Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #82 - THE BRAINSTORMER #27

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #82 - THE BRAINSTORMER #27

THE HIDDEN STORIES INSIDE RBSS - CERITA-CERITA YANG TERSEMBUNYI DI DALAM RBSS

Perkara ini berkemungkinan menggemparkan sekalangan ahli-ahli RBSS dan di duga/jangka akan ramai yang akan membantah atau akan mempertikaikan rungkaian yang akan di kemukakan...

Jadi sebelum perkara tersebut berlaku, saya dengan rasa sukacitanya meminta kepada anda semua jangan tertakluk dengan nafsu amarah, tenangkan jiwa serta pusatkan kepada perkara yang di rungkai dengan setelitinya, moga-moga apa yang di sampaikan akan dapat di fahamai menurut kontek yang sepatutnya....

PERTAMA

Di dalam perkataan "MENGHINDAR DARI SEGALA PERBUATAN ZALIM DAN KHIANAT", ada tersembunyi maksud yang berlainan dari apa yang kita fahami selama ini...dari pemahaman yang biasa kita telah yakin bahawa TUJUAN RBSS adalah seperti itu, iaitu menghindarkan diri kita dari segala perbuatan zalim dan khianat dari semua jenis mahluk serta keadaan yang boleh membahayakan diri kita...itu sememangnya pasti dan di yakini oleh seluruh pengamal RBSS dari dahulu hingga sekarang....

Tetapi apa yang kita kurang ketahui ialah, sebenarnya Rahsia Budi Suci Sejati yang kita miliki ini BUKAN 100% MELINDUNGI DIRI KITA atau BUKAN 100% JENIS MEMPERTAHANKAN DIRI!!!!.............

Kenapa saya berhujah begitu?........Jadi marilah kita sama-sama meneliti fakta-fakta yang berikut.....

Yang di sebut AKAN 100% MELINDUNGI DIRI KITA adalah ketika kita di dalam keadaan yang sangat tenang serta berfikiran waras, maka dengan cara apa juga pun akan menyukarkan pihak-pihak tertentu untuk menyakiti atau merosakkan diri kita...


Tetapi, mahluk manusia (yang umum) selalunya memiliki rasa JENGKEL/GERAM/MARAH JIKA sesuatu keadaan atau perkara itu tidak memihak kepada diri mereka, dan pada ketika itu tahap kemarahan mereka sedikit demi sedikit akan meningkat kerana di pengaruhi oleh NAFSU AMARAH iaitu Nafsu yang ingin mempertahankan diri dari penindasan atau kerana sikap semula jadi yang dari jenis "kepala angin" atau yang memiliki "keegoan" yang tinggi yang merasakan diri sendiri sahaja yang benar atau yang betul...

Apabila perasaan marah tersebut wujud sahaja, maka CAHAYA YANG MELIPUTI ROH dan TUBUH KITA, TIDAK AKAN MELINDUNGI DIRI KITA LAHIR DAN BATHIN kerana pada ketika itu diri kita sendiri di dalam keadaan yang ZALIM...ini sesuai dengan janji ALLAH SWT di dalam AL-QURAN yang berkata bahawa "ALLAH tidak akan melindungi orang-orang yang bersifat zalim"....

Jelasnya di sini, sebagai seorang yang memiliki Rahsia Budi Suci Sejati yang mengikut ajaran yang di tentukan di dalam Intipati Pelajarannya, kita sebenarnya DI LARANG KERAS DARI MENAIKKAN RASA MARAH pada sebarang masa/ketika atau di dalam keadaan apa sekali juga pun, KERANA perbuatan tersebut mendedahkan diri kita terhadap mara bahaya yang mungkin melanda diri kita sewaktu Cahaya Budi itu tidak melindungi diri seperti terdedah kepada sihir, perbuatan khianat, kecelakaan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang boleh mendatangkan musibah keatas diri kita...walaupun untuk beberapa ketika/saat sahaja dan juga telah "men-switch-onkan" RBSS kita...

Hal ini menunjukan bahawa ALLAH SWT itu MAHA ADIL dan MAHA PEMBALAS, ALLAH SWT menetapkan peraturan tersebut sebagai AMARAN bahawa walaupun apa yang kita miliki ini adalah bertaraf tinggi dan memiliki RAHSIANYA, namun kita di larang keras untuk bersifat sombong/bomgkak/bangga diri terhadap apa yang kita miliki.

Perkara ini telah banyak terjadi kepada ahli-ahli yang terdahulu kerana bersifat angkuh dengan apa yang mereka miliki tetapi terlupa atau tidak tahu akan peraturan yang ALLAH SWT tetapkan itu, akhirnya mereka tumbang atau di belasah dengan teruk oleh orang-orang yang teraniaya oleh mereka ataupun mereka kalah di dalam pertempuran dengan ilmuan dari jenis ilmu yang lain....

Apa yang kita boleh fahami di sini adalah bahawa Rahsia Budi Suci Sejati itu SEMEMANGNYA KUAT dan TIDAK ADA TANDINGANNYA jika ia di takrifkan sebagai ILMU, Akan tetapi apabila Rahsia Budi Suci Sejati itu di miliki dan di gunakan oleh Mahluk Manusia maka meraka akan tertakluk kepada Peraturan ALLAH tersebut kerana ianya adalah mahluk manusia.....jadi jika kita inginkan yang kuat dan yang melindungin diri kita secara 100% di dalam semua keadaan maka kita HARUS HINDARKAN DARI BERSIKAP MARAH!...MARAH MEMBAWA PADAH!.......Inilah juga nilai-nilai keahlakan yang tinggi di tuntut oleh ALLAH SWT sebagai seorang yang berBudi Suci Sejati atau yang memiliki akan RahsiaNya itu.....

Fakta yang di kemukakan ini akan bercanggah dengan apa yang di sebut di dalam bab jawapan kepada Angkatan 60an mengenai "swicth on" melalui post #76 kerana fakta di dalam post tersebut hanya merujuk kepada satu (1) keadaan sahaja, maksudnya di dalam keadaan yang sangat tenang dan berwibawa!....


KEDUA

Apakah di sebalik Pantang RBSS yang melarang kita sebagai ahli RBSS dari bersifat/sikap RIAK dan TAKBUR???.......sehingga ianya di anggap sebagai PANTANG...Pantang membawa maksud perbuatan atau sikap yang di larang dari di lakukan...

Selain dari membawa maksud seperti fakta di atas (Pertama), sebenarnya ada lain maksud yang tersembunyi melalui dua (2) perkataan RIAK dan TAKBUR tersebut...jadi apakah maksud yang tersembunyi itu?...

Sebenarnya, melalui segala KEILMUAN yang wujud di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, kita BOLEH MELAKUKAN APA SAHAJA YANG DI KEHENDAKI TANPA BATASAN dan BOLEH DI LAKUKAN TERHADAP SIAPA SAHAJA YANG KITA KEHENDAKI....Seperti ingin mencederakan sesiapa, ingin merosakkan diri sesiapa, ingin menggangu-gugat kesejahteraan sesiapa, ingin menukar perangai sesiapa dari yang buruk kepada yang baik atau dari yang baik kepada yang buruk, atau ingin menukar sifat seseorang kepada sifat haiwan dengan memasukkan sifat haiwan sebenar ke dalam diri mereka, atau ingin mempengaruhi fikiran seseorang agar melakukan sesuatu yang buruk atau yang baik, atau apa sahaja yang terlintas di fikiran anda tanpa melihat pada peraturan-peraturan yang ada...semuanya boleh di lakukan!...itulah maksud RIAK...(Riak bermaksud mempamerkan kebolehan diri sendiri kepada orang lain) dan TAKBUR!..(Takbur juga bermaksud perkataan yang mempamerkan kebolehan diri sendiri kepada orang lain)

Jadi jika Riak dan Takbur tidak di pantangkan atau di bendung, maka akan ramai ahli-ahli RBSS yang memilih ke jalan tersebut dan menjadi orang-orang yang sangat zalim dan yang sukar di bendung perbuatan mereka oleh mana-mana penguasa atau penguat-penguasa dari kerajaan, apakan tidaknya dengan kebolehan yang mereka miliki itu mereka boleh berbuat apa sahaja tanpa tertangkap seperti boleh merompak, menyamun, mencuri, merogol, merampas kuasa dan sebagainya tanpa sekatan....kerana tidak ada dari kalangan orang biasa yang boleh mengalahkan mereka melainkan dari ahli RBSS juga!...

Ini menunjukkan bahawa Keilmuan yang wujud di dalam RBSS ini adalah sangat UNIVERSAL atau serba boleh tanpa perlu bersandar kepada Amalan Tambahan yang lain seperti yang pernah saya rungkai di dalam post #5...tetapi dari dahulu sehingga zaman sekarang pun maseh wujud generasi ahli-ahli yang memilih jalan sebegitu (tetapi tidak ramai), dan orang-orang sebegini bukan di dalam kategori "orang-orang bodoh" tetapi mereka tergolong di dalam golongan "orang-orang yang sangat cerdik" kerana tahu dan faham akan selok-belok pengunaan RBSS tanpa membahayakan diri mereka sewaktu mereka itu maseh hidup dari tindakkan yang mereka lakukan (master of laws) tetapi Akhirat mereka akan tanggung sendiri!....

Di dalam post #29, saya pernah merungkai bahawa dua (2) perkara ini sangat penting untuk menjadikan siapa kita di dalam keilmuan RBSS ini, iaitu bagaimana kita MengAdaptasi dan MengAplikasikan segala Keilmuan RBSS di dalam kehidupan seharian kita...kerana di situlah letaknya akan kebijaksanaan kita sebagai Pengamal Keilmuan RBSS ini, bukan sebanyak mana Sejarah atau Asal Usul RBSS yang kita ketahui atau sebanyak mana Jurusan yang kita amali tetapi ia akan bergantung sebijak mana kita mengadaptasi dan mengaplikasi RBSS ini di dalam kehidupan dan menjadi pakaian seharian kita...bertapalah, berhimpitlah atau bergayutlah kita dengan guru-guru untuk 10, 20, 30 tahun tetapi jika tidak di ajar cara-cara menggunakan dengan betul maka di mana kita berpijak pada 30, 20, 10 tahun yang lalu, kita akan tetap berdiri di tapak yang sama jika maseh tidak tahu untuk mengadaptasi dan mengaplikasikannya!....(ini telah banyak berlaku & banyak contoh)

Jadi untuk menjadi seorang ahli Rahsia Budi Suci Sejati kita harus ada sedikit kecerdikan dan bukan semata-mata berlandaskan Ikhlas, Tekun dan Sabar sahaja (pernah saya sebut di post yang lalu), kerana tanpa sifat cerdik kita akan di perbodoh-bodohkan oleh orang-orang yang terlebih cerdik!...dan menindas di dalam rasa keikhlasan, rasa ketekunan dan rasa kesabaran kita sewaktu menjadi seorang Penuntut RBSS....jadi berhati-hatilah...(bukan di jalan raya!)

Itu sebabnya di dalam Adap Berguru kita harus ada Matlamat atau Tujuan dan harus menetapkan apakah jenis-jenis keilmuan yang ingin kita ketahui atau yang ingin kita raih, bukan sekadar "hentam-buta" mengikut kehendak seseorang sahaja, jika di suruh buat itu kita buat, di suruh buat ini kita pun buat tanpa ada sifat-sifat kecerdikan pada diri sendiri...jika kita ada sifat kecerdikan yang tersendiri, orang lain akan merasakan bahawa kita ini cerdik dan mereka akan malu untuk menindas diri kita kerana mereka terasa sama taraf atau "same level"...mana ada kes orang bodoh memerintah orang cerdik atau orang pangkat rendah perintah orang pangkat tinggi!....kalau ada pun itu kes terpencil!.....

Jadi anda banyaklah fikir-fikir....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday February 23, 2008 - 07:52pm (PST)


No comments: