Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #83 - THE BRAINSTORMER #28

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #83 - THE BRAINSTORMER #28

THE BASIC GUIDE IN STATE OF EMERGENCY - ATAU PANDUAN ASAS DI WAKTU-WAKTU KECEMASAN

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimanakah caranya untuk menggunakan RBSS sewaktu masa-masa kecemasan maka saya postkan panduan asas ini untuk kegunaan semua (kepada ahli-ahli yang baharu atau yang lama tetapi tidak berkesempatan mempelajarinya)..

Selalunya, di dalam waktu-waktu kecemasan yang sangat mendadak kedatangannya, kita secara otomatik tertakluk di dalam perlindungan Cahaya Budi yang meliputi Roh dan Tubuh kita walaupun kita tidak bertindak apa juga pun Jurusan...itu adalah tindakan semula jadi menurut PenCahayaanNya...

Tetapi, jika sesuatu keadaan itu memberikan kita sedikit ruang untuk berfikir maka kita harus berfikir bagaimana untuk menyelematkan diri kita dari mara bahaya yang akan mendatang, contohnya ketika di serang oleh sekumpulan orang tanpa sebab di jalanan....

Apa yang perlu kita lakukan ialah berundur beberapa langkah kebelakang (mengundur kebelakang adalah isyarat kesabaran) dan berhenti jika musuh terus mara ke arah kita, kedua "switch-onkan RBSS" dan fokus kepada orang yang di hadapan kita sahaja tanpa perlu melihat di sekeliling sangat, jika jarak mereka yang mara itu sekitar 3 meter atau kurang, itu bermakna tahap "Hot-Kezaliman" mereka itu rendah atau belum wujud lagi, jadi berhati-hati dengan sebarang pukulan pertama yang di hayunkan...

Tetapi jika di dalam jarak 3 meter atau kurang itu pergerakkan mereka mula tersekat-sekat, itu bermakna yang mara itu sedang naik tahap "Hot-Kezalimannya" dan pada ketika itu kita harus meneliti untuk menamatkan drama tersebut secara segera atau ingin memanjangkan episodenya, jika untuk memendekkan drama itu maka berikan jurusan-jurusan yang di dalam kategori "bahaya" niscaya jika salah seorang yang "hot" itu terkena jurusan bahaya itu yang lain akan tergugat keyakinan diri mereka untuk menyerang lagi, kerana biasanya jika terkena jurusan-jurusan yang di dalam kategori Bahaya, orang yang terkena akan menggelupur seperti ayam yang sudah di sembelih tetapi belum mati lagi (bayangkan)..

Jika yang pertama sudah terkena dan menggelupur tetapi tidak menakutkan yang lain dan mereka terus mara, maka itu bermakna tahap kezaliman atau hot mereka lebih tinggi dari yang pertama kerana sifat ingin menuntut bela wujud di dalam perasaan mereka setelah melihat rakan mereka tumbang, jadi anda pilihlah jurusan-jurusan yang anda suka untuk mereka jika mereka terus menyerang....niscaya akibatnya akan lebih dasyat dari yang pertama...

Akan tetapi, bukan semua senario pertempuran begitu coraknya...akan ada yang "koboi" dahulu dan jika ini berlaku kita jangan tergugat, jika tidak tahu apa-apa seni mempertahankan diri fizikal apa yang perlu anda lakukan adalah terus berundur dan berundur sehingga pasti musuh itu tetap dengan perasaannya dan akhirnya mereka akan sampai ke tahap yang hot atau zalim juga.....Ada juga yang suka melayan secara "koboi" dan apabila sudah ke tahap hot maka mereka terus menggunakan jurusan yang perlu..

Tetapi jika diri sendiri terasa amat takut (wanita mungkin) apa yang perlu anda lakukan hanyalah diamkan diri dan jangan lakukan apa-apa tetapi mesti "switch-onkan" RBSS dan fokus pada diri sendiri, yang lain hanya Tawakkal sahaja...ALLAH SWT akan menetapkan kesudahannya kelak....

Jika di dalam keadaan yang terdesak untuk menolong orang lain yang di timpa apa juga kemalangan atau musibah sedangkan diri sendiri belum tahu apa-apa untuk menolong mereka, cara yang paling selamat ialah bermohon kepada ALLAH SWT agar di ringankan beban yang di tanggung oleh orang-orang tersebut, jika mereka itu sakit anda boleh berikan dalam bentuk air...ini adalah kerana dengan NIAT yang IKHLAS akan membantu memakbulkan Doa anda tersebut...tetapi jika anda sudah pakar menggunakan cara-cara di dalam RBSS, macam-macam cara boleh anda lakukan untuk menolong mereka....

Kepada yang "pakar" tertip-tertip di dalam penggunaan RBSS mestilah di patuhi supaya apa juga Tindakkan yang akan di gunakan berjaya di lakukan tanpa kesilapan dari diri sendiri seperti setiap hari mengisi pokok badan, sentiasa menjadual masa untuk berjurus bagi memantapkan kecahayaan dan apabila melakukan kerja-kerja berdoa mestilah ada sifat ikhlas dari hati sanubari sendiri, jika tidak wujud perasaan itu maka kemakbulannya juga akan tergugat!...

Tidak ada tertip-tertip lain yang perlu di patuhi seperti ada yang berkata kita harus ada air sembahyang, mesti di dalam keadaan suci dari hadas, mesti mengadap kiblat dan ada berbagai-bagai lagi cara...itu bukan criteria atau ciri-ciri di dalam Rahsia Budi Suci Sejati!...itu adalah dari jenis keilmuan yang lain...kerana melalui RBSS caranya adalah ringkas, padat dan tepat...serta terus kepada ALLAH SWT tanpa banyak memerlukan kata-kata (rujuk kepada post #80)

Jadi di dalam keadaan apa juga pun diri anda, anda maseh boleh menggunakan RBSS untuk bertindak ataupun mengubati orang lain kerana RBSS itu pada ROH bukan pada JASAD, dan ROH itu sentiasa SUCI dan MURNI dari AWAL hingga ke AKHIRnya...dan tidak tertakluk kepada segala peraturan JASAD!...

Ingat ini BUKAN AJARAN SONGSANG!...kembalilah kepada post #10, 11 , 12 bacalah kembali bagi mendapatkan fakta-fakta mengenainya....dan baca juga post #67 , 68 bagi memantapkan jenis kefahaman anda untuk membuat sesuatu penilaian mengenai perkara ini...kerana ramai yang mempengaruhi diri dengan kefahaman keagamaan yang mereka ada untuk membuat tafsiran dan takrifan mengenai RBSS...itu kurang tepat pendekatannya....

Jadi sebelum belajar membuka sesuatu ilmu - belajar dahulu cara membuka minda sendiri!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday February 23, 2008 - 09:04pm (PST)

No comments: