Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #86 - THE BRAINSTORMER #31

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #86 - THE BRAINSTORMER #31

THE QUESTIONS RAISED BY PUTING BELIUNG - PERSOALAN YANG DI KEMUKAKAN OLEH PUTING BELIUNG

Persoalan yang di kemukakan oleh PUTING BELIUNG adalah seperti berikut:-

Assalammualaikum,
Saya dengan sukacitanya ingin berterima kaseh kepada prof yang telah sudi menjawab saolan saya tempoh hari.Kalau tak keberatan sudilah prof menjawab susulan soalan saya yang terjerumus kepada sesetengah ahli rbss yang menggunakan amalan ini untok tujuan yang tidak baik dari segi ahlak dan tutur cara rbss.

1) Apa pendapat prof berkenaan ahli yang mengunakan amalan gerak untok membeli nombor 4 angka,main kuda dan sebagainya?.

2) Apa pendapat prof berkenaan ahli yang menggunakan amalan rbss untok perubatan dan menjadikan ia suatu perniagaan?.

3) Apa pendapat prof berkenaan ahli yang lebeh beratkan gerak dan amalan amalan tambahan seperti lam jalala, atom dan yang lain lain untok kegunaan menyelesaikan sesuatu masaalah?.

4) Apa pendapat prof kalau ahli rbss menggunakan amalan ini untok tujuan berniaaga?.

5) Apa pendapat prof kalau ahli rbss berkawan rapat dengan alam raib seperti jin,bunian,dewa-dewa, wali-wali,batu-batu cincin dan sebagainya?.

Buat masa ini hanya ini saja soalan saya. Kira sudi lah prof menjawabnya. Sekian. Terima Kaseh.

Persoalan yang seperti ini adalah merupakan perkara yang telah dan sedang berlaku di dalam perkembangan Rahsia Budi Suci Sejati walau di mana juga ianya berada dan merupakan sesuatu yang "biasa" akan tetapi jika tidak di berikan perhatian yang serius, perkara "biasa" ini merosakkan keaqidahan umum terhadap amalan/ajaran RBSS...walaupun perkara tersebut telah saya sebut di dalam post yang awal tetapi saya mengucapkan rasa terima kaseh di atas keperihatinan PUTING BELIUNG terhadap perkara tersebut dan dari soalan yang di kemukakan itu bermakna beliau melihat perkara ini maseh berleluasa dan meminta saya untuk memperhalusi lagi rungkaian mengenainya...


JAWAPAN UNTUK SOALAN PERTAMA

Harus di sadari oleh semua bahawa AMALAN GERAK yang di Amalkan itu adalah berdasarkan suatu keilmuan yang sangat tinggi martabat dan nilai keilmuannya KERANA apa yang di gunakan adalah sebahagian dari HAQ ALLAH SWT yang memiliki SEGALA PERGERAKAN iaitu berdasarkan YAHYU YA QAYYUM...jika di fahami Ayat tersebut ia akan memberikan kefahaman bahawa yang menggerakkan sesuatu pergerakkan adalah dari ALLAH SWT dan permintaan untuk menggerakkan sesuatu pergerakan adalah di minta terus/langsung dari ALLAH dan bukan dari kuasa atau Tuhan yang lain.

Jadi, keilmuan GERAK ini di turunkan untuk kegunaan manusia bagi melakukan tujuan-tujuan yang sebaik mungkin dan bukan dengan maksud yang tidak baik atau yang bertentangan dengan Perintah dan Kehendak ALLAH SWT (rujuk post #4)...tetapi jika seseorang itu menggunakan GERAK ini sebagai salah satu cara untuk mendapatkan nombor ekor atau apa juga yang berbentuk perjudian maka secara langsung mereka telah melanggar Perintah/kehendak ALLAH SWT dari kontek tujuan GERAK itu di wujudkan.

Kedua, dengan perlakuan seperti itu mereka telah menzalimi diri sendiri kerana telah mendedahkan diri kepada Kemurkaan ALLAH, di mana dalam masa yang lain (berjurus) mereka meminta ALLAH agar mmembersih-sucikan mereka dari sifat-sifat kesyaitanan tetapi di satu masa yang lain mereka maseh lagi melakukan pekerjaan yang di sukai oleh syaitan dan yang di benci oleh ALLAH SWT...itu bermakna kita tidak jujur pada diri sendiri serta mempermainkan ALLAH SWT dan hukum di dalam ISLAM (jika anda ISLAM) adalah membawa kepada Dosa-Dosa yang besar kerana satu perbuatan akan membawa beberapa kesalahan yang seiringan.

Ketiga, sebagai seseorang yang telah memiliki RBSS yang berteraskan CAHAYA itu maka perbuatan tersebut telah memudarkan pengcahayaan yang wujud di dalam RahsiaNya dan akan menghapuskan beberapa keistimewaan yang lain seperti kekurangan mendapat Rahmat dan Hidayah dari ALLAH SWT...sebabnya adalah kerana kita "Yakin di dalam tidak Yakin"...

Maksudnya...dalam masa yang lain kita Yakin terhadap apa yang kita amalkan berdasarkan RBSS tetapi di masa yang sama kita Tidak Yakin terhadap apa yang RBSS boleh lakukan...maksud yang lebih jelas ialah...dengan berjudi kita tidak Yakin boleh mendapatkan rezeki secara yang lebih halal sumbernya dan kefahaman ini telah merendah-rendahkan sifat ALLAH SWT yang Maha Pemberi Rezeki!...

JAWAPAN UNTUK SOALAN KEDUA

Menggunakan segala keistimewaan di dalam keilmuan RBSS di dalam bidang perubatan adalah di galakkan atas dasar memberikan pertolongan kepada mahluk-mahluk yang lemah dan yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah menjadi AHLAK yang di tuntut di dalam ajaran RBSS ini...

Tetapi jika segala keistimewaan tersebut di pergunakan untuk membantu orang lain dengan niat dan tujuan mencari untung/laba atau di jadikan sebagai sumber mendapatkan wang dengan cara yang mudah melalui kesakitan orang lain adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan tujuan RBSS ini, di mana ianya di wujudkan dan di kurniakan kepada mahluk manusia untuk menghindar dari segala perbuatan zalim dan khianat.

Dengan niat/tujuan memperniagakan kebolehan mengubati orang sebagai sumber mendapatkan wang dengan cara mudah maka kita telah melanggar kesusilaan RBSS (rujuk post #13) seperti kata pepatah "menangguk di air yang keroh"...jika benar-benar berminat terhadap bidang perubatan, biar ianya di lakukan secara profesional iaitu mendaftar dan membuka klinik perubatan secara sah dan berikan perkhidmatan yang menyeluruh sebagaimana seorang Doktor menjalankan klinik-klinik mereka dengan caj-caj perkhidmatan yang munasabah serta tidak menindas keupayaan kewangan para pesakit, caj-caj perkhidmatan mestilah bercorak kebajikan, di mana segala kos yang di tanggung oleh pesakit hanya semata-mata untuk menanggung kos-kos operasi klinik tersebut.(rujuk post #38)

Jika untuk di jadikan perkhidmatan tersebut lebih profesional dengan kadar bayaran yang tinggi atau mahal juga boleh asalkan apa jenis perkhidmatan perubatan itu benar-benar tepat dan berkesan tanpa berlaku kelemahan atau kesilapan dari kebodohan diri sendiri, di mana jika perkara seperti ini berlaku bermakna kita telah menipu orang ramai dengan kebolehan diri kita yang tidak seberapa..

Tetapi, jika di lakukan dengan cara ini...keberkatan yang sepatutnya kita raih dari melakukan perubatan tidak lagi di klasifikasikan sebagai ibadah kebajikan...dan tidak dapat membantu kita di hari akhirat kerana imbuhan yang lumayan telah kita kecapi pada masa sekarang!

JAWAPAN UNTUK SOALAN KETIGA

Mengenai seseorang ahli RBSS yang hanya cenderung menggunakan amalan-amalan lain yang ada untuk menyelesaikan permasaalahan seharian kehidupan mereka adalah tidak bersalahan dari sudut penggunaan amalan, kerana setiap cabang ilmu seperti Lam Jalala, Permohonan, Atom dan sebagainya itu sememangnya di wujudkan untuk mempermudahkan umat manusia di dalam menyelesaikan masaalah yang di hadapi....

Akan tetapi, dari sudut yang lain mereka telah mengabaikan IBU/INDUK kepada segala jenis Keilmuan iaitu RBSS dan tidak mempergunakannya langsung dan perkara ini berlaku atas pelbagai sebab (rujuk post #5) dan akan juga menumpulkan/memudarkan keupayaan RBSS yang sediaada (under use) dan perlakuan seperti ini jelas mempamerkan kelemahan tahap keyakinan mereka terhadap keilmuan yang wujud di dalam RBSS sehingga meletakkankan RBSS di belakang keutamaan apabila ingin bertindak melakukan sesuatu, walhal RBSS adalah IBU/INDUK serta TUNJANG kepada semua jenis ILMU.

JAWAPAN UNTUK SOALAN KEEMPAT

Menggunakan segala keistimewaan yang wujud di dalam RBSS untuk berbakti kepada sesama mahluk adalah suatu perbuatan yang tinggi nilai pekertinya dan adalah sesuai dengan Tujuan RBSS yang di wujudkan untuk menimbulkan kesejahteraan terhadap umat manusia dan jika di gunakan untuk memangkin atau untuk memajukan sesuatu jenis perniagaan adalah juga di galakkan kerana ianya akan membantu untuk kebaikan seluruh umat yang akan memperoleh nikmat dari perniagaan tersebut seperti khidmat/barangan/peluang pekerjaan yang di sediakan.


Akan tetapi jika ianya di gunakan untuk sesuatu jenis perniagaan yang tidak di redhai/disukai oleh ALLAH SWT maka ianya adalah menyerupai perbuatan berjudi seperti yang di terangkan melalui jawapan pertama.

JAWAPAN UNTUK SOALAN KELIMA

Mengenai ada segelintir ahli-ahli RBSS yang berkawan/bersahabat dengan mahluk-mahluk dari alam ghaib seperti jin-jin/bunian, dewa-dewa, wali-wali, penjaga-penjaga cincin-cincin/batu-batu/kayu-kayu adalah satu perbuatan yang mempamerkan kecetekan kefahaman mereka mengenai RBSS dan ISLAM...

Ini membawa maksud bahawa apa yang mereka miliki di dalam Roh dan Jasad itu tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri mereka dan pegangan pendirian mereka sebagai ISLAM juga tidak mendatangkan apa-apa syafaat kerana mendedahkan diri sendiri kepada kemurkaan ALLAH SWT yang tidak mahu setiap manusia bersekongkol atau bersahabat dengan lain-lain mahluk ghaib kerana perbuatan itu akan menjerumuskan mereka kepada perbuatan menyekutukan ALLAH SWT, di mana dosa bagi menyekutukan ALLAH SWT adalah sangat besar dan tidak akan di ampunkan.

Tetapi, jika mereka BERSAHABAT secara jujur dan ikhlas seperti menjadikan mahluk-mahluk ghaib tersebut seperti kawan-kawan biasa seumpama kawan-kawan manusia, maka perbuatan itu tidak bersalahan dari segi etika perkawanan...

Akan tetapi, kalau bersahabat dengan jin/penunggu-penunggu cincin/kayu/batu adalah jelas bertentangan dengan RBSS dan ISLAM kerana, atas dasar apa mereka mahu bersahabat dengan mahluk-mahluk tersebut???...untuk meminta pertolongan???, adakah apa yang mereka miliki yakni RBSS tidak berupaya untuk melakukan apa yang diri sendiri ingin lakukan???, jika di lakukan juga meminta sebarang pertolongan dari mahluk-mahluk tersesut maka jatuhlah hukum yang di sebut di dalam ISLAM sebagai SYIRIK!...

Begitulah di sebalik persoalan yang di persoalkan dan kepada ahli-ahli yang maseh aktif menjalan kerja-kerja sedemikian di seru agar berfikirlah sedalam yang mungkin, kenali dan fahamilah apa yang di miliki dari sudut yang sebenar dan jelas, jangan sampai terlambat untuk kembali ke dalam landasan yang benar...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday February 25, 2008 - 05:55pm (PST)


No comments: