Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #15

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #15

Selamat bertemu kembali dan Selamat menyambut Hari Raya Idil Adha! (20-12-2007)

KAITAN DENGAN ALAM GHAIB Bhg#1 (mukadimah)

Segmen pada kali ini saya akan cuba menyentuh mengenai apakah kaitan amalan Rahsia Budi Suci Sejati (RBSS) dengan Alam-Alam Ghaib yang terbentuk atau di ciptakan oleh ALLAH SWT.

Perkara ini teramat penting untuk di ketahui dan di pelajari oleh setiap ahli RBSS kerana pertama RBSS itu sendiri di dalam kategori Alam Ghaib dan kedua pengetahuan itu amat perlu bagi kita untuk menghadapi alam-alam tersebut di dalam kehidupan seharian kita. Tanpa mengetahui asas-asas pengetahuan mengenai Alam-Alam Ghaib ini, seperti yang saya tegaskan di dalam post-post yang lalu, kita pertama jadi bodoh dan kedua di perbodoh-podohkan oleh mahluk-mahluk lain.

Harus di ketahui dan di sadari bahawa di dalam banyak-banyak mahluk ciptaan ALLAH SWT, kita dari golongan manusialah yang di cipta dengan segala KEBIJAKSANAAN berbanding dengan mahluk-mahluk yang lain, jadi apa yang kita lakukan atau apa yang kita kerjakan (tidak kira apa juga) akan MENCERMINKAN kebijaksanaan diri kita, jika kita tidak memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan yang ingin kita kerjakan, maka pekerjaan yang tanpa ilmu itu akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan masaalah.

Oleh kerana ramai di antara ahli-ahli RBSS yang suka terlibat dengan bidang perubatan atau di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan Alam Ghaib yang lain, perkara yang ingin saya sampaikan adalah sangat penting, lupakanlah seketika siapa anda apa pekerjaan anda apa pegangan hidup anda ketika membaca segmen-segmen mengenai KAITAN DENGAN ALAM GHAIB ini, jika itu tidak dapat di lakukan maka anda tidak akan dapat menembusi dinding-dinding rahsia (hijab) di sebalik penerangan ini KERANA nafsu menguasai kita.

Untuk rujukan: "Selagi manusia di kuasai oleh NAFSU maka selagi itulah mereka TIDAK AKAN DAPAT MELIHAT TUHAN NYA DAN RAHSIA NYA atau KEMBALI KEPADANYA"

Perkara ALAM GHAIB ini bukan sekadar berada di dalam HUKUM AKAL sahaja tetapi ia menuntut lebih daripada itu, hukum akal hanya dapat "melihat" berdasarkan DALIL (sesuatu fakta penyebab) jika tidak wujud fakta penyebab itu, maka ianya di klasifikasikan sebagai "gangguan mental -fikiran" seperti istilah dari golongan Psikologist, ahli Hukum Fiqah dan ahli Tauhid (Usuluddin). (maaf ini BUKAN TUDUHAN)

Tetapi Alam Ghaib ini bukan setakat memerlukan fakta-fakta dan info-info dari sebarang buku-buku sahaja, malah ianya perlu di lihat dan di kaji melalui dari dalam sudut KEGHAIBANnya sendiri, maksudnya di sini kita perlu "masuk" ke dalam sesuatu alam ghaib itu untuk "merasai" sendiri suasana dan pandangan di "dalam"nya itu, mungkin perkara ini sukar di lakukan oleh setiap ahli RBSS atau pun sesiapa sahaja, jadi jika itu sukar maka kita pertamanya harus "banyak merujuk" kepada AL-QURAN dan pelajari setiap Ayat-Ayat yang berkaitan dengan SETIAP MAHLUK, dari Mahluk-Mahluk Manusia, Malaikat, Iblis, Jin, Binatang/Unggas, dan lain-lain lagi.

Merujuk kepada Kitab-Kitab (dari Ilmuan ISLAM) yang khusus mengumpul kepada Alam Ghaib juga amat baik untuk di jadikan panduan TETAPI kita pelajari maklumat dari AL-QURAN terlebih dahulu sebagai ASAS atau FOUNDATION, jika tidak di lakukan itu maka kita akan terpesong (akidah) dengan penulisan-penulisan dari kitab-kitab tersebut atau seperti penulisan saya ini, kerana kita harus BIJAK dan sebab apa, sebab kita Mahluk yang di cipta BIJAK!....

Di dalam segmen Alam Ghaib ini juga,sebenarnya kita tidak boleh LARI dari hakikat bahawa NAFSU juga tergolong di dalam Alam yang Ghaib, sesuatu yang tidak boleh di lihat tetapi ianya wujud..jadi sebelum saya pergi ke penghuraian-penghuraian Alam-Alam Ghaib yang akan menjadi tajuk utama, adalah lebih baik kita merenung perkara ini terlebih dahulu.

NAFSU

Sesuatu kehendak, keinginan dan kemahuan terhadap sesuatu samaada yang buruk atau yang baik, semua jenis mahluk kecuali mahluk Malaikat memiliki nafsu dan di jadikan bernafsu, nafsu adalah juga sebagai "penggerak" kepada setiap keinginan atau kemahuan yang di kehendaki oleh kita samaada di dalam diri sendiri atau pun yang bersangkutan dengan pembelajaran sesuatu ilmu pengetahuan..

Sebagai contoh umum (buat renungan bersama sahaja), jika kita mempelajari RBSS dan kita ikuti segala pengajaran di dalamnya sehingga kita ini tekun mengamalkannya, perkara pertama yang kita akan nampak ialah fizikal lahiriah kita akan sehat, mantap dan sasa..ini adalah kerana kita banyak melakukan latihan-latihan berjurus yang menghendaki kita mengerah kudrat sehingga berpeluh-peluh, proses ini akan menghapuskan segala lemak-lemak yang berlebihan dan yang tidak di perlukan oleh tubuh kita, fikiran kita juga jadi tenang dan lapang, keyakinan kita juga akan bertambah kuat dan mantap.

Tetapi jika kita meninggalkan latihan berjurus ini, kita mulai jadi malas dan lemak-lemak akan mula tumbuh dan tersimpan, kita akan jadi berisi dan gemuk kerana Nafsu Malas menguasai diri kita, jadi ahli RBSS yang sangat aktif mereka susah hendak jadi gemuk atau berisi terkecuali jika genetik mereka dari keturunan gemuk-gemuk (itu bab lain), begitu juga dari sudut keagamaan ISLAM, jika kita menjadi seorang ISLAM yang TAAT mengikuti segala ajaran-ajaran ISLAM, maka kita dengan sendirinya akan banyak mengerjakan amal-amal ibadat dengan bersunguh-sungguh, dan tubuh badan kita juga akan menjadi sehat, mantap serta sasa juga, kerana banyak amalan sembahyang fardhu dan sunat termasuk jenis-jenis puasa sunat yang lain..tetapi jika kita sebagai ISLAM ini montel-montel, gemuk-gemuk atau sehat-sehat sangat itu bermakna kita tidak sangat menuruti ajaran ISLAM.

Disini dua perkara, pertama sebagai seorang ahli RBSS dan sebagai seorang ISLAM, jika kita seperti yang saya sebutkan tadi sebagai montel-montel, gemuk-gemuk atau sehat-sehat sangat itu bermakna apa???, itu bermakna kita di kuasai oleh NAFSU, nafsu apa???, itu di katakan NAFSU MAKAN!!!, kita lebih cenderung untuk mengikuti jadual waktu makan, bila kena makan, nak makan apa, nak makan di mana dan dengan siapa....jadual makan ini di kawal oleh NAFSU sehingga kita mengabaikan jadual yang lain atau jenis NAFSU yang lain untuk kita beramal, berjurus dan sebagainya,NAFSU MAKAN ini untuk dia terus berkuasa dia akan menolak atau membunuh jenis-jenis NAFSU yang lain dan akan membuat Virusnya sendiri iaitu NAFSU MALAS untuk mengerjakan Nafsu-Nafsu yang baik supaya dia dapat makan!

Itu sebabnya Nabi Muhammada SAW sendiri berpesan bahawa "makanlah ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang", ini membawa maksud bahawa jika kita kekenyangan Virus Nafsu Malas akan wujud dan beroperasi di dalam tubuh kita ini, perkara-perkara seperti ini lah yang menyebabkan kita malas berjurus, malas beramal ibadat dan segala macam malas lagi dan akhirnya kita akan menjadi lemah dari segi pertahanan diri yang akan kekurangan "Power dan Pahala"...

Jadi kalau kita nampak ada ahli RBSS yang dulunya sehat dan sasa, sekarang jadi tak sehat dan montel itu bermakna apa???, maknanya dia sudah lama tidak aktif berjurus!!!, begitu juga dengan Alim-Alim Ulama, Ahli-Ahli Agama atau Solehin-Soleha., jika sekarang berubah "patern" itu bermakna mereka sudah "kurang" mengerjakan "kerja-kerja" ISLAM dan dah mula banyak makan!!!....dah terkena Virus MALAS.

Virus MALAS di terbitkan oleh NAFSU MAKAN, Nafsu Makan adalah Virus yang di terbitkan oleh NAFSU KESYAITANAN yang pula di terbitkan oleh IBU NAFSU kita sendiri iaitu AKAL, di mana Akal ini pula "boleh" di kawal oleh Mahluk Iblis untuk melemahkan dan menakluki mahluk Manusia supaya sama-sama Mendurhaka kepada ALLAH SWT...

Tidak releven dengan RBSS??? mungkin anda betul tetapi anda silap, cuba ingat kembali RBSS adalah ILMU KETUHANAN ia merangkum segala jenis ILMU yang ada di ciptakan oleh TUHAN, samaada kita suka ataupun tidak ianya berlaku seperti itu, jadi sebagai mahluk manusia yang di ciptakan BIJAK maka kita perlu ambil tahu perkara-perkara sebegini agar hidup kita ini lebih bermakna dari sudut kemanusiaan itu sendiri, bukan bermakna untuk mempelajari mengenai Nafsu-Nafsi ini ini hanya perlu belajar di dalam pelajaran Agama sahaja atau di sekolah sahaja tetapi kita perlu belajarnya di seiap hari dari dalam diri sendiri, lebih-lebih lagi kita telah mengetahui dan memperolehi "RahsiaKu" ini.

Itu lah dari salah satu sebabnya saya membuka lelaman Blog mengenai RBSS, supaya pengetahuan-pengetahuan sedemikian dapat di baca dan di pelajari oleh semua pembaca amnya dan ahli RBSS khususnya, dengan ini harus di ketahui bahawa penulisan di dalam Blog RBSS ini akan "terbuka luas" topik-topiknya kepada tajuk-tajuk yang tidak terlintas di fikiran anda bahawasanya "itu" berada di dalam pelajaran RBSS!

Oleh yang demikian, ikutilah penulisan-penulisan seterusnya melalui Blog RBSS ini yang saya sendiri tidak tahu di manakah penghujungnya...

Kepada penghantar-penghantar email dan komen-komen, terima kaseh kerana menyokong Blog RBSS ini semoga segala yang di tulis (mana yang baik) dapat di jadikan panduan dan pengetahuan mengharungi kehidupan ini sebagai ahli RBSS!

Jumpa lagi di post yang lain

Wassallam!

Professor BSS

No comments: