Who Is Professor BSS

My Photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post # 1

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #1

- MUKADIMAH #1

Blog ini lebih menjurus kepada penerangan dan penghuraian mengenai apa yang di katakan amalan atau ilmu BUDI SUCI SEJATI samaada yang berkembang di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, filipina dan di negara negara yang terdapat atau telah sampai pengajarannya.

Dewasa ini telah banyak kekeliruandan percanggahan pendapat mengenai pelajaran Budi Suci Sejati, samaada ianya di timbulkan oleh para penuntut,para pelajar, guru-guru, maha-maha guru, orang awam, jabatan agama Islam serta kerajaan.

Jadi, siapakah yang paling benar mengenai penyampaian pelajaran Budi Suci Sejati ini? jawapannya tidak ada siapa yang berjaya mengatakan golongan yang mereka wakili itu yang paling benar, kerana pelajaran Budi Suci Sejati ini adalah sangat subjective!, sangat terbuka, sangat luas bidang keilmuannya dan tidak terbatas oleh ruang dan waktu.

Penulisan dan penghuraian Blog mengenai pelajaran Budi Suci Sejati ini di harapkan akan dapat untuk sedikit sebanyak memperbetulkan keadaan yang sangat mengelirukan di kalangan pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut Budi Suci Sejati.

Istilah PELAJAR di definasikan kepada orang-orang yang belajar tanpa mahu untuk berusaha memikirkan apa yang di pelajari dan hanya menerima bulat-bulat apa yang di ajarkan, manakala definasi PENUNTUT pula adalah golongan orang-orang yang belajar tetapi membuat kajian dan semakan mengenai apa yang mereka pelajari sehingga beroleh keyakinan pada diri mereka sendiri.

Dua golongan ini sangat mempengaruhi perkembangan di dalam pelajaran Budi Suci Sejati di muka bumi ini,kerana kedua-dua golongan ini lah yang menjadi jembatan bagi kesenambungan pelajaran Budi Suci Sejati kepada generasi yang baru.


Cuba bayangkan golongan yang mana yang akan menjadi perosak kepada penyebaran pelajaran ini di hari muka?, sesungguhnya golongan PELAJAR lah adalah golongan yang terbesar dari golongan PENUNTUT dan merekaakan membawa bersama maklumat-maklumat pelajaran yang mereka terima dari orang-orang yang mengajar mereka tanpa mereka katahui atau sadari bahawa ADA di antara pelajaran-pelajaran itu membawa maklumat yang tidak tepat, salah penghuraian, menyimpang dari hakikat sebenar dan yang sebagainya.

Dari situ akan berkembanglah pelajaran-pelajaran itu mengikut acuan yang mereka terima, jadi tidak bersalahan jika pada zaman ini telah banyak perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku di dalam perkembangan pelajaran Budi Suci Sejati, dan tidak bersalahanlah jika pihak kerajaan di sesuatu negara mewartakan bahawa pelajaran Budi Suci Sejati ini samaada di istihar sebagai Ilmu Sesat, Haram, Terkeluar dari Islam dan sebagainya.

Ini adalah kerana di setiap Jabatan Agama Islam di sesuatu negara itu akan menilai sesuatu Ilmu dari sudut pengamalannya, cara-cara pengamalannya, tujuan amalan, hakikat pengamalan dan yangakhir sekali ialah adakah ianya bertentangan dengan hukum syarak di dalam Agama Islam, setelah di kaji ukur pada setiap perbuatan dan ajaran yang di sebarkan dari diri orang-orang yang di syaki, maka sesuatu Fatwa mengenai akan di keluarkan.

Cuba di fiikir-fikirkan, sedangkan penganut Agama Islam itu sendiri akan di kaji ukur mengikut perbuatan penganutnya dan bukan dari sudut Agama Islam itu sendiri, oleh itu setiap hukuman yang di jatuhkan adalah pada diri seseorang yang mengamalkannya, jika ianya salah maka ia tetap di hukum tetapi hukuman itu tidak menjejas institusi KeIslaman itu sendiri...tetapi itu tidak berlaku di dalam pengembangan pelajaran Budi Suci Sejati, ini adalah kerana Budi Suci Sejati bukan di kategorikan sebagai satu Agama, tetapi di kategorikan sebagai satu satu dari cabang Ilmu, dan setiap satu cabang ilmu akan tertakluk kepada kesilapan kerana ianya di susun oleh manusia biasa dan bukannya seperti Al-Quran!

Cuba lihat pada hari ini kita boleh dapati di setiap negara yang mengembangkan pelajaran Budi Suci Sejati ini akan mempunyai gelaran-gelaran seperi penolong jurulatih, jurulatih,wakil guru, guru,timbalan mahaguru, mahaguru dan yang lebih extreme seperti gelaran Pendita, adakah semuanya itu suatu kewajipan di dalam pengembangan pelajaran Budi Suci Sejati ini, adakah ianya benar-benar perlu benar-benar relevan dengan hakikat sebenarnya?,

Dan di setiap negara mengajarkan cara-cara yang berbeza kepada pelajar-pelajarnya dan tidak terkecuali di negara Malaysia ini, ada tiga (3) persatuan yang mengajar pelajaran Budi Suci Sejati dari keturunan Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Shariff, yang satu atas nama Persatuan Budi Suci Sejati (Tampoi) Johor (sekarang sebagai Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia-PBSSM), Persatuan Pendidikan Jasmani Budi Suci Sejati Kuala Lumpur -PPJBSSKL dan Perguruan Budi Suci Sejati-PBSS di Selangor.Walaupun dari Ayah yang sama tetapi mereka mengajar dengan cara yang berbeza, soalannya kenapa? dan mengapa jadi begitu?....

Post pada kali ini adalah sebagai Mukadimah kepada Blog Rahsia Budi Suci Sejati, saya akan meneruskan penulisan mengenai pelajaran ini di dalam post-post yang akan menyusul kemudian kerana untuk bercakap mengenainya memerlukan penulisan yang sangat panjang lebar dan memerlukan masa yang sangat panjang.

Saya juga membuka peluang kepada semua yang membaca untuk memberikan apa juga komen-komen serta pertanyaan, jika sesuatu itu di dalam kemampuan saya untuk menjawapnya akan saya jawap sebaik yang mungkin.

Adalah di tegaskan di sini bahawa saya tidak terikat atau terlibat dengan mana-mana Persatuan yang membawa nama Budi Suci Sejati dari negara mana juga pun, tetapi saya adalah salah seorang dari berjuta-juta orang yang memiliki Rahsia budi Suci Sejati dari tahun 1977 lagi sehingga kini, dan saya menulis mengikut perspective yang sangat berbeza dari orang-orang lain semoga dengan cara ini akan terdapat alternative untuk meraih rahsia-rahsia yang terdapat di dalamnya.

Jumpa lagi di lain Post! Wassallam...

Professor BSS

3 comments:

Pengembara Ilmu. said...

Assalamuallaikum wbt saya berasa bersyukur dengan wujud nya laman prof ini, kerana saya drpda pengamal perjalanan ini maka dgn itu dapat mengekplorasi akan segala rahsia yg blum saya ketahui.

Pengembara Ilmu. said...

Terima kasih dengan informasi yang diberikan penuh bermakna buat saya prof.

Pengembara Ilmu. said...

saya adalah anak muda yang baru menuntut perjalanan ini justeru itu segala info amat diperlukan sebagai panduan.