Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #84 - THE BRAINSTORMER #29

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #84 - THE BRAINSTORMER #29

THE COHORT IN RBSS COMMUNITY - ATAU KELOMPOK DI DALAM MASYARAKAT RBSS.

Apakah yang di maksudkan "Cohort" atau "kelompok - kumpulan" di dalam masyarakat RBSS?, apa yang perlu kita tahu dan pelajari dari hal tersebut???..............

Seperti di dalam masyarakat yang beragama ISLAM, mereka terpecah melalui 73 Aliran Kefahaman atau Mahzab yang mereka yakini melalui pembelajaran yang mereka tuntuti sendiri atau di warisi dari generasi sebelum mereka atau kefahaman dari masyarakat mereka (seperti yang di rungkai di dalam post #68)

Begitu juga halnya dengan masayarakat dari dalam RBSS itu sendiri, mereka akan tergolong kepada berbagai-bagai kefahaman mengenai RBSS dari sudut pemahaman diri mereka sendiri, samada di corakkan oleh guru-guru, atau oleh keluarga, atau kumpulan-kumpulan yang mereka sertai...

Setiap golongan akan mencerminkan kefahaman yang berlainan di antara satu dengan yang lain, ahli RBSS di Perlis atau Kedah akan berbeza kefahaman dengan ahli-ahli Johor, dan ahli Johor akan berbeza pendapat dengan ahli dari Pahang dan ahli dari Singapore akan berlainan dengan ahli dari malaysia dan seterusnya begitu....kenapa?????.

Ini adalah kerana di dalam RBSS itu pencernaan kefahaman BUKAN sahaja berasal dari pembelajaran Asal-Usul atau Asas INTIPATI di dalam RBSS, TETAPI corak dan gaya hidup yang melanda di negeri masing-masing akan mempengaruhi pemikiran mereka untuk menangani keadaan semasa...ini adalah pengaruh dari keadaan atau suasana semasa.

Contohnya, ahli-ahli RBSS yang datangnya dari golongan dari kelompok pertanian akan berbeza dengan kelompok ahli-ahli yang hidup di bandaraya-bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Jakarta, Singapore dan selainnya dari segi penggunaan RBSS, kerana cara mereka mengadaptasi dan mengaplikasikan RBSS adalah mengikut kehendak semasa atau di dalam keadaan apa mereka itu berada!.

Begitu juga terjadi kepada ahli-ahli yang terdedah kepada kehidupan negara-negara asing yang lain seperti Negara-Negara di Eropah, di Amerika, di Jepun, di China dan di negara Timur Tengah, mereka ini akan terbentuk menurut pengalaman yang mereka lalui...kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan dan banyak pengalaman!...

Akan tetapi, kefahaman dari sudut keIslaman juga memainkan peranan di dalam memupuk keyakinan kelompok-kelompok masyarakat di dalam RBSS ini, maksudnya apa yang mereka tahu dan yang mereka ketahui berkenaan dengan Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat dan di tambah dengan pengaruh Mahzab yang mereka yakini akan membuat mereka ini menjadi berbeza-beza dan tidak satu pun nanti yang dapat menerbitkan KEFAHAMAN MELALUI KEFAHAMAN DARI SUDUT RBSS!..

Jika kefahaman keIslaman mereka cetek dan terbatas maka akan terbatas jugalah tahap kefahaman mereka kepada RBSS, bukan bermakna RBSS itu terbatas tetapi mereka membataskan cabang-cabang ilmu RBSS yang ada kerana terlalu taksub dengan apa yang mereka yakini melalui kefahaman keilslaman yang mereka ketahui....itulah penyebab utama yang membeza-bezakan kefahaman di dalam masyarakat RBSS...

Sebenarnya, melalui INTIPATI pelajaran RAHSIA BUDI SUCI SEJATI telah WUJUD dan DI AJARKAN KEHAFAMAN MENGENAI SEGALA JENIS KEILMUAN YANG WUJUD MELALUI ILMU KETUHANANNYA untuk semua ahli-ahli RBSS, TETAPI segala Intipati Pelajaran bagi KEFAHAMAN tersebut tidak dapat sampai kepada ahli-ahli secara telus dan terus kerana sebab-sebab yang pernah saya sebut di dalam post yang awal iaitu kegagalan mewujudkan satu sistem penyampaian maklumat yang bersistem dan teratur serta berkesinambungan untuk para penuntut keilmuan RBSS ini..

Kalau ada pun, di sana ada sikit di sini ada sikit, guru sana ada guru sini tidak ada pengetahuan itu dan pelbagai-bagai hal yang bersangkutan yang timbul...itu sebabnya apabila Blog Rahsia Budi Suci Sejati dengan pelopornya di namakan Professor BSS tersiar ke seluruh dunia, ramai di kalangan ahli yang terkejut, termangu, terfikir, tertanya-tanya adakah apa yang di ketengahkan oleh Professor BSS ini benar-benar Kefahaman yang sebenar di dalam RBSS?, atau sekadar "pandai-pandai" Professor BSS?...

Ramai yang maseh mempertikaikan apa yang di lakukan oleh Professor BSS melalui Blog ini tetapi semakin lama semakin ramai yang mula akur serta bersetuju bahawa apa yang di ketengahkan melalui Blog RBSS ini mencerminkan Kefahaman mengenai RBSS yang sebenar, ini dapat di buktikan melalui komen-komen atau emai-email yang di hantar kepada saya, kebanyakan bersetuju bahawa apa yang di rungkai melalui Blog RBSS ini tidak terdapat atau di ajar melalui kelas-kelas RBSS yang ada samaada di zaman dahulu mahupun kini...jadi timbul pula persoalan kedua, dari manakah Professor BSS mendapat INTIPATI PELAJARAN RBSS ini dan siapakah yang mengajarnya?????.....

Itu mudah untuk di jawap, segala apa yang di ketengahkan sebenarnya telah wujud dengan sendirinya di dalam INTIPATI RBSS, Professor BSS hanya mengenengahkan perkara-perkara yang tidak ingin di ketengahkan oleh orang-orang yang terdahulu, bendanya sedia ada tetapi apabila di timbulkan maka ia tampak sebagai benda yang baharu walhal ianya bukan yang baharu!...dan siapa yang mengajar Professsor BSS - jawapannya adalah MASA!, melalui MASA telah banyak di tunjukkan segala Kelemahan-Kelemahan yang wujud di dalam sistem penyampaian maklumat pembelajaran keilmuan ini, jadi oleh kerana ianya tidak berubah malah keadaannya semakin teruk dari dahulu sehingga sekarang, maka lahirlah Blog RBSS ini sebagai "Safety Net" kepada yang memerlukannya...
Jika keseluruhan ahli RBSS dapat di fahamkan melalui KEFAHAMAN yang wujud melalui Keilmuan RBSS ini, segala gejala-gejala yang tidak elok atau yang negatif dapat di kikis serta dapat di elakkan dari di lakukan oleh para ahli RBSS dan sempena dengan itu MARTABAT RBSS akan dapat di perbaiki dan di tingkatkan kepada kedudukan asalnya yang sememangnya di tahap yang tinggi dan mengatasi yang lain!..
Tetapi ini bukan kerja mudah, ia di ibaratkan seperti perahu yang menentang arus dan sangat-sangat bergantung kepada keteguhan si pengayuhnya bagi menempuh arus tersebut (tapi kalau kena enjin 400 kuda ke 600 kuda ke sekejap je tu!)

Tetapi andalah penentunya....fikirkanlah!

Wassallam!
Professor BSS (
profesor_bss@yahoo.com)
Saturday February 23, 2008 - 10:17pm (PST)

No comments: