Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #16

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #16

Tajuk ALAM GHAIB Bhg #2 segmen Iblis/Jin.

Mahluk Iblis hanya di cipta satu (1) oleh ALLAH SWT dan dia di cipta dari API YANG MURNI berbeza sedikit dengan Mahluk Jin yang di cipta dari API sahaja.

Penciptaan Iblis oleh ALLAH SWT adalah untuk "mencerminkan" bahawasanya ALLAH itu MAHA BIJAKSANA, lalu ALLAH memberikan Iblis kebijaksaan yang luar biasa tidak seperti Mahluk Malaikat ataupun Mahluk Jin, oleh kerana Malaikat tidak di beri kebijaksanaan seperti Iblis tetapi di berikan KETAATAN, maka ALLAH melantik Iblis menjadi Ketua segala Malaikat yang menjalankan "segala urusan-urusan" ALLAH SWT. (cerita ini sebelum berlaku penciptaan Mahluk Manusia)

Manakala Mahluk Jin yang di jadikan daripada API itu hidup beranak-pinak, berkeluarga, berketurunan dan mempunyai pelbagai spesis serta rupa bentuk, mereka mendiami ruang-ruang di angkasa-raya, planet-planet, di bumi seperti yang hidup di atas tanah, dalam tanah, dalam/atas laut, sungai atau air dan sebagainya lagi. Mahluk Jin yang pelbagai ini adalah Mahluk atau Kaum pertama yang di ciptakan oleh ALLAH SWT untuk "Menyembah ALLAH", berbeza dengan Mahluk Iblis dan malaikat yang di cipta untuk "bekerja" menjalankan segala urusan" ALLAH SWT.

Pada peringkat permulaannya, di antara Iblis dan Jin tiada kaitan langsung kerana pada mulanya Iblis "bertugas" dengan ALLAH manakala Jin pula kaum yang di hidupkan menyembah ALLAH..,jadi setelah peristiwa penciptaan ADAM maka episod Iblis di keluarkan dari SYURGA bermula (bacalah dari kitab-kitab yan sahih)..Di sinilah titik permulaan pekerjaan Iblis yang pada mulanya "bekerja untuk menjalankan segala urusan ALLAH" kepada "bekerja sendiri untuk menjahanamkan Mahluk Manusia supay Ingkar kepada ALLAH".

Oleh kerana itu permintaan Iblis sebelum kekal di dalam API NERAKA, maka ALLAH perkenankan permintaan Iblis dengan "menyertakan mahluk-mahluk dari kaum Jin yang ingkarkan perintah-perintah ALLAH SWT", jadi dari pangkat sebagai Ketua Malaikat maka kini Iblis menjadi Ketua Jin yang ingkar!


Harus di fahami di sini bahawa perkataan "SYAITAN" bukan ia bermakna ianya Iblis atau Jin, dari segi bahasa ianya merujuk kepada sesuatu mahluk "YANG INGKAR PERINTAH TUHAN", dan tidak terkecuali Mahluk manusia, tetapi oleh kerana kebiasaan orang-orang kita merujuk "Syaitan" kapada Iblis dan Jin sahaja.

Lalu Iblis yang di ciptakan sebagai mahluk yang Bijaksana telah mempergunakan kebijaksanaannya itu untuk menghasut manusia melakukan pekerjaan-pekerjaan yang di LARANG OLEH ALLAH SWT dengan "kerjasama dan bantuan" Jin-Jin, yang mana Jin-Jin ini tidak sebijak Iblis.

Nisbah Mahluk Jin dengan Mahluk Manusia adalah dengan ratio 9-1 atau setiap satu (1) Manusia ada sembilan (9) Jin..Kelebihan kaum Jin daripada Mahluk Manusia ialah pertama mereka telah di wujudkan terlebih dahulu dan lebih dahulu "menerokai" segala Alam-Alam ciptaan ALLAH SWT, kedua pembangunan tamadun mereka lebih canggih dan lebih "advance" berbanding dengan manusia, di mana kaum manusia baharu bermula membina tamadun mereka sendiri.

Jadi tidak menghairankan jika kita "dapat" melihat "dunia" kaum Jin ini sangat "berteknologi tinggi", tidak salah seperti yang di paparkan oleh masyarakat barat mengenai UFO di pelbagai media mereka, kebanyakan Jin-Jin yang tinggal di Bumi bersama-sama dengan Mahluk Manusia adalah dari kaum yang "rendah teknologi", yang rendah IQ (bodoh), yang buruk rupa, atau yang tidak mahukan teknologi (macam orang-orang asli pribumi) dan yang menganut Agama ISLAM di sebabkan ramai kaum manusia yang beragama ISLAM.

Adapun nama-nama seperti Hantu, Syaitan, Polong, Pontinak, Langsuir, Penunggu, Toyol, atau Hantu Pokok, Hantu laut, Hantu Bukit, Hantu Rumah atau APA JUGA istilah yang di katakan HANTU, semua itu ADALAH dari Kaum JIN yang menduduki di Bumi ALLAH ini. Mereka ini ada yang boleh di suruh-suruh, boleh di jadikan kawan, teman, suami - isteri atau apa juga yang di kehendaki oleh manusia, kerana Jin yang ada di bumi "kurang IQnya" tidak seperti yang di planet-planet lain atau yang di angkasa-raya, mereka lebih berIQ tinggi dan berteknologi tinggi.

Kaum Jin ini adalah kurang arif mengenai kejadian manusia tetapi Iblis memainkan peranan dengan memberitahu atau arahan bagaimana untuk menghancurkan manusia, selalunya mereka (iblis/Jin) tidak membunuh manusia tetapi MISI mereka adalah untuk mengajar manusia membuat kerja-kerja yang di larang oleh ALLAH SWT, Iblis dengan kebijaksanaan yang di miliki "boleh" melihat segala "kelemahan" yang di miliki seseorang manusia dan dari situ ia bekerja untuk mengerjakannya.

Harus di ketahui suatu fakta di sini, pertama Iblis tidak memasuki tubuh manusia tetapi yang selalu memasuki tubuh manusia adalah dari kaum Jin, kaum Jin bukan sahaja boleh memasuki tubuh badan manusia tetapi ia boleh meresap ke dalam pembuluh darah manusia..itulah sifat kejadian Jin yang boleh mengecil sehingga sebesar atom, mereka berbuat demikian mengikut arahan daripada Iblis untuk melaksanakan sesuatu misi mereka.


Harus di sadari di sini, Mahluk Manusia itu yang ada dua (2) komponen penting yakni Roh dan Jasad hanya "terikat" dengan NAFAS sahaja (rujuk di post yang lalu), bermakna bukan sepenuh masanya Roh manusia akan duduk melekat pada tubuh badan, selalunya Roh itu berligar-ligar di sekeliling Jasad, ini yang membolehkan Jin memasuki tubuh badan manusia..

Ada pendapat yang mengatakan apabila sesuatu Jin masuk ke dalam tubuh manusia, Jin itu akan kekal mengikut rupa bentuk mereka yang asal, ini adalah satu pendapat yang tidak tepat!, Jin memasuki tubuh badan manusia dengan mengubah diri mereka dari bentuk mereka yang asal, mereka merubah diri menjadi seperti udara, air, cecair, kuman-kuman atau ketulan asap dan api untuk meresapi manusia lalu cuba mengambil-alih sistem pertahanan diri manusia dengan merosakkannya, jika itu berlaku kita akan menjadi sakit (pelbagai penyakit) tidak mantap fikiran kerana sakit..setelah itu Iblis pula datang dengan "offer yang baik-baik" supaya pada ketika kita "sakit atau terganggu" itu, kita akan menuruti kehendak mereka (iblis dan Jin)

Akan tetapi bukan semua penyakit di sebabkan oleh Iblis dan Jin, ada penyakit yang di turunkan oleh ALLAH SWT melalui Malaikatnya kerana kita (manusia) menjalani "proses" menghapuskan Dosa-Dosa dan Dosa (yang kecil-kecil) di hapuskan melalui cara ini (sakit).

Pada HAKIKAT YANG SEBENAR-BENARNYA , semua kaum Jin dan Iblis amat takut kepada Mahluk Manusia, mereka takutkan manusia kerana CAHAYA BUDI yang ada pada kita (bagi yang telah mengetahui dan memliliki) boleh merosakkan dan menjahanamkan atau membunuh mereka (jin sahaja bukan Iblis kerana Iblis tidak boleh mati sebelum Kiamat), bagi ahli-ahli RBSS yang "aktif", amat sukar kaum Jin untuk mendekati atau memasuki tubuh kita kecuali ketika kita (manusia berRBSS) sedang dalam keadaan "MARAH atau ZALIM", itulah sahaja peluang yang mereka ada..kerana sebab itulah Iblis tidak suka kita mengetahui dan memiliki RBSS!, jadi di buatnya Virus MALAS JURUS.

Sebenarnya juga, Iblis dan kaum Jin ini tidak takut apabila di baca Ayat-Ayat Suci Al-QURAN kerana Iblis itu sendiri amat faseh mengenai AL-QURAN dan faseh membacanya, yang takut hanya kaum Jin-Jin yang "setengah" masak nak jadi terror sahaja!, itulah punca nya bila kita lihat ada penyakit-penyakit yang berkenaan dengan "Resapan Jin" apabila ada Ilmuan ISLAM membacakan Ayay-Ayat Suci mereka buat "derk aje" malah ada yang ketawakan mereka.

Ada juga ahli RBSS yang kena ketawakan juga oleh Jin apabila nak cuba-cuba jadi DocMoh!, sebabnya senang sahaja, sebab Iblis ataupun Jin itu tahu yang ahli RBSS itu belum menguasai Ilmu Kasyaf atau Ilmu Melihat menggunakan Mata Hati!...jika seseorang ahli RBSS itu Kasyaf maka cara mereka berhadapan dengan kes-kes begini "berbeza" dengan ahli RBSS biasa dan Iblis atau Jin itu apabila mereka tahu yang datang itu boleh melihat mereka, mereka tidak akan tunggu lama di situ, samaada cabut lari dengan segera atau pura-pura menjadi "mahluk-Mahluk yang baik-baik", ini adalah kerana bagi ahli RBSS yang Kasyaf dan berpengalaman di dalam menangani kes sebegini, selalunya mereka tidak tunggu lama untuk betindak, tidak ada sesi soal jawap tanya menanya atau tolak ansur, mereka datang terus cekup, bunuh dan masuk terus ke Api Neraka, tidak payah selidik seladan buat sahaja, tak sampai 2-3 minit settle!!!, jika yang di cekup itu malaikat ke wali-wali ke mereka takkan sampai ke Api Neraka, tetapi ada ke malaikat-malaikat atau wali-wali yang menyakitkan dan merosakkan manusia???.......fikir-fikirkanlah sendiri...(bab cekup mencekup atau tangkap-menangkap akan saya jelaskan di post yang lain nanti)

Berbalik kepada Iblis dan kaum Jin ini, mereka sukakan orang-orang yang lalaikan perintah ISLAM, jika berRBSS yang malas-malas berjurus, yang suka marah, yang suka merungut tak cukup itu tak cukup ini, yang suka cemburukan kejayaan orang lain, yang mencuri, yang merogol, yang membunuh, yang tamakkan harta, yang kedekut-kikir, yang makan riba, yang berkuasa tetapi tidak ikut landasan ISLAM, ketua yang zalim tidak amanah dan sebagainya lagi, dan kanak-kanak dan kaum perempuan tergolong yang paling mudah di masuki oleh Jin ini serta para Alim Ulama yang menjatuhkan hukum-hakam.

Kepada ahli RBSS, bukan Iblis dan kaum Jin tidak boleh goda mereka...Boleh!, tetapi itu hanya kepada ahli RBSS yang kurang mendalami Apa Itu Rahsia Budi Suci Sejati yang sebenar-benarnya, bagi yang 10-90, 20-80, 30-70, 40-60, 50-50, 60-40, 70-30, 80-20, 90-10 atau 95-5 juga maseh tertakluk kepada godaan Iblis dan Jin, Ingat kembali Iblis adalah Mahluk yang di jadikan Bijaksana, Jin tidak dan Manusia pula BerIlmu Pengetahuan Tinggi sahaja, tetapi kurang bijaksana kerana ada NAFSU-NAFSI, cara untuk mengawalnya hanya satu, rajin-rajin lah Berjurus dan membina CAHAYA BUDI itu, niscaya kita terhindar daripada godaannya....Kita kalau nak lawan Iblis bukan dengan Ilmu tetapi dengan Bijaksana juga, nak bijaksana macam mana???, yelah kita mesti bijak MENGGUNAKAN apa yang kita ada dan apa yang kita miliki ini, kalau tidak bijak menggunakan samalah dengan orang yang bodoh, contohnya kalau nak makan buah rambutan yang masak di pokok, jolok atau panjat untuk memetik buahnya bukan di tebang pokok itu kalau nak makan buah!!!!....

Begitulah serba sedikit mengenai Iblis dan Jin, jika mahu di tulis kesemuanya rasa tidak mampu kerana terlampau banyak infonya, yang penting kita tahu menilai siapa itu Iblis siapa itu Jin dan siapa itu manusia....

Sampai di sini dahulu dan bersambung di lain post!

Wasallam!

Professor BSS

No comments: