Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 4

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #4

- Amalan Gerak

Salam sejahtera!

Banyak cakap-cakap yang mempertikaikan samaada Amalan Gerak yang di guna pakai oleh ahli BSS itu tidak SYIRIK atau sebagainya, dan saya mengharap agar penerangan ini akan menjadi IKTIBAR untuk semua Ahli BSS tetapi jangan menganggap apa juga penerangan yang di kemukakan sebagai satu HUKUM yang mutlak, ianya harus di fikirkan masak-masak dan di bandingkan dengan Dalil-Dalil Agama Islam sebelum diri sendiri membuat kesimpulan mengenainya, tugas saya hanya membuat penerangan secara terbuka sahaja dan terpulang kepada anda semua menilainya.

Ada pun amalan gerak ini bukanlah salah satu daripada asas intipati ilmu di dalam Rahsia Budi Suci Sejati tetapi ianya di pinjam dan di guna pakai oleh pihak yang mengajarkan Rahsia Budi Sejati sebagai JEMBATAN untuk mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati dengan lebih mudah lebih ringkas dan segera, ini adalah kerana untuk mengetahui sesuatu kehebatan atau kekuatan yang di miliki oleh Rahsia Budi ini, seseorang Ahli BSS itu perlu berhadapan dengan sesuatu mahluk yang tahap kezalimannya tinggi sehingga kezalimannya itu ingin menghancurkan memusnahkan atau mencederakan kita. Dan pada ketika itulah kekuatan Cahaya Budi itu BERTINDAK melindungi diri kita mengikut keadaan dan tahap kezaliman yang di tunjukkan.

Oleh kerana perkara tersebut, pihak guru-guru yang terdahulu menyematkan amalan gerak ini untuk di guna pakai oleh ahli-ahli BSS agar pembelajaran Rahsia Budi Suci Sejati itu dapat di ajar dapat di tunjukkan tindak balasnya secara nyata (physical) dan bukan dengan gambaran kata-kata sahaja (theory), ini juga di sebabkan oleh saingan dari ilmu-ilmu kebathinan yang mengambil hati orang=orang baru dengan menunjukkan kehebatan ilmu kabathinan mereka dengan cara yang sama, agar mereka akan dapat mempengaruhi mereka untuk belajar bersama-sama mereka.

Tujuan asal guru-guru yang terdahulu mengadaptasikan amalan gerak ini bukan kerana untuk menunjuk-nunjuk kepada umum akan kehebatan Rahsia Budi Suci Sejati, tetapi ianya kerana DEMAND orang-orang atau masyarakat yang mementingkan BUKTI sebelum mereka mahu atau berani memiliki sesuatu ilmu, sebenarnya sikap yang sedemikian bukan sesuatu yang baik di lakukan kerana kebanyakan ilmu-ilmu kebathinan yang di sebarkan tidak mempunyai asas yang kuat kepada ALLAH SWT dengan perkataan mudahnya di dalam ilmu-ilmu mereka di sesuatu peringkat AKAN MENYIMPANGKAN akidah penuntut tanpa mereka sadari dan akan menyumbang kepada SYIRIK atau MURTAD.


Sebenarnya tujuan asal guru-guru yang terdahulu memperkenalkan amalan gerak kepada penuntutnya adalah bersih dan murni kerana mereka ingin menarik lebih ramai orang mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati yang keilmuan di dalamnya TIDAK AKAN MENSYIRIKKAN ATAU MEMURTADKAN akidah para penuntutnya danm mereka tidak mempelajari ilmu-ilmu kebathinan yang bersepah di mana-mana.

Akan tetapi, pada masa lalu dan juga masa ini amalan gerak itu telah di salah anggapkan di salah tafsirkan dan di salah gunakan oleh para pelajar para penuntut dan tidak terkecuali pihak guru-guru yang menurunkan dan yang mengajarkan kepada mereka, persoalannya kenapa jadi begitu dan bagaimana ia boleh berlaku?.

jawapannya agak mudah, Rahsia Budi Suci Sejati tidak mengharapkan tidak menggunakan dan tidak bertuan kepada apa-apa juga mahluk selain dari ALLAH SWT dan kuasa yang ada di dalam Rahsia Budi Suci Sejati itu adalah berupa CAHAYA yang di berikan oleh ALLAH kepada mahluk manusia, bukan daripada unsur yang lain.

Cuba bayangkan, di dalam menggunakan amalan gerak yang boleh di pecahkan kepada beberapa bidangnya seperti Gerak Radar, Gerak Marah, Gerak Laku, Gerak Silat, Gerak Mentafsir dan ada berbagai-bagai lagi itu yang sepatutnya di gunakan sebagai salah satu cara untuk mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati dengan membuat latihan-latihan sesama ahli di dalam suasana yang berdisiplin, maksudnya sesuatu latihan yang di atur dengan teliti segala tindak tanduk atau perlakuan ahli gerak agar jangan sampai terkeluar dari batas-batas yang di bolehkan, di gunakan pula kepada maksud-maksud atau tujuan-tujuan yang lain seperti MEMASUKKAN MANA-MANA JIN atau MAHLUK ke dalam diri ahli gerak dan kemudian di suruh atau di gunakan smahluk-mahluk tersebut untuk pelbagai tujuan seperti meminta nombor ekor, menilik orang lain, untuk mengetahui sesuatu, mengubati orang lain, meminta tunjuk ajar mengenai sesuatu ilmu atau pengetahuan dan meminta pelbagai pertolongan lain dari mahluk-mahluk tersebut...

Etika atau perbuatan yang di lakukan oleh para ahli BSS seperti ini yang pertama mereka telah LARI dari Prinsip Pertama di dalam Rahsia Budi Suci Sejati iaitu KEYAKINAN, Keyakinan membawa maksud bahawa kita MENGAKUI bahawa kita tidak MENYEKUTUKAN ALLAH SWT dengan mahluk-mahluk yang lain di dalam MEMBINA CAHAYA yang kita miliki, atau dalam erti kata lainnya, kita tidak meminta sesuatu selain daripada ALLAH iaitu TUHAN yang menjadikan dan yang mengurniakan CAHAYA BUDI itu kepada kita mahluk manusia, kedua sebagai seorang yang ISLAM, perbuatan atau perlakuan seperti itu telah menjerumuskan diri kita ke dalam kategori SYIRIK dan mungkin ke arah MURTAD jika terlalu extreme.

Walau pada asasnya Amalan atau Ilmu Gerak itu adalah Bersih dan Suci tetapi ia akan banyak bergantung kepada bagaimana kita menggunakan atau memakainya, tetapi oleh kerana kecetekan ilmu pengetahuan mengenai ISLAM maka perbuatan seperti itu sering di lakukan oleh para ahli BSS walau di mana jua mereka berada atau tidak kira siapa guru utama mereka, di dalam soal ini kita tidak boleh menyalahkan pihak guru 100%, kita masing-masing mempunyai OTAK dan AKAL, sepatutnya kita sudah tahu di mana kedudukan kita BERASASKAN lima (5) Prinsip BSS iaitu 1) Keyakinan 2) Jurusan 3) Pernafasan 4) Makrifat 5) isi Pokok Badan, di mana di dalam setiap satu Prinsip itu tertanam pelbagai maklumat-maklumat yang mengajar kita nilai-nilai dan tujuan-tujuan kehidupan yang bersesuaian dengan ISLAM, walaupun Rahsia Budi Suci Sejati itu TIDAK ADA PANTANG LARANGnya, tetapi itu perkataan simboliknya sahaja jika di pelajari dengan teliti akan dapat kita fahami bahawa nilai-nilai KeIslaman tertanam di dalamnya.

Berbalik kepada soal gerak, kepada ahli-ahli yang mana geraknya itu "hidup" maka ahli-ahli seperti ini akan lambat atau tidak akan dapat menggunakan segala KEISTIMEWAAN PANCA INDERAnya seperti KASYAF MATA, TELINGA, MULUT, HIDUNG, ANGGOTA TUBUH DAN HATINYA, ini adalah kerana diri mereka secara lahiriahnya (physically) di serap dan di kongkong oleh amalan gerak, ahli-ahli seperti ini AKAN PEKA atau SENSITIF kepada sesuatu keadaan yang mengejutkan dan akan sertamerta BERTINDAK dan BERGERAK tanpa dapat mereka kawal, sebenarnya ini adalah satu petanda yang kurang baik kepada seorang yang memiliki Rahsia Budi Suci Sejati kerana, Rahsia Budi Suci Sejati menuntut seseorang itu BERSIFAT SABAR DAN TENANG DALAM APA JUGA KEADAAN, dan ini berbeza dengan perlakuan seorang ahli gerak.

Selain dari gerak mereka kekal dan segala keistimewaan hakiki tidak dapat di miliki atau di keluarkan dari diri, ahli-ahli yang menguasai gerak juga akan lebih cenderong kepada Mahluk-Mahluk Ghaib atau ALAM GHAIB yang kuhususnya kepada mahluk-mahluk JIN, mahluk-mahluk yang di sifatkan sebagai Wali-wali, Pendekar-Pendekar Kuno, Orang-Orang Pertapaan Ghaib dan Malaikat-Malaikat, ini adalah anggapan dan kepercayaan yang mereka miliki.

AKAN TETAPI, segala kepercayaan dan anggapan mereka itu sebenar-benarnya AMAT MEMBAHAYAKAN diri mereka ke kancah SYIRIK dan MURTAD di mana kedua-dua ini akan mnjurus ke arah API NERAKA!, apakan tidaknya ini adalah kerana segala kepercayaan mereka terhadap mahluk-mahluk yang mereka anggap jin-jin Islam, wali-wali, pendekar-pendekar kuno seperti hang tuah, panglima hitam, wali-wali songo dan yang sebagainya itu yang termasuk malaikat HANYA DI PERCAYAI MELALUI PERMAINAN GERAK, jika sewaktu "bermain gerak" itu mahluk-mahluk itu kata "akulah wali songo" atau "akulah hang tuah" atau "akulah panglima hitam" atau "akulah malaikat jibril" dan yang sebagainya lagi, mereka akan mempercayainya begitu sahaja dengan pengakuan yang sangat "simple", harus di ingat bahawa ahli-ahli gerak TIDAK MEMILIKI PANCA INDERA yang boleh menggunakan MATA HATI di mana Mata Hati boleh MELIHAT SESUATU YANG GHAIB, jika tidak boleh melihat sesuatu yang ghaib kejadiannya, bolehkah kita percayai apa yang di "gerakkan atau yang di mainkan" itu mahluk-mahluk dari orang yang sebenar-benarnya?, kita boleh di tipu oleh IBLIS di dalam soal ini kerana Iblis boleh menyamar menjadi sesiapa kecuali Nabi Muhammad SAW dan Para Rasul-Rasul, persoalannnya siapakah yang kita temui itu?....

Jika seseorang ahli Rahsia Budi Suci Sejati benar-benar ingin menceburi diri ke dalam pengkajian ALAM GHAIB seperti Alam Jin, Syaitan dan Iblis, Alam Malaikat, Alam Azali, Alam Kubur dan Alam yang memusatken pemerintahan ALLAH AZZA WAJALLA, maka perkara pertama yang mereka harus lakukan ialah buat kajian mendalam terhadap perkara-perkara tersebut dari AL-QURAN terlebih dahulu, ini adalah kerana di dalam AL-QURAN ALLAH telah menyebut dan menerangkan perihal perkara-perkara tersebut di dalam Firman-FirmanNYA, dari situ kita akan mendapat satu garis pandu mengenai sesuatu mahluk atau sesuatu alam, dari situ baharulah kita terokai atau kita terobos alam-alam tersebut dengan bekalan maklumat yang cukup dan kita tidak boleh di kotak katikkan oleh segala tipu daya Iblis dan Syaitan yang senantiasa mahu menyesatkan diri manusia agar sama-sama memasuki Neraka Jahannam!

Jadi disini, dengan hanya berbekalkan Rahsia Budi Suci Sejati dan Amalan Gerak semata-mata tidak cukup untuk kita menceburi bidang yang di luar dari penglihatan Mata Hati kita, ahli yang berpandukan pada gerak di dalam sesuatu hal di umpamakan seperti orang buta di jalanan yang hanya dapat merasa-rasa sesuatu tanpa dapat melihat apakah sebenarnya yang di rasa-rasa itu...harus di ingat segala fakta-fakta yang saya kemukakan ini bukanlah sesuatu rekaan science fiction tetapi ia adalah fakta yang benar yang hakiki, untuk mengelakkan dari perkara itu berlaku, jadilah seorang ahli Rahsia Budi Suci Sejati yang celik Mata Hati, Celik Telinga Hati, Celik Hati dan Perasaan...Amalkan dan pelajari Rahsia Budi Suci Sejati dengan teliti supaya apa yang kita miliki ini akan dapat menaikkan MARTABAT kita sebagai Mahluk Manusia yang sebenar, itulah MAKRIFATnya amalan Rahsia Budi Suci Sejati iaitu untuk menjadi seorang Mahluk Manusia yang sebenar-benarnya seperti mula-mula di ciptakan oleh ALLAH SWT, bukannya menjadi Klon Iblis, Klon Syaitan atau Klon Binatang yang tidak berpandukan undang-undang KETUHANAN!

Kita harus belajar dari DALAM DIRI kita sendiri, kita harus banyak berfikir dan banyak bertanya pada diri kita sendiri, dari situ kita cari jawapan-jawapannya dari sumber yang SAHIH seperti AL-QURAN, HADITH-HADITH, ULAMA-ULAMA, USTAD-USTAD dan dari ILMUAN-ILMUAN yang wujud di muka bumi ini, barang di ingat di dalam membuat PENGKAJIAN ini, kita harus ada sikap dan keyakinan pada diri sendiri yang sangat kental sangat jitu agar tidak terpengaruh dengan apa juga ajakan untuk menganggotai apa-apa juga kegiatan, amalan, fahaman atau orang-orang tertentu di dalam atau semasa kita membuat pengkajian itu, kita hanya perlukan dan untuk mengumpulkan segala maklumat yang di kehendaki sahaja sebagai menambah bidang ilmu pengetahuan dan jika di dalam proses pengkajian itu kita terpengaruh dengan mana-mana pihak dan terikut-ikut dengan segala kegiatan mereka, maka kita di tafsirkan sebagai TIDAK MERDEKA sebagai seorang manusia, kita TIDAK MERDEKA di dalam menangani nafsu-nafsi sedangkan di dalam Rahsia Budi Suci Sejati, memerdekakan diri dari anasir-anasir luar adalah TUGAS UTAMA KITA.....

Para pembaca sekelian, sampai di sisi sahaja post mengenai Amalan Gerak di dalam Rahsia Budi Suci Sejati dan di lain post akan saya sentuh dan akan saya kupas mengenai segala hubung-kait Amalan-Amalan Tambahan dengan Rahsia Budi Suci Sejati pula kerana topik tersebut berkait rapat dengan unsur-unsur yang timbul di dalam amalan gerak ini.

Sila layari blog khusus ini di hari-hari berikutnya..Wasallam....jumpa lagi


No comments: