Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #87 - THE BRAINSTORMER #32

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #87 - THE BRAINSTORMER #32

HOW TO RE-START & GAIN CONFIDENT - ATAU BAGAIMANA MEMULAKAN SEMULA & MEMBINA SEMANGAT

Tajuk ini di nukil dari beberapa email yang bertanya, bagaimanakah untuk memulakan kembali amalan RBSS ini setelah sekian lama tidak aktif (bukan kerana tidak yakin) di sebabkan kurang mendapat tunjuk-ajar dan maklumat?, dan bagaimanakah untuk membina semangat belajar yang telah pupus???..........

Untuk para pembaca sekelian, perkara atau fenomena ini sering berlaku di semua zaman dan memang tepat sekali yang menjadi penyebab utamanya ialah kurangnya maklumat-maklumat dan intipati RBSS yang di sampaikan kepada mereka...kepada yang bertanya ini pula, anda telah mengalami suatu genjotan semangat yang baharu setelah membaca segala hujah dan maklumat dari Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini yang di huraikan dari sudut yang sangat berbeza daripada kebiasaannya...saya ucapkan syabas kepada anda yang telah menyadari hakikat bahawa RBSS ini sebenar-benarnya sesuatu yang sangat penting di dalam kewujudan Rohani dan Jasmani kita sendiri....semoga kesadaran ini akan membina kehidupan yang baharu di dalam perjalanan hidup anda sekelian!.

Baik, sebagai permulaan anda perlu untuk menelaah kembali segala Prinsip yang terdapat di dalam RBSS, kedua anda perlu mengingati kembali langkah-langkah pergerakan JURUSAN yang pernah di pelajari dahulu dan jika mampu cuba ingat kembali Jurusan dari #1 hingga #10 terlebih dahulu...jika benar-benar sudah lupa dan tidak dapat mengingati langsung, anda perlu mencari teman-teman ahli RBSS yang maseh aktif bagi memberikan tunjuk-ajar kepada anda kerana tanpa bantuan dari mereka berkemungkinan anda akan melakukan perkara-perkara yang salah!...jika teman-teman ahli RBSS yang anda kenali memiliki nasib yang sama seperti anda, maka anda tidak ada jalan lain selain merujuk semula kepada Guru-Guru RBSS di mana anda mula-mula mengisi dahulu...

Jika ini terpaksa di lakukan (terpaksa merujuk kepada guru), anda tidak harus merasa malu atau takut kerana pada kali ini niat anda itu adalah benar-benar ikhlas!...bertemulah dengan para guru dan jelaskan duduk perkara mengapa anda di masa-masa yang lalu tidak dapat mengamalkannya dengan baik...jika ini di lakukan anda terpaksa akur dengan segala peraturan yang ada di terapkan oleh mana-mana Persatuan RBSS bagi mendapatkan bimbingan semula...dan jangan ada rasa keegoaan di dalam diri, sempurnakan pembelajaran semula itu dan cuba dapatkan segala maklumat-maklumat serta intipati pelajaran RBSS daripada mereka walaupun ianya tidak termasuk di dalam korikulum pelajaran yang di tetapkan.

Harus di ingat, korikulum yang di susun oleh para guru untuk semua murid adalah berbentuk umum dan asas, bagi mendapatkan pembelajaran yang lebih terperinci daripada pihak guru-guru, anda harus bijak menyusun masa dan strategi bertanya kerana bukan semua guru yang ada bersifat terbuka serta akan melayan persoalan yang di kemukakan...maksudnya biarlah sesuatu persoalan yang sangat sensitif di kemukakan secara peribadi berkumpulan tanpa di kemukakan sewaktu kelas untuk umum...

Jika anda mengemukakan sesuatu persoalan yang sangat sensitif dan bercorak terlalu specific dalam kelas umum, pihak guru selalunya akan mengelak menjawap persoalan yang di kemukan kerana di takuti akan ada bangkangan atau sanggahan dari para murid yang tidak di ketahui corak kefahaman keagamaan mereka dan juga bagi mengelakkan kelas yang mengajar RBSS menjadi kelas agama!...juga bagi mengelakkan dari menjawap sesuatu dari luar bidang pengetahuan mereka sendiri....jadi bijak-bijaklah menggunakan strategi!...

Berbalik kepada persoalan untuk memulakan semula pembelajaran RBSS, apa yang perlu anda lakukan di dalam soal amalan, anda perlu melakukan dari peringkat permulaan...maksudnya mulakan dengan BERJURUS samaada dengan 10 Jurusan ke 20 Jurusan ke 30 Jurusan ke 40 Jurusan ke atau kesemua 50 Jurusan jika mampu mengingatinya dengan baik...

Amalan BERJURUS semula inilah yang akan membangkitkan kembali segala kekuatan semangat di dalam diri serta membina semula Cahaya-Cahaya yang telah pudar yang meliputi ROH kita tersebut, dan lakukan amalan Berjurus ini secara berterusan sehingga terasa semangat yang di bina melalui Penciptaan Cahaya itu benar-benar telah BERKUASA semula, dan jangan berhenti selagi perasaan sedemikian belum lagi wujud!.

Dan secara perlahan-lahan anda belajar semula segala intipati pelajaran yang ada di dalam amalan RBSS ini secara sedikit demi sedikit dan jangan di paksa-paksa kerana perbuatan tersebut tidak akan mendatangkan hasil yang di harapkan.

Rakan-rakan teman seRBSS juga harus di rapati semula kerana dengan cara berkumpul dan bermusyawarah kita akan dapat membangkitkan semangat belajar serta akan dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran mengenai keilmuan ini, jika tidak tahu apa topik-topik yang boleh di perkatakan sesama ahli, anda boleh gunakan segala hasil tulisan dari Blog RBSS ini sebagai topik-topik untuk di perbincangkan, niscaya dengan cara tersebut akan menambah keilmuan yang anda harap-harapkan.

Jangan sekali-kali bertanya mengenai intipati keilmuan RBSS kepada Alim Ulama yang bukan dari kalangan ahli RBSS kerana jawapan yang akan di berikan akan mengecewakan diri anda atau tidak dapat membantu langsung...tetapi boleh merujuk kepada mereka jika inginkan sesuatu maklumat yang seiringan dengan pembelajaran RBSS seperti soal Hukum Hakam, kerana perkara ini juga perlu kita pelajari dan ketahui bagi membataskan kita di dalam landasan yang di redhai oleh ALLAH SWT...jika tidak kita akan menjadi kenderaan Pacuan Empat Roda jenis Off Road!....(semua jalan boleh lalu!!!)

Kepada ahli-ahli jawatan kuasa persatuan yang sedia ada, jika terdapat para ahli-ahli yang merujuk kembali untuk mempelajari semula apa yang mereka tinggalkan, jangan ada sikap menindas atau mengambil kesempatan dari keikhlasan dan keinsafan mereka, terimalah mereka dengan hati yang terbuka, bimbinglah mereka secara adil dan sempurna, anggap kedatangan mereka-mereka semula itu sebagai suatu AMANAH dari ALLAH SWT yang telah membuka pintu hati mereka untuk kembali kepada seruanNya...

Tetapi jika anda (pihak guru atau ajk persatuan) mengambil sikap negatif dan mengenakan terlalu banyak syarat-syarat tambahan yang tidak munasabah terhadap ahli-ahli tersebut atas niat untuk ""mengenakan" mereka semula, maka niat dan tujuan anda tersebut akan di laknat oleh ALLAH SWT kerana tidak seiringan dengan seruan yang ALLAH SWT berikan kepada mereka, tugas utama anda adalah untuk memberikan bimbingan yang sewajarnya terhadap apa yang di katakan sebagai HAQ Manusia ini...kerana anda berada di tempat anda sekarang ini BUKAN kerana kehendak manusia atau sesiapa tetapi atas kehendak ALLAH SWT itu sendiri, jadi jalankan tugas dan tanggungjawap anda sebagai pembimbing yang baik dan berikan segala maklumat yang mereka harapkan semampu pengetahuan anda sendiri...inilah yang di katakan SUCI HATI dan MULIA PERBUATAN yang di wujudkan oleh CAHAYA BUDI!...

Kepada ahli-ahli yang merujuk semula untuk belajar juga, jangan mengada-ngada sangat atau mengambil kesempatan dan jangan gunakan apa yang di kata oleh saya (Professor BSS) sebagai senjata untuk "mengenakan ajk persatuan atau guru", hapuskan niat demikian kerana saya bukan bertujuan menghasut sesiapa, apa yang saya katakan ini hanya semata-mata berdasarkan KEILMUAN dari dalam INITIPATI RBSS, jadi saya menyeru semua pihak yang terlibat agar dapat memahaminya dengan matang dan dari sudut yang positif!.

Saya faham, ada segelintir AJK Persatuan termasuk Guru-Guru yang tersinggung, terganggu dan tergugat dengan kemunculan Professor BSS dengan blog Rahsia Budi Suci Sejatinya ini, kepada mereka saya membuat seruan, hapuskanlah segala tanggapan yang negatif dari hati dan perasaan anda itu, kewujudan Professor BSS tidak mencuri apa-apa tugas dan tanggungjawap atau sebarang kuasa anda sekelian...jadi apa yang di khuatirkan oleh anda???...jika anda kaji-selidik semenjak kemunculan Blog RBSS ini, anda akan dapati bahawa Blog ini telah banyak membantu segala tugasan anda secara tidak langsung!...jadi berfikirlah secara lebih positif dan pandang ke hadapan iaitu masa hadapan pelajaran RBSS ini...

Kepada semua yang terlibat...fikir-fikirkan lah apa yang saya katakan!......

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday February 26, 2008 - 11:45pm (PST)



No comments: