Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 3

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #3

- MUKADIMAH #3

Bertemu lagi di dalam Post #3 blog RAHSIA BUDI SUCI SEJATI

Saya amat merasa gembira kerana blog ini telah mendapat sambutan yang hangat dari para pembaca sekelian, tidak kira lah sama ada anda mempelajarinya ataupun tidak yang penting anda telah sama-sama mengambil munafaat ini untuk berfikir secara rasional apakah intipati penulisan ini dan mengambil kira apa-apa yang di fikirkan bernas.

Oleh kerana ada yang bertanya siapakah nama saya, siapakah saya dan apakah tujuan saya membuka blog khusus ini, di sini sukalah saya menerangkan bahawa siapakah saya dan siapakah nama saya adalah tidak perlu di ketahui buat masa ini, ini adalah kerana saya adalah seperti anda juga seorang manusia biasa yang lahir keluar ke dunia ini dari perut seorang ibu dan kenapa saya menulis blog RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini adalah kerana merasa TERPANGGIL untuk memberikan Pandangan Alternatif kepada semua yang mempelajari amalan ini tanpa mengira dari manakah persatuan yang anda anggotai.

Sayugia di ingatkan bahawa RAHSIA BUDI SUCI SEJATI bukanlah milik seseorang guru atau pun mana-mana persatuan, ia di jadikan di cipta oleh ALLAH SWT untuk Mahluk Manusia daripada Nabi Allah Adam sehingga lah kepada manusia yang terakhir, maka jika ada guru atau mana-mana persatuan yang mengatakan bahawa amalan ini adalah Hak mereka, itu adalah Bida'ah, atau jika ada mana-mana guru atau ahli yang mengatakan bahawa mereka sahaja yang tahu akan Rahsia amalan ini maka itu juga Bida'ah!

Rahsia Budi Suci Sejati adalah HAK setiap Mahluk Manusia tidak kira apa bangsa mereka dan apa Agama mereka, ia tetap wujud bersama-sama DI DALAM ROH MANUSIA dari mula mereka di jadikan sehinggalah ke hari Kiamat, yang membezakan hanya lah satu perkara samaada mereka itu TAHU atau TIDAK TAHU sahaja.

Jika Rahsia itu yang di katakan BUDI (Cahaya yang tersembunyi di dalam Roh) ada bersama di dalam Roh setiap Mahluk Manusia, maka itu di katakan bahawa Rahsia itu adalah milik dan ciptaan TUHAN YANG MAHA AGUNG dan bukan milik atau ciptaan mana-mana Manusia, tetapi TUHAN memberikan setiap ROH MANUSIA HAK untuk menggunakannya sahaja.


Ada juga "cakap-cakap" yang mengatakan hanya golongan mereka sahaja yang tahu akan Rahsia amalan ini, hanya mereka sahaja yang Arif dalam hal-hal amalan ini, hanya mereka sahaja yang benar-benar tahu intipati amalan ini, bagi saya itu semua tidak benar sama sekali, jika kamu tahu 10 perkara akan ada orang lain yang tahu 100 perkara dan jika kamu tahu 100 perkara akan ada yang tahu 1000 perkara lagi dan seterusnya, jadi kenapa harus bermegah-megah dengan kadar ilmu yang belum tentu banyak itu?, jika itu berlaku maka kita telah RIAK dan TAKBUR dengan ALLAH SWT!

Ada juga "cakap-cakap" yang mengatakan bahawa untuk "kuat dan lengkap" kita harus ada atau mempelajari tiga (3) benda asas iaitu Budi Suci Sejati, Lam Jalala dan Permohonan!, jika kurang bermakna kita belum kuat belum hebat, ini adalah salah satu dari fakta yang kurang tepat, tahu kah anda bahawa ilmu atau amalan atau pelajaran RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu ianya WUJUD dan BERDIRI SENDIRI!, tanpa memerlukan Lam Jalala, Permohonan, Atom, Pengeras Tangan, Mandi Minyak, Kap 40, Suara, Ular Cinta Mani, Perabun, Pelaris, Mandi Fatimah, Pemurah Rezeki dan pelbagai lagi amalan-amalan tambahan yang di turunkan oleh guru-guru yang sama.

Fakta ini BUKAN mangatakan bahawa semua amalan-amalan tambahan itu tidak perlu atau tidak betul, tetapi fakta ini menjurus kepada amalan Rahsia Budi Suci Sejati itu sendiri wujud dengan RANGKAIAN ILMU-ILMUnya yang tersendiri dan ianya WUJUD di dalam semua lima (5) Prinsip, tiga (3) lambang warna, tujuan dan yang lebih penting sekali segala-galanya telah tersedia ada di dalam amalan Rahsia Budi Suci Sejati ini TANPA kita perlu mempelajari amalan-amalan tambahan yang lain.

Kenapa begitu?, cuba anda fikirkan ilmu ini di jadikan oleh ALLAH SWT sewaktu ALLAH itu mencipta sekelian mahluk di zaman azali lagi, maka setiap ciptaan ALLAH itu amat lengkap dan sempurna, manakala amalan tambahan seperti yang saya sebutkan di atas adalah ciptaan dan susunan Manusia sahaja, dan ciptaan manusia itu dapatkah menandingi ciptaan ALLAH?...

Persoalaan lagi, jadi kenapa amalan-amalan tambahan itu perlu dan kenapa ianya wujud?, jawapannya amat mudah sekali, untuk mempelajari untuk mengetahui dan untuk memiliki segala Keistimewaan yang terdapat di dalam amalan Rahsia Budi Suci Sejati ini BUKAN MUDAH BUKAN SENANG dan BUKAN CEPAT, ia memerlukan KeIkhlasan yang sangat tinggi, Ketekunan yang amat sangat dan KeSabaran yang tiada tolok bandingnya, oleh kerana itu pada zaman dahulu untuk mempermudahkan seseorang itu memperoleh sesuatu keistimewaan maka amalan-amalan yang di reka cipta dengan jalan pintas di perkenalkan oleh bijak-bijak pandai pada zaman dahulu dan tabiat itu tersebar luas hingga ke hari ini.

Fakta yang mengatakan amalan Rahsia Budi Suci Sejati itu lengkap adalah begini, segala keistimewaan yang ada di dalam Lam Jalala, Permohonan , Atom dan sebagainya itu ianya hanya duduk dan terdapat di dalam peringkat ISTIMEWA di dalam Rahsia Budi Suci Sejati!, kita hanya perlu untuk menerobos intipati-intipatikeilmuan di dalamnya sahaja..Dan segala amalan-amalan tambahan yang di ajarkan oleh guru-guru itu juga sebagai penyumbang kepada sumber pendapatan dan jika hanya semata-mata mengajar amalan Rahsia Budi Suci Sejati bagaimana mereka-mereka itu kan dapat sumber pendapatan yang lebih?, fakta ini bukan gurauan atau ingin merendah-rendahkan kewibawaan seseorang guru dalam amalan ini, ini adalah tradisi dari Arwah Hj Hashim Bin Hj Shariff itu sendiri kerana di dalam sejarah pembelajaran kelilmuannya, beliau sendiri telah mempelajari ilmu-ilmu tambahan itu terbeih dahulu sebelum di akhirnya di ketemukan dan mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati, dan waktu beliau menghabiskan masa untuk belajar ini ini juga kurang dari lima (5) tahun semasa di Aceh dahulu, maka dengan itu beliau amat terbatas untuk mendalami ilmu ini tetapi mendapat lengkap bagaimana untuk mengajar susur galur penurunan amalan ini kepada murid-murid mengikut sistemnya, hanya yang di katakan terbatas adalah rahsia-rahsia yang lebih tersembunyi di dalam amalan ini KERANA untuk mengetahui rahsia-rahsia itu kita perlu masa 20 hingga 30 tahun bagi MERASAKANYA...ada pepatah dari Imam Zannun (pelopor ilmu tassawuf) yang berkata "MAN LAM YAZUK MAN LAM YAKRIF" (barang siapa yang belum merasai ia belum mengetahui)......

Seperkara lagi adalah, kesemua amalan tambahan yang anda pelajari itu samaada Lam Jalala, Permohonan, Atom, pengeras tangan dan sebagainya itu BOLEH DI CABUT KELUAR DENGAN MENGGUNAKAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI! ini adalah fakta sebenar kerana kesemua kekuatan ilmu-ilmu tersebut TIDAK TERSEMAT di dalam ROH tetapi di JASMANI, apa-apa yang tidak duduk atau yang tidak berada di dalam Roh maka ianya boleh di cabut keluar..

Tetapi janganlah menjadi orang yang bodoh, orang yang pendek akal atau orang yang jahil, kesemua amalan tambahan itu bagus dan selamat di gunakan dan tidak bercanggah dengan Syarak, kita hanya berhujah mengenai Rahsia Budi Suci Sejati, apa yang ia ada dan apa yang ia boleh lakukan, saya sendiri juga menggunakan kesemua amalan-amalan tambahan itu PADA peringkat permulaan belajar tetapi sekarang tidak lagi kerana saya telah di kurniakan dengan yang Tulin dan ASLI...Alahamdulillah sekarang dapat di nikmati apakah itu sebenar-benarnya RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dengan erti sebenar-benarnya!!!....

Cukup buat kali ini dan akan saya sambung di lain post yang akan saya sentuh mengenai Amalan GERAK, adakah ianya salah atau betul jika kita menggunakannya sebagai ahli Rahsia Budi Suci Sejati!!!

Peringatan kepada semua pembaca blog ini, sekali lagi saya terangkan bahawa saya bukanlah seorang yang ahli yang extremist, Athies atau Penderhaka kepada Rahsia Budi Suci Sejati kerana saya berpegang kepada "Aku Mengisi Pokok Badan Ku Agar Selamat Diri Ku Dari Segala Bahaya"......Jumpa lagi

Wassallam!

Professor BSS

No comments: