Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #7

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #7

- SEJARAH 2

Dalam Post #7 ini saya ingin menyambung perihal Sejarah Kewujudan Rahsia Budi Suci Sejati, di mana di dalam post ini akan saya sentuh bagaimana Rahsia ini wujud dan di wujudkan oleh ALLAH SWT di dalam Roh kita.

Pertama kita kembali kepada peristiwa ALLAH SWT yang memerintahkan MalaikatNya untuk membentuk suatu LEMBAGA MANUSIA daripada TANAH, dan setelah melalui beberapa proses dan beberapa kegagalan akhirnya Lembaga Manusia itu siap di bina, maka ALLAH SWT memerintahkan MalaikatNya untuk meniupkan ROH ke dalam Lembaga Manusia itu, dan pada ketika itu Malaikat yang bertugas iaitu Malaikat Jibrail bertanya bertanya kepada ALLAH SWT bahawa jika kau menjadikan manusia ini, berkemungkinan mereka akan beranak-pinak dan akan saling zalim menzalimi, bunuh membunuhi di antara satu sama yang lain sepertimana yang aku lihat terjadi pada kaum Jin, maka ALLAH SWT telah berkata kepada MalaikatNya bahawa "Sesungguhnya Aku yang menghidupkanNya dan Aku jugalah yang mematikanNya, Aku tahu apa yang kamu tidak ketahui dan aku memasukkan RahsiaKu di dalam Rohnya", dengan penjelasan itu maka Malaikat yang bertugas meniupkan Roh ke dalam Lembaga Manusia itu, dan apabila Lembaga Manusia itu hidup ia di namakan sebagai ADAM.

Kemudian ALLAH SWT memerintahkan para MalaikatNya supaya bertanyakan apa sahaja kepada ADAM dan nescaya ADAM akan dapat menjawapnya, itulah kesimpulan dari ALLAH SWT ketika mencipta golongan manusia bermula dari ADAM, adapun perkara yang menyentuh "Aku memasukkan RahsiaKU di dalam rohnya" itu, sebenarnya ALLAH SWT itu merujuk kepada CAHAYA NYA yang di berikan kepada Mahluk Manusia sebagai Pelindung daripada segala hasutan Iblis dan Syaitan di hari muka (ketika itu ADAM maseh bersaorangan dan maseh di Syurga)

Cahaya itulah yang di klasifikasikan sebagai Rahsia Budi Suci Sejati yang di miliki oleh setiap mahluk manusia tidak kira apa bangsanya, apa keturunannya dan apa agamanya yang hidup di muka Bumi ini dari zaman Nabi Allah Adam sehingga ke manusia yang terakhir lahir ke dunia ini, sejarah ini ada terkandung di dalam AL-QURAN dan ALLAH menyebutnya di dalam banyak Firman-FirmanNya (cari sendiri)

Di dalam penciptaan Mahluk Manusia, keunikannya ialah Mahluk Manusia itu di jadikan dari pelbagai bahan untuk tubuh badannya seperti dari unsur-unsur Api, Air, Tanah dan juga Angin, manakala Rohnya pula terdiri dari Cahaya Allah, Cahaya Muhammad dan Cahaya Budi..Jadi kedua-dua Roh dan Jasad itu di satukan atau di ikatkan dengan NAFAS.



Dari hukum Scientific, manusia bernafas kerana memerlukan oxigens untuk mencerna segala perjalanan darah di dalam tubuh manusia dan tanpa oxigens manusia akan mati, tetapi dari hukum ALLAH SWT, manusia bernafas kerana memerlukan ZAT dan SIFAT Nya, melalui nafaslah manusia itu mendapat Zat dan SifatNya bagi membolehkan ianya hidup dan mendapat tenaga untuk bergerak, di dalam Ilmu Usuluddin ada menerangkan perkara ini dengan jelas dan ada kitab-kitab tertentu seperti golongan Tarekat mengutamakan perkara Nafas ini di dalam pengamalan mereka (itu adalah Hak mereka - tidak ada pertikaian di sini).


Oleh kerana Nafas juga, Prinsip ketiga (3) RBSS merujuk kepada Pernafasan dan di sebabkan Nafaslah semua JURUSAN itu wujud, tanpa nafas manusia hanyalah sekujur Jasad yang kosong tanpa Roh, dan Nafas jugalah yang membezakan di antara TUHAN dengan MANUSIA ciptaanNya, sekuat-kuat manusia atau sekebal-kebal manusia jika di benam di dalam air ia akan mati kelemasan, itulah kelemahan yang di ciptakan untuk golongan manusia. Adapun untuk mempelajari ilmu nafas ini akan membawa kita kepada rungkaian yang lebih mendalam lagi tetapi harus berhati-hati kerana di dalam banyak kitab-kitab yang menerangkan mengenai nafas ada juga memberikan maklumat yang salah atau tidak tepat dan menjurus kepada amalan-amalan yang menjauhkan kita dari landasan ISLAM yang sebenar, kerana salah satu sikap manusia itu adalah ada sifat taat kepada guru-gurunya tanpa ragu-ragu terhadap pengajarannya, harus di sadari bahawa manusia biasa (bukan golongan Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi) tertakluk kepada kesilapan. (ini termasuk dalam bab yang lain)


Kerana nafas jugalah manusia di cipta mempunyai dua (2) lubang hidung dan satu (1) mulut, dan di dalam mulut di adakan lidah, dan lidah juga sebagai kunci segala Kebesaran ALLAH SWT., kerana nafas jugalah wujudnya waktu Maghrib dan di dalam waktu Maghrib juga ALLAH SWT menetapkan sembahyang tiga (3) Rakaat!, dan untuk menggunakan Tindakkan Tenaga RBSS juga kita menggunakan Nafas, begitulah kehebatan ALLAH SWT mencipta Mahluk Manusia.

Jadi tidak bersalahan jika ALLAH SWT memerintahkan sekelian MahlukNya supaya tunduk kepada ADAM dan Manusia, tetapi perkara ini tidak ingin di endahkan oleh Iblis dan kerana itulah selain Nafsu-Nafsi sendiri, Iblis adalah musuh terdekat kepada manusia, sayugia di ingatkan di sini bahawa di dalam kejadian Mahluk Manusia, ALLAH SWT juga telah menyelitkan Sifat-Sifat KeIblisan di dalam diri manusia, oleh kerana itu Iblis amat mudah untuk bekerjasama dengan manusia-manusia yang ingkar perintah ALLAH walaupun ianya berRBSS!


Tetapi ALLAH itu sifatNya Maha Pengaseh dan Maha Penyayang, di sebalik menyelitkan sifat-sifat keIblisan di dalam diri manusia, ALLAH SWT juga memberikan beberapa senjata atau alat untuk melindungi, untuk memcuci-bersihkan dan memurnikan sifat-sifat KeIblisan itu pertama di berikan KESABARAN, KEIMANAN, SHOLAH, PUASA, ZAKAT, HAJI (dalam ISLAM) dan yang akhir sekali 50 JURUSAN di dalam RBSS. Kesemuanya ini adalah alat atau tools bagi kita untuk membersihkan sifat-sifat KeIblisan itu, adapun sifat-sifat keIblisan itu terletak di tujuh (7) bahagian Rohaniah kita, adalah tidak mudah untuk kita membersihkannya tanpa NIAT yang KUKUH.


Bagi ahli-ahli RBSS samaada mereka sadari ataupun tidak, samaada mereka itu dari jenis orang yang berIman atau pun dari jenis yang Jahil, dengan mengamalkan BerJurus sedikit demi sedikit akan membantu menghapuskan sifat-sifat keIblisan itu dari jiwa kita, telah banyak kes-kes yang saya lihat sendiri, jika dahulunya seseorang ahli RBSS itu jahil dengan ISLAM dan boleh buat apa sahaja di dalam hidupnya, selang beberapa tahun kemudian keperibadian mereka berubah menjadi seorang berInsan, berIman dan berEhsan yang berlandaskan kepada ISLAM, ada yang saya lihat sehingga dapat mengerjakan Fardhu Haji dan Umrah pada setiap tahun apatah lagi tidak meninggalkan Sholah, sedangkan dahulunya perkara itulah yang paling di hindari oleh mereka...dan ada juga yang pada permulaannya tidak tahu menahu tentang ISLAM setelah mempelajari RBSS, pengetahuan ISLAM mereka meningkat dan mendalam keilmuannya.....itulah kelebihan yang ada pada RBSS.

Pada peringkat ini, adalah dapat di fahami oleh kita bahawa "RahsiaKu" yang ALLAH SWT maksudkan itu adalah "CahayaNya" sendiri yang di terapkan di dalam diri Mahluk Manusia dan "CahayaNya" itu sebenarnya merangkum pelbagai "Cahaya" seperti Cahaya Allah, Cahaya Muhammad dan Cahaya Budi.

Adapun masaalah mengenali Cahaya-Cahaya itu agak sukar tetapi kita permudahkannya seperti begini, adapun "Cahaya Allah" itu menjurus kepada segala kekuatan "Zat dan SifatNya" yang membolehkan kita ini menikmati kehidupan dan bertenaga, "Cahaya Muhammad" itu pula menjurus kepada "KeImanan dan KePercayaan" kita terhadap Khalik yang mencipta kita dan manakala "Cahaya Budi" itu pula menjurus kepada "PengAbdian diri kita kepada Tuhan Yang Maha Agung" iaitu melakukan perintah-perintah ALLAH sebagai Mahluk ciptaanNya

Dan kerana itu jugalah Pantang di dalam Rahsia Budi Suci Sejati adalah sikap RIAK dan TAKBUR!

Jumpa lagi di lain post!....wassalam..

No comments: