Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #81 - THE BRAINSTORMER #26

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #81 - THE BRAINSTORMER #26

THE QUESTIONS OF BATHING CEREMONY TIMING - ATAU PERSOALAN MENGENAI WAKTU-WAKTU DI DALAM UPACARA MANDI.

Sebenarnya persoalan ini berkait rapat dengan post # 74 kerana di minta untuk di huraikan oleh penghantar email yang sama...

Di dalam semua peringkat pengambilan, upacara mandi selalunya di lalukan selepas jam 12 malam...ini bukan bermaksud bahawa masa upacara mandi itu bersamaan dengan kegiataan ilmu-ilmu yang sesat atau ilmu hitam yang memerlukan muridnya mandi di tengah-tengah malam atau pada malam jumaat atau pada malam jumaat keliwon!.

Di dalam upacara mandi yang di amalkan oleh pengembang-pengembang keilmuan Rahsia Budi Sejati ini sebenarnya bukan dalam waktu tengah malam sahaja tetapi ianya boleh di lakukan dari selepas wakru 12 malam sehingga sebelum terbit matahari atau sebelum masuk waktu subuh.

Waktu selepas 12 tengah malam di pilih adalah kerana menurut ajaran-ajaran bijak pandai yang terdiri dari kaum Alim Ulama menegaskan bahawa pada waktu-waktu tersebutlah ramai manusia sedang nyenyak tidur dan barang siapa yang sanggup bangun untuk mengerjakan sesuatu amal ibadah di dalam waktu-waktu tersebut akan mendapat keberkahan yang lebih daripada ALLAH SWT seperti wujudnya Sholat Witir.

Sebabnya, ketika orang tidur kita mengerjakan sesuatu amalan yang mendatangkan faedah kepada diri, keluarga, masyarakat, kaum, masayarakat dan negara...asalkan ianya tidak bertentngan dengan Ajaran ISLAM!

Maka di sini, upacara mandi pada waktu tengah malam yang di amalkan oleh ahli-ahli RBSS bukan bermaksud yang lain selain dari untuk memanfaatkan waktu yang afdal bagi sesuatu pekerjaan yang menuntut kepada sesuatu kebaikan..

Memang tidak dapat di nafikan bahawa pada waktu tengah malam juga upacara mandi untuk mendapat sesuatu amalan ilmu hitam di jalankan, kerana biasanya mahluk-mahluk halus atau jin lebih suka kepada suasana yang gelap dan tidak ramai manusia berkeliaran, jadi jika mereka hadir pada waktu-waktu itu tidak akan di ketahui oleh manusia yang lain.


Mereka (kaum jin) suka kepada cahaya gelap/hitam kerana struktur kejadian mereka yang telus kepada cahaya (halunisasi) dan jika cahaya terpancar kepada mereka, maka akan terganggu pergerakkan diri mereka di dalam pengcahayaan (melambatkan pergerakkan)

Di dalam pemerhatian dan kajian saya mengenai perkara tersebut juga tidak menunjukkan sebarang salah-laku atau niat ketika upacara mandi ketika waktu-waktu tersebut di jalankan, malah ia lebih menyuntik kesemangatan yang baharu kerana terpaksa bermandi di dalam cuaca yang dingin dan akan bertambah sejuk jika ketika musim hujan!..

Kepada penghantar email dan sesiapa sahaja, yakinlah bahawa tidak ada unsur-unsur Khurafat berlaku kerana menggunakan waktu mandi tersebut...terkecuali jika di dalam diri seseorang yang memesongkannya kepada kuasa lain selain dari ALLAH SWT....

Sebenarnya ada penjelasan-penjelasan yang lain mengenai penggunaan waktu tersebut tetapi oleh kerana kesahihan faktanya meragukan maka ianya tidak harus di guna-pakai sebagai dalil kepada persoalan tersebut.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday February 20, 2008 - 12:00am (PST)


No comments: