Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #85 - THE BRAINSTORMER #30

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #85 - THE BRAINSTORMER #30

THE POWERS - ATAU TENAGA

Ramai yang terkeliru mengenai unsur-unsur TENAGA yang wujud melalui JASAD Manusia kerana terlalu banyak mengenai pecahan ilmu...begitu juga yang membabitkan penggunaan sesuatu TENAGA atau Power yang di keluarkan oleh manusia terutamanya yang sudah berRBSS!...

Saya cuba menghuraikannya dengan cara yang mudah di fahami oleh semua golongan dan kepada golongan yang bersandarkan kepada istilah-istilah keAraban janganlah terlalu menekankan terma-terma yang menggunakan Bahasa Arab di dalam penghuraian ini kerana yang lebih penting adalah sesuatu huraian itu dapat di fahami dengan mudah tetapi tidak lari tujuan asalnya...

Perkara mengenai POWERS atau TENAGA ini pernah di rungkai di dalam post #60 dan #61 tetapi tidak di sentuh secara menyeluruh, dan pada kali ini akan saya bawa anda melayang jauh ke dalam sudut Power untuk memahami dari kontek yang lebih sempurna.

Pada diri Mahluk Manusia ada dua (2) jenis POWER, yang pertama Power yang wujud di dalam ROH yang di kenali sebagai CAHAYA dan yang kedua Power yang di wujudkan oleh JASAD melalui empat (4) unsur asas iaitu Air, Api, Angin, Tanah...

Seperti yang di huraikan, CAHAYA yang wujud melalui ROH itu di kenali sebagai CAHAYA BUDI di mana ia menjadi TUNJANG kepada RAHSIA BUDI SUCI SEJATI di dalam setiap diri Mahluk Manusia dan yang banyak di perkatakan melalui Blog RBSS ini.

Manakala Power yang di hasilkan melalui empat (4) unsur asas dari Air/Api/Angin/Tanah itu adalah yang membentuk rupa-bentuk JASAD MANUSIA dan Powernya adalah di kenali sebagai ZAT dan SIFAT...

Zat dan Sifat ini adalah dari kekuatan yang di miliki oleh ALLAH SWT untuk kegunaan setiap Mahluk Manusia yang di turunkan mengikut jadual waktu serta di dalam tahap-tahap kejadiannya, seperti kekuatan KUDRAT di turunkan pada setiap hari di waktu SUBUH lalu di masukkan ke dalam JASAD sebagai SUMBER kekuatan untuk terus menjalani kehidupan sebelum sampainya AJAL.

Kekuatan dari ZAT dan SIFAT melalui JASAD MANUSIA ada pelbagai dan boleh di pelbagaikan kegunaannya seperti yang di hurai melalui keilmuan SIFAT 20 yang di masyorkan oleh Imam Al-Asyary dan juga yang menjadi teras kepada ajaran Mahzab Ahlulsunnah Waljamaah untuk mengukuhkan keilmuan TAUHID atau USULLUDIN.

Melalui SIFAT 20 inilah wujudnya pelbagai-bagai jenis keilmuan yang berbentuk KEBATHINAN iaitu sesuatu jenis ilmu yang menggunakan kekuatan KUDRAT dari Zat dan Sifat untuk melakukan sesuatu....contohnya keilmuan yang melibatkan Lam Jalala, Atom, Permohonan, Suara, Ular Cinta Mani, Pengeras Tangan, Perabun dan apa juga jenis ilmu yang melibatkan keilmuan KEJASADAN adalah di dalam golongan atau pecahan SIFAT 20.

Sebagai lanjutan dari post #80, Ilmu Sejengkal iaitu ilmu yang boleh menyelam di dalam air tanpa lemas juga tergolong di dalam keilmuan Sifat 20 tetapi sebenarnya ia duduk di dalam pecahan keilmuan Lam jalala jika di takrif dari ilmu Zat dan Sifat.

Apa yang pasti di antara dua (2) jenis TENAGA atau POWER dari ROH dan JASAD ini ialah segala kekuatan Power yang wujud melalui JASAD adalah tidak boleh menandingi Power yang wujud melalui ROH yang di katakan CAHAYA BUDI tersebut, walaupun kedua-duanya adalah datangnya dari sumber yang sama iaitu dari ALLAH SWT juga, tetapi penghasilan kedua-dua jenis POWER tersebut adalah berbeza dan dari unsur-unsur PENCAHAYAAN yang berlainan...

Di mana kekuatan yang wujud melalui JASAD adalah lebih rendah kekuatannya jika di bandingkan dengan kekuatan yang wujud melalui ROH, kerana penciptaan ROH itu apabila di cipta dan terjadi, ianya tiada tarikh luput! (expiry date), atau bermakna ia akan terus kekal sehingga ke Hari Akhirat Yang Berkekalan dan ini berbeza dengan perihal JASAD yang ada "expiry datenya" dan kekuatannya juga berubah-rubah mengikut masa dan keadaan.

Itulah sebabnya yang di katakan, kekuatan yang wujud melalui ROH Manusia seperti yang di kenali sebagai Rahsia Budi Suci Sejati itu memiliki kekuatan untuk mencabut keluar segala kekuatan yang di kumpulkan di dalam JASAD melalui kekuatan Zat dan SifatNya itu, ini membawa maksud bahawa kekuatan yang di kurniakan melalui Zat dan Sifat itu adalah berada di bawah naungan CAHAYA BUDI....jika kita rujuk kembali kepada pelajaran SIFAT 20 kita akan dapat memahami kenapa perkara itu berlaku...

Akan tetapi, ajaran zikir yang di terapkan melalui ILMU TASSAWUF seperti jenis-jenis Zikir Utama bagi tujuan PEMBERSIHAN HATI bukan tergolong sebagai Amalan sesuatu Ilmu Kebathinan atau berbentuk Ilmu Kuat seperti ilmu-ilmu yang ada tetapi lebih kepada Amal Ibadah mengerjakan pembersihan jiwa seperti yang di kehendaki oleh ALLAH SWT...dan hasil dari pekerjaan itu adalah Jiwa Hati Nurani yang bersih sehingga dapat menerima segala Nur ALLAH!

Dan apabila mereka ini tiba di satu peringkat yang di katakan bersih dan mendapat nur tersebut, maka pada ketika itulah mereka baharu mendapat apa yang di katakan CAHAYA BUDI!
Jadi, dengan kefahaman ini maka kita sudah jelas berkenaan dengan perbezaan kekuatan sesuatu POWER dan faham akan perbezaannya...jangan sampai keliru dan terpedaya...

Renungi perkara tersebut!...

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

Sunday February 24, 2008 - 02:37pm (PST)

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #84 - THE BRAINSTORMER #29

THE COHORT IN RBSS COMMUNITY - ATAU KELOMPOK DI DALAM MASYARAKAT RBSS.

Apakah yang di maksudkan "Cohort" atau "kelompok - kumpulan" di dalam masyarakat RBSS?, apa yang perlu kita tahu dan pelajari dari hal tersebut???..............

Seperti di dalam masyarakat yang beragama ISLAM, mereka terpecah melalui 73 Aliran Kefahaman atau Mahzab yang mereka yakini melalui pembelajaran yang mereka tuntuti sendiri atau di warisi dari generasi sebelum mereka atau kefahaman dari masyarakat mereka (seperti yang di rungkai di dalam post #68)

Begitu juga halnya dengan masayarakat dari dalam RBSS itu sendiri, mereka akan tergolong kepada berbagai-bagai kefahaman mengenai RBSS dari sudut pemahaman diri mereka sendiri, samada di corakkan oleh guru-guru, atau oleh keluarga, atau kumpulan-kumpulan yang mereka sertai...

Setiap golongan akan mencerminkan kefahaman yang berlainan di antara satu dengan yang lain, ahli RBSS di Perlis atau Kedah akan berbeza kefahaman dengan ahli-ahli Johor, dan ahli Johor akan berbeza pendapat dengan ahli dari Pahang dan ahli dari Singapore akan berlainan dengan ahli dari malaysia dan seterusnya begitu....kenapa?????.

Ini adalah kerana di dalam RBSS itu pencernaan kefahaman BUKAN sahaja berasal dari pembelajaran Asal-Usul atau Asas INTIPATI di dalam RBSS, TETAPI corak dan gaya hidup yang melanda di negeri masing-masing akan mempengaruhi pemikiran mereka untuk menangani keadaan semasa...ini adalah pengaruh dari keadaan atau suasana semasa.

Contohnya, ahli-ahli RBSS yang datangnya dari golongan dari kelompok pertanian akan berbeza dengan kelompok ahli-ahli yang hidup di bandaraya-bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Jakarta, Singapore dan selainnya dari segi penggunaan RBSS, kerana cara mereka mengadaptasi dan mengaplikasikan RBSS adalah mengikut kehendak semasa atau di dalam keadaan apa mereka itu berada!.

Begitu juga terjadi kepada ahli-ahli yang terdedah kepada kehidupan negara-negara asing yang lain seperti Negara-Negara di Eropah, di Amerika, di Jepun, di China dan di negara Timur Tengah, mereka ini akan terbentuk menurut pengalaman yang mereka lalui...kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan dan banyak pengalaman!...

Akan tetapi, kefahaman dari sudut keIslaman juga memainkan peranan di dalam memupuk keyakinan

No comments: