Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #8

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #8

- INFO KHAS

Ini adalah informasi khas kepada semua ahli-ahli RAHSIA BUDI SUCI SEJATI (RBSS), jika anda mengikuti Blog khusus ini yang di tulis dan di postkan oleh Professor BSS iaitu saya sendiri, sayugia di umumkan bahawa penulisan atau rungkaian mengenai RBSS adalah di sengajakan tidak tersusun mengikut korikulum pelajarannya.

Ini adalah kerana penulisan Blog ini menjurus kepada sesuatu subjek yang ingin di perkatakan atau yang ingin di ketengahkan oleh saya mengikut sesuatu keperluan, Blog ini bukan di tulis untuk di jadikan sebuah ebook RBSS yang akan di guna-pakai di mana-mana Persatuan RBSS, ia hanyalah sebagai "Another Alternative Information" melalui Media Internet.

Saya adalah seperti anda semua juga seorang ahli RBSS (maaf kepada yang bukan ahli RBSS), saya menganggap tugas menulis Blog khusus ini sebagai "Suatu Amanah" dari segi Tanggung-jawap Moral, kerana saya menyokong usaha anda untuk mempelajari RBSS dari sudut yang lebih luas lagi, tetapi saya tidak akan menulis bagaimana cara-cara untuk menggunakan RBSS kerana itu sesuatu yang tidak bertulis, di ibaratkan anda di berikan sepuluh (10) jenis bilah pisau dan terpulanglah kepada anda untuk mengenal pasti pisau nombor berapa untuk di gunakan memotong bahan atau benda apa

Segala bentuk maklumat yang di tulis di dalam Blog ini tidak lah muktamad dan terbuka kepada sanggahan kerana setiap manusia akan mendapat apa yang ia cari dan apa yang ia tidak cari maka tidak ia akan mendapatnya..simple as that!

Tujuan saya juga very simple, cuma ingin memberikan Alternative Information supaya dapat di brainstormkan oleh anda semua segala maklumat-maklumat yang saya ketengahkan di dalam kumpulan anda masing-masing, kerana saya tahu dari setiap anda sangat-sangat memerlukan maklumat-maklumat di dalam pembelajaran RBSS ini sepertimana yang saya lalui dari 30 tahun yang dulu, cuma bezanya pada hari ini ialah kecanggigan IT dan Media IT dimana waktu saya mula-mula belajar dahulu tidak ada kemudahan seperti ini.

Tidak kiralah siapa anda, dari orang biasa, pekerja kilang / kebun / sawah / buruh kasar, orang susah, orang senang, berjawatan rendah, berjawatan tinggi, jutawan, datuk-datuk, tan sri-tan sri, tengku-tengku, raja-raja, sultan-sultan, menteri-menteri, ustadz-ustadz, ulama-ulama atau siapa juga anda dan apa juga keperibadian anda, jika anda seorang yang telah memiliki Rahsia Budi Suci Sejati, anda memerlukan maklumat dan bantuan untuk belajar RBSS ini, tidak semestinya untuk belajar RBSS ini kita harus berada selamanya di dalam mana-mana Persatuan RBSS, persatuan RBSS hanya sebagai titik permulaan kita di dalam mempelajari RBSS ini dan selepas itu kita harus mengharungi kehidupan dan melakukan kewajiban hidup ini seperti orang lain, jadi bagaimanakah caranya untuk kita melanjutkan pelajaran RBSS ini sedangkan tidak ada sekolah khusus yang ada apakan lagi universiti!...


Jadi sumber-sumber seperti Blog inilah yang akan membantu anda mempelajari RBSS secara LIVE dengan menggunakan jadual waktu anda sendiri tidak kiralah di mana anda ingin membacanya, dirumah, di sekolah, di pejabat atau di mana juga anda berada..Inilah kemudahan yang ALLAH SWT berikan kepada kita.

Berbalik kepada persoalan mengapa saya menggunakan Nickname "Professor BSS", perkara ini bukan satu isu yang besar, saya pilih nama tersebut kerana saya fikir seorang Professor akan mengajar atau memberi tunjuk ajar kepada penuntut-penuntutnya ilmu-ilmu yang belum di terokai berbanding dengan tugas seorang guru yang mengajar ilmu-ilmu yang telah di standartkan mata pelajarannya, jika anda pernah mengambil Masters atau Phd, anda akan faham apa yang saya maksudkan ini....Jadi di sini bukanlah maksud saya untuk menggantikan mana-mana guru-guru atau mahaguru-mahaguru atau pendita-pendita RBSS yang sedia ada, mereka tetap guru-guru anda dan ada diantara mereka pernah menjadi guru-guru saya, penghormatan saya terhadap mereka maseh tetap utuh sehingga ke hari ini walaupun sudah sekian lama saya tidak bersama-sama mereka lagi...tetapi perhubungan siratulrahim kami tetap akrab sehingga ke hari ini dari status seorang murid dan guru kepada status sahabat baik..Dan mereka juga tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Professor BSS! dan biarlah itu menjadi misteri buat sementara waktu ini....

Jadi saya dengan tulus ikhlas meminta anda semua janganlah bertanya lagi siapakah saya, siapa nama saya dan apa tujuan saya menulis Blog RBSS ini, anggap lah saya sebagai Rakan di Alam Maya anda di dalam mempelajari RBSS dan setiap soalan mengenai RBSS hanya akan saya jawap di dalam Post-Post Blog RBSS ini, dan saya tidak akan menjawap secara personal kepada sebarang soalan anda kerana adalah tidak adil sesuatu jawapan di tumpukan kepada orang persaorangan, kemungkinan orang lain juga boleh mendapatkan munafaat dari soalan-soalan anda itu...

Kepada mana-mana individu atau persatuan yang terkena apa juga tempias atau teguran dari penulisan Blog ini, saya dengan hati yang ikhlas memohon jutaan maaf kerana itu terpaksa saya lakukan demi kebaikan dan kewibawan Institusi Rahsia Budi Suci Sejati itu sendiri.

Kepada Pegawai-Pegawai Agensi-Agensi Kerajaan dan Jabatan-Jabatan Agama Islam, JAKIM yang membaca Blog ini, di harap memperhalusi pendekatan anda yang melabelkan Ilmu/Pelajaran/Amalan Rahsia Budi Suci Sejati ini sebagai "Ilmu-Ilmu yang di senarai hitamkan", kajilah kembali keputusan tersebut dan kembalikanlah Kewibawaan sebenar Nama amalan ini dari senarai hitam tersebut, temuilah guru-guru yang bertanggung-jawap terhadap pelajaran Rahsia Budi Suci Sejati ini seperti Encik Masri Bin Hj Hashim dari Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia, Encik Masron Bin Hj Hashim dari Persatuan Pendidikan Jasmani Budi Suci Sejati Kuala Lumpur dan Hj Masdon Bin Hj Hashim dari Perguruan Budi Suci Sejati Selangor.

Kerana setahu saya, tidak ada satu pegawai daripada Jabatan Agama Islam atau JAKIM yang sejauh ini bertemu atau menemu-duga guru-guru tersebut sebelum melabelkan amalan atau ilmu Rahsia Budi Suci Sejati ini sebagai salah satu dari Ajaran Sesat di Malaysia! Ini adalah FAKTA BENAR....Sila semak rekod di jabatan masing-masing!....

Sekian dan Terima Kaseh

Professor BSS

No comments: