Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 2

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #2

- MUKADIMAH #2

Bertemu lagi dalam Post #2 mengenai Blog RAHSIA BUDI SUCI SEJATI

Di dalam post pertama saya mengemukakan permasaalahan mengenai hubung kait di antara keperibadian seseorang dengan sesuatu institusi seperti amalan Rahsia Budi Suci Sejati, dan ramai akan tertanya-tanya mengapa saya merujuk nama amalan ini sebagai Rahsia Budi Suci Sejati dan bukan hanya ungkapan Budi Suci Sejati.

Untuk pengetahuan umum, di awal perkembangan dan penyebaran amalan ini di Nusantara, ianya di rujuk sebagai "Rahsia" kerana amalan ini tidak mempunyai suatu nama yang mutlak untuk di rujuk, ini adalah kerana corak pembelajarannya yang menjurus kepada mempelajari "Rahsia-Rahsia Ketuhanan dalam diri manusia" yang bersandarkan kepada apa yang Allah SWT terangkan di dalam AL-Quran. (akan saya huraikan di dalam post-post yang akan datang)

Apa yang berlaku sewaktu amalan ini mula di perkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Islam dari negara arab adalah bagaimana ia harus di rujuk, di kenali dan di fahami tanpa ianya di campur adukkan dengan pengembangan Islam pada waktu itu, ianya adalah seperti kita merujuk perihal Syariah yang di kenali sebagai Ilmu Fiqah, perihal Usuludin sebagai Ilmu Tauhid dan perihal Sufi sebagai Ilmu Tassawuf tetapi semuanya itu bersumberkan AL QURAN.

Atas sebab sebab itu maka bijak pandai dan para ilmuan pada ketika itu telah mencipta satu ganti nama untuk merujuk amalan ini tetapi dengan suatu nama yang sangat menggambarkan KeRahasian yang amat halus dan mudah, maka terciptalah suatu istilah yang pada mulanya di dalam bahasa arab dan di alih bahasa kepada bahasa-bahasa tempatan tetapi membawa maksud yang sama. Oleh kerana negara Malaysia menggunakan bahasa melayu maka ianya di alih bahasakan ke dalam bahasa itu sehingga pada hari ini, maseh juga terdapat bahasa-bahasa ethnic yang lain di negara indonesia untuk amalan Rahsia Budi Suci Sejati ini.

Oleh kerana itu, saya merasakan adalah lebih tepat untuk saya merujuk amalan ini sebagai "RAHSIA BUDI SUCI SEJATI" dan sememangnya pada permulaan perkembangannya juga oleh Arwah Mahaguru Hj Hashim Bin Hj Shariff menggunakan perkataan "Rahsia" untuk merujuk kepada amalan ini. Jadi tidak ada apa yang perlu di pertikaikan mengenai perkataan "Rahsia" ini kerana ianya merujuk kepada amalan yang sama.

Di Malaysia, walaupun Rahsia Budi Suci Sejati berkembang luas dan pesat tetapi ianya berkembang melalui Persatuan-Persatuan yang berlainan nama seperti Persatuan Budi Suci Sejati (Tampoi) Johor {persatuan yang pertama di daftar oleh Arwah Hj Hashim (sekarang bertukar menjadi Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia) dan kini di terajui oleh anak beliau Encik Masri Bin Hj Hashim}, Persatuan Pendidikan Jasmani Budi Suci Sejati Kuala lumpur yang di terajui oleh Encik Masron Bin Hj Hashim dan yang ketiga Perguruan Budi Suci Sejati Selangor yang di terajui oleh Hj Masdon Bin Hj Hashim.

Walaupun ketiga-tiga persatuan Budi Suci Sejati ini mengembangkan amalan yang sama dan dari sumber yang sama tetapi pendekatan, penyampaian dan bentuk pembelajarannya mempunyai perbezaan yang ketara. Encik Masri Bin Hj Hashim mengembangkan amalan ini melalui persatuannya dengan kaedah yang sama seperti arwah bapa beliau iaitu mengajar dengan protokol-protokol yang kurang ketat, terbuka dan kurang sistematik tetapi sangat menitik beratkan nilai-nilai keagamaan Islam di dalam diri para pelajarnya

Bagi Encik Masron Bin Hj Hashim pula semenjak dari tahun 2000 telah mula mengemaskinikan pembelajaran dengan memperkenalkan sistem pelajaran yang bersistematik serta bersijil dan mencipta hiraki-hiraki jawatan di dalam urusan pengajaran, tetapi maseh lagi dengan pendekatanya yang maseh lembut dan terbuka atau kurang protokol serta mudah di temui

Manakala Hj Masdon Bin Hj Hashim yang menerajui Perguruan Budi Suci Sejati pula lebih menggunakan kaedah sangat extreme dengan mengenakan pelbagai protokol-protokol yang ketat, hiraki-hiraki yang banyak, bayaran yang tinggi serta memperkenal nama-nama jawatan yang baharu seperti jawatan belaiu sendiri dari pada jawatan GURU kepada jawatan PENDITA, dan persatuannya di tadbir mengikut modus operadi perniagaan.

Walaupun ketiga-tiga persatuan tersebut memiliki corak pengajaran yang berbeza tetapi mereka tetap mengajar amalan yang sama iaitu Rahsia Budi Suci Sejati, dan sebenarnya bagaimana corak persatuan itu di tadbir bukan menjadi isu yang sangat besar kerana setiap Guru mempunyai gaya mereka yang tersendiri untuk mengajar dan mengembang amalan ini seperti seorang Perdana Menteri!

Akan tetapi, perbezaan corak kepimpinan dan sistem pembelajaran yang tidak uniformed di dalam ketiga-tiga persatuan Budi Suci Sejati itu sedikit sebanyak telah menjejas kualiti dan keperibadian seseorang ahli Budi Suci Sejati di negara ini, kerana hasil dari kerja tangan mereka itu (guru-guru) telah mempengaruhi anak-anak murid mengikut acuan yang mereka ada dan yang lebih malang dan yang amat mengecewakan ialah di antara murid dari ketiga-tiga persatuan Budi Suci Sejati itu tidak ada wujud perasaan persaudaran yang sama dan saling menganggap salah satu dari mereka adalah saingan dan yang lebih extreme menganggap sebagai musuh mereka!

Ini yang amat mengecewakan, sedangkan TUJUAN amalan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini adalah untuk "Menghindar dari segala perbuatan Zalim dan Khianat", tetapi diantara mereka saling menzalimi kerana hanya semata-mata mempunyai perbezaan pendapat dan hala tuju, lebih mengecewakan lagi anak-anak murid dari ketiga-tiga persatuan itu tidak di ajar untuk kembali kepada DASAR amalan ini iaitu harus bersifat IKHLAS, TEKUN dan SABAR...

Jika pihak-pihak guru-guru utama ketiga-tiga persatuan Budi Suci Sejati ini dapat mengenepikan kepentingan dan hal-hal peribadi dan kekeluargaan, akan dapat di lihat persatuan yang mengembang Ilmu yang sangat berharga ini dapat bergerak secara centralised atau berpusat dan di seragamkan segala modul-modul pembelajaran seperti korikulum pembelajaran di kementerian pelajaran untuk seluruh negara Malaysia, dan di kenali sebagai hanya satu nama seperti PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI MALAYSIA!. Alangkah indah dan murninya jika itu dapat berlaku.....

Wassallam!

Professor BSS

No comments: