi Suci Sejati!, kepada yang maseh belum berjaya jangan berputus asa, giatkan lagi usaha anda kerana ALLAH itu sentiasa Mendengar harapan dan cita-cita kita, hanya "masa" yang akan menentukan bila kita berjaya mengecapinya..

Kepada ahli-ahli RBSS yang "telah lama tidak active" atau "telah meninggalkan RBSS" jika sekarang baharu terbuka hati kerana baharu "terbaca" pelbagai maklumat dari Blog RBSS ini, syabas dan tahniah untuk anda daripada saya kerana berani dan sanggup untuk menghadapi cabaran-cabaran pada kali ini berbanding daripada waktu dahulu, ini juga bermakna ALLAH SWT maseh kasehkan anda maseh sayangkan anda dan anda tergolong di dalam golongan orang-orang yang di berikan Hidayah untuk mengetahui CahayaNya...Carilah Persatuan-Persatuan yang mengajar RBSS ini untuk meneruskan pelajaran. (semak dalam post yang lalu untuk nama-nama persatuan RBSS ini)

Kepada ahli-ahli RBSS yang mengikuti Blog RBSS ini, sejauh ini tekaan anda mengenai siapa saya adalah TIDAK TEPAT dan saya bukanlah orang yang anda sangkakan itu...pentingkah siapa saya ini???...Mana yang lebih penting, apa yang saya tulis atau siapa saya ini???..........

Kepada ahli-ahli RBSS yang membaca Blog RBSS ini, ada perkara "utama" yang tidak saya tulis di dalamnya seperti RAHSIA UTAMA RBSS, kerana perkara-perkara tersebut TIDAK SESUAI di tulis di dalam Media Internet, ini yang bersangkutan dengan kesemua nama-nama Jurusan, cara-cara isi pokok badan, cara-cara berjurus dan berkenaan rahsia lidah..memadai anda dapati semuanya itu melalui guru-guru yang mengajarnya.

Kepada segolongan ahli yang "extreme" yang cuba-cuba mencari saya dengan cuba "membuat gerak saya" di harap hentikan sahaja perbuatan itu, sia-sia sahaja!, dan perbuatan itu boleh membahayakan diri anda, apa kata jika anda "terkunci di dalam gerak saya" (tapi tak sampai ke situlah saya nak lakukan) masaalah besar nanti!..cubalah buat kajian yang lain yang lebih berfaedah dan yang lebih innovasion!...

Secara keseluruhan saya berpuas hati di atas penerimaan anda semua terhadap penulisan RBSS ini dari post #1 - #13, ini bermakna anda rata-rata berada di landasan yang betul dan kepada segolongan kecil yang tidak bersetuju dengan penulisan saya ini, saya juga ucapkan tahniah walaupun anda tidak menyanggah saya secara terbuka!, perbezaan pendapat itu berlaku bukan datangnya dari ASAS Rahsia Budi Suci Sejati itu sendiri tetapi ia lebih cenderung kepada Fahaman-Fahaman keAgamaan dan Kepercayaan-Kepercayaan KeIlmuan anda sahaja dan ia tidak lebih daripada itu..

Untuk post-post selepas ini persoalan-persoalan yang lebih berat akan saya kemukakan buat renungan dan kajian anda, dan kepada sesiapa yang ingin bertanya apa-apa juga soalan, anda boleh postkan message anda di dalam Blog RBSS ini dan adalah lebih baik jika anda sertakan alamat email anda sekali supaya mudah bagi saya untuk menjawap perkara-perkara yang sensitive isu-isunya, dan saya akan cuba buatkan satu email khas bagi Professor BSS dan jika nama itu tidak di gunakan oleh orang lain saya akan beritahu anda semua..

Latest and Confirmed!

email add: professor_bss@yahoo.comSekian dan Wassallam!
Profesor BSS

No comments: