Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #80 - THE BRAINSTORMER #

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #80 - THE BRAINSTORMER #25

SIRI JAWAPAN - ANGKATAN 60an TIDAK BERSETUJU MENGENAI RBSS DENGAN SHOLAT DI ASINGKAN.

Untuk persoalan yang di kemukakan oleh A-60 yang tidak bersetuju bahawa RBSS tidak boleh di samakan dengan SHOLAT, apakah yang sebenarnya dari artikel Professor BSS mengenai isu tersebut?..

Sebenarnya begini, saya tidak bermaksud sepertimana yang di fikir oleh A-60 tetapi apa yang di perkatakan adalah BERJURUS TIDAK DAPAT MENGUATKAN SHOLAT DAN SHOLAT TIDAK DAPAT MENGUATKAN JURUSAN.....DAN BUKAN RBSS TIDAK BOLEH MENGUATKAN SHOLAT. Tetapi perkara tersebut tersilap tafsir oleh A-60 atas sebab-sebab yang tidak di ketahui...

Di sini saya merungkaikan kembali bahawa, kewujudan RBSS dari kontek kejadiannya adalah terlebih awal daripada Hukum SYARAK di dalam ISLAM dan oleh kerana itu BUKAN menjadi satu peraturan yang MUTLAK untuk mensyaratkan seseorang ahli RBSS itu harus mengerjakan SHOLAT untuk mengamalkan RBSS, kerana ALLAH SWT menjadikan kedua-duanya atas dasar yang berlainan maksud.

ALLAH SWT menjadikan RBSS sebagai salah satu dari ASAS pada kejadian ROH yang di cipta dari SEBAHAGIAN DARI DIRINYA dan ALLAH SWT menjadikan SHOLAT setelah Umat Manusia dari keturunan ADAM telah sempurna kehidupan di atas muka Bumi dan telah berketurunan serta beranak pinak mengikut kelompok keturunan yang menjadikan mereka itu berbangsa-bangsa...kerana itu ALLAH SWT menyempurnakan ISLAM yang wujud sebelum kejadian manusia lalu di SYARAKKAN perlakuan SHOLAT melalui Nabi Muhammad SAW sebagai PEKERJAAN UMUM untuk orang-orang yang meyakini Agama ISLAM.

Tetapi, melalui RBSS ia tidak di SYARAKKAN kerana RBSS itu adalah HAQ kepada setiap mahluk manusia dari keturunan ADAM tanpa mengira Bangsa atau AGAMA dan kerana itu juga di dalam pengamalan RBSS tidak mempunyai Ayat-Ayat dari AL-QURAN untuk di baca melainkan KALIMAH SYAHADAH dan BISMILLAH....ini adalah kerana melalui RBSS segala perhubungan di antara MAHLUK dan KHALIK tidak menggunakan kata-kata serta tidak perlukan kata-kata....


Perhubungan di antara MAHLUK dan KHALIK itu berlaku di dalam CAHAYA atau NUR...kata-kata melalui BAHASA adalah sesuatu yang tidak dapat di lakukan oleh manusia untuk berhubungan secara CAHAYA lalu penciptaan sesuatu Bahasa itu wujud...tetapi ALLAH SWT jugalah yang mengilhamkan bagaimana sesuatu Bahasa itu harus di bentuk dan di gunakan untuk di fahami oleh setiap golongan manusia bagi kegunaan sesuatu kaum itu sendiri atau sebagai alat berkomunikas dengan kaum yang lain.

Berbalik kepada permasaalahan tidak mengerjakan SHOLAT oleh segelintir ahli-ahli RBSS, dari kontek PRINSIP RBSS itu sendiri mereka tidak melanggar atau terkeluar dari apa-apa peraturan tetapi jika mereka itu seorang penganut Agama ISLAM maka mereka adalah tertakluk kepada segala RUKUN yang wujud di dalam ISLAM, dan HUKUM SYARAKlah yang harus mereka tanggung sekirang ingkar terhadap apa yang tidak di lakukan mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam ISLAM pula.

Jadi di sini tidak ada soal utama yang mengatakan jika mahu berRBSS mereka harus atau wajib mengerjakan SHOLAT, sedangkan Guru-Guru yang terdahulu dan yang ada sekarang juga pun tidak menetapkan syarat tersebut dari sudut HAQ kerana syarat itu tidak di tetapkan oleh ALLAH SWT di dalam RBSS.

Perkara ALLAH SWT tidak menetapkan SHOLAT di dalam INTIPATI RBSS adalah cukup terang dan sempurna kerana apa yang di lakukan ketika BERJURUS serta ASAL-USUL JURUSAN itu telah menjawap kemuskilan tersebut.

Tetapi kita harus melihat kedua-dua perlakuan BERJURUS dan BERSHOLAT dari suatu sudut yang lebih tinggi untuk melihat kebenaran yang berada di tengah-tengahnya, kita tidak boleh melihatnya hanya dari sudut SYARAK kerana jawapannya bukan terletak di situ, di mana Hukum SYARAK lebih mencerminkan Hukum di dalam keilmuan FIQAH dan keilmuan Fiqah ini pula menggariskan perlakuan dan jenis-jenis pembalasan yang menjurus kepada pembentukkan ahlak seseorang manusia yang berAgama ISLAM.

Perkara ini pernah saya sentuh di dalam post #73 Komentar Profesor #4 mengenai adakah RBSS itu menjamin SYURGA seperti yang di janjikan oleh ISLAM...di sini ingin saya menyambung ulasan dari post tersebut, melalui RBSS ALLAH SWT tidak menjanjikan secara nyata kehidupan di SYURGA sepertimana yang ALLAH SWT sebut melalui FIRMAN-FIRMANNya di dalam AL-QURAN, tetapi melalui RBSS ALLAH SWT ada memberikan keyakinan kehidupan yang sempurna di AKHIRAT (bukan setakat Syurga/Neraka) jika kita benar-benar mengikuti keahlakan yang boleh di perolehi melalui pengamalan RBSS (sila rujuk post #39)

RUMUSAN KEPADA PERSOALAN ANGKATAN 60an.

Jadi, rumusan mengenai apa yang di sentuh oleh ANGKATAN 60an ssperti yang di siarkan melalui post #75 mengenai empat (4) perkara pokok permasaalahan itu tidak menepati apa yang telah di rungkai melalui Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini, itu bukan bermakna A-60 tidak faham atau tidak tahu mengenai RBSS tetapi lebih kepada cara mengumpul data yang kurang teliti, di mana sumber maklumat dan rangkaian sesuatu fakta itu bertaburan di dalam lebih dari 70 posting ini dan itulah yang menyebabkan tersilapnya membuat sesuatu anggaran/anggapan/andaian kepada sesuatu maksud penulisan.

Dan sebagai penulis dan penyumbang segala jenis fakta keilmuan mengenai RBSS melalui Blog RBSS ini saya bertanggungjawap untuk memperbetulkan sesuatu kekeliruan yang wujud hasil dari penyiaran Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini kerana tanggungjawap yang saya pikul ini bukan sebarang jenis tanggungjawap di sebabkan ianya berkisar mengenai ILMU KETUHANAN yang tersangat luas bidang KEILMUANnya...kerana ianya akan di guna-pakai oleh ribuan manusia yang tidak saya kenali siapakah mereka-mereka itu.

Dalam masa yang sama, saya juga maseh menerima apa juga teguran-teguran yang boleh membina kepada bentuk penulisan yang lebih baik daripada yang pernah saya persembahkan kepada umum kerana saya juga seorang manusia biasa seperti anda juga hanya cara kita berfikir dan melihat sesuatu perkara sahaja yang berbeza...belum ada komen atau email yang tidak saya balas demi melanjutkan penerangan yang sedia ada.

Sebagai O.N.O (one man operations) mengendalikan Blog RBSS ini, saya berfungsi dengan pelbagai peranan dan harus sentiasa peka terhadap apa yang di kemukakan oleh pembaca umum tidak mengira bangsa, agama, bukan ahli RBSS dan ahli-ahli RBSS itu sendiri dan harus bersikap lebih NEUTRAL dari apa juga kefahaman keagamaan yang ada.

Tetapi oleh kerana Rahsia Budi Suci Sejati itu terletak di mercu segala keilmuan yang ada di atas muka Bumi ini, maka dengan sendirinya rungkaian mengenai sesuatu jenis keilmuan dapat di rungkai dari sudut yang lebih jelas...ini menjelaskan bahawa BUKAN saya yang mengangkat diri sendiri ke atas mercu tersebut TETAPI adalah kerana KEILMUAN RBSS itu yang menarik diri saya ke sana secara perlahan-lahan dan sekaranglah masanya kita sama-sama merasakan sudut pandangan dari mercu tersebut, semoga apa yang dapat di rungkai melalui penulisan ini dapat di manfaatkan oleh semua pembaca daripada semua golongan...ini berlaku kerana bukan tidak ada ahli-ahli yang lebih matang mengenai Keilmuan RBSS daripada saya, atau bukan tidak ada ahli yang berada atau sampai ke mercu tersebut...ramai rasanya!..akan tetapi berapa ramaikah yang sanggup atau yang sedia berkorban pengetahuan kepada umum yang mereka tidak kenali?...serta berkongsi pegetahuan dengan orang-orang yang bebas memegang kepercayaan sesuatu keilmuan dan agama masing-masing?...mungkin ada tetapi secara persendirian mengikut kelompok masing-masing...

Terakhir, sekali lagi di ucapkan rasa terima kaseh yang tidak terhingga kepada ANGKATAN 60an serta anak-anak buahnya yang mengemukakan persoalan tersebut untuk di rungkai dan di perhalusi dari kontek yang telus...tiada personal offences di sini kerana kita memperkatakan sesuatu yang bermartabat tinggi dan memerlukan keterbukaan pemikiran dari kepentingan peribadi!.

Anda semua pertimbangkanlah pro and con nya di situ...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday February 19, 2008 - 10:06pm (PST)


No comments: