RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #6
- SEJARAH 1
Bertemu lagi di dalam post #6
Pada kali ini saya akan memperkatakan SEJARAH Rahsia Budi Suci Sejati dan ianya mungkin berlarutan ke beberapa chapter, oleh kerana itu anda semua harus perhatikan entry title harus mengikut urutan SEJARAH 1, 2, 3 dan seterusnya sehingga saya menukar topik kepada yang lain.
Oleh kerana subjek Rahsia Budi Suci Sejati (RBSS) ini sangat sensitive isi kandungannya, sangat limited di ketengahkan melalui media internet dan sangat sedikit ahli-ahli yang berani atau pun sanggup mengenengahkan buah fikiran mereka secara terbuka serta tertakluk pula kepada komen atau sanggahan dari orang kebanyakan, maka kesempatan ini saya ambil kerana seperti yang saya tegaskan di dalam post-post yang lalu, keadaan perkembangan ilmu/amalan/pelajaran RBSS ini di dalam keadaan yang sangat membimbangkan di sebabkan oleh pengajaran-pengajaran yang tidak tepat, tidak telus, tidak mendapat info yang mencukupi serta birokrasi di dalam mempelajarinya.
Kepada yang berada di dailam pemegang kuasa birokrasi, mereka tidak akan terasa terasing atau untuk mendapatkan maklumat terus dari guru-guru, tetapi kepada mereka-mereka yang di bawah klas-klas rendah dan bawahan akan merasai kesukaran untuk memperoleh maklumat-maklumat mengenai RBSS terus dari guru-guru, dan akhirnya mereka-mereka seperti ini akan terpinggir dan lemah semangat untuk meneruskan pembelajaran.
Salah siapakah ini?, pihak guru memberikan kepercayaan kepada wakil-wakil yang di lantik menjadi tenaga pelajar, mereka di percayai oleh pihak guru bagi melaksanakan tugas menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli yang baru atau kepada ahli-ahli yang berminat, akan tetapi tidak semua wakil-wakil yang di lantik sebagai tenaga pelajar itu berhati ikhlas dan jujur, kebanyakan dari mereka memilih bulu untuk mengajar atau ada yang "pull rank" dengan pelajar bawahan, dan kerana sikap seperti itu maklumat mengenai RBSS tidak dapat di turunkan dengan tepat dan sempurna.
Perkara seperti ini berlaku di mana-mana, samaada di dalam kumpulan-kumpulan kecil atau besar dan yang terutamanya di dalam persatuan-persatuan BSS yang ada pada ketika ini, ramai ahli-ahli tidak dapat meneruskan kegiatan untuk terus belajar di sebabkan oleh perkara-perkara yang sedemikian dan jika ini berterusan maka kesinambungan RBSS akan sedikit demi sedikit akan pudar dan akan lenyap di telan zaman.
Untuk perkara itu, anda harus tahu mengapa ALLAH SWT mengurniakan Rahsia Budi Suci Sejati ini untuk Umat Manusia sahaja, ini adalah kerana di dalam segala ciptaan ALLAH SWT, Mahluk Manusia adalah ciptaanNya yang tersangat ISTIMEWA, di dalam tubuh manusia itulah ALLAH SWT menyelitkan Rahsia-RahsiaNya, di dalam tubuh manusialah ALLAH SWT memberikan segala-galanya melebihi dari mahluk-mahluk ciptaanNya yang lain sehingga di tentang oleh Iblis yang pada ketika itu adalah ketua kepada semua Malaikat.
Iblis menentang ALLAH SWT kerana di perintahkan untuk tunduk kepada manusia yang bernama ADAM, oleh kerana Iblis tidak tahu kelebihan di dalam penciptaan Adam maka ia menderhakakan diri kepada ALLAH SWT sehingga Iblis di laknat hingga ke hari Akhirat dan akan kekal di dalam Neraka Jahannam buat selama-lamanya.
Di sini kita harus memahami bahawa segala keIstimewaan yang ALLAH SWT kurniakan kepada mahluk manusia ada pelbagai seperti di berikan Akal dan Fikiran, di berikan Nafsu-Nafsi, di berikan segala Ilmu Pengetahuan, di berikan segala Kecantikan, di berikan tubuh/jasad, di berikan membuat pilihan menentukan cara hidup, di berikan segala kuasa untuk memerintah Bumi ALLAH ini dan menggunakan apa yang ada di dalamnya dan yang terpenting sekali adalah di berikan CAHAYANYA sebagai pelindung daripada segala hasutan Iblis, Jin dan Syaitan.
Apakah CAHAYA yang sangat istimewa itu? itu lah yang di katakan CAHAYA BUDI yang di katakan Rahsia dari segala Rahsia, Rahsia yang tidak di ketahui oleh Iblis, Rahsia yang di berikan kepada setiap umat manusia...CAHAYA ini dengan jelas di paparkan oleh ALLAH SWT di dalam FirmanNya di dalam Surah An-Nur Ayat 35 (sila rujuk kepada Ayat tersebut di dalam AL-QURAN), di dalam Ayat ini ALLA SWT memperkatakan apakah CAHAYA Nya itu dan MENEGASKAN bahawa "Hanya orang-orang yang terpilih sahaja" yang akan mengetahui serta yang akan dapat menggunakanya.
Ayat ini sudah cukup jelas mengatakan bahawa RBSS hanya akan sampai kepada kita jika ALLAH SWT mengkehendakinya sahaja, jika tidak maka kita tidak akan dapat mengetahui akan Rahsia-RahsiaNya itu, oleh yang demikian sebagai ahli RBSS kita harus bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana di berikan RahsiaNya itu dan bukan mensia-siakannya begitu sahaja.
Harus di ketahui bahawa CAHAYA itu berada di dalam ROH kita, samaada kita yakini ataupun tidak Cahaya itu tetap kekal di dalam Roh kita dari Alam Azali hingga ke Alam Dunia ini, ke Alam Kubur dan terus ke Alam Akhirat, tidak ada hukum di dalam AL-QURAN yang mengatakan mengetahui Rahsia itu kita akan jadi Syirik, jadi Murtad, jadi Kafir atau terkeluar dari ISLAM..tidak ada....
Ada cakap-cakap dari para Ilmuan Islam kita yang mengatakan ilmu/amalan/pelajaran Rahsia Budi suci Sejati ini tidak terdapat di dalam pengajaran ISLAM, tidak ada dalam AL-QURAN dan di tegah oleh SYARAK..Di sini ingin saya tegaskan bahawa ILMU ALLAH SWT itu sangat luas dan sangat banyak jumlahnya, tidak semua manusia mampu untuk mengetahuinya tanpa izin dari ALLAH, kedua di dalam Ilmuan ISLAM itu terdiri dari beberapa golongan, yang pertama Ahli Tauhid, mereka mengenali dan mengetahui ALLAH SWT melalui Dalil-Dalil dari AL-QURAN dan HADITH, mereka ini juga di kenali sebagai Ahli USULUDDIN, golongan kedua Ahli Fiqeh/Fiqah, mereka mengenali dan mengetahui ALLAH SWT melalui Hukum-Hukum dari AL-QURAN dan HADITH, mereka secara umum dan lazimnya mengdominasikan golongan Ulama atau Para Ustadz-Ustadz, dan ketiga golongan Ahli Sufi atau Ahli TASSAWUF, mereka mengenali dan mengetahui ALLAH SWT melalui izin dan kurnia dari ALLAH di atas amal ibadah yang sangat jitu, kesimpulannya di sini bahawa Ahli Tauhid mengenal ALLAH melalui Dalil-Dalil, Ahli Fiqeh/Fiqah mengetahui ALLAH melalui Hukum-Hukum dan Ahli Tassawuf merasakan ALLAH melalui kurniaan ALLAH.
Oleh yang demikian, jika kita ingin mempelajari serta ingin membongkar akan Rahsia-Rahsia yang terkandung di dalam RBSS ini, jika kita merujuk kepada para Ilmuan ISLAM tersebut, kita harus pastikan dari manakah golongan mereka (ustadz-ustadz) itu tergolong, ini adalah kerana jawapan yang akan mereka berikan akan tertakluk kepada bidang pengetahuan yang mereka pelajari dan yang mereka arif sahaja, jadi sebelum diri kita mengambil sebarang kesimpulan dari kata-kata para Ilmuan ISLAM itu, kita juga harus memandang dari mana mereka datang, dari Tauhid kah, dari Fiqeh kah atau dari Tassawuf kah..
Sebagai panduan am, jika kita merujuk perkara RBSS kepada Ahli Tauhid yang mahir mengenai Usuluddin, mereka akan mengatakan "ia" Rahsia itu ada di dalam Dalil tetapi mereka tidak tahu apakah sebenar-benarnya (bagi yang bukan ahli), dan bagi Ahli Fiqeh atau Ahli Hukum (Ulama) mereka akan katakan "janganlah kita menjadi Syirik dengan sesuatu ilmu yang tidak di ketahui hujung pangkalnya" dan di nasihatkan supaya kembali kepada AL-QURAN dan HADITH serta meminta kita menumpukan sahaja kepada amalan Sembahyang, dan jika kita merujuk kepada Ahli Tassawuf, kebanyakan mereka hanya akan memberikan senyuman manis dan menasihati kita agar memelihara Ilmu tersebut sebaik mungkin, kerana mereka ini dapat melihat Cahaya yang kita miliki...
Itulah perbezaan-perbezaan jawapan dan pandangan yang akan kita hadapi jika kita cuba menelaah Ilmu RBSS ini, nasihat saya agar kita lebih sedar dan lebih faham terlebih dahulu DEFINASI ISLAM yang di kurniakan oleh ALLAH SWT, pertama kita harus tahu apakah yang di katakan Ugama/Agama, Ugama/Agama membawa maksud "sesuatu kepercayaan terhadap sesuatu" terutama mengenai KeTuhanan, kedua ISLAM bukan setakat Ugama/Agama sahaja, ISLAM adalah PANDUAN HIDUP, SEJARAH SILAM, SEJARAH MASA HADAPAN yang di REDAI oleh ALLAH SWT untuk umat manusia di muka Bumi ini, apabila di katakan Panduan Hidup maka ia mencorakkan apa yang harus kita lakukan dan apa yang tidak harus kita lakukan dan kemana hala-tuju kehidupan kita ini, yang ketiga adalah KETUHANAN iaitu suatu cabang Ilmu yang merangkum segala Ilmu-Ilmu yang wujud dan yang di ciptakan oleh TUHAN YANG MAHA AGUNG dari sebesar-besar ciptaanNya kepada yang sekecil-kecil ciptaaanNya yang merangkum semua bidang termasuk perkara ISLAM...
Oleh itu Rahsia Budi Suci Sejati ini tertakluk di dalam Ilmu KETUHANAN, ia mengajar kita kepada siapa itu TUHAN, siapa itu MANUSIA, siapa itu ROH, siapa itu IBLIS, siapa itu MALAIKAT, siapa itu JIN, siapa itu BINATANG, siapa itu ALAM, siapa itu BAPA, siapa itu IBU, siapa itu ANAK/ISTERI dan sebagainya...Jadi disini adalah salah tafsiran jika di katakan ilmu RBSS itu suatu ilmu untuk kuat atau suatu ilmu untuk mempertahankan diri sahaja, juga salah tafsiran jika RBSS ini hanya sesuai untuk di gunakan dalam kegiatan-kegiatan seperti bidang-bidang kebomohan/perubatan sahaja atau tidak sesuai di dalam hal-hal keAgamaan ISLAM, malah RBSS sebenarnya berbentuk sangat UNIVERSAL dan VERSATYLES, ia tidak terbatas oleh ruang dan waktu, tidak terbatas di antara Alam dan boleh di guna-pakai di dalam apa juga keadaan, masa, tempat dan tujuan...jika kita gunakan ia untuk tujuan yang baik maka akan baiklah hasilnya tetapi jika di gunakan untuk tidak baik maka akan tidak baiklah hasilnya nanti, dan sebagai orang ISLAM kita ahli RBSS juga tertakluk kepada Hukum Dosa dan Pahala.
Harus di ingat bahawa bagi orang-orang yang telah mengetahui Rahsia "Rahsia Budi Suci Sejati" ini, pembalasan dari ALLAH SWT adalah teramat berat siksanya dari umat-umat biasa jika kita menggunakan Rahsia ini untuk kerja-kerja yang bertentangan dengan ALLAH SWT seperti yang tertera di dalam AL-QURAN, ini adalah kerana ALLAH SWT telah memerintahkan Malaikat ZABANIAH untuk PERSONALLY menghukum ahli-ahli RBSS jika mereka ingkar dengan suruhan ALLAH SWT, janji ALLAH ini tersemat di dalam perisian Istimewa di bahagian belakang tengkuk yang berbunyi "Hu Kata ALLAH Malaikat Zabaniah In-Kuntum Sami'an Basher Bikku-Lihaq".
Begitu besar dan hebatnya Ilmu ALLAH ini yang di berikan kepada umat manusia sehingga ia menjanjikan Neraka dengan siksaan yang dasyat jika kita menyalah-gunakannya, dan jika uruti dan amati tujuan Ilmu RBSS ini dengan teliti, ALLAH menjanjikan SyurgaNya jika kita menggunakannya dengan jalan yang baik dan sempurna...Barang di ketahui bahawa mengamalkan RBSS tidak akan menambahkan amalan Pahala Sembahyang dan amalan Sembahyang tidak akan menguatkan Cahaya RBSS!, ia dua perbendaharaan yang berbeza dan di bezakan oleh ALLAH SWT.
Sekian untuk post #6 mengenai Rahsia Budi Suci Sejati ini, akan saya sambung di post yang seterusnya nanti, moga-moga anda semua sedikit sebanyak mendapat faedah dan munafaat dari huraian ini....jumpa lagi wassallam!
No comments:
Post a Comment