Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #17 - ALAM GHAIB Bhg #3

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #17 - ALAM GHAIB Bhg #3

MAHLUK MALAIKAT

Mahluk Malaikat di ciptakan oleh ALLAH SWT dari CAHAYA, Mahluk Malaikat tidak mempunyai jantina, tidak boleh beranak atau berketurunan seperti mahluk jin dan Manusia.

Mahluk Malaikat ini di ciptakan tanpa adanya NAFSU atau pun PERASAAN tetapi mereka boleh menilai dan berfikir mengikut kejadian mereka.,kesemua Mahluk malaikat ini di jadikan oleh ALLAH SWT untuk "bekerja" di dalam Pentadbiran ALLAH yang memerintah kesemua Alam-Alam dan Mahluk-Mahluk ciptaanNya.

Di dalam AL-QURAN, HADITH-HADITH serta Kitab-Kitab ISLAM ada banyak menyebut perihal Mahluk Malaikat ini (sila rujuk kepada itu semua) yang HANYA BEKERJA dan MENERIMA PERINTAH DARI ALLAH SWT SAHAJA.

Jika ada orang yang mengatakan bahawa mereka "Boleh memerintah" Mahluk Malaikat ini maka itu adalah BIDA'AH!, kerana Mahluk Malaikat ini di ciptakan sangat TAAT KEPADA ALLAH dan tidak akan menerima perintah dari sesiapa kecuali ALLAH SWT.

Itu sebabnya, Mahluk Malaikat ini di jadikan sebagai "Pekerja" di dalam Pusat Pemerintahan ALLAH, mereka tergolong di dalam pelbagai kategori, ada yang tergolong di dalam Malaikat LAILLAHAILLALLAH, dalam SUBHANALLAH, dalam ALHAMDULILLAH dan berbagai lagi kategori, dan di dalam setiap kategori mereka melalukan sesuatu tugas dan tanggungjawap yang berbeza.

Manakala Malaikat yang tergolong di dalam golongan Elite/Utama seperti Malaikat JIBRAIL, ISRAFIL, ISRAIL , MALIK, REDDUAN dan yang lainnya memikul tugas dan tanggungjawap yang lebih besar daripada yang lainnya, mereka tidak langsung terdengar menerima perintah daripada Iblis, Jin ataupun Manusia..

Cuba bayangkan, di dalam tubuh seorang Mahluk Manusia sahaja ADA Tujuh Puluh Ribu Malaikat (70,000,00) yang bekerja mengatur segala sistem di dalam tubuh manusia, Malaikat jenis ini adalah sangat kecil dan halus, dan sentiasa TAAT menjalankan tugas dan tanggungjawap mereka sehingga seseorang manusia itu mati, ini bermakna di setiap bulu roma pada tubuh kita ada satu (1) Malaikat yang bekerja menjaganya, untuk dua (2) kelopak mata ada dua (2) Malaikat dan seterusnya, tetapi manusia tidak menyadari perkara itu berlaku di dalam sistem tubuh badan mereka.

Itu sebabnya ALLAH SWT meminta setiap Mahluk Jin dan Manusia agar meminta kepadaNya apa juga kehendak atau permohonan, bukan pada Malaikat-malaikat kerana Mahluk Malaikat itu TIDAK MELAYAN LANGSUNG permintaan kita, mereka hanya menjalankan tugas untuk ALLAH sahaja, sedangkan untuk Doa-Doa yang kita pohonkan kepada ALLAH ada Malaikat yang di tugaskan "membawa" Doa-Doa itu kepada ALLAH SWT.

Saya menerangkan HAKIKAT MALAIKAT ini kerana ada golongan yang tertentu yang menggunakan ILMU MALAIKAT (anggapan mereka) untuk memperkuat Ilmu Kebathinan mereka, juga ada segelintir ahli-ahli RBSS yang beranggapan mereka boleh menggunakan khidmat Malaikat terhadap kerja-kerja yang mereka..,golongan ahli RBSS ini yang cenderung kepada "Permainan Gerak dan Bidang Perubatan", kononnya mereka ingin "menyimpan tenaga Budi" mereka dan gunakan khidmat Malaikat..Ini adalah satu anggapan atau kepercayaan yang "Songsang", Bida'ah dan terkeluar dari landasan Prinsip RBSS dan Ilmu Ketuhanan!

Kepada ahli-ahli RBSS yang berkeyakinan bahawa Mahluk malaikat itu boleh di gunakan sebagai "orang suruhan", anda berbaliklah kepada landasan sebenar RBSS, baca dan amati kesemua penerangan-penerangan mengenai RBSS di dalam Blog RBSS ini, jangan terpedaya dengan kebijaksanaan IBLIS, yang datang kepada anda sebagai Malaikat itu adalah IBLIS!!!, kerana Iblis suka mengambil kesempatan dari kebodohan Mahluk Manusia yang tidak mahu menggunakan AKAL mereka, CAHAYA mereka dan KEBIJAKSANAAN mereka.

Harus di sadari bahawa walaupun kekuatan Rahsia Budi Suci Sejati itu KUAT, HEBAT dan TIDAK DAPAT di tandingi oleh IBLIS, tetapi Iblis maseh mampu menipu kita hanya dengan merubah atau menyerupai sesiapa sahaja yang kita yakini...begitu mudahnya kerja Iblis ini.

Di dalam hal tersebut para Malaikat yang bekerja di dalam tubuh badan manusia tidak akan berbuat apa-apa pun kerana sibuk dan taat dengan tugas-tugas mereka, dan masaalah di tipu oleh Iblis adalah bukan masaalah Malaikat tetapi itu masaalah kita sendiri, walaupun kesemua Malaikat itu tahu dan nampak hakikat yang sebenar-benarnya...

Sebagai Ahli RBSS yang sebenar-benarnya, kita HANYA BOLEH bermohon kepada ALLAH SWT untuk MERUBAH SESUATU itu dan HARUS MENDAPAT KEIZINAN DARI ALLAH SWT terlebih dahulu, seperti untuk (contoh) mengalihkan penurunan HUJAN dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan Tenaga RBSS, kita perlu minta dari ALLAH, bukan memerintahkan Malaikat yang menjaga Awan/Hujan itu mengalihkan Awan!...yang sebetulnya bukan kita menyuruh Malaikat penjaga Awan/Hujan tetapi gunakan Tenaga RBSS kita dan ALIHKAN AWAN/HUJAN itu ketempat yang lain!!!!....itu baharu di katakan kita "TERUS atau LANGSUNG" berhubungan dengan ALLAH SWT...

Ada banyak lagi perkara-perkara seperti itu perlu kita ambil kira dan perhitungkan, kerana sebab-sebab yang remeh ini lah yang akan menambah Dosa-Dosa kita terhadap ALLAH SWT, di mana dosa-dosa itu di lakukan kerana tanpa Ilmu Pengetahuan yang mencukupi, kata orang sekarang main "Gasak Buta Aje"...

Banyak lagi cerita-cerita mengenai Mahluk Malaikat yang kita tidak ketahui, tetapi adalah lebih sempurna jika kita dapat "melihat" mereka (malaikat) melalui PancaIndera (keistmewaan) kita sendiri siapakah mereka, bagaimana rupa bentuk mereka dan apakah tugas-tugas mereka.., anda mampu melakukan itu jika anda telah berjaya memiliki PancaIndera tersebut (ini tidak mustahil) yang penting kita mesti YAKIN pada apa yang kita miliki ini (RahsiaKu ini)

Baiklah...untuk setakat ini huraian mengenai Mahluk Malaikat(nak ikutkan ada banyak lagi perkara) dan di harap ia menjadi satu panduan kepada anda semua Ahli-Ahli RBSS...di post selanjutnya akan saya sentuh mengenai para WALI-WALI ALLAH..

Wassallam!

Professor BSS

No comments: