Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 5

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #5

- Amalan Tambahan

Bertemu lagi di dalam Post #5 mengenai Rahsia Budi Suci Sejati ini.

Terima kaseh kepada para pembaca yang mula setia terhadap Blog ini...Barang di ingat bahawa penulisan mengenai Rahsia Budi Suci Sejati ini bukan bertujuan untuk menimbulkan sembarang kontroversi terhadap mana-mana ahli BSS atau mana-mana guru-guru BSS atau mana-mana persatuan BSS, sekali saya ulangi di dalam post #5 ini bahawaTUJUAN BLOG RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini semata-mata untuk MEMBERIKAN pandangan ALTERNATIVE terhadap apa yang di ketahui oleh ahli-ahli dari mana juga mereka berada, dan harus di ingat bahawasanya ilmu di dalam Rahsia Budi Suci Sejati ini TERAMAT LUAS dan tidak mungkin saya dapat menulisnya di dalam Blog seperti ini sekali gus.

Akan tetapi, saya bersyukur kerana dapat menyumbangkan sedikit sebanyak tip-tip, panduan-panduan dan huraian-huraian tertentu yang boleh di guna pakai oleh semua ahli-ahli BSS di mana juga anda berada, kepada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya rungkaikan di dalam Blog ini di harap jangan lah terasa di cabar atau tercabar, kepada yang bersetuju jangan lah pula terasa ingin belajar dari saya kerana saya tidak mengajar sesiapa dan saya tidak terikat dengan mana-mana persatuan BSS!, cuma gunakan lah Blog ini sebagai rujukan kepada yang anda perlukan sahaja..itu di katakan sebagai ALTERNATIVE INFORMATIONS!...

Berbalik kepada tajuk Post #5 ini iaitu AMALAN TAMBAHAN, saya pasti kebanyakan dari anda telah mempelajari lebih dari satu amalan tambahan sekurang-kurangnya, tetapi yang pasti anda mempelajari atau mengambil sesuatu amalan tambahan itu kerana terpengaruh dengan anggapan bahawa "untuk menjadi seorang ahli yang baik, yang kuat dan yang hebat" kita perlu ada "BSS, LAM JALALA dan PERMOHONAN", rata-rata begitu lah lagunya...

Seperti yang saya katakan di post-post yang lalu, semua amalan tambahan yang di turunkan melalui keturunan Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Shariff adalah selamat di gunakan dan amat baik untuk semua ahli, kerana kesemua amalan-amalan tambahan tersebut telah di olah supaya bersesuian atau seiring dengan tujuan atau perjalanan Rahsia Budi Suci Sejati oleh Arwah Bapak Hj Hashim, Cuma apa yang ingin saya rungkaikan di dalam post kali ini ialah apa kah kelebihan dan kekurangannya apabila kita mempelajarinya, di harapkan rungkaian ini akan dapat memberikan gambaran yang positive dan bukan sebaliknya...

Di dalam Post #4 saya ada menyebut bahawa jika kita mempergunakan amalan gerak, segala keistimewaan kita di dalam BSS akan atau tidak akan timbul kerana menggunakan sesuatu kebolehan pinjaman, begitu juga lah dengan kesemua amalan tambahan yang lain seperti Lam Jalala, Permohonan, Atom dan sebagainya itu, seperti yang telah saya katakan kesemuanya itu terletak hanya di dalam peringakat ISTIMEWA di dalam Rahsia Budi Suci Sejati...


Mengambil contoh Lam Jalala atau Pitung, amalan ini banyak menggunakan tenaga atau kudrat kita kerana tenaga atau powernya terletak pada jasad atau jasmani, ini di sebabkan asal usul ilmu ini adalah dari kekuatan ZAT dan SIFAT dan terdapat di dalam Ilmu SIFAT 20, jadi jika kita menggunakannya kita menggunakan kekuatan kudrat dan sesuai untuk bentuk penggunaan lahiriah, powernya juga terbatas dan tidak boleh di hadang oleh sesuatu objek jika mahu di tujukan kepada sesuatu arah ataupun sasaran, kekuatan Lam juga tidak boleh di gunakan untuk menarik sesuatu mahluk ghaib seperti Jin, kita hanya boleh mengikatnya sahaja dan untuk menarik nya kita perlu gunakan tenaga BSS.

Ilmu atau tenaga Lam Jalala ini tidak wujud di dalam Roh, maka jika kita mati maka akan habislah tenaganya begitu sahaja, dan jika di dalam pertempuran dengan musuh sememangnya kesan dari Lam Jalala ini nampak hebat TETAPI jika anda sangat menguasai Rahsia Budi Suci Sejati, kekuatan Lam Jalala akan jadi kerdil dan kurang berguna...ramai di kalangan ahli-ahli BSS sejak dari zaman dahulu sehingga sekarang SANGAT mengabaikan BERJURUS tetapi mengutamakan mengamalkan Lam Jalala, kerana untuk mengamalkan Lam anda hanya perlu membuat zikir/wirid yang amat ringkas berbanding dengan Berjurus.

Harus di ketahui di sini, tenaga Lam Jalala tidak boleh melindungi diri kita dari segala bahaya, tenaga Lam Jalala tidak boleh melindungi diri kita dari perbuatan zalim dan khianat, dari serangan musuh, serangan iblis dan syaitan kerana ianya lebih menjurus kepada bertindak sahaja, dan yang lebih penting Iblis tidak takutkan Lam Jalala!, Lam Jalala juga boleh di cabut dengan menggunakan Rahsia Budi Sejati...

Akan tetapi Lam Jalala sangat berguna kepada setiap ahli BSS di dalam peringkat permulaan kerana untuk kita mengenali keistimewaan di dalam Peringkat Istimewa kita perlu belajar selok belok penggunaan Lam Jalala, jika sudah faham dan mahir maka kita hanya perlu menukar tenaga Lam Jalala dengan tenaga BSS sewaktu menggunakanya sahaja, ini bukan kisah pelik tetapi itulah hakikat yang sebenarnya, jika anda cuba melakukannya anda akan dapat merasakan perbezaannya daripada kesan tindakkannya yang lebih "power" jika menggunakan BSS, di sini tidak payahlah saya ajarkan bagaimana untuk menukar tenaga Lam dengan tenaga BSS kerana ianya teramat mudah!

Jika anda sudah mahir menukar tindakkan berupa Lam tetapi menggunakan BSS, anda akan merasakan bahawa Rahsia Budi Suci Sejati itu sememangnya hebat dan lengkap, begitu jugalah dengan Permohonan, ilmu ini adalah salah satu dari cara kita untuk memanjatkan Doa, Hajat atau Kehendak kita kepada ALLAH SWT sehingga apa yang kita mahukan itu makbul terutamanya bagi yang terlibat dengan bidang Perubatan.

Jika anda rasa setiap tindak tanduk anda di dalam bidang perubatan ini begitu menjadi atau selalu berjaya di dalam menyelesaikan setiap kes-kes perubatan, jika anda rasa anda hebat dan kuat, anda 100% salah tafsiran!, kenapa jadi begitu?...Cuba anda fikirkan Ilmu Permohonan ini adalah Ilmu Mohon atau Ilmu Minta-Minta dari Tuhan Yang Maha Agung, yang menjayakan sesuatu Doa anda itu adalah ALLAH SWT, kerja anda hanya membuat doa atau permohonan lalu ALLAH makbulkan kerana anda menguasai ilmu cara bermohon untuk makbul...itu sahaja!, jadi di mana kehebatan kita sebagai manusia?....


Jika di dalam Ilmu Rahsia Budi Suci Sejati, tidak ada istilah minta-minta, mohon-mohon atau berdoa sesuatu supaya di makbulkan Tuhan TANPA sebarang usaha dari diri sendiri, dalam Rahsia Budi Suci Sejati anda di kehendaki menggunakan 50 jurusan yang ada di tambah dengan 2 istimewa dan di campur dengan 1 penutup, maka di dalam situlah caranya anda berusaha untuk sesuatu, jika anda dapat lakukan ini tanpa ilmu permohonan maka martabat anda di dalam ilmu Rahsia Budi Suci Sejati ini di anggap sangat tinggi peringkatnya dan perkataan MERDEKA layak anda miliki.

Akan tetapi, ilmu Lam Jalala, ilmu Permohonan, ilmu Atom dan sebagainya itu sangat berguna juga, kerana sebelum anda sampai ke tahap MERDEKA itu, anda perlu ada amalan-amalan tambahan seperti itu, jika tidak anda akan jadi hilang punca jika berhadapan dengan sesuatu di sebabkan belum mahir menguasai ilmu Rahsia Budi Suci Sejati, jadi jadikan segala amalan-amalan tambahan itu sebagai batu loncatan untuk sampai ketahap yang di katakan MERDEKA itu....

MERDEKA dalam ertikata Ilmu Rahsia Budi Suci Sejati adalah sesorang ahli yang telah menguasai dan mencapai taraf tertinggi di dalam ilmu ini berkat dari usahanya sendiri di dalam mengamalkannya..

Jadi dalam lain perkataan, kita harus sentiasa Upgradekan diri kita sendiri di dalam menguasai ilmu Rahsia Budi Suci Sejati ini samalah seperti Komputer dari pentium 1 ke 2, 2 ke 3, 3 ke 4 dan seterus ke duo core2, semakin di upgrade komputer itu berkeupayaan lebih tinggi dan lebih canggih, begitulah kaedahnya dengan kita sebagai ahli Rahsia Budi Suci Sejati, jika kita banyak mengetahui rahsia-rahsianya maka kita akan meningkat dari segi keupayaan dan martabat, jangan jadi serupa besi makin lama duduk diam semakin berkarat dan jatuh harga!..

Untuk itu setakat ini dulu rungkaian saya mengenai amalan tambahan, yang berkenaan dengan lain-lain tambahan yang tidak saya sebutkan di sini sebenarnya sama sahaja cerita di sebaliknya, oleh itu sebagai seorang manusia yang telah di kurniakan dengan Rahsia Budi Suci Sejati, kita gunakanlah kita pelajarilah ilmu ini dengan sebaik mungkin, ALLAH telah beri kepada kita secukupnya dan lebih daripada yang kita mahu, jadi banyak-banyaklah menggunakan akal dan fikiran untuk menembusi tabir-tabir rahsiaNya itu...Dan di lain post akan saya sentuh kembali apa itu Rahsia Budi Suci

Sejati...jumpa lagi....Wassallam...

No comments: