Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #18


RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #18

ALAM GHAIB Bhg #4 - WALI-WALI

Perihal WALI-WALI ini banyak yang bercanggah pendapat dan keyakinan mengenainya, tetapi di dalam post kali ini saya akan bawa pemikiran anda semua untuk menerokai ALAM WALI-WALI ini seterang yang mungkin, semoga segala huraian mengenai WALI-WALI ini akan dapat membantu membangkitkan suatu Pengetahuan yang lebih membantu untuk mengenali WALI-WALI ini.

Di dalam ISLAM para WALI-WALI ini sememangnya WUJUD, tetapi persoalannya di sini:-

· Siapakah asal mereka?

· Bagaimana mereka mencapai taraf Wali-Wali?

· Adakah mereka itu mati?

· Apakah martabat mereka?

· Apakah tugas-tugas mereka selepas menjadi Wali-Wali?

· Bolehkah mereka berhubung dengan yang maseh hidup?

· Bolehkah kita yang hidup menghubungi mereka?

· Bolehkah kita menggunakan khidmat mereka?

Jadi begitulah segelintir dari persoalan-persoalan yang perlu kita ketahui mengenai para Wali-Wali ini sebelum kita menguatkan sebarang keyakinan mengenainya.,ini adalah kerana ramai di antara Mahluk manusia tidak kira siapa mereka, Ahli RBSS ke, Ahli Ilmu Kebathinan ke, Para Ilmuan ISLAM ke, Ulama-Ulama ke atau Ustadz-Ustadz, ramai yang tersalah anggap dan tersilap tafsiran mengenai para Wali-Wali ini, kenapa jadi begitu???...ikuti huraian seterusnya ini...

Sebagai permulaan mari kita pelajari bagaimana para wali ini menjadi wali-wali.

Para Wali-Wali ini wujud atau terjadi di dalam Amalan Ilmu Tassawuf (Ahli Suffah/Suffi)di mana di dalam Ajaran Imu Tassawuf ini di ajarkan kepada kita cara-cara bagaimana untuk membersihkan "Hati" kita ini dari Sifat-Sifat yang Terkeji kepada Sfat-Sifat yang Terpuji.

Manakala tempat Sifat-Sifat Terkeji itu adalah duduknya di Tujuh (7) tempat (jasmaniah):-

1. Pada Mata kita

2. Pada Hidung kita

3. Pada Mulut kita

4. Pada Telinga Kita

5. Pada Perut / Kemaluan kita

6. Pada Kedua Tangan kita

7. Pada Kedua Kaki Kita

Pada tujuh (7) tempat ini lah yang menjadi NADI PEMBUAT DOSA-DOSA oleh Mahluk Manusia, manakala Dosa-Dosa itulah yang menjadi Dinding atau Hijab di antara kita dengan TUHAN YANG MAHA ESA, menurut Ajaran Ilmu Tassawuf untuk seseorang manusia bertemu TUHAN, maka kita perlu menghapuskan dan membersihkan segala Dosa-Dosa yang ada di tempat-tempat yang di sebutkan itu dengan cara melakukan Zikir-Zikir yang terpilih (datangnya dari Ajaran Nabi Besar Kita juga) untuk menerbitkan Tujuh (7) lagi Sifat-Sifat yang Terpuji seperti kedudukannya berikut:-

(Nota:- saya bukan datangnya dari Ilmu Tassawuf atau murid Ilmu Tassawuf)

1. Latifatul Qalby - berhubungan dengan jantung jasmani

2. Latifatul Roh - letaknya dua jari di bawah susu kanan

3. Latifatul Sirri - letaknya dua jari di di atas susu kiri

4. Latifatul Khafi - letaknya du jari di atas susu kanan

5. LATIFATUL Akhfa - letaknya di tengah dada berhubungan empedu jasmani

6. Latifatul Nafsun Natiiqa - letaknya di antara dua kening

7. Latiftul Kullu Jasad - Seluruh Jasmani kita

Di sinilah tempat-tempatnya segala dosa-dosa itu bermula dengan menggunakan tujuh (7) anggota di atas, dan di sebalik tujuh (7) Latifah-Latifah ini lah tersembunyi Segala Sifat-Sifat yang Terpuji.

Menurut Ajaran Ilmu Tassawuf, jika kita melakukan zikir-zikir seperti yang telah di tetapkan dan melakukannya dengan tekun maka di akhirnya nanti segala dosa-dosa itu akan terhapus, di mana di dalam proses ini Cahaya dari ALLAH akan datang menyelubungi diri kita, di dalam proses ini berlaku, maka tubuh badan atau Jasmaniah kita akan "LEBUR DI DALAM CAHAYA NYA ITU" dan kita di katakan sebagai "FANA", di mana FANA ini adalah keleburan jasmani di dalam Cahaya ALLAH dan kita hidup di dalam CahayaNya itu tanpa menggunakan JASAD lagi..Peringkat ini kita di martabatkan oleh ALLAH SWT sebagai WALIULLAH atau Wali ALLAH kerana berjaya menghapuskan dosa-dosa seaktu kita hidup dan sebelum menemui mati., dan mereka tidak mati dan jasad tidak di kebumikan di dalam tanah.

Menurut sumber-sumber Ajaran Ilmu Tassawuf, untuk melakukan zikir-zikir pembersihan dosa-dosa ini seseorang itu hampir-hampir berzikir untuk selama 40 tahun lamanya di samping menghindarkan diri daripada melakukan dosa-dosa yang baharu, baharulah mereka mencapai taraf FANA, dan menurut sumber tersebut juga ianya berlaku di zaman permulaan ISLAM berkembang sahaja dan sukar di lakukan pada zaman-zaman seterusnya kerana kemajuan tamadun dan ekonomi..

Jadi di sini, orang-orang yang mencapai Taraf sebagai WALI ALLAH ini adalah orang-orang yang FANA atau yang Menerima CAHAYA ALLAH sewaktu ianya HIDUP SAHAJA dan BUKAN MATI dan DI TANAM JASAD mereka ke dalam BUMI...Manakala yang menemui ajal sebelum mereka berjaya mandapatkan CahayaNya itu dan mati serta di kebumikan, mereka ini di kategorikan sebagai Wali Kecil sahaja.

Beza di antara WALI ALLAH dengan WALI KECIL.

WALI ALLAH setelah berjaya FANA, mereka di angkat Martabatnya di sisi ALLAH dan di sertakan dengan Para Malaikat bertugas untuk mengajak manusia ke jalan kebaikan, mereka akan datang kepada kita dengan membisikkan kata-kata keimanan kepada ALLAH dan melarang dan menegah kita melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan ajaran ISLAM, mereka tidak menerima perintah manusia selain daripada perintah dari ALLAH SWT sama seperti Malaikat, mereka berkuasa dan di beri kuasa untuk melakukan apa sahaja di dalam menjalankan tugas-tugas yang di berikan oleh ALLAH.

Berbeza dengan WALI KECIL, keramah mereka hanya berlaku semasa mereka itu hidup sahaja an sesudah mereka itu mati dan di kebumikan, mereka tidak ada lagi keramah dan mereka terus ke ALAM BARZAH DAN KEKAL di situ sehingga hari KIAMAT, meraka tidak boleh lagi keluar dari Alam Barzah atau datang ke Alam Manusia biasa lagi, jika di bolehkan pun hanya di dalam bulan RAMADHAN sahaja, sama seperti Roh-Roh yang lainnya.

Oleh yang demikian jika ada orang-orang yang mengatakan mereka menggunakan atau bersahabat dengan para Keramah-Keramah ISLAM (dikatakan Wali-Wali) yang pastinya telah mati dan di kebumikan di dalam liang lahad, pendapat itu adalah juga satu BIDA'AH dan tidak benar sama sekali, cuba anda semak para-para Wali-Wali yang anda ketahui atau yang famous di kalangan Umat ISLAM, adakah mereka itu melalui proses mati dan di kebumikan, jika jawapannya "YA" maka mereka telah berada di ALAM BARZAH dan tertakluk terhadap peraturan Alam Barzah yang tidak lagi bercampur atau berhubungan dengan Alam kita ini.

Jadi jika nama-nama seperti Panglima Hitam, Sheikh Abdul Kader Jailani, Hang Tuah, Wali-Wali Songo, Sheikh Subandari dan berbagai nama wali-wali tersohor di dalam sejarah ISLAM di guna pakai oleh ahli-ahli RBSS atau oleh kumpulan-kumpulan Ilmu Kebathinan yang lain atau para pengamal-pengamal keilmuan paranormal, bomoh-bomoh, dukun-dukun, pawang-pawang di dalam proses keilmuan mereka, adakah yang datang kepada mereka itu benar-benar wali-wali tersebut????, jika bukan wali-wali tersebut yang datang kerana telah berbeza Alam maka siapa yang datang kepada mereka????, Malaikatkah atau Ibliskah????

Harus di ingatkan kembali di sini, WALI ALLAH yang melalui proses FANA juga adalah BEBAS dari perintah manusia kerana mereka seperti Malaikat dan mereka TIDAK AKAN LAGI MELAKUKAN KERJA-KERJA BODOH seperti yang di kehendaki oleh manusia, WALI-WALI KECIL juga telah pergi KERAHMAHTULLAH dan telah berbeza ALAM dengan manusia biasa, tidak ada lagi meninggalkan apa-apa Keramat selain dari kebaikan-kebaikan yang menjurus dengan kehendak ISLAM.

Oleh yang demikian saya menyeru kepada semua ahli-ahli RBSS yang pada masa kini maseh lagi beranggapan maseh berhubungan dengan taraf Wali-wali ini supaya menghentikan perbuatan atau pekerjaan ini dengan segera KERANA yang datang kepada anda itu bukanlah di katakan Wali-Wali TETAPI itu adalah IBLIS dan JIN-JIN yang bersekutu dengan Iblis!!!!, dengarlah nasihat saya ini....

Ianya terkecuali kepada ahli-ahli RBSS yang telah memperolehi KeIstimewaan PancaIndera yang telah boleh melihat segala mahluk-mahluk di Alam Ghaib, kerana bagi ahli-ahli yang seperti itu akan dapat "mengenal" mana satukah Iblis yang menyerupai orang lain atau para Wali-Wali ALLAH ataupun para Malaikat dengan Mahluk yang sebenar-benarnya, jika belum sampai ke tahap itu janganlah berani-berani menceburi bidang ini, ya saya tahu RBSS itu tidak ada pantang larangnya TETAPI perbuatan anda itu telah menjerumuskan diri anda kearah SYIRIK/KUFUR atau MURTAD dan API NERAKA adalah IMBUHANnya, oleh yang demikian pelajarilah sesuatu itu dengan teliti sebelum kita melakukannya.

Sampai di sini dahulu segmen Wali-Wali ini semoga anda telah memperoleh sesuatu kebenaran dan dapat memperbaiki mana-mana kesilapan tafsiran..

Wassallam!
Professor BSS

No comments: